Mengenai Kami
Alhamdulillah Alkiram.Net versi ketiga telah selamat dibangunkan dengan sempurna dengan penggunaan edisi blog adalah kesinambungan daripada versi pertama yang menggunakan platform PHP-Nuke yang telah ditubuhkan sejak 23 Oktober 2004.
Pada 2003 kami menggunakan domain atefah.net semasa menjalankan perniagaan secara online secara kecil-kecilan atas sebab-sebab tertentu kami tidak lagi menyambung langganan domain tersebut dan terus mendaftarkan domain alkiram.net .
Kesempatan ini ku utuskan bicara buat teman-teman komuniti dan pelayar-pelayar di alam maya untuk menyingkap disebalik nama ALKIRAM.
Apa rahsia sebenarnya ? Apakah pendorongnya ? Setiap orang mempunyai cetusan idea tersendiri…Setiap orang mempunyai minat yang unik yang tersendiri…Begitu jualah dalam ruang lingkup alam maya supaya ia berkembang pesat dengan pencernaan idea-idea baru untuk merebut peluang maklumat mesti melalui proses kajian dan pemerhatian dari satu segi ke satu segi yang lain.
Penulis mengakui bahawa setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatan dari beberapa segi atau aspek.Hakikatnya Allah menjadikan sedemikian adalah hikmah sebaliknya.Namum,apabila digabungkan diantara satu sama lain ia akan menjadi lebih sempurna dan terbaik.
Pro dan kontra dalam apa jua bidang sebenarnya ada hikmahnya agar masing-masing dapat meningkatkan lagi kualiti.Apa yang penting medan perbincangan secara hikmah dan terbaik amatlah diperlukan dan disarankan oleh agama Islam itu sendiri.
Oleh itu,Tidak dinafikan dengan adanya permindahan idea dan maklumat dari individu ke satu individu akan melahirkan penciptaan-penciptaan baru yang lebih kreatif.
Medan perbincangan ALKIRAM terbuka luas untuk dicurahkan dan dikongsikan bersama kami dengan rangkaian web yang lebih besar dan hebat.
Mungkin anda masih tertanya? tentang rahsia di sebalik nama ALKIRAM ?
Secara umumnya ia diterbitkan dari idea kami tersendiri untuk mencapai misi kami dalam perkongsian maklumat dan ilmut.
Sebenarnya tersirat disebalik perkataan ALKIRAM adalah merujuk kepada “Alihan Kitaran Maklumat Masakini” atau ALKIRAM secara langsung berfungsi sebagai penyebaran dan pemindahan ledakan maklumat terkini yang akan difokuskan dari masa ke semasa.
Walaupun pada asalnya nama ALKIRAM diambil daripada kalimah bahasa arab yang bermaksud sanjungan atau terbaik. Harapan kami agar Komuniti Alkiram ini melahirkan sebuah bangsa yang terbaik,disanjungi dan dipandang mulia dengan “kuasa ilmu dan ekonomi” yang dijanakan melalui kajian dan perkongsian.
Pengalaman penulis di Mesir melakarkan bahawa masyarakat arab suka kepada ilmu dan perniagaan.
Berdasarkan sejarah membukukan dan digambarkan juga didalam surah Al-Quraisy yang mana kaum Quraisy menjalankan perniagaannya pada musim sejuk ke Yaman dan musim panas ke Negara Syam [Syiria] mereka bergerak masuk untuk berniaga di bandar besar ini yang dikenali sebagai Bazara [Bazar] mereka mempamerkan barangan perniagaan masing-masing.
Pengalaman penulis bersama guru mursyid Sidi Syeikh Mukhtar Ali Muhammad Addasuqi juga tertarik dengan melihat bagaimana beliau menyebarkan dakwah atau kefahaman Islam secara syumul kepada masyarakat Mesir dan warga asing dengan “kuasa ekonomi” yang dicanaikan dengan pembukaan ladang tanaman dan perternakan di sebuah padang pasir di Kum Hamad daerah Buhairah,Negeri Damanhur yang terletak kira-kira 300KM dari Kota Kaherah,Mesir.
Beliau dan bersama-sama anak muridnya membuka ladang hasil beberapa perkongsian saham yang telah dijalankan sekitar tahun 2000 lalu dengan menggunakan kaedah oasis dan biologi tersendiri yang dikenali sebagai MAZRAAH AL-KIRAM.
Pada mulanya ladang tersebut dibuka kira-kira 100 Hektar di tengah-tengah padang pasir dan kini terdapat pelbagai tanaman pertanian musim sejuk dan panas seperti anggur,limau,bawang,kubis dan sebagainya.Disamping perternakan kharuf,kambing,ikan dan lembu.
Bagaimana padang pasir dijadikan ladang ? Mungkin kita menganggap tidak masuk akal tapi dengan keberkatan ilmunya yang tersebar luas dipelusuk dunia termasuk beberapa benua termasuk Malaysia.Ilmunya adalah bertaraf aulia` tidak mustahil bagi Allah s.w.t yang maha agung,mulia dan super kuasa untuk mencampak ilham kepada beliau untuk memajukan ladang dan membina penempatan disebuah padang pasir yang kering kontang sehingga beliau juga mendapat mengiktirafan dari kerajaan Mesir dan menghadiahkan tanah beberapa hektar untuk meneruskan projeknya dengan jayanya.Walaupun sebelum ini beliau juga dikurniakan beberapa pengiktirafan dari beberapa beberapa negara arab sendiri termasuk Syiria,Kuwait dan Arab Saudi .
Bagaimana kaedah yang digunakan ? Pada mulanya beliau mengusahakan perternakan atau beberapa kolam ikan talapia setelah mendapatkan mata air kemudian dipamkan ke dalam beberapa kolam.Seterusnya proses penyalinan air sering lakukan agar ikan tersebut sering mendapat oksigen dan segar kemudian air dari kolam tersebut dibuang ke tanaman-tanaman sekitarnya seperti bersim [sejenis tanaman makanan untuk keldai,kuda,lembu dan kharuf]bawang dan sebagainya.Begitulah kitarannya biologi yang dilakukan sendiri.
Kaedahnya untuk kita lebih faham..! Penulis masih ingat dan lihat…di zaman datuk nenek kita atau emak kita dulu ? bila bersian ikan atau ayam ke daging ke..kemudian dicuci dan air tadi dicurah di pokok pisang !? atau pokok nangka !itulah kaedahnya sebab air tersebut adalah dijadikan baja untuk pokok itu subur.
Namun,kini ladang tersebut telah pun bertukar wajah dengan pembinaan penempatan yang begitu banyak hasil saham atau perkongsian dari anak-anak muridnya dan aktiviti perniagaan yang seriring berkembang dari masa ke semasa yang menubuhkan syarikat yang dinamakan SYARIKAT AL-KIRAM CONSULTANT milik Sidi Syeikh Mukhtar Ali Muhammad Addasuqi merupakan syarikat perunding dalam bidang biologi dan pertanian.
Ketika pembukaaan ladang tersebut tugas beliau adalah menyampaikan dakwah kefahaman tentang sufism atau kerohanian dan Tariqah Al-Muhammadiah Ad-Dusuqiahuntuk masyarakat tempatan dan asing dengan pembinaan bangunan tempat pengajian yang begitu hebat !dan sering dijadikan tempat Persidangan Sufi yang sering dihadiri penceramah-penceramah jemputan dari Universiti Al-Azhar setiap tahun termasuk Dr.Umar Hashim [Bekas Rektor Universiti Al-Azhar],Syeikh Hassan As-Sanawi [Pengerusi Majlis Sufi Tertinggi Mesir]dan Syeikh-Syeikh Tariqah di Mesir termasuk Tariqah Al-Khulwatiah,Burhamiah dan lain-lain.
Berdasarkan sidang Majlis Sufi Tertinggi Republik Arab Mesir pada tanggal 5 Rabi?ul-Awal 1428 H. bertepatan dengan 24 March 2007, menetapkan bahawa Tariqah Dusuqiyah Muhammadiyah sebagai tariqah sufi yang sah berdasarkan undang-undang nombor 118 tahun 1976 tentang kesahihan tariqah sufi pimpinannya, serta memberikan mandat kepada yang mulia kepada Syeikh Mukhtar Ali Muhammad Ahmad sebagai satu-satunya syeikh tariqah tersebut atas kesepakatan para anggota majlis-Rujukan Sumber Surat edaran Majlis Sufi Tertinggi Republik Arab Mesir yang tertera dalam majalah Tasawuf Islami edisi 340 tahun ke-29 Rabi? Tsani 1428 H. / April 2007 M. halaman 44]
Sesungguhnya orang Islam itu bukan peminta dan pengganas sebagaimana yang dituduh oleh bukan Islam dan dalam Islam maksud zuhud tersebut bukannya meninggalkan urusan dunia dan menfokuskan kepada urusan akhirat semata-mata sebagaimana silap faham sesetengah masyarakat Islam itu sendiri.
Menurut Syeikhku Sidi Syeikh Mukhtar R.A katanya : AZZUHDU AN TAMLIKADD DUNYAA FATA’UFFA MINHA’.
Bermaksud: ‘Zuhud ialah kamu memiliki dunia kemudian engkau menahan diri daripada terkesan dengannya’.
Zuhud merangkumi pelbagai aspek seperti pemakanan,pakaian,perbelanjaan,pekerjaan,dan sebagainya.
Tetapi ada juga perkara-perkara yang tidak termasuk dalam lingkungan zuhud sebagai pencarian ilmu,rahmat dan hidayah.
Rasulullah pernah berdoa: ‘ROBBI ZIDNII ‘ILMAN’. Bermaksud: ‘Wahai Tuhanku!Tambahkanlah ilmu kepadaku’.
Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa: ‘ROBBANAA AATINA MIN LADUNKA ROHMATAN’.
Bermaksud: ‘Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kami Rahmat dari sisi-Mu’.
Begitu juga dengan hidayah,tidak perlu zuhud padanya,persoalannya adakah erti zuhud ialah meninggalkan segala perkara yang ada kaitan dengan dunia?
Adakah kalau selama ini kita yang kaya raya ini harus meninggalkan segala harta benda lalu mengambil barang sekadar keperluan kita sahaja?
Dan adakah kalau selama ini kita memakai pakaian yang mahal, bermutu tinggi dan cantik lalu apabila kita mengenal erti zuhud lalu kita menukarkan trend pakaian kita kepada pakaian-pakaian yang serba murah,lusuh dan compang-camping?
Dan adakah kalau selama ini kita merasai hidangan yang lazat dan berkhaziat lagi penuh gizinya,tetapi setelah mengenal arti zuhud kita hanya sekadar memakan makanan yang hanya cukup untuk mengganjal perut saja? Apakah…Apakah…Apakah….!
Apakah itu yang dimaksudkan dengan zuhud? Siapakah yang lebih arif dengan arti zuhud ini?
Apakah kita yang belajar ilmu agama semuanya benar-benar mengenali istilah atau makna zuhud?
Atau apakah kita memahami istilah zuhud sekadar mengikut pemahaman yang ada dalam diri kita saja tanpa perlu merujuk kepada istilah zuhud yang sebenarnya?
Mungkinkah kalau ditanya tentang erti zuhud yang sebenarnya, kita akan menuding jari kepada para ulama’ yang mewarisi tugas-tugas para anbia’.
Tetapi kadang-kadang apabila kita melihat kepada barisan ulama’ pewaris anbia’ ini ! kita melihat mereka memakai pakaian-pakaian yang kadang-kadang jauh lebih mewah dan mahal daripada yang kita pakai.Apa maksud disebalik semuanya ini ?
Mereka amat mengerti dan tahu tentang erti zuhud tetapi pada masa yang sama seolah-olah mereka menyalahi makna tersirat tentang zuhud !
Oleh itu, perkara ini kalau tidak memahami dengan baik dan betul,tentu sekali akan memusingkan kepala otak kita bahkan memeningkan kalian lantas kita membatasi ruangan agama Islam yang begitu luas.
Bagaimana pula kisah Sidi Abu Hassan Syazuli dengan salah seorang anak muridnya.
Beliau bertanya Sidi Abu Hasan As-Syazuli kenapa beliau yang sentiasa saja memakai pakaian yang mewah, sedangkan beliau salah seorang daripada Waliyullah yang bertaraf Qutub.
Lelaki yang menyoal itu hanya memakai pakaian yang lusuh supaya ia dikenali sebagai seorang yang zuhud.
Jawab Sayyidi Abul Hasan As-Syazuli: ‘LIBAASUKUM HAAZAA YAQUULU INNALLAAHA FAQIIRUN WA LIBAASUNAA HAAZAA YAQUULU INNALLAAHA GHONIYYUN…JAMIILUN YUHIBBUL JAMAAL’…
Bermaksud: ‘Pakaian kamu (yang lusuh ) ini menyatakan bahawa Allah Ta’ala itu miskin dan pakaian(mewah)aku ini pula menyatakan bahawasanya Allah Ta’ala itu Maha Kaya dan Maha Cantik serta sukakan yang cantik-cantik’.
Rasulullah juga pernah bersabda: ‘INNALLAAHA YUHIBBU AN YURAA ATHARA NI’MATIHII ‘ALAA ABDIHII’.
Bermaksud: ‘Sesungguhnya Allah Ta’ala suka jika diperlihatkan kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya’.
Allah Ta’ala berfirman: ‘YAA AYYUHARRUSULU KULUU MIN TOYYIBAAT MAA ROZAQNAAKUM’.
Bermaksud: ‘Wahai para Rasul! Makanlah daripada rezeki yang baik2 yang telah Kami kurniakan kepadamu’
Allah Ta’ala berfirman: ‘YAA AYYUHALLAZIINA AAMANUU KULUU MINAT TOYYIBAATI MA ROZAQNAAKUM’.
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah daripada rezeki yang baik-baik yang telah Kami kurniakan kepada kamu’.
Itu ialah perintah daripada Allah Ta’ala yang mana Allah s.w.t menyuruh kita makan makanan yang baik-baik,malah yang terbaik.
Perkataan ‘TOYYIBAAT ‘ tidak bermaksud makanan yang halal semata-semata bahkan makanan yang terbaik.
Allah Ta’ala berfirman lagi: ‘YAA BANII AADAMA KHUZUU ZIINATAKUM ‘INDA KULLI… MASJIDIN’.
Bermaksud: ‘Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaianmu yang indah di setiap(memasuki)masjid’…
Ini merupakan saranan dan perintah daripada Allah Ta’ala kepada hamba-hamba-Nya.
Allah s.w.t menyuruh kita memakai pakaian indah-indah ! Cuba kita kaji sejarah bahawa kenderaan Rasulullah s.a.w .Rasulullah menunggang kuda yang terbaik pada zaman baginda.
Pedang-pedang yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w semasa perang juga adalah pedang yang terbaik seperti Pedang Zul-Fiqar yang bertatahkan batu permata.
Rasulullah s.a.w pernah memakai kain burdah dari Yaman. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Sayyiduna Abdul Rahman Bin Auf,salah seorang sahabat Rasulullah yang bergelar jutawan telah memuji seraya berkata : Wahai Rasulullah: ‘MAA AJMALA HAAZIHIL BURDAH’.
Bermaksud: ‘Alangkah indahnya kain burdah ini’. Kain burdah Yaman ini tentulah mahal sebab ianya merupakan barangan yang cantik biasanya yang mahal dan bermutu tinggi.
Kain burdah Rasulullah begitu mahal,diimport dari Yaman itu adalah sebahagian contoh menunjukkan Rasulullah s.a.w juga memakai pakaian yang mahal dan berkualiti.
Bagaimana pula syarat-syarat supaya kita dapat menjadi seorang yang zuhud ?
Terdapat dua syarat mengikut kalam Sidi Syeikh Mukhtar r.a. Iaitu :
1) Memiliki harta sendiri.
2) Harta yang dimiliki mestilah bernilai.
Sekirannya syarat tersebut tidak sempurna maka tidak dinamakan zuhud.
Cuba kita lihat pada diri kita , Siapakah diri kita yang sebenarnya? Adakah kita memiliki atau dimiliki?
Sebenarnya,kita dimiliki ! Kita adalah ‘AABDUN MAMLUUKUN’. Hamba yang dimiliki oleh Allah Ta’ala! bukankah demikian? bila kita sendiri dimiliki, bererti kita tidak akan memiliki lagi.
Bukankah segala harta benda yang kita gunakan semasa di dunia ini semuanya pinjaman kesemuanya.
Apabila semua harta benda berbentuk pinjaman,ini bererti ia bukan menjadi hak yang mutlak kita! Maknanya, syarat zuhud yang pertama kita tidak mampu memenuhinya lagi.
Rasulullah pernah bersabda: ‘ADDUNYAA LAA TAZINU ‘INDALLAAHI JANAAHA BA’UUDHOH’.
