Archives for INFO category

?Welcome Back

mwahthanks4.gif

Salam perkenalan buat pengunjung blog sofieyya….InsyaAllah, sofieyya akan cuba menambah beberapa tips yg dikumpul dari hasil surfing dan juga forum2..kebetulan dengan cara nie memudahkan pelayar2 mencari tanpa bersusah payah membelek dari page to page.Oleh kerana sayang dengan hasil kerja sofieyya…maka segala himpunan dari blog ini akan dimuat dan di Up-date dari web baru saya…..NsNiCest.nEt
Jom! mari meriahkan di sana,dengan himpunan resepi dan tip2 yang lebih menarik.

Salam Muhibbah,

www.alkiram.net/salam

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Mengenali Herba Hutan Tropikal

Hasil olahan dan plagiat dari Jabatan Perhutanan Malaysia.

Sesudu

Famili : Euphorbiaceae
Nama Saintifik : Euphorbia Nerrifolia
Nama Tempatan : Sesudu

Kegunaan :
Sakit teliga,mata,tumor,bisul,bengkak,asma,malaria,buasi,gusi,gigi.

Kaedah:

Bagi kegunaan sakit teliga dan bisul, daunnya diramas hingga lembut

dan perah airnya ke dalam teliga atau tampal tempat yang sakit serta

ulang sehingga rasa lega.

Habitat:
Pokok ini boleh didapati di kawasan pinggir hutan.

Kaedah Pembiakan:
Pembiakannya secara biji benih.

Susun Kelapa

Famili : Apocynaceae
Nama Saintifik: Tabenaemontana coronaria R.Br.ex Roem.et Schult
Nama Tempatan: Susun Kelapa

Kegunaan:
Resdung,Campuran Herba Bersalin,Senggugut,ulser hidung,Penyakit venereal

Kaedah:
Herba Bersalin : Akarnya yang dicincang kemudian air rebusannya diminum bersama dengan herba bersalin yang lain.

Resdung: Akarnya diasah dengan kemenyan arab dan patinya disedut ke dalam hidung. Manakala

Ulser Hidung : Airnya dititikkan dalam mata bagi rawatan “ulser hidung”.

PERHATIAN : Pokok ini ada persamaan dengan pokok Cina Putai dan Cak Perdik.

Perbezaannya ialah bunga pokok ini dalam bentuk bersusun dan agak besar.

Pokok ini banyak terdapat di kawasan perkampungan dan biasanya ditanam di kawasan kuburan memandangkan bunganya berbau harum.Ianya juga boleh dibuat tanaman lanskap.Daunnya yang
dipatah akan mengeluarkan sedikit getah putih.

Habitat:
Biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah dan lereng hutan.

Ciri-ciri Istimewa:
Daunnya hijau berkilat dan mempunyai bunga berwarna putih.

Kaedah Pembiakan :
Pembiakannya menggunakan buah.

Lengkuas Genting

Famili : Zingiberaceae
Nama Saintifik : Alpinia Conchigera
Nama Tempatan : Lengkuas Genting

Kegunaan : Bengkak badan,Bisul,Herba Bersalin,Sakit Dalam Tulang,Kutu di kepala,Panau.

Kaedah: Bagi perawatan panau,rizomnya dicampur dengan minyak gasoline lalu digosok pada panau dan dibalut pada kepala bagi perawatan kutu.Manakala bagi perawatan bengkak badan,herba bersalin dan sakit tulang air rebusannya dibuat mandian.

Habitat: Biasa terdapat dikawasan tanah pamah.

Ciri-ciri Istimewa: Daunnya kecil dan rumpunnya besar.

Kaedah Pembiakan: Rizom

Periuk Kera

Famili : Nepenthaceae
Nama Saintifik:Nepenthes Gracilis Korth
Nama Tempatan: Periuk Kera

Kegunaannya: Melebatkan rambut,sakit mata,cirit-birit,gigitan bisa.batu karang dan darah tinggi.

Kaedah :
Cecair dalam periuknya boleh melebatkan rambut dengan melumurkannya ke rambut dan mengubati sakit mata.Air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit-birit,batu karang dan darah tinggi. Jus batang diminum untuk mengurangkan sengatan bisa gigitan.

