Posted on 2008 under *Tips And Tricks*, Mee & Pasta |
1
Jul
Tips dan Trik Variasi Resepi Masak/Memasak Mee Segera.
Makan mies egera atau disebut juga Maggie /Cintan sudah menjadi kebiasaan, berbagai belahan dunia lainnya. Hampir semua orang tahu bagaimana cara mengolah atau memasak produk mee instant dari orang melayu,omputeh sampai orang arab suka mee segera.
Sekadar mie instan setiap hari tentu saja tidak baik bagi tubuh kerana tubuh kita memerlukan banyak zat nutrisi untuk tubuh yang tidak dadapat dari mi instan saja. Kita harus seimbang kan jenis makanan lain untuk membuat tubuh menjadi lebih sehat.
Berikut ini adalah beberapa tehnik/teknik atau cara untuk membuat mee segera menjadi lebih sehat atau lebih enak lain dari apa yang ada di saran di bungkusan mee. Tentu saja tips dan triks ini tidak hanya untuk mi instant maggie saja boleh digunakan juga Indomie seperti di Egypt .
- Menambah Sayur Mayur
Bagi anda yang suka sayur-sayuran hijau ataupun sayur lainnya anda dapat memasukkan daun sawi, bayam, kangkung, kubis, tomato,cili merah, cili padi, cili bombay, halia, kunyit, dan lain sebagainya ke dalam rebusan mee segera. Sebaiknya sayuran tersebut dimasak tidak terlalu lama agak zat yang terkandung dalam sayur tersebut tidak rosak.
- Menambah Lauk Pauk
Bagi anda yang suka lauk-pauk baik yang berasal dari daging maupun tumbuhan anda dapat memasukkan telur, carrot, daging, sosej, tempe, tahu, , dan lain sebagainya ke dalam rebusan mee segera. Bagi anda yang sedang diet sebaiknya mengurangi lauk pauk yang mengandung banyak kalori atau lemak.
- Versi Goreng
Mee yang seharusnya direbus dapat anda cuba dimasak dan kuahnya ditoskan, lalu setelah itu diaduk sampai rata dengan perencah tanpa air rebusan. Yang pasti anda harus menyesuaikan versi goreng agar tidak terasa masin ketika dimakan nanti.
- Bubur Mee Segera
Ketika mee segera belum dibuka dari bungkusnya ramaslah mee tersebut sampai halus, kemudian dimasak seperti biasa. Nanti mee yang sudah masak seolah2 seperti bubur mee.
- Dibuat Jadi Snack
Carilah resepi di internet, buku, majalah, teman, tetangga, dan lain sebagainya untuk mengolah mee segera,menjadi snack, kudapan,dan lain-lain. Mee segera dapat dibuat menjadi seperti kroket, omelet, mamee, kerepik, dan lain sebagainya.
CARA MEMBUAT IFUMIE DR BLOG IBU D’EZ ABU DHABI..untuk dpt banyak tips dan resepi masakan yang sedap2 klik SINI..Thank Q Ibu D’ez sharing ilmu dengan sofieyya di Cairo, harap ibu ijin.
Trik Goreng Ifumie (bagian 1 )
Source :- http://dezkitchen.blogspot.com/



.











……………………………………………………………….o0o0………………………………………….
Trik Goreng Ifumie (bagian 2 )
Source :- http://dezkitchen.blogspot.com/














Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2007 under Mee & Pasta |
19
Nov
MACARONI BAKAR
Bahan-bahan
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega
Bahan inti
500 g daging cincang (daging fresh bukan yang beli kat pasaraya tu) tapi kalau malas boleh le ? boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 gm mentega
2 biji bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu besar rempah kari daging - kalau nak pedas lebihkan rempah
? sudu kecil oregano kering atau parsley kering
2 biji tomato buang biji, potong dadu
Sedikit daun saderi - potong halus
2 biji capsicum merah /hijau - potong dadu
2 putih telur (saiz A)
500 ml sos putih - ada kat belakang cara nak buatnya
125 g keju cheddar } diparut
Cara membuat
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega
Cara : Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.
Bakar didlm oven pd suhu 180′C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan

Sos Putih :
30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
? sudu kecil serbuk lada sulah
Cara membuat sos putih:
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2007 under Mee & Pasta |
19
Nov
Mee Udang (pic resepi by shidaaziz)
Kuah
1 kg udang sederhana besar
1 genggam udang kering
15 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
5 sudu besar pes cili/cili boh
3 sudu besar pes mee udang/pes udang
2 cm belacan
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 bungkus mee kuning
Bahan hiasan
5 biji telur rebus belah 2
1 ikat kangkung
Taugeh
Cili merah hiris
Bawang goreng
Limau nipis/ kasturi

Caranya
1. Kopek udang hingga tinggal isi sahaja.
2. Cincang 8 ulas bawang putih.
3. Panaskan 2 sudu minyak dan goreng bawang putih sehingga harum dan
sedikit kekuningan.
4. Masukkan kulit dan kepala udang. Goreng sehingga bertukar ke warna
kemerahan. Masukkan air sedikit dan biar mendidih.
5. Tapis kulit dan kepala udang. Kisarkan kulit dan kepala udang dan tapis
airnya. Ketepikan air rebusan udang.
6. Rendam udang kering dalam air dan apabila telah kembang atau lembut
tumbuk sehingga lumat.
7. Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
8. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
9. Apabila telah kuning dan wangi masukkan pes cili. Goreng hingga pecah
minyak.
10. Masukkan belacan, pes mee udang/pes udang dan udang kering yang

ditumbuk.
11. Masukkan air rebusan udang & yang diblender.
12. Biarkan mendidih dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
Makan time
Masukkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan taugeh,
kangkung (dicelur), isi udang (rebus seketika), telur rebus, bawang goreng
dan cili hiris
Lagi banyak air rebusan udang yang diguna, rasanya lagi sedap.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih