Salam Nisfu Sya`ban buat semua..bulan Sya`ban merupakan bulan teragung bagi seluruh umat Islam dengan Rahmat Islam melalui Rasulullah SAW yang mulia..sebagaimana yang telah tercatat dalam Hadis : “Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulannya umatku. Siapa yang berpuasa satu hari di bulan Rejab, Allah akan memberinya syurga dan dia akan dijauhkan dari kemarahan Allah, dan akan ditutup baginya pintu neraka.”
Selain daripada berpuasa sunat di bulan Sya`ban anugerah tidak ternilai buat hamba Allah SWT adalah dengan meraihkan Nisfu Sya`ban pada hari ini. Semoga di bulan ini mengingatkan kita bahawa bermulanya ‘buku amalan’ baru’ dan menutup ‘buku amalan lama’ mudah2an kita sentiasa di dalam keampunan Allah SWT dan dalam kesedaran yang begitu mendalam. Tanpa peringatan sedemikian kita sering hanyut dan terus hanyut entah kemana..
Sempena di bulan Rahmat dari Rasulullah yang penuh berkat ini apabila dikatakan berkaitan dengan amalan kita..pastinya berkaitan dengan Amar Makruf Nahi Mungkar (Perintah Berbuat Baik dan Mencegah Kemungkaran).
Saya tertarik dan masih teringat semasa mengikuti pengajian perguruan yang mengulas tentang sepotong hadis yang bermaksud :
Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesiapa di antara ‘kamu’ yang melihat kemungkaran hendaklah ia ‘mengubahnya’ dengan tangannya, sekiranya tidak mampu…hendaklah dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.
Hadis tersebut kadang2 kita masih koflik pemahamannya… terkadang penggunaan tersebut adalah dengan niat yang baik …terkadang salah faham tentangnya berlaku kerana tidak mendalami makna-makna kalimah hadis….. hasilnya sehingga boleh berlaku bunuh-membunuh, penyembelihan, ketakutan kepada orang-orang yang aman… inilah yang dilakukan oleh golongan yang ekstrim yang merugikan berbilion-bilion ringgit, membantut perkembangan kemajuan dan merosakkan nama baik tanahair yang terkenal dengan keamanan dan ketenangan.
Sesunggunya lafaz perintah “hendaklah ia mengubahnya” di dalam hadis yang mulia ini adalah ditujukan kepada “di antara kamu” bukannya untuk semua yang melihat kemungkaran tersebut… dan syarat untuk melaksanakan perintah ini hendaklah seseorang yang mampu ‘mengubah’ kemungkaran (bukannya hanya menegah) dengan tiga perantaraan yang telah disebutkan, iaitu tangan, lidah dan hati…
Sekiranya dia tidak berupaya (untuk mengubahnya) dengan tangan, maka hendaklah ia ubah dengan lidah, jika tidak juga berupaya hendaklah ia ubah dengan hatinya… kerana dia memiliki ke semua peralatan untuk menggubah kemungkaran…
Secara praktikal, memang susah untuk menemui orang yang sebegini mungkin 1 dalam 100,000 ? dari sinilah, kalimah “minkum” (sebahagian daripada kamu) itu hanyalah kepada mereka-mereka yang memiliki kesemua kebolehan atau kepakaran tersebut… bukanlah kepada semua orang.
Kebanyakan manusia salah meletakkan susunan yang sebenar mengikut kekuatan untuk mengubah kemungkaran…mereka mengatakan bahawa tangan adalah wasilah yang paling kuat dalam mengubah kemungkaran, di kuti dengan lidah dan kemudiannya adalah hati….tidak mungkin hati adalah selemah-lemah iman – sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan kita.
Iman adalah ‘apa’ yang tetap teguh di dalam hati dan ia dibenarkan ( diterjemahkan ) oleh amal, samada diterjemahkan oleh tangan atau lidah. Oleh itu, hati adalah yang paling kuat. Inilah yang dikatakan Kuasa Hati adalah Hebat yang ada pada diri kita dari situlah terdetiknya untuk melakukan kebaikan atau sebaliknya ! Paling hebat kita dapat menguasai diri ! Seluruh diri kita dapat menguasai sebagainya amalan yang telah diformulakan Rahsia Pemusnah SAKA dengan konsep Hati/Jantung ISTANA ALLAH dan IBLIS sebagai METAFORA bagi KESEDARAN/CONCIOUSNESS oleh AKAL
Dari segi mantiq ( aqli ) pula, alat-alat dan wasilah untuk mengubahkan kemungkaran tersebut adalah bermula dengan yang paling lemah kepada yang lebih kuat dan bukanlah sebaliknya. Jika yang lemah gagal, perlu gunakan yang lebih kuat dan begitulah seterusnya.
Contohnya, saya tidak dapat mengangkat guni ini, saya perlu meminta tolong dengan orang yang lebih kuat. Jika dia juga tidak mampu, kami terpaksalah meminta tolong daripada orang yang lebih kuat daripada kami berdua. Kenapakah ramai manusia salah memahami susunan yang sebenar?
