Archive for the ‘Apa Cerita Tok-one?’ Category

Keadilan Tuhan

Written by sofieyya on Mar 8th, 2010 | Filed under: Apa Cerita Tok-one?

Perbagai-bagai soalan yang diutarakan dari pengunjung kebanyakan beremailkan peribadi di emal facebook saya..mohon kemaafan kalau terSPAM..kadang2 boring juga facebook nie..semuanya hendak di hantar..“nak tidur pun nk bagitau, nak itu dan ini…,kalau bgitau zikir 10000 sehari tk habis  bagus jugakan..he3 leh juga sama ingat mengingati” , tp gitulah benda islamic susah nak nk diperbetulkan  tk kisahlah bukan ada nilaian pun di sisi tuhan kan…..so, email yg lebih penting terdelete sama….klu nak kasi  email personal tidak tahan juga ngan spammer…semua jadi serba tk kena….oklah mlas nk membebel panjang….N3 2/3 hari ini berkisarkan INFO jer….harap tidak ada yang jemu membaca….

Soalan pengunjung dalam email saya bertanyakan tentang kecelaruan dalam hidup, semua apa yang dilakukan serba tak kena..seharian berfikir tentang diri dan persoalan tentang keadilan  tuhan..setelah beliau membaca artikel yg di tulis tok-one yang lepas…Oklah………baca jangan tak baca..bak kata ani rugiiii..ani saya dan tageline awak kt sini..

Mungkin artikel ini dapat membantu beliau……….

Ada yang terfikir dan kadang-kadang merasakan Allah tidak adil dengan rancanganNya kepada manusia, mana patut dibakar dengan api yang panas tidak terhingga, seksa kubur yang dasyat dan macam-macam azab bagi mereka yang dijatuhkan hukuman kerana tidak mengikut arahan undang-undangnya dan diseksa buat suatu masa yang lama berbilion tahun di sana.

Oleh itu, sebagai muslim jangan buruk sangka terhadap tuhan yang Maha Adil. Neraka dan azab pedih itu adalah khusus kepada tetamu yang layak sahaja. Siapa tetamu yang memang patut dibakar dengan api neraka jahanam itu, tentulah diri-diri yang ingkar dan tidak tunduk kepada petunjuk yang telah disampaikan.

Bagaimana permulaan kepercayaan itu dan apa maksud fitrah yang sedia ada ?

Manusia percaya dengan kejahilan ( tanpa ilmu) dan pemberitahu. Apakah soal kepercayaan akan timbul tanpa kitab,pemberitahu atau buku-buku ilmu. Kita lupakah soal Adam AS yang telah kenal, malaikat yang telah kenal dan umat-umat dulu yang ada nabi-nabi dan rasul sebagai pembawa khabar petunjuk.

Katakan, kita buat ujikaji terhadap sekumpulan manusia dibesarkan dengan ilmu dunia dan cara logik dunia atau logik akal. Kita andaikan diri kita sendiri sebagai model itu. Cuba beri andaian dan kita bincang huruf A sampai jadi titik kerana titik itu simbol keseimbangan antara tiada dan ada. Kemudian kita bakar semua buku-buku catitan mengenai ketuhanan agar mereka tidak tahu hal ada tuhan. Adakah ada manusia berjaya membuat ujikaji itu atau kita cuba mengusahakan memadamkan ayat-ayat Allah dan agamanya. Itulah kehebatan agama Islam yang universal.

Kita semua setiap diri akan alami pertanyaan-pertanyaan macam ini samada semasa kecil atau dewasa, saya tidak menyalahkah sesiapa dengan persoalan pertanyaan , mari kita sama-sama fikirkan sebelum disoal dalam kubur nanti baik soal diri sendiri dulu kan? mudahan di dunia ini kita sudah dapat jawapan.

Persoalan yang sering bermain di minda kita apabila kita melihat pada diri kita yang serba kekurangan kehidupan yang sempit, pemikiran dan sukar hendak memahami, mengalami kesakitan, kesusahan, hilang kasih sayang, sering berdukacita, masalah dalam kehidupan yang tidak terhenti dari kecil hingga sekarang, mempersoalkan keadilan tuhan berbanding dengan insan lain yang mempunyai harta yang banyak, rezeki dipermudahkan, hidup bahagia, aman dan hidupnya diberkati, selalu sihat, anak-anak baik, keadaan serba cukup malah berlebihan , semua serba lancar, segalanya baik, pasti dia berkata Tuhan Maha baik dan Maha Adil.

