Archives for *Masakan Ayam* category

ayampenyet.jpg

Ayam Kalasan akak ayam penyet [cranko21]

bahan2 A.
1 ekor ayam (appx 2 kg) potong 8 - bersihkan dan toskan airnya
5 cwn air kelapa (takde air kelapa.. air paip pun ok lerrrrrrr)
2 daun salam (optional)
salt to taste

Bahan2 B - kisar halus
4 buah keras
3 sdm serbuk kunyit (atau guna kunyit hidup 2 ibujari)
3 biji bawang besar
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 sdm ketumbar biji
1/2 sdm jintan manis

Cara
1. masukkan semua bahan2 tadi dlm kuali dan masakkan di atas api sederhana hingga ayam 3/4 masak. jgn lupa balik2 ayam sekali sekala.
2. bila ayam dah 3/4 masak, tapiskan air lebihan.
3. panaskan minyak masak yg byk dlm kuali dan goreng ayam tadi bersama2 ngan hampas2 yg telah di saring hingga ayam garing.
4. angkat dan hidangkan panas2 bersama sambal belacan(mesin sekali tomato dlm sambal belacan tu) dan ulam-ulaman seperti kobis, timun, kacang panjang dan apa2 jer laaa..

…………………o0o0……………………………………….

AYAM PENYET PALEMBANG
Bahan-Bahan A
(untuk merebus ayam):

1 ekor ayam(belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2000 ml air
garam secukup rasa

Caranya:

- Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
- Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
- Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu.
- Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng.
- Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
-Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

Tip: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi.
Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersamanya.

Bahan-Bahan B
(untuk goreng ayam):

2 biji telur175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci, toskan dan sangan jintan kemudian tumbuk)
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh lada serbuk
garam dan air secukupnya

Caranya:
- Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
- Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
- Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
- Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam secara terendam hingga ayam masak.

Bahan-Bahan C
(untuk nasi dan sup)

1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
1/2 cawan minyak bijan
6-8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
garam secukup rasa
air rebusan (stok) ayam secukupnya

Caranya:

- Tapis secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya semua bahan rata dan masaklah nasi seperti lazimnya.
- Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuang ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup (saderi), daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan-bahan D
(untuk sambal dan ulam)

2 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
secukup ulam (kacang botor, ulam raja, timun, penggaga)

Caranya:

- Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bilis goreng hingga lumat
- Sajikan bersama ulam, nasi dan Ayam Penyet.

Bahan-bahan E
(untuk Sos Hitam)

1/2 botol sos tiram
1/2 botol air
segenggam gula pasir
sedikit minyak bijan

Caranya:

- Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

Nota 1: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras.
Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.

Nota 2: Jika suka, anda boleh juga buat sambal belacan.
Anda boleh menggunakan lima batang lada merah, 3 biji lada padi, 1/2 camca gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN

rosemarychicken3.jpg

Bahan-bahannya (Sumber Resipidiana.blogsot.com)

1 ekor ayam sederhana

2 biji lemon

3 sudu makan rosemarry (kering,blh dibeli dikedai)

3 ulas bawang putih

3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)

sedikit garam

sedikit serbuk lada hitam

kentang, dipotong dadu

karot, dipotong ikut suka

bawang, dipotong baji

Cara-caranya

1. Lemon direbus sehingga lembut kulitnya.

2. Selepas itu ambil lemon yang telah direbus tadi dan cucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya dapat keluar bila ayam dibakar dan sumbatkan lemon tersebut didalam ayam tadi.

3. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian D masukkan rosemary bersama minyak zaitun, garam dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.

4. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.

5. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak.6. Kentang dan karot D rebus sehingga ia empuk. Pada 10 minit waktu akhir membakar ayam, D masukkan kentang, karot dan bawang dan susun dalam loyang ayam dan sambung bakar selama 10 minit terakhir sehingga ayam pun menguning.

Nota: D masukkan kentang, karot dan bawang pada waktu akhir masa membakar ayam supaya ia tidak terlalu kering dan kentang pun berwarna kekuningan lawa gitu jika nak dihidangkan. Pada D 1 biji lemon telah mencukupi untuk disumbat kedalam ayam. Lemon yang direbus terlebih dahulu, dapat mengeluarkan jus yang lebih banyak kalau kita cucuk dengan garfu jusnya semua terkeluar, jangan dibuang boleh siramkan kedalam perut ayam.

rosemarychicken4.jpg

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Boxing chicken

chiken.jpg

(Sumber http://ratna-recipe.fotopages.com/)

Boxing chicken
bahan2:

5 ketul kepak ayam
jus limau nipis
lada sulah
lada hitam
garam
bread crumb
telur (didadarkan)

cara2:

kepak ayam dipatahkan dua di bahagian tghnya. lepas tu ambil bahagian yg byk isi. kikis dan terbalikkan isinya ke atas. biar tinggal tulang jer di bahagian bawah. lepas tu perap ayam tu dgn lada sulah, lada hitam, garam dan jus limau nipis. perap selama mana anda suka. kemudian, setelah diperap, ambil ayam tu, celupkan pada telur dan lepas tu terus celup pada bread crumb. goreng hingga keemasan warnanya. boleh dimakan dengan sos.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs
 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*