Archive for the ‘*Decor Rumah*’ Category

Tips Mendesign Dapur

Written by sofieyya on Mar 2nd, 2010 | Filed under: *Decor Rumah*

Tidak boleh dipisahkan betapa besarnya fungsi kegunaan dapur dalam sebuah rumah. Dapur merupakan salah satu ruang yang vitual dalam rumah kita dan aktivi-aktivit  kerumahtanggaan pada umumnya berpusat disitu. Memasak sarapan, makan siang, makan malam atau pun sekadar mempersiapkan hidangan minum petang. Kadangkala dapur juga boleh berfungi sebagai tempat  menerima tetamu bila datang bertandang, dari kalangan teman rapat mahupun saudara terdekat dari keluarga besar .

Design dapur haruslah nampak cantik, selesa, praktis dan sesuai dengan besarnya ruang yang ada. Semua kaum hawa mengimpikan sebuah dapur yang cantik, tenang dan selesa.Tidak kisah sama ada besar atau kecil, yang penting  mudah berurusan dengan aktiviti-aktiviti dapur.

Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam mendesign dapur :-

1. Pencahayaan dan peredaran udara

Sebaik-baiknya kawasan dapur cukup pencahayaan dan udara nyaman. Hal ini perlu untuk kita menciptakan dapur yang sihat. Penempatan area dapur di sediakan taman atau ruang terbuka supaya mudahnya penerimaan cahaya, yang diperlukan untuk membunuh kuman dan bakteri di dapur. Bau-bauan yang timbul dari masakan atau asap dapat keluar secara langung dan bercampur dengan udara bebas sehingga menghindari bau yang kurang enak dan gas-gas beracun.

Kadangkala posisi dapur tidak mendapat udara atau pencahayaan langsung, maka hal ini perlulah disediakan fan ataupun cooker hood yang banyak tersedia dipasaran, bagi masaalah pencahayaan boleh di buat plafond dapur  agar cahaya dapat masuk.

2. Pemilihan Material Dapur dan Kitchen Set

Pemilihan material dapur dan kitchen set sangat penting, sebaiknya memilih material dinding yang tahan wap dan panas.Ceramik menjadi banyak pilihan bagi pengguna sebagai dinding dapur kerana kuat dan kukuh,serta mudah dibersihkan , harganya pun lebih murah daripada granit. Apabila  memilih untuk menggunakan ceramik, perlu diperhatikan juga motif dan corak dari ceramik, sebaiknya pilih yang simpel saja, jangan memilih yang bertekstur kerana susah untuk dibersihkan ,mungkin kotoran kesan minyak.Kiranya memilih untuk tahan tahan lasak ,granite menjadi pilihan walaupun agak mahal tapi ia mudah dan senang di jaga.
Cantik dan unik untuk solid surface , tapi  rajin mem polish untuk tidak  nampak kusam

Dapur Gaya English Country

Dalam memilih kitchen set sebaiknya disesuaikan dengan style dari dapur, apakah modern, klasik, natural atau minimalis, dan jangan lupa disesuaikan dengan konsep rumah agar selaras. Kitchen set dari kayu termasuk yang cukup popular ketika ini, kerana mudah dipadankan dengan material lainnya. Penggunaan stainlesssteel dan alumunium akan menimbulkan kesan modern, sedangkan Penggunaan material beton akan menghadirkan kesan dingin dan natural.

3. Kebersihan

Kesihatan keluarga tergantung pada banyak hal sebenarnya, diantaranya adalah kebersihan dan gizi makanan yang diambil. Usahakan agar selalu membersihkan dapur sesudah digunakan untuk memasak, untuk menghindari tumbuhnya kulat dan bakteria. Selain itu, sampah yang  tidak dibuang juga berpotensi sebagai tempat tumbuh dan berkembang biaknya kulat dan bakteria, yang mana  mengganggu kesihatan penghuni rumah.

Dengan design dapur yang nyaman dan selesa ,akan menampilkan ruang-ruang lain dalam rumah secara langung, dapur menjadi sebagai interior rumah yang boleh dinikmati oleh penghuni rumah mahu pun oleh tetamu yang berkunjung.

Bookmark and Share

Tip Memilih Warna Ruang

Written by sofieyya on Feb 23rd, 2010 | Filed under: *Decor Rumah*

Rasanya untuk menjadikan website ini satu maqalah @ dibaca majalah santai2, rasanya adilkah kalau saya entry satu ruang khusus, mengikut hari mingguan atau bulanan , sebab ada setengah pengunjung  ingin saya  paparkan  info untuk decor pula…almaklumlah entry sebelum2 ini banyak berkaitan tentang  informasi2 kesihatan, masakan dan info2 ringan saja,sure agak membosan kot…hehehe..apa pendapat anda?…saya macam biasa ler ikut selera ..malah ada juga info yang tidak berkaitan dengan minat..tapi kadang2 kalau bermanfaat untuk sesiapa dan saya rasa sesuai keselesaan maka saya postinglah..apa2pun saya sangat menghargai email pendapat pengunjung setia laman ini …saya harap jangan bosan dengan artikal2 keagamaan kt sini sudahlah yer..rugi kalau tak baca bak kata saudari Ani dari Jepun..tul tk  Ani…glamour  dik Ani untuk entry kali ini…..kebetulan tips decor cara mengecat sudah lama di draf….tunggu edit dan pelepasan pending..hehe, macam2 ler..so mari kita tengok mana tau ada yang nk pindah rumah atau nk cat rumah idea tkder…tk pun layan jerlah berilusi nak rumah mcm dalam gambar2 kt bawah tu…bak kata sofieyya “sebut 2 selalu”…..

Mengecat ruangan dianggap sebagai sebuah seni tersendiri dan tidak semua orang dapat melakukannya. Tetapi hakikatnya, kita dapat memiliki karya dirumah kita sendiri ,begitu juga bilik tidur atau dimana-mana ruang sekalipun.

Mengecat ruangan sendiri

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengecat ruang dengan warna yang baru. Mengecat ruang memerlukan perancangan secara hati-hati , bagi sesorang  yang belum berpengalaman sudah tentu perlu bekerja keras.Sebelum mengecat, Anda harus memilih warna cat dan jenis-jenis cat dipasaran. Yang terakhir barulah  membuat perbezaan jadi jangan lupa untuk memilih jenis cat yang sebenar-benar supaya tidak menyesal.

Sebelum / Selepas

Warna pada dasarnya memiliki keperibadian dan dapat mempengaruhi mood atau perasaan seseorang, jadi pilihlah warna-warna yang sesuai dengan ruangan dan fungsinya.

  • Biru adalah warna yang menyejukan dan menenangkan

  • Merah adalah warna penguat semangat  dan memberi pengaruh yang kuat.

  • Hijau menghadirkan keseimbangan dan perasaan penuh yakin.

  • Kuning adalah warna emosional yang menggerakan energi dan menimbulkan keceriaan.

Berikut adalah tips memilih warna untuk ruang anda :

1. Tentukan ruang seperti apa yang anda inginkan. Misalnya ruang yang tenang , ruang yang memberi kesan ringan, lemah lembut atau ruang yang agak ceria.

2. Ruang sebaiknya didominasi oleh satu warna.

3. Warna terang, sebaiknya digunakan untuk area yang lebih besar, sementara warna gelap sebaiknya digunakan untuk area kecil yang jarang digunakan, seperti tangga.

4. Gunakan warna untuk mengubah tampilan ruangan. Warna muda pada langit-langit dapat membuat ruang terkesan lebih tinggi. Demikian juga sebaliknya.

5. Gunakan warna ceria seperti merah atau hitam untuk kelihatan lebih tegas bila berada di dalam ruang.

6. Cuba buat sedikit contoh ringkas  sebelum mengecat,atau cuba cat pada sekeping papan dahulu. Perhatikan warna tersebut di pagi hari, siang dan malam hari.

7. Pengaruh tekstur permukaan atau kehadiran warna lain di sekelilingnya, yang menyebabkan perbezaan keadaan. Permukaan yang cerah akan membuat warna kelihatan lebih terang dan kuat, warna gelap yang diletakkan di sebelah warna terang akan membuat warna gelap makin gelap dan warna terang makin terang.

8. Hati hatilah dalam mengkombinasikan dua warna kontras. Berpada-padalah pada lingkungan warna. Warna yang letaknya saling berlawanan dalam lingkungan warna seperti ungu dan hijau, atau yang letaknya saling berdampingan seperti jingga dan fuchsia, akan kelihatan lebih serasi.

Bookmark and Share

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.