Posted on 2007 under Nasi |
21
Nov
kalau tak silap Nasi Serai ada juga yang panggil NASI BERINGIN

NASI BERINGIN
Description:
Cam nasi Lemak tapi lagik sedap dari nasi lemak… 
Bahan-bahan lain yang sudah siap:
Sedap dimakan bersama rendang, sambal sotong atau Ayam Goreng Berempah.
Ingredients:
4 cawan beras basmathi,
4 ? cawan santan (dari 1 biji kelapa),
2 sudu meja minyak sapi / majerin,
2 batang serai (mayang bulat nipis-nipis),
5 ulas bawang nerah(mayang nipis),
2 ulas bawang putih (mayang nipis),
3 cm halia (tumbuk lumat)
4 helai daun pandan
2cm kulit kayu manis,2 biji buah pelaga,1 kuntum bunga lawang,1 biji bunga cengkih,5 butis biji halba,
Garam secukup rasa.
Directions:
1.Cuci beras, rendam selama 5 minit dan toskan.
2.Panaskan minyak sapi,goreng bawang hingga kuning dan wangi,masukkan halia,rempah penumis(kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
3.Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan beras,garam dan biji halba, tanak seperti nasi biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras dengan santan dan masak spt. biasa.
4.Kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap di makan bersama lauk kari & sambal udang / sotong kering.
————————————————————–
Nasi Serai
Restoran AF / Majalah Saji Julai 2006
3 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih * * Dikisar semua
3 cm halia *
2 cm lengkuas *
8 batang serai
sedikit minyak masak
1 1/2 sudu besar garam
400gm beras basmathi
Air
Cara2nya :-
Panaskan minyak terlebih dahulu. Tumis bahan2 yang dikisar hingga naik bau. Masukkan
air sehingga bahan2 tadi mendidih. Masukkan garam dan serai. Selepas itu masukkan beras
basmathi dang tunggu sehingga masak. Sesekali kacau hingga nasi serai tadi masak .
—————————————————————-
errr..nasi serai yg kita tau..mcm nasik lemak..tp bhn rencahnya ditumis..ade yg taruk santan..ade yg tak taruk
bwg merah/besar, sedikit je bwg putih n halia dicincang/mayang halus..pastu serai dimayang nipis2 ..then tumis dgn daun pandan..taruk 4 sekawan pun boleh
kalau bleh..guna beras panjang atau basmathi
terpulang nak taruk santan atau susu..tp sket aje..tak taruk pun boleh gak
masa nak masak tu..tambahkan lagi serai yg dah dititik..utk menaikkan lagi aroma n rasa serai [kita penah buat blend serai tu dgn air pastu tapis..n guna utk masak nasik..wangi gilerrrrr]
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2007 under Nasi |
25
Jul

Description:
Cam nasi Lemak tapi lagik sedap dari nasi lemak…
Bahan-bahan lain yang sudah siap:
Sedap dimakan bersama rendang, sambal sotong atau ikut suka.
Sambal tumis
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Timun
Bahan2:
4 cawan beras basmathi,
4 ? cawan santan (dari 1 biji kelapa),
2 sudu meja minyak sapi / majerin,
2 batang serai (mayang bulat nipis-nipis),
5 ulas bawang nerah(mayang nipis),
2 ulas bawang putih (mayang nipis),
3 cm halia (tumbuk lumat)
4 helai daun pandan
2cm kulit kayu manis,2 biji buah pelaga,1 kuntum bunga lawang,1 biji bunga cengkih,5 butis biji halba,
Garam secukup rasa.
Directions:
1.Cuci beras, rendam selama 5 minit dan toskan.
2.Panaskan minyak sapi,goreng bawang hingga kuning dan wangi,masukkan halia,rempah penumis(kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
3.Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan beras,garam dan biji halba, tanak seperti nasi biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras dengan santan dan masak spt. biasa.
4.Karih @ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap di makan bersama lauk kari & sambal udang / sotong kering.
………………………….o0o0………………………..
Nasi Beringin (Ninoz/cari.com.my)
3 pot beras - [tadi guna moghul..so kene rendam dulu 20 minit]
air secukupnya [campur sket dgn stok rebusan ayam/daging pun boleh..lagi sedap]
santan yg tak berapa pekat
rempah 4 sekawan
daun pandan
campuran minyak masak n minyak sapi/butter
bahan dimayang halus/tumbuk kasar:
sedikit halia
3-4 bawang merah
2 bawang putih
serai
basuh beras n sukat air[santan + air/stok] secukupnya..buh dlm periuk rice cooker, jgn on kan lagi
panaskan minyak then tumiskan daun pandan dgn 4 sekawan
masukkan bhn2 yg dah dimayang/tumbuk n tumis sampai kekuningan n naik bau
curahkan ke dalam periuk pastu bleh on rice cooker..biar sampai masak
hidangkan bersama lauk-pauk seumpama makan nasi lemak..
ni kita ade sambal tumis sotong, telur/timun/kacang, daging goreng kunyit
kalau rajin buat la rendang ayam/daging ke, gulai telo itik buat pekat2 ke, sambal tumis udang ke…
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2007 under Nasi |
4
Jan

