Posted on 2008 under *Biskut*, *Cake*, Tip & Trick Recipes |
3
Sep
Ok tips2 nie dah lama sofieyya kumpul….hasil bersoal jawab dalam forum dulu kala punya….banyak yg kea edit sana sini..biasalah bahasa forum..kira bekerja keras jugaklah..Harap dapat membantu kawan2 yg baru nk beljar baking macam saya nie//So. kalau benar2 manfaat untuk anda..bak singgit duit raya..!ahak~
..Ok Jangan malas baca tau..kalau kek bantat jangan salah saya..
.
CARA KEDUDUKAN DULANG OVEN (TRAY)DAN KESUSAIAN SUHU API, MENGIKUT
JENIS KEK.(TRIAL AND ERROR NOT 100%)
Basically kalau convection oven reduce temperatures 25 to 50 degrees; trial and error…..
Untuk:
KEK BIASA, CUPCAKES,CHEESECAKES,CREME CAREMEL,TARTS
- middle tray, api atas bawah
BUTTERCAKE
- tray bawah sekali, api atas bawah
KEK SARANG SEMUT
- tray bawah sekali, api bawah (I think! - have to check lagi)
COOKIES
- kalau pakai 2 trays, simpan 1/3 dari atas dan 1/3 dari bawah, if 1 tray - simpan middle tray saja
KEK LAPIS
- middle tray, untuk lapis bawah - api atas or atas bawah, lapisan seterusnya api atas saja….
p/s.
- untuk bread and sponge cakeI’ve to check my notes sebab jarang buat…….
TIPS LAIN
* kalau kek cepat hangus atasnya, boleh simpan baking pan di tray atas, or tutup dengan foil towards
the end….
tepinya, just pusing-pusing macam buat cookies…… dan kalau ada oven thermometer boleh check
temperature oven untuk mecalibrate temp.
- ada oven yang boleh bakar 2 or more cakes dalam satu masa, simpan tray di mana saja still ok,
just simpan satu atas, satu bawah, satu kiri, satu kanan ……check occassionally, untuk pusing-pusing
pans; if necessary.
basically kalau convection oven reduce temperatures 25 to 50 degrees; trial and error…..
how besar is the oven? kalau kecil reducekan temperature, for example from 180C, boleh turunkan
to 160C to 170C ikut oven……
ada yang pakai bwh saja tapi selalu guna api atas bawah……
SUHU KEPANASAN
Tentang temperature oven tu boleh check pakai oven thermometer, ada jual di kedai kek, selalunya
bentuk bulat…..paling safe buat kek ni ikut temperature dalam recipe, if ada.
selalunya temperature ni tapi susah sikit sebab campuran kek, biskut dan banyaknya
lain-lain; yang common (hopefully tak mabuk baca sebab panjang):
COOKIES: 150C – 190C, masa 9 – 25 minit, middle rack or 1/3 atas and 1/3 dari bawah
Kek sarang: 175C – 180C, api atas bawah, rack bawah – 50 – 55 mins or 1 hour
Cheese slices (cheese 250g): 180C, if deep pan 19cm/20cm, around 35 mins, middle rack
MUFFIN: 175C/180C/200C; 20 – 30 minutes (ikut besar dan ingredients), middle rack
Cupcakes: 160C – 180C, roughly 15 – 25 minutes (ikut saiz juga), middle rack
Kek biasa (like Kek Marble yang ringan): 180C, if pan 20cm, 35 minutes
Crème caramel: 160C if untuk pan 20cm, 40 minutes or more; if 180C; pakai cups yang kecil,
bake around 30 minutes.
p/s.From experience dan baca buku: Catitan by chempaka_ku Fnr.
- for muffin kalau nak membukit simpan di rack yang paling panas.
- Paling senang untuk buat drop cookies pakai ice-cream scoop yang kecil.
- Untuk masukkan ke papercups buat muffin dan cupcakes pun senang pakai ice-cream scoop.
- Crispy cookies especially cookies yang cara canai, buat nipis.
- Kalau dough cookies terlalu lembut, boleh simpan dalam fridge sebentar.
- Ratakan base cookies untuk cheesecakes pakai bontot measuring cups.
- Kalau cheesecakes (or slices) yang bawahnya pakai dough, better process dalam food processor
butternya masih keras dan jangan terlebih process.
KEK2 YANG PERLU DI ALAS DENGAN KERTAS MINYAK;- dARI KERO-KERO fnr
Kek yg perlu dialas dgn kertas minyak tu bergantung dgn jenis kek yg dibuat & bahan2 yg
digunakan.
Jenis kek yg mesti dialas dgn kertas minyak tu:
1)Kek yg guna air @ susu dlm bancuhan batter nya.
2)Kek yg guna method dgn mengasing kuning & putih telur. Putih telur yg dipukul sampai gebu &
dimasukkan last skali.
cth: American sponge cake, chiffon cake, carrot cake, fruit cake & moist chocolate cake.
Utk resepi yg guna cara biasa dgn pukul butter sampai kembang, masukkan telur & lastly masukkan
tepung,” JUST” sapu butter kat dlm tin tu.
Kalo ada kek yg berminyak sgt kat bwh, maybe sbb terlebih pukul butter tu.
Kero tau sikit je ni dr buku & dr experience jugak sbb my first carot cake melekat kat loyang sbb x
letak kertas minyak..
My 1st try in baking was a swiss roll yg bertukar jd lempeng bcoz of my lack of understanding in
baking..lagipon masa tu wa baru skolah rendah..X pe laa, kita blajar dr kesilapan jugak.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
TIPS MEMBELI MICROWAVE
Apakah ciri-ciri yang sesuai untuk membeli sebuah microwave yang boleh digunakan untuk jangka
masa panjang? Saya keliru ada yang mengatakan bahawa microwave tidak sesuai untuk masak kek,
biskut. Sukar untuk selaraskan suhunya. Boleh puan berikan tipsnya. Sekian terima kasih.
Jika microwave ada ciri convection oven, maka ia sesuai utk membuat kek dan biskut
seperti oven biasa. Lazimnya microwave jenis ini agak mahal harganya tetapi pelbagai fungsi
lain hanya boleh dijelaskan secara terperinci di dalam buku manual microwave atau dari penjual
tersebut.
Ini adalah kerana, microwave mempunyai pelbagai Power dan ciri berbeza bergantung
kepada jenama/model. Jika microwave itu jenis yg tiada oven, hanya sesetengah resepi biskut atau
kek saja yg dapat dibakar di dalamnya. Anda perlu dapatkan buku khusus tentang masakan
microwave supaya dapat mencubanya sendiri. Utk mendapatkan suhu tepat di dalam microwave,
perlu menggunakan penyukat suhu khas yg diletak pada lantai microwave.
Bila membuat biskut atau kek berpandukan resepi yg khusus utk microwave, akan dicatatkan
ciri seperti standing time bilamana kek itu tidak kelihatan masak (masih basah/lembab) tetapi bila
dibiar selama 10 min (di luar microwave), ia akan ‘masak’ sempurna. Ada juga sesetengah kedai
menjual microwave yg mengadakan kelas-kelas masakan utk memahirkan pembeli. Seni Memasak
dengan Microwave memerlukan penjelasan terperinci dan saya kira, ruang
di sini agak terhad. Setakat ini saja yg dapat saya bantu.
Saya nak bertanya kalau nak buat muffin atau tart tapi bakar menggunakan microwave convection nak guna acauan apa? Sebab setahu saya kalau bakar guna microwave tak boleh guna acuan tin.Harap puan dapat membantu sebab saya memang teringin untuk buat muffin atau tart.
Acuan khas utk microwave seperti yg dijual di pasaraya.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Decorating with piping gel….Source By http://bakingproject.com
Piping gel is another ingredient that you can use to make interesting pictures on cakes. Most of my visitors who are in the cake business is already an expert in this technique. However, for the sake of some newbies, I?ve decided to document my project this morning using piping gel. Take note that I am also still learning, so forgive me if the end result is not that good.
Ok, first of all decide what you want to draw on the cake. You can pipe directly on the cake or like me, trace it. I take a baking sheet and trace the picture that I like.