Jika kita kembali kepada hadis kita bicarakan itu :
“ Sesiapa – di antara kamu – yang melihat satu kemungkaran, maka hendaklah ia ubahkannya dengan tangannya, jika tidak berupaya hendaklah ia ubahkannya dengan lidahnya dan jika tidak mampu juga hendaklah dia ubahkannya dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
“ Demikian itu” (zalika ) adalah kata nama isyarat yang menunjukkan kepada sesuatu yang jauh ( tangan ) bukannya yang dekat ( hati ) tetapi jika dikatakan di dalam hadis ( wa haza ) nescaya yang paling lemah ialah hati [ tetapi hadis menggunakan lafaz zalika ].
Sesungguhnya hati itu, jika ia berhubung dengan Allah dan ia adalah mereka yang hampir, yang Allah mustajabkan doa mereka – sudah semestinya adalah hati yang kuat, mampu dan melampui kekuatan tangan……
Nabi Ibrahim AS, ketika mana Baginda memecahkan berhala-berhala dengan tangannya – tidaklah dapat menegah penyembah-penyembah berhala tersebut darupada menyembahnya kembali – bahkan mereka kembali menyembah dengan rekaan berhala yang lebih teguh dan lebih cantik…
Adapun Baginda Rasulullah s.a.w, ketika Pembukaan Kota Mekah – Baginda tidak memecahkan berhala bahkan baginda mencabut kehormatan berhala daripada hati-hati manusia. Baginda menggubah kemungkaran ini dengan hatinya….mengubah hati-hati manusia terhadap berhala, mereka tidakkan kembali menyembah dan menghormati berhala – oleh itu, berhala berdiri kaku dah ‘mati’ di persemadiannya…
Sesungguhnya perkataan ‘ selemah-lemah iman ‘ itu adalah merujuk kepada tangan, dan bukannya hati….dari sanalah, tidak terdapat di dalam hadis ini tentang percubaan atau mustahil.
Ini adalah kerana orang-orang yang diperintahkan supaya ‘mengubah’ kemungkaran, mereka itu tidaklah ditaklifkan sesuatu yang di luar kemampuan mereka…
Sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Al-Quran :
“ Allah tidak mentaklifkan(membebani) satu-satu jiwa, melainkan apa yang ia mampu lakukan.”
Mereka-mereka yang diperintahkan di dalam hadis ini adalah mampu dan berdaya melakukannya ( mengubah kemungkaran ) kerana mereka memiliki wasilah dan alat-alat untuk mengubah….tangan, lidah dan hati….
Bukanlah hadis ini bermaksud – satu golongan diperintahkan supaya mengubah kemungkaran dengan tangan, satu golongan dengan lidah dan satu golongan yang lain pula dengan hati….orang-orang yang diperintahkan untuk mengubah kemungkaran itu pula – adalah diperintahkan dengan ketiga-tiga sekali ….dan di dalam batasan dan keupayaan tanpa merosakkan kemampuan dan memaksa keupayaan.
Sesungguhnya, orang yang bijaksana meletakkan sesuatu pada tempatnya. Orang-orang yang bijaksana ( ahli hikmah ) apabila mereka memberikan hikmah kepada bukan ahlinya maka sesungguhnya mereka telah menzalimi hikmah itu sendiri. Dan apabila mereka menegahkan hikmah daripada ahlinya, nescaya mereka menzalimi ahli-ahlinya.
Sebenarnya tidak ada ruang bagi kekasaran dan keganasan di dalam hadis ini….
Mereka – mereka yang mengamalkan keganasan, kekasaran dan kejahilan terhadap golongan yang tidak mengerti apa-apa – akan menyebabkan fitnah, kacau bilau dan membangkitkan kemarahan serta menyalakan kemudaratan…..tambah lagi berdakwah dengan cara yang tidak ma’ruf, tidak berhikmah dan tidak menghayati akhlak Baginda Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah Taala :
“ Maka dengan rahmat daripada Allah engkau berlembut dengan mereka dan sekiranya engkau bersikap kasar, keras hati nescaya mereka akan meninggalkanmu – oleh itu, maafkanlah mereka, beristigfarlah untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka “.
Inilah akhlak Rasulullah SAW sebaik-baik orang yang menyuruh dengan ma’ruf dan mencegah serta mengubah kemungkaran.
Tetapi……bagaimanakah hati dapat mengubah kemungkaran……yang mana hati merupakan sekuat-kuat iman ?
Perkataan yang baik itulah yang masuk ke dalam darah manusia dan mula melahirkan dan berkembang…supaya benih menjadi pokok dan pokok menjadi rimba… supaya setitis menjadi sungai dan sungai menjadi lautan… supaya cahaya menjadi bintang dan bintang menjadi kilauan bintang2 yang beredar… supaya benih gandum menjadi tangkai dan tangkai menjadi ladang roti.. supaya percikkan api menjadi cahaya dan cahaya menjadi rimba elektrik.