Nasi Ayam Mak N
Sumber dr blog koleksi resepiku
Bahan Perap untuk Ayam (semuanya diagak-agak saja
Paprika
Serbuk Bawang Putih
Gula dan madu
kicap cair masin
garam (sikit aje)- sebab kicap dah masin
minyak bijan
5-spice powder (optional)
Perap selama lebih kurang 30 minit dan kemudian digoreng. Boleh juga dipanggang di dalam oven jika nak healthy punya version.
Bahan Untuk Nasi Ayam
Kisar lada putih, halia dan bawang besar (agak-agak aje)
setengah biji bawang besar kuning ( yellow onion)
setengah cawan mentega
2 kiub perasa ayam ( knorr atau maggie)
3-4 helai daun pandan.
5 camt garam (atau agak-agak)
1 camt ajinomoto
serbuk kunyit (sikit aje untuk kasi warna kuning sedikit)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan di atas.
2. Basuh nasi dahulu dan setelah di sukat masukkan bahan gorengan di atas bersama nasi tadi dan dikacau sedikit.
3. masukkan bahan yang selebihnya seperti serbuk kunyit dan lain-lain di atas.
Sos Nasi Ayam
1-2 cawan soya sos (agak-agak)
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan kicap hitam pekat
1 camt ajinomoto
2 camB gula
garlic + ginger (dalam 1 camt of each).
black pepper + garam (secukup rasa)
Sos Cili Nasi Ayam
5 cawan cili kering ( yang dah di jerang dan disejukkan semalaman)
1 cawan kicap (kicap masin)
1-2 sudu besar bawang putih (yang dah siap di potong)
1-2 sudu besar halia
garam dan gula secukup rasa.
Sup Nasi Ayam
2 kiub perasa ayam
@ guna chicken broth (boleh rebus ayam dan airnya boleh dibuat sup)
Air - 5-10 cawan (agak-agak) dan rasa ikut sedap
Daun bawang.
Bahan Hiasan Sebelum Menghidang Atas Pinggan
- Hirisan potongan timun
- Hirisan Buah Tomota
- Daun Salad
- Potongan Daun Bawang
- Bawang Goreng ( yang ditaburkan di atas nasi).
TIPS
CARA MEMBUAT NASI AYAM YANG LEMBUT
Macammana nak buat nasi ayam supaya nasinya tidak kembang seakan lembut; walaupun air sup yang saya masukkan sedikit sahaja.
Nasi Ayam yg cukup sedap hendaklah dicampur dengan beras wangi. Jika menggunakan 300 g beras biasa, campur dengan 150 g beras wangi kerana ini akan mengharumkan lagi nasi tersebut. Secara amnya, gunakan hanya 800 ml cecair (sebagai contoh, 600 ml air + 200 ml air rebusan ayam) untuk memasak dan jangan terlalu dikacau kerana butir beras akan hancur dan nasi tidak cantik.
Boleh juga gantikan air rebusan/stok tadi dengan 2 camb stok pekat ayam (di dalam botol). Pastikan juga campuran bawang ditumis hingga wangi kemudian asingkan minyaknya. Beras di’goreng’ dengan bawang tadi hingga kering airnya sebelum memasukkan cecair dan dimasak seperti biasa (di dalam electric rice cooker). Bila nasi masak, barulah dicampur kembali dengan minyak gorengan bawang tadi.
BAGAIMANA MEWANGIKAN NASI AYAM?
Kenapa ada sesetengah nasi ayam ada bau wangi pada nasinya seperti ada margerine di dalamnya. Masa bila hendak diletak, ketika menumis ker atau semasa memasak nasi? Dan how to get those gula karamel pada ayam. bagaimana nak mendapatkan gula karamel?
Gunakan separuh minyak dan separuh lagi marjerin ketika hendak menumis bahan kisar untuk nasi ayam. Gula karamel yg anda maksudkan itu sebenarnya adalah madu yg dicampur dengan sedikit kicap manis serta minyak bijan dan dilumur pada badan ayam dan dibiar seketika sebelum menggorengnya dalam minyak yg banyak (goreng terendam).
GULA KARAMEL
(untuk Caramel Custard dsbnya)
75 g gula kaster
120 ml air
Jerang kedua-dua bahan dalam periuk non-stick hingga gula larut. Kacau sekali-sekala hingga campuran menjadi keperangan kemudian angkat dan tuang ke dalam bekas. Jika dibiar terlalu lama, ia akan pahit (kerana kepanasan periuk).
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih