“Apa yang berada di belakang dan di hadapan kita adalah perkara kecil berbanding apa yang ada didalam diri kita”
– Ralph Waldo Emerson
Penganalisaan tulisan adalah alat yang sangat berguna yang boleh membantu memahami diri kita sebenarnya dan juga mereka yang disekeliling kita.
Tulisan anda menonjolkan banyak perkara tentang diri anda sama ada sifat yang anda tidak sedar anda miliki ataupun sifat yang anda sembunyikan.
Apabila anda memahami dengan mendalam diri sendiri,anda boleh memperbaiki diri .
Tulisan akan menunjukkan personaliti si penulis, sifat tertentu, apa yang ditakuti dan memberi anda kunci bagaimana mereka bertindak di dalam sesuatu keadaan.
Oleh itu penganalisaan tulisan merupakan cara terbaik untuk memahami diri orang lain dengan lebih mendalam.Pengetahuan dalam bidang penganalisaan tulisan ini akan memberi anda kunci untuk mengetahui rahsia si penulis melalui tulisan mereka..
Kajian penulisan ini amat sesuai sekali untuk ibu-ibu untuk melihat karekter anak masing-masing . Dan saya pernah terbaca orang-orang Jepun menilik hasil tulisan ketika membuat interview pekerjaan seseorang. So, bagi ceo-ceo kat luar sana bolehlah kalau nak ambil petua..hahaha

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah,amat setia kepada kekasih,keluarga,organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
Adakah pasangan anda atau sesiapa yang anda sayangi menulis dengan kecondongan menegak?
Sekiranya ya, anda akan mendapati mereka tidak mudah menunjukkan perasaan mereka bersystematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh,malah sekiranya mereka marah, perasaan itu tidak akan ditunjukkan sehingga sampai ke satu tahap dimana mereka akan meletup dan tidak akan menyesal
dengan apa yang mereka lakukan.
Meraka adalah orang yang tenang termasuk ketika dalam kecemasan.Anda boleh mempengaruhi mereka untuk bersetuju dengan pendapat anda dengan membentangkan fakta dan perkara yang diterima akal mereka.Mereka tidak melakukan sesuatu secara spontan.Mereka membuat keputusan mengikut fikiran dan kelogikan sesuatu perkara contohnya mereka tidak mudah dipengaruhi dalam membeli sesuatu.
Mereka tidak mudah terpengaruh mendengar kisah sedih kecuali sekiranya kisah tersebut boleh diterima akal mereka. Anda sangka mereka tidak mempunyai perasaan tetapi sebenarnya mereka merasakan mereka tidak perlu menunjukkan perasaan tersebut .Dan ada diantara mereka suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Adakah anda mengenali sesiapa yang menulis batang” d ” dengan lengkungan?

Mereka yang menulis batang d dengan lengkungan,sensitif kepada kritikal terutamanya tentang penampilannya.Semakin besar lengkungan semakin kuat sensitifnya terhadap kritikan.Sebaliknya pujian dan kata-kata semangat akan menaikkan semangat mereka dan membuat mereka gembira.
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…
Segala pic-pic tulisan diatas adalah sekadar imajinisasi tuan web jer..sekadar untuk memeriahkan posting.