Bermaksud: ‘Dunia ini langsung tidak menyamai berat sebelah sayap seekor nyamuk di sisi Allah Ta’ala’.
Kita tidak memiliki dunia dan ia sendiri worthless.Bila situasi menjadi begini,bermakna kita sudah kehilangan kedua-dua syarat tersebut. Apabila sudah tidak sempurna kedua-dua syarat tersebut, maka Syeikh Mukhtar berkata: ‘LAA ZUHDA FID DUNYAA’.
Bermaksud: ‘Tidak ada zuhud sama sekali di dunia’.
Kerana apa? Kerana kita tidak memiliki apa-apa pun di atas muka dunia ini kerana kita sendiri dimiliki dan segala harta benda yang digunakan adalah pinjaman semuanya. Dan dunia tidak bernilai langsung di sisi Allah Ta’ala melainkan sebelah sayap nyamuk saja.
Zuhud bukan meninggalkan dunia tetapi mengambil dunia kesemuanya tetapi dalam masa yang sama tidak meletakkan dunia di dalam hati bahkan di tangan kita.Dunia bukan di hati, tetapi dalam gengaman tangan.
Rasulullah pernah bersabda: ‘IZAA SA’ALTUMUL JANNATA FAS’ALUL FIRDAUSAL A’LAA’…
Bermaksud: ‘Apabila kamu memohon(kepada Allah Ta’ala) akan syurga-Nya,maka pohonlah Syurga Firdaus yang tertinggi’.
Cuba kita lihatlah bagaimana saranan Rasulullah kepada umat beliau supaya memohon syurga yang tertinggi darjatnya,bukannya berzuhud dalam soal memohon ganjaran dan balasan daripada Allah Ta’ala.
Allah Ta’ala s.w.t telah berfirman:
‘WABTAGHI FII MAA AATAAKAL LOOHUD DAAROL AAKHIROTA WALAA TANSA NASIIBAKA MINAD DUNYAA’.
Bermaksud: ‘Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan kepadamu(kebahagiaan)negeri akhirat,dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari(kenikmatan) duniawi.
Oleh yang demikian,penulis tidak menafikan bahawa erti zuhud yang dikemukakan oleh ulama’-ulama lain, tetapi ini adalah sebagai salah satu makna daripada makna zuhud yang Allah s.a.w anugerahkan kepada hamba-Nya supaya kita dapat melihat erti zuhud dari sudut yang tepat dengan kehendak Allah Taala.
Akhir kata,
Maka itulah rahsia tersirat ALKIRAM untuk penulis gunakpakai disini untuk mewujudkan satu komuniti bumiputra untuk hadir bersama berbincang apa juga maklumat bagi menzahirkan idea-idea tersirat yang kita semua ada.
Justeru itu,Laman Alkiram.Net bukanlah penganjur mana-mana program samada secara langsung atau tidak langsung hanya semata-mata berkongsi “pendedahan maklumat” berdasarkan kajian,pembacaan,rujukan dan sebagainya untuk dimanfaatkan bersama Komuniti Alkiram.Net.
Pembentangan segala artikel-artikel dalam laman ini kekadang kami tidak mampu untuk melakukan.Namun,ia mungkin berguna untuk orang lain atau di antara ramai-ramai pelayar kepautan laman ini yang ?tersangkut? dan “terpancing” dengan dengan idea disini dan sesuai dengannya dirinya..itulah yang kami simpulkan bahawa kita merentasi pemindahan maklumat.
Dengan harapan semoga laman ini terus unggul untuk jadikan terjahan untuk kita berbincang dan bertukar pendapat sesama kita agar ia dapat menjadi sergahan yang penuh bermakna suatu hari nanti untuk bangsaku harapan agar kami bukan peminta tetapi penyumbang,lalu kami menamakan laman ini sebagai ALKIRAM.NET sebagai pendorong untuk menyahut cabaran dunia perniagaan yang berliku-liku jalanannya.
Salam Mesra Internet Dari Pengurusan dan warga komuniti http://alkiram.net . Segala kekurangan kami pinta kemaafaan.Selamat Maju jaya dan semoga sukses.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net atau Layarilah Iklan Nuffnang Sebagai Sokongan Anda Kepada Kami.Terima Kasih












Leave a Reply