Then I transfer the paper onto my cake. Before that I have covered the cake with fondant and leave it to dry overnight. You can also cover the cake with icing but make sure it is cool in the fridge and the icing has hardened a little.

To trace the picture, I use a toothpick and prick some holes along the pencil line. Remove the paper and you will see the dotted lines on your cake. Now, draw the outline. I use melted chocolate for this and pipe it using a paper piping bag. You need a steady hand for this.

Leave that to dry.
Colour your clear piping gel. I use my gel colouring, you can also use the usual liquid colouring. This is how the clear gel looks like.

Spoon the coloured gel into the paper piping bag, snip the end and fill in the outlines.

That?s all there is to it, actually. Apart from the paper piping bag, I also used a small artist brush to touch up and blend the colours together. My finished picture :

I?m using a dummy cake here, so for the finishing touch, I just tied a ribbon at the bottom of the cake.

I think this is one of the easiest cake decorating technique. I?m hoping with a little more practice I can make finer piping for the outline. The important thing is the consistency - you have to make sure the icing or melt chocolate you are using is soft, if it is too thick the lines will break and you will have big bulbs. It has to be smooth and thin so you can glide easily to trace the outline. Filling in the gel is easy and I?m sure you will not encounter any problem.
Well , I hope this article has been useful. Cheerio !
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Source by http://resipinoraini.blogspot.com/
Semasa saya mengadakan kursus kek lapis, ada juga peserta yang bertanya kepada saya bagaimana nak memulakan perniagaan kek atau biskut secara kecil-kecilan dari rumah? Saya rasa ini satu soalan yang baik kerana antara matlamat saya menulis buku, menganjurkan kursus dan mewujudkan blog ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu kita menceburkan diri dalam perniagaan ini. Maklumlah rata-rata kita lihat,kedai kek dimana-mana bandarpun dimonopoli oleh satu kaum saja. Belum tentu apa yang dijual itu Halal. Sebagai umat Islam, persoalan halal haram adalah sangat penting. Jadi marilah kita bersama-sama melaksanakan Jihad Ekonomi.
Apa yang akan saya paparkan disini adalah dari pengalaman saya berniaga kecil-kecilan selama 10 tahun sejak saya meletakkan jawatan sebagai wartawan majalah. Saya mengambil tempahan kek dan biskut raya. Pernah tempahan biskut raya saya mencapai 35,000 biji sedangkan saya tiada pekerja, hanya bantuan ahli keluarga.Lain orang lain pengalamannya. Harap dapat dijadikan panduan sebagai batu loncatan untuk mengorak langkah menjadi usahawan berjaya. Insyaallah.
1. Dapatkan ilmu
Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.
2. Mempraktikkan ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya. Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual .Harganya satu biji RM90.00.Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.
3. Promosi
Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.
4. Menjaga Pelanggan
Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.
5. Sikap yang Positif
Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.
6. Peralatan yang cukup
Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.
7. Mendaftarkan perniagaan
Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.
Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih