Archives for Biskut/Muffin/Kek category

cake-pan.JPG

Petua Memilih Loyang.

Bila inginkan kek Anda berhasil cantik, pilihan resepi ,bahan dan bentuk loyang harus menjadi asas utama.

Acuan.
Tidak akan ada kek tanpa acuan. Bekas untuk membakar sering di sebut2 dalam mana resepi. Tapi acuan tidak hanya diperuntukkan untuk membakar kueh sahaja.Ada jenis resepi makanan lain, seperti pizza atau lasagna memelurkankan bekas sahaja untuk membakar.

Jadi agak kurang tepat acuan dikategorikan sebagai bekas membakar,ada yang dari aluminium atau teflon. Ada banyak ragam loyang. Masing-masing mempunyai kegunaan tersendiri. Juga dengan kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Beberapa jenis loyang terbuat dari bahan gelas antipanas.

Dari besi hingga silikon

Jadi acuan mana yang menjadi pilihan dan harus digunakan? Jawapannya, tergantung apa yang hendak dibakar. Acuan dari bahan alumunium yang berat lebih baik dibanding acuan dari besi. Terutama untuk menyalurkan panas. Kebanyakkan kedai2 bakery menggunakan loyang alumunium karena ia lebih mudah penjagaanya, juga tidak berkarat.

Beberapa acuan di perbuat dari besi waja. Jenis ini bukan penghantar panas yang baik. Karena itu, loyang jenis ini memiliki bahagian bawah yang diperbuat daripada tembaga atau aluminium. Kegunaannya untuk mendistribusikan panas secara merata.

Bahan lainnya adalah besi.

Perlu diingat besi adalah bahan pemanas yang baik, satu set alat memangang dari besi biasanya dilapisi dengan lapisan timah. Alat panggang jenis ini akan mudah kehitaman. Dan jika tidak disimpan dalam keadaan kering, maka mudah sekali berkarat.

Beberapa jenis makanan akan lebih baik dibakar dalam loyang berbahan gelas tahan panas. Atau lebih dikenal dengan pyrex. Jenis ini telus pandang sehingga kita dengan mudah boleh melihat apakah masakan itu sudah masak. Bahan lain adalah silikon. Jenis ini kurang popular, tergolong masih baru.

Warna berpengaruh

Jika Anda perhatikan, beberapa resepi mengharuskan waktu membakar yang lebih sebentar jika Anda membakar dalam acuan berwarna gelap. Ini karena warna yang lebih gelap menyebabkan permukaannya menyerap dan menahan lebih banyak panas. Sehingga proses memasak makanan lebih cepat.

Loyang dengan warna yang lebih terang adalah yang terbaik, terutama untuk membakar biskut dan cake. Jenis ini tidak memerlukan kepanasan seperti loyang berwarna gelap. Biasanya kita tidak mahu biskut atau bahulu berwarna terlalu cokelat. Karena itu kegunaan loyang berwarna terang lebih tepat.

Pilihan apakah menggunakan gelas atau metal, gelap atau mengilap, mempengaruhi waktu memasak dan kematangan.?

Secara umum, orang lebih banyak menggunakan loyang dari aluminium yang mengkilap. Tapi jika Anda menggunakan besi hitam, pastikan waktu memanggang secara cermat. Warna hitam menyerap panas lebih dibandingkan loyang cerah. Anda disarankan menurunkan temperatur oven hingga 4 derajat Celcius ketika menggunakannya.

Perlu diketahui, ketahanan loyang kueh boleh diukur dari segi kekukuhah. Jika loyang membakar ringan dan tipis, sebaiknya dilapisi bahan lain jika membakar pada temperatur tinggi. Loyang jenis ini sebaiknya jangan selalu digunakan. Loyang yang ringan dan tipis memang lebih murah. Sebolehnya keluarkan sedikit wang, untuk loyang yang lebih kukuh untuk jangka masa panjang, loyang yang nipis tidak tahan lama, dan hasilnya belum lagi maksimal.

Sesuaikan dengan resepi
Penggunaan loyang sebaiknya disesuaikan dengan resepi. Baik dari segi bentuk mahupun ukurannya. ”Kalau tidak, mutu kek yang diinginkan tidak akan tercapai,” kata seorang pakar masakan. Boleh menjadikan kek yang kita buat terlalu kecil atau terlalu berlebihan. Menurut pakar memasak lagi, tahap adunan kek yang kurang dua sentimeter dari loyang kek masih boleh diterima. Tapi jika lebih dari itu, menjadi tidak cantik.Kalau terlalu banyak perbezaan akan menjadi masalah,dengan ini disarankan mencari loyang yang bersesuai dengan adunan.

cakepan-brownies.jpg

Brownies cakepan

Mengenai bentuk loyang, memang ada ,tapi bukan perkara utama. Untuk kek chiffon atau brownies, misalnya, tapi boleh diganti dengan loyang bentuk lainnya.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Source by http://resipinoraini.blogspot.com/

Semasa saya mengadakan kursus kek lapis, ada juga peserta yang bertanya kepada saya bagaimana nak memulakan perniagaan kek atau biskut secara kecil-kecilan dari rumah? Saya rasa ini satu soalan yang baik kerana antara matlamat saya menulis buku, menganjurkan kursus dan mewujudkan blog ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu kita menceburkan diri dalam perniagaan ini. Maklumlah rata-rata kita lihat,kedai kek dimana-mana bandarpun dimonopoli oleh satu kaum saja. Belum tentu apa yang dijual itu Halal. Sebagai umat Islam, persoalan halal haram adalah sangat penting. Jadi marilah kita bersama-sama melaksanakan Jihad Ekonomi.

Apa yang akan saya paparkan disini adalah dari pengalaman saya berniaga kecil-kecilan selama 10 tahun sejak saya meletakkan jawatan sebagai wartawan majalah. Saya mengambil tempahan kek dan biskut raya. Pernah tempahan biskut raya saya mencapai 35,000 biji sedangkan saya tiada pekerja, hanya bantuan ahli keluarga.Lain orang lain pengalamannya. Harap dapat dijadikan panduan sebagai batu loncatan untuk mengorak langkah menjadi usahawan berjaya. Insyaallah.

1. Dapatkan ilmu

Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.

2. Mempraktikkan ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya. Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual .Harganya satu biji RM90.00.Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.

3. Promosi

Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.

4. Menjaga Pelanggan

Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.

5. Sikap yang Positif

Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.

6. Peralatan yang cukup

Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.

7. Mendaftarkan perniagaan

Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.

Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Selamat tahun baru 2008 diucapkan kepada semua. Hari ini nak ceritalah sedikit pasal panduan-panduan membuat kek. Ramai antara kita yang minat membuat kek tetapi ada yang tidak ambil kisah tentang beberapa perkara penting sebelum membuatnya. Jadi marilah kita dapatkan informasi tentang panduan membuat kek.

1. Baca resipi dengan teliti untuk mendapatkan maklumat tentang cara memasak samada membakar atau mengukus, juga untuk mengetahui kaedah yang digunakan.

2. Sediakan barang-barang yang diperlukan samada bahan-bahan atau peralatan. Susunkan diatas meja.

3. Timbang bahan-bahan mengikut resipi.Jangan terlebih atau terkurang. Dapatkan bahan-bahan yang segar dan masih belum tamat tempoh.

4. Peralatan seperti pengadun(mixer), mangkuk adunan, pengaut, senduk dan lain-lain hendaklah dalam keadaan yang bersih.

5. Sediakan tin pembakar yang bersesuaian saiz seperti dinyatakan dalam resipi. Griskan dan lapik dengan kertas serap minyak. Tin untuk membuat kek span dan kek sifon tidak perlu digriskan.

6. Ketuhar (oven) hendaklah dibersihkan dari habuk atau tumpahan minyak.Panaskan ia ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek.

7. Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk 1/2 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah dipukul. Telur juga dikeluarkan agar ia bersuhu bilik.

8. Setelah memasukkan kek ke dalam ketuhar, setkan masa yang diperlukan untuk membakar. Jika kek mentega masa selalunya 1 jam, kek buah mengambil masa 1 1/2 jam dan kek span 45 minit sahaja.

9. Untuk membuat kek lapis, perlukan api atas dan bawah (grill). Gunakan ketuhar yang bersesuaian. Masa membakar juga singkat iaitu 7 -10 minit bergantung kepada jenis ketuhar.

10. Jangan buka pintu ketuhar 30 minit pertama kerana kek belum set. Haba yang keluar akan menyebabkan kek bantat. Selepas 45 minit anda boleh buka untuk menukar kedudukan kek.

11. Jangan masukkan terlalu banyak kek dalam satu ketuhar. Ini akan menyebabkan kekurangan haba dan kek akan jadi bantat.

12.Untuk menguji kek masak, cucuk bahagian tengah kek dengan lidi. Jika tiada melekit, ia sudah masak. Jika masih melekit. bakar untuk 10 minit lagi.

13. Tanda mudah kek telah masak ialah warnanya kekuningan, baunya harum dan ia lekang dari sisi tin pembakar.

14. Apabila kek telah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk dalam tinnya selama 30 minit sebelum dikeluarkan. Untuk kek span dan kek sifon, telangkupkan tin setelah dikeluarkan dari ketuhar. Ini untuk mencegah kek mendap. Selepas 10 minit, pusingkan kek kedudukan asal dan keluarkan kek dengan mengikis sisinya dengan pisau.

15. Kek boleh dihidangkan apabila sejuk. Untuk menyimpannya, balutkan dengan kertas aluminium atau pembalut plastik. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.Kek biasa tahan satu minggu sementara kek lapis pula tahan 1 bulan.

Source By http://resipinoraini.blogspot.com/

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs
 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*