Namun, kalau manusia ditimpa musibah, mendapat sial terus-menerus, sering ditipu teman-teman dekat, dan yang paling menyedihkan di kurniai anak yang berwajah tidak menarik dan kurang pintar, apakah ini bermaksud Tuhan tidak adil ? Apakah memang Tuhan yang harus disalahkan?

Perlu diingat, Tuhan selalu berlaku adil dengan siapa saja. Semuanya tergantung bagaimana kita merasakannya. Apa yang diberikan Tuhan adalah hadiah terbaik yang pernah kita terima.

Hadapilah apa saja yang Tuhan berikan kepada kita dengan bahagia. Banyak sekali kisah mengenai keluarga yang dikurniai anak yang kurang sihat baik secara mental maupun fizikal.

Namun, orang tua di keluarga itu tetap berusaha sebaik mungkin membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Orang tua seperti itu dapat mensyukuri apa yang Tuhan berikan kepadanya.

Sebaliknya, ramai anak yang lahir sihat, pintar, tetapi pada perkembangan selanjutnya, kerana kurang mendapat kasih sayang dan perhatian dari orang tua, akhirnya perkembangan secara liar dan bermasalah hidupnya sedangkan wang tidak pernah kekurangan, mereka tidak sebahagia kanak-kanak yang dilahirkan cacat tetapi memperoleh kasih sayang dan perhatian melimpah dari orang tua.

Selamanya kita boleh mensyukuri semua pemberian Tuhan dan percaya bahawa pemberian itu adalah yang terbaik untuk kita, hidup akan menjadi lebih ringan.

Jangan sampai kita menghabiskan hidup untuk merintih dan berkeluh kesah kerana merasa Tuhan tidak adil, sehingga tidak berbuat apa-apa.

Padahal, mungkin kalau boleh menerima keadaan dengan pasrah, kita boleh memaksimumkan pemberian Tuhan itu demi kebahagian bersama. Selama belum boleh mensyukuri pemberian Tuhan, kita akan terus bertanya, Apa mungkin Tuhan tidak adil.

Ada juga yang mengatakan tuhan tidak adil umpamanya: Dia mencipta ‘kejahatan’, kemudian Dia memasukan orang yang berbuat kejahatan kedalam ‘neraka’. Adakah patut tuhan ini diganti dengan tuhan lain ? Perlukan menggantikan tuhan ini dengan patung batu, kerana memberi ia peluang memaki tuhannya sedangkan Tuhan patung tidak mampu mengangkat tangan untuk memukul sekalipun.

Mengapa Tuhan itu dikatakan tidak adil , adakah atas dalil yang Allah jadikan itu dan ini ianya dikatakan tidak Adil .

Bagaimana pula suatu hari nanti ayam yang kita makan itu akan bertanya balik pada kita semua ? , ” Hai manusia mengapa banyak-banyak ayam , aku yang kau sembelih “ agak-agaknya apa jawapannya ?

Dan setiap penganut agama sesat akan bertanya kepada Pencipta Agung. ‘Ya Tuhan apakah engkau bersifat adil ? Engkau jadikan kami dari tiada kepada ada, dan engkau telah mengetahui apa yang akan kami anuti.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Saksama kepada semua makhluk segala yang berlaku itu sebenarnya jalan kita yang memilih dan tidak menggunakan akal semaksimum yang mungkin sebagaimana yang dia anugerahi di awal penciptaannya.

Apabila berlaku tidak baik kita terus menyalahkan tuhan dan mengatakan tuhan tidak adil. Kesusahan seseorang juga dapat dielakkan sekiranya semua umat Islam dapat bersatu padu dan saling bantu membantu kerana Allah telah menyerah amanah kepada semua insan untuk memakmurkan bumi. Hal yang sama, kalau kerosakan yang berlaku di muka bumi ini di sebabkan tangan-tangan manusia yang tidak amanah untuk menjaga sebaiknya akhirnya bumi ini hancur dan akan diratakan dalam masa terdekat kerana banyak kelalain dan kerosakan yang telah dilakukan sesama manusia.

[33:72] Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat celaru dan amat bodoh.

Sikap cepat menyerah tanpa usaha yang bersungguh-sungguh untuk memperbaiki segala kesilapan yang telah dilalui sedangkan kesilapan tersebut merupakan salah satu guru kita yang bernilai untuk belajar dari kesilapan kerana tawakkal adalah kaedah selepas kita berusaha sedaya upaya, selalu berdoa, dan penyerahan itu adalah selepas dua perkara itu selesai dengan baik.

Semoga kita semua bukan di kalangan golongan yang sering tertewas hanya melalui usaha dan doa juga dengan rahmat Allah takdir kita dapat berubah, namun destinasi saja yang tidak berubah. Sebenarnya anugerah Allah kepada manusia adalah saksama dan maha adil.

Kita perhatikan kepada makanan yang kita makan. Katakan buah mempelam dimakan oleh penduduk-penduduk yang berada di kawasan sawah dan pokoknya ditanam kat bumi Malaysia.

Buah epal pula ditanam di Australia umpamanya: Dimakan oleh orang Inggeris,untuk membesar, pokok-pokok mempelam dan epal ditanam diatas tanah, kemudian membesarlah pokok-pokok itu dengan menyaring pati-pati tanah, sehingga mengeluarkan buah-buah yang kita makan.

Tetapi kita lupa bahawa buah-buah itu pada asasnya ialah dari pati tanah dan apa yang dimakan oleh semua manusia adalah pada hakikatnya ‘Tanah’. Tidak kira kita samada dia seorang Presiden, Perdana Menteri, Raja, Bintang filem dan sebagainya akan memakan benda yang sama , seandainya kita dianugerahi ketelitian kita akan mengetahui kebesaran Allah SWT. Kita terasa terhina sekiranya kita mengambil perbezaan pada bentuk, rupa, warna, rasa dan sebagainya kerana kita lupa pada asal- usul diri kita.

Begitu juga dengan cerita-cerita di paparkan setiap hari di ruang akhbar, bagaimana cerita manusia jahat, di pertontonkan untuk orang baik untuk dibaca, adakah mereka2 ini minta semua ini berlaku padanya…sama-samalah kita berfikir..dimana letak keadilan tuhan itu…

Rujukan : Karya ust.ibnu ahmad 2009 Komuniti www.alkiram.net

Bookmark and Share

Takdir dan Redha

Written by sofieyya on Feb 10th, 2010 | Filed under: Apa Cerita Tok-one?

Hari ni Sofieyya publish koleksi catatan manuskrip dari TokOne yang tersimpan…semoga kita mendapat manfaat..

Kita diperintahkan redha dalam takdir yang Allah SWT redhainya dan tidak mencela pelakunya seperti musibah alam seperti cedera, sakit, kemalangan, dan kematian.

Adapun takdir yang Allah SWT mencela pelakunya dan dilarang meredainya seperti perbuatan dosa, walaupun ianya berlaku dengan kehendak Allah SWT.

Nabi bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya kejadian seseorang kamu dikumpulkan dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian dalam tempoh itu ia menjadi segumpal darah kemudian dalam tempoh itu ia menjadi segumpal daging kemudian diutuskan malaikat dan ditiup ruh padanya dan diperintah untuk menulis empat perkara iaitu rezekinya, ajalnya, amalannya, dan kedudukannya sama ada celaka (ahli neraka) atau bahagia (ahli syurga), maka demi Zat yang tiada sembahan yang berhak disembah kecuali dia sesungguhnya seseorang kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga antara dia dan syurga tinggal sehasta sahaja lagi lalu didahului dengan kitab (takdir) maka dia beramal dengan amalan ahli neraka dan memasukinya dan seseorang kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga antara dia dengan neraka jaraknya sehasta sahaja lagi lalu didahului takdir maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu memasukinya”. [al-Bukhari & Muslim].

Plan Alam kita itulah yang dinamanya takdir, ada yang muktamad, ada yang boleh berubah, contohnya jika kita miskin kalau berusaha kita boleh jadi kaya dengan usaha dan kita jangan anggap orang miskin itu tidak berusaha malah mengajar kita berfikir, bersyukur dan membantu jika kaya.

Iblis laknatullah di dalam takdirnya beliau menjadi ketua para malaikat dan akhirnya menjadi penderhaka dan pencetus kejahatan, kerana itulah plan alam asal yang tidak berubah, namun dia masih boleh mengubah takdirnya dengan bersujud di makam Saidina Nabi Adam AS.

Begitu juga dengan Dajjal yang telah diajar dengan segala ilmu dari Allah melalui binatang yang boleh berkata-kata. Sehingga tiba saat dia membuat pilihan takdirnya beliau akan menjadi seorang raja dan mati, jika dia memilih menjadi seorang yang baik , tetapi jika ia memilih menjadi jahat dia akan mengaku dirinya sebagai Tuhan dan akan mati dibunuh. Jika kita membaca kisah ini dalam buku Muhammad Isa Dawud, jadi ternyata setiap kita telah diberi pilihan sejak dari azali lagi di alam ruh untuk memilih dan mengetahui plan alam ini.

Manakala cara kita untuk mengetahui sama ada jalan yang kita pilih itu betul atau tidak ialah melalui solat istikharah dan solat hajat. Namun kita sebenarnya boleh saja membuat pilihan dalam hidup kita seharian dengan kebolehan akal fikiran menilai baik dan buruk berlandaskan Iman. Selain itu kita telah diberikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup, Plan Alam juga boleh bertambah atau berubah menerusi kesedaran daripada diri kita.

Dalam Islam, kita diasuh untuk mengerjakan solat Istikharah untuk membuat pilihan apa-apa urusan pekerjaan kita di dunia ini bagi memohon petunjuk. Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah, tunduk kepadaNya.

Ia hanyalah platform perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan keputusan yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah.

Isi terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah, itulah yang dimahukan dari istikharah.

Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan semata-mata , tetapi adalah tunduknya hati pada segala ketentuan yang Allah telah aturkan.

Selain dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjukNya dalam setiap perkara yang dilakukan.

Ada yang memahami bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi atau alamat tertentu kerana ia merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Tuannya. Solat istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan.

Sebagai contoh , dalam bab mencari jodoh, seseorang gadis didatangi seorang pemuda yang entah dari mana datangnya berjumpa dengan keluarganya, menyatakan hasrat di hati ingin memperisterikan gadis tersebut. Maka adalah menjadi tugas warisnya dan dirinya menyelidiki siapakah pemuda tersebut. Adakah baik agamanya , kedudukannya seperti yang diberitakan.

Maka perlu bagi warisnya atau diupah seseorang untuk pergi ke kawasan perumahan pemuda tersebut, bertanyakan jiran-jirannya, tentang akhlaknya, agamanya, pekerjaannya, sikapnya. Setelah selesai semua penyelidikan, maka perkara seterusnya, terserahlah pada gadis tersebut.

Di sinilah peri pentingnya istikharah, dalam menentukan bahawa keputusan yang diambil tidak berdasarkan kegopohan bahkan dari ketenangan hati.

Contoh kedua , apabila sedang dalam pertimbangan mencari sebuah rumah. Maka setelah segala usaha dibuat, diselidiki dan dibuat perbincangan, maka solat istikharah dilakukan, agar segala keputusan yang hadir benar-benar dari ketenangan hati.

Perbincangan , penelitian yang hadir serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu satu cara seseorang itu memohon istikharah dari Allah.

Apa yang penting dalam Istikharah adalah kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir dikatakan lemah dan tidak tahu perkara akan datang belaku dengan tepat.

Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan.

Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadanya.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah :

Oleh itu, ingatkan kamu kepadaKU (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKU) supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU) (152)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar (153)

Mahfum Hadis: Dari Jabir RA., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Penulis mengibaratkan semasa kita di alam roh, tatkala roh dimasukkan ke dalam jasad iaitu semasa aku ‘menerima CD plan alam individu’ aku terima dengan rela..kerana aku memberikannya kepada diriku, sendiri maka tentulah aku ‘redha’ dan ‘ikhlas’ dan tidak kisah watak apa saja sama ada ‘pemimpin’atau ‘miskin’ atau ‘kaya’ dan sebagainya. Ianya dari aku untuk aku kepada aku.

Manakala cara kita untuk mengetahui sama ada jalan yang kita pilih itu betul atau tidak ialah melalui istikharah. Namun kita sebenarnya boleh saja membuat pilihan dalam hidup kita seharian dengan kebolehan akal fikiran menilai baik dan buruk berlandaskan Iman. Selain itu kita telah diberikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup, Plan Alam juga boleh bertambah atau berubah menerusi kesedaran dari kita sendiri.

Mengikut pandangan ulama` Qada’ terbahagi kepada dua iaitu Qada’ Mubram dan Mu’allaq

Qada Mubram adalah taqdir yang pasti, taqdir dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak akan berubah secara mutlak( Taqdir yang tidak dapat kita ubah dengan berdoa atau dengan berusaha yang sudah ditetapkan misalnya kematian,warna kulit dan sebagainya )

Manakala takdir yang kedua adalah Qada’ Mu’allaq yang tertulis di luh mahfuz. Takdir ini boleh berubah dari semasa ke semasa.Contoh kalau seseorang ditakdirkan hidup sehingga berumur 80 tahun tapi semasa hayatnya dia banyak menghisap rokok, kena penyakit pneumonia meninggal masa umur 40 tahun, dalam keadaan ini, usaha adalah utama disertai doa yang baik – Insya Allah doa dapat mengubah takdir

Catatan: Sedutan dari Manuskrip TokOne (Perlukah Hidup Bertuhan?) www.alkiram.net/portal

Bookmark and Share

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.