Archives for Biskut/Muffin/Kek category

Biskut Digestif Berempah
Bahan-Bahan:
225 gm tepung atta
100 gm tepung gandum
1 camca teh serbuk kayu manis
1 camca teh serbuk rempah kari
? camca teh garam 2 camca teh serbuk penaik
75 gm mentega
50 gm lemak sayuran
1 biji telur
4 camca besar air

Cara:
Satukan tepung atta, tepung gandum, rempah-rempah, garam dan serbuk penaik di dalam mangkuk besar. Gaul dan ramaskan marjerin dan lemak sayuran bersama campuran tepung atta hingga menjadi serbuk roti. Pukul telur bersama air hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan tadi dan uli hingga menjadi doh. Taburkan tepung ke atas papan canai dan canai doh setebal 3 mm. Terap doh dengan acuan. Cucuk dengan garpu jika suka. Bakar 15 minit pada suhu 180′C atau hingga keperangan. Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Panduan Membuat Kek Keju

Source http://resipinoraini.blogspot.com/

Kek keju semakin popular di negara kita kerana keenakan dan keunikan rasanya.Walaupun harganya agak mahal berbanding kek-kek yang lain, namun ia tetap jadi pilihan para penggemarnya.Kek keju yang terkenal seperti Kek Tiramisu adalah berasal dari Itali. Ia adalah hidangan pencuci mulut yang popular dan dicipta pada tahun 1960 di Treviso,Itali.”Tiramisu” bunyinya seakan-akan bahasa Jepun tetapi dalam bahasa Itali, ia bermaksud “pick me up” atau “carry me up”. Resipi asal Tiramisu menggunakan ’sponge fingers’ dan keju mascapone. Tetapi kita boleh ubahsuai resipi ini mengikut selera sendiri . Untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kek keju lebih mudah mendapatkannya dari kedai-kedai menjual bahan kek seperti Bagus Marketing, Bake With Yen dan lain-lain. Harga krim keju juga lebih murah berbanding dengan membeli dipasaraya biasa. Keju mascapone sukar didapati dan harganya mahal.Anda boleh gunakan krim keju Philadelphia bagi menggantikan keju mascapone. Krim masam pula boleh digantikan dengan yogurt.

Panduan Membuat Kek Keju

1. Gunakan keju jenis krim keju( cream cheese) untuk kebanyakan resipi kek keju. Kecuali dinyatakan dalam resipi untuk menggunakan keju jenis lain.

2. Keluarkan keju 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan bersuhu bilik. Ini memudahkan kerja memutar dan supaya ia tidak berketul.

3. Kek keju mempunyai 2 kaedah membuatnya iaitu cara membakar dan cara dinginbeku (Chilled). Baca resipi dengan teliti untuk mempastikan kaedah mana digunakan.

4. Teknik water-bath/steam bake/bain-marie digunakan semasa membakar kek keju agar ia masak dengan perlahan dan tidak hangus. Suhunya pula 160 darjah celcius. Teknik ini bermaksud meletakkan sedulang air dibawah acuan kek agar kek masak melalui haba air tersebut.

5. Gunakan tin bulat jenis ’springform’ agar mudah dibuka dari bahagian tepi. Anda juga boleh gunakan ‘loose tin’ yang boleh dibuka dari bahagian bawah. Jangan gunakan tin pembakar biasa kerana akan susah dikeluarkan.

6. Jika gunakan kaedah membakar water-bath, lapik tin dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk ke dalam kek.

7. Panaskan ketuhar kepada 160 darjah celcius selama 15 minit. Masa membakar pula adalah satu setengah jam (1 1/2 jam).

8. Kek keju enak dimakan apabila sejuk. Setelah kek sejuk ,masukkan ke dalam petiais sekurang-kurangnya 3 jam agar ia padat. Kemudian barulah dipotong ..

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Mufin dan kek cawan (cupcake) sentiasa menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa terutama apabila dihias dengan aising di atasnya.Ia terdapat dalam pelbagai perisa dan boleh dinikmati secara individu dan tidak perlu dipotong. Muffin dan kek cawan mempunyai perbezaan yang ketara walaupun sekali imbas ia nampak seakan-akan sama. Perbezaan yang ketara ialah dari segi rupa bentuk dimana mufin mempunyai puncak yang tinggi manakala kek cawan cuma gelembung sedikit di bahagian atas. Ini untuk memudahkan ia dihias dengan pelbagai aising.

Mufin selalunya menggunakan cawan kertas yang tinggi agar memudahkan puncaknya terbentuk dengan elok. Manakala kek cawan lebih kecil dan diisi dalam cawan kertas yang lebih rendah.Mufin mempunyai dua kaedah membuatnya iaitu kaedah mufin (tekstur kek lebih kenyal seperti roti) dan kaedah mengkerim dimana tekstur kek lebih halus dan lembut seperti kek. Mufin selalunya tidak dihias dengan aising kerana puncaknya yang tinggi menyukarkan ia diletakkan aising.

Kek cawan pula adalah kek kecil yang boleh mengunakan pelbagai kek asas seperti kek mentega atau kek span. Ia juga boleh dipelbagaikan perisanya seperti oren, coklat, strawberi, kopi dan sebagainya.Disamping itu kek cawan boleh dihias dengan pelbagai aising seperti aising krim mentega dan aising coklat.

source… http://resipinoraini.blogspot.com/

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs
 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*