Habitat: Kawasan hutan dipterokarpa bukit dan hutang Gunung.

Ciri-Ciri Istimewa :
Tanaman tumbuhan ini boleh dikatakan membawa tuah kepada warga keturunan cina.

Kaedah Pembiakan:
Keratan akar.

Tapak Sulaiman

Famili : Melastomaceae
Nama Saintifik: Phullagathis Rotundifolia
Nama Tempatan: Tapak Sulaiman

Kegunaannya: Ramuan tonik,sakit kelamin,batuk,busung,luka,cacing,ketahanan lepas bersalin,meroyan,sakit perut.

Kaedah:
Air rebusan semua bahagian pokok terutama akarnya diminum.Rawatan bagi penyakit busung dan cacing dibuat dengan membalut campuran daun dan batangnya yang ditumbuk lumat bersama dengan kunyit dan beras pada bahagian perut sehingga sembuh.Pokok ini juga boleh dibuat tanaman lanskap.

Habitat:
Biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah dikawasan pinggir hutan dan lereng-lereng bukit.

Ciri-Ciri Istimewa:
Bahagian atas daun berkilat dengan tangkainya berwarna merah.

Kaedah Pembiakan.
Pembiakannya menggunakan biji benih.

Kacip Fatimah

Famili: Myrsinaceae
Nama Saintifik:Labisia Pumilia
Nama Tempatan: Kacip Fatimah

Kegunaannya: Campuran herba ibu bersalin,buasir,sakit dalam tulang,meroyan.

Kaedah:
Air rebusan keseluruhan pokoknya terutama bahagian akarnya diminum.Selain daripada itu juga,keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara
menyapu pada bahagian buasir yang keluar.

Habitat:
Biasanya didapati dikawasan yang bercangkat rendah di kawasan berair.

Ciri-Ciri Istimewa:Daunnya berwarna hijau dan mempunyai buah bertangkai warna merah dibahagian pangkal batangnya.

Kaedah Pembiakan:
Biji Benih

Misai Kucing

Famili :Labiateae
Nama Saintifik: Ortosiphon staming
Nama Tempatan: Misai Kucing

Kegunaan: Darah Tinggi,Kencing Manis,Batu Karang,Melawas Kencing

Kaedah: Air rebusan keseluruhan pokok diminum.

Habitat : Biasa didapati di kawasan hutan pamah dan pinggir hutan

Ciri-Ciri Istimewa: Bunganya berbentuk seperti misai kucing

Kubis Hutan

Famili: Cruciferae
Nama Saintifik: Brassica Spp
Nama Tempatan: Kubis Hutan

Kegunaanya: Sakit Kepala,Demam Panas

Kaedah: Daunnya yang ditumbuk halus digunakan sebagai balutan di kepala.

Habitat: Biasanya didapati di kawasan bercangkat rendah dan ditepi sungai.

Ciri-Ciri Istimewa:Daunnya tebal dan boleh dimakan sebagai ulam dan sayur.
Buahnya seakan-akan sotong kurita.

Kaedah Pembiakan: Biji Benih

Sumber: http://www.smshotcafe.com

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Menggunakan Pendrive Dengan Betul

Skrang sudah muncul masalah yg kian meruncing dikalangan warga celik IT ttg ketahanan pen drive dikenali juga sebagai thumb drive, flash drive dan travelling disk. Ketahanan yg dimaksudkan ialah jangka hayat file yg disimpan dan penggunaannya ke atas komputer yg berlainan versi OS’nya.

Di sini saya akan tunjukkan penggunaan yg betul dan cara cara mengelak daripada kerosakan.

A) Jenama pendrive yg popular penggunaanya:-

1. Pen drive
2. Kingston
3. Transcend
4. Sandisk
5. Apacer
6. PQI
7. Pretec

Jenama lain saya xlist sbb kurang popular.

Antara 7 jenama yg atas tu, Kingston digemari oleh warga celik IT. Sbb utama ialah warranty yg ditawarkan hingga 5 tahun. Pendrive pulak ader sampai 10 tahun. Apa pun warranty yg diberikan, kiter sebagai pengguna jika tidak tahu cam ner nk menggunakannya sudah tentu rosaklah pen drive dlm masa yg singkat.


B)Error pen drive boleh diklasifikasikan dlm 4 peringkat:-

1. Data yg simpan xleh dibaca dari OS berlainan versi (win98-winXP)
2. drive xdpt dikesan oleh OS.
3. error “do u want to format this drive” kuar jika cucuk dlm OS XP jika file dari win98.
4. port USB computer atau OS computer tidak ader driver USB tuk pen drive.

Masalah/kerosakkan berlaku sbbnya 3 jer:-

1. pengguna pen drive TIDAK menggunakan cara yg betul mengeluarkannya selepas penggunaan.
2. cucuk pakai hentam jer TANPA melihat koordinat betul mencucuk dlm posisi yg betul.
3. mengantung pen drive kat dada atas leher tuk tontonan umum dan simpan pen drive dlm keadaan panas contohnya dlm pocket TERLALU LAMA.

C) Cara cara memasukkan dan mengeluarkan thumb drive dari port USB komputer:-

1. Masukkan thumb drive ikut posisi betul, maksudnya mencucuk pendrive ke port USB komputer perlu dilihat posisi lubang pen drive.

IPB Image

2. IPB Image

3. IPB Image

4. IPB Image

5. KOTAK DIALOG SAFE TO REMOVE YOUR THUMBDRIVE akan kuar. Skrang leh cabut kuar pen drive.

D) Cara cara mengelak dari kerosakan domestik biasa:-

1. Jgn mengantung pen drive dan jgn simpan pen drive terlalu lama dlm pocket seluar. Jenama yg kurang popular atau tidak dikenali jenama pen drivenya akan rosak cepat jika terdedah dlm cuaca suhu badan manusia terlalu lama dan jika mengantungnya sudah tentu peluh mungkin masuk dlm pen drive dan merosakkanya.

2. sentiasa cucuk pen drive pada port USB yg ader kat depan casing CPU sbbnya post belakang casing CPU panas sbb udara kuar dari kipas PSU, jadi kawasan belakang komputer selalunya panas. Jika pen drive terlalu lama kat belakang pc, kemungkinan membawa pada kerosakan data.

E) 2 ERROR yg selalunya terjadi jika mencucuk pada OS/PC berlainan:-

1. Unknown device found- maksudnya pc korang xder driver USB bukan xder driver tuk sesuatu pen drive.
2. xdetect pen drive - nie sah confirm pen drive rosak atau port USB komputer rosak atau pc korang menggunakan BIOS default settings sbbnya BIOS default settings akan disabled USB device option jadi kena gi BIOS dan set ke AUTO atau ENABLED.

o.k atas tu adalah panduan dan cara menggunakan pen drive dengan lebih berkesan. Di harap pas nie xder masalah pen drive.

Testimonial:

saya dah menggunakan pen drive sejak zaman 128MB lagi dan PQI adalah jenama yg aku beli tahun 2000.
xder masalah selama penggunaanya. Kingston jenama yg terpaksa saya beli sbb dealer company aku nie hanya jual jenama Kingston, jadi aku pun beli laa tuk company aku 1GB. aku terpaksa return for warranty sebanyak 3 kali pas 3 minggu menggunakanya. Patut laa ader warranty sampai 5 thn tapi hampeh…rosak cepat jika berlaku aper2 penyalahgunaan. Nie aku xkata Kingston jenama yg xguna cuma kiter mesti lebih tanyakan kwn2 kiter yg gunakan pen drive nie, cam ner o.k ke atau x, pas tu baru gi beli, sebelum beli tanya juga tuan punya kedai tu ader xwarranty claim byk tuk sesuatu pen drive.

Jika korang tanya aku aper jenama pen drive yg aku pilih, sudah tentu kegemaran aku PQI…walaupun warranty hanya setahun tapi ia tidak mendatangkan aper2 masalah selama aku menggunakannya.

Sumber:

http://forum.jiwang.org/

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs
 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*