Tetapi jalan menuju ke neraka Jahanam kadang-kadang terhampar dengan niat-niat yang baik… kebaikan kadang-kadang lahir dari kejahatan dan kejahatan pula kadang-kadang tersembunyi atau tersirat di sebalik rupa yang cantik menawan… atau kalimah yang tersebar luar, yang mana kita tidak memiliki waktu atau kudrat untuk menyelami ke dasar … dasar makna-maknanya….
Oleh itu, kita hendakklah berhati-hati memilih kalimah sebelum diucapkan dan tegahlah perbuatan (yang tidak sepatutnya) sebelum ia menegah kita ( dari melakukan perkara-perkara sepatutnya)
Sesungguhnya perintah yang paling banyak tersebar di dalam kehidupan kita pada hari ini ialah ‘Amar Ma’ruf’ – menyuruh melakukan kebaikan…tetapi kita tidak mengetahui siapakah sebenarnya yang berhak terhadap perintah ini!…
Oleh itu, setiap orang melampau di dalam melaksanakan perintah ini….jahil terhadap batasan-batasannya…lalu melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya….hubungan menjadi retak dan hancur….pergaulan yang baik menjadi sebaliknya…dan tertutup jalan-jalan yang sentiasa terbuka luas…
Syarat Amar Ma’ruf ialah engkau tidak menyuruh melakukan kebaikan (amar ma’ruf) melainkan kepada mereka-mereka di bawah tanggunganmu atau di bawah pemerintahanmu / kekuasaanmu. Mereka-mereka yang telah Allah jadikan sebagai tanggungjawabmu…samalah seperti lain-lain perkara di dalam hidup ini..
Ketua Polis hanya boleh memerintah angkatan-angkatannya dan bukanlah sebaliknya…Pengetua hanya boleh mengeluarkan arahan kepada murid di sekolahnya dan bukannya kepada murid-murid di sekolah lain…Seorang ketua keluarga hanya boleh memerintah di dalam rumahnya dan bukannya di jalan raya.
Tidak terjadi perintah melainkan bagi mereka yang berhak kepada mereka yang sepatutnya…Dan setiap perintah atau suruhan tidak boleh melampui batasan-batasan (yang telah ditetapkan oleh syara’).
Jika engkau mempunyai hak untuk memerintah atau menyuruh…hendaklah ia dengan Ma’ruf.
Firman Allah :
“ Serulah kejalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahilah merek (orang-orang kafir ) dengan cara yang paling baik.”
Setengah tafsiran ulama “Ma’ruf” [ yang dikenali, yang baik] ialah Rasulullah SAW.
Berdasarkan Firman Allah :
“ Mereka mengenalimu ( Wahai Nabi Muhammad s.a.w ) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka…”
“ Mungkar “ pula ialah Iblis…iaitu yang diingkar oleh semua syariat…
Menegah daripada mungkar tidak boleh dengan kasar dan gopoh….tidak ada satu riwayat pun mengatakan bahawa Baginda Rasulullah SAW menegah kemungkaran dengan menggunakan kekasaran.
Adapun Rasulullah SAW melakukan hukum hudud dengan syarat-syaratnya yang syar’i itu adalah merupakan hukuman di atas perbuatan yang telah berlaku dan bukannya tegahan kepada perbuatan mungkar., hukuman sebegini adalah peringatan kepada yang lain…peringatan itu bukanlah dengan kekasaran……” zajr “ ialah menegah kemungkaran supaya mengerti batasan-batasan yang telah ditetapkan Allah SWT
Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Hendaklah kamu berjaga-jaga ketika duduk di jalan.”
Para sahabat bertanya :
“ Wahai Rasulullah s.a.w, kami tidak dapat mengelakkan diri dari sedemikian itu (sudah menjadi kebiasaan kami).
Sabda Baginda lagi :
“ Sekiranya begitu, hendaklah kamu berikan hak-haknya.”
Tanya para sahabat r.a :
“ Apakah hak-haknya? ”
Jawab Baginda s.a.w :
“ Jaga pandangan mata, jangan melakukan kejahatan, menjawab salam, menyuruh dengan kebaikan dan menegah kemungkaran.”
“ Jaga pandangan mata” yang dimaksudkan di dalam hadis sini ialah perempuan-perempuan yang berjalan di jalan bukannya seperti berada di dalam tong….jika begitu, kita tidak berhajat kepada menjaga pandangan mata…
“ Memberi salam “ bukanlah sekadar meluahkan kata-kata, tetapi ketenangan dan kesejahteraan yang dapat dirasai oleh seluruh manusia…”amar ma’ruf “ ( menyuruh melakukan kebaikan ) beerti memberi nasihat supaya menjauhi kemungkaran…menjauhi kemungkaran adalah berbeza daripada mengubah kemungkaran.
“Nahi munkar” menegah daripada melakukan kemungkaran samalah seperti pencegahan – doktor menasihatkan kita supaya menjaga kebersihan, supaya tidak dijangkiti kuman-kuman yang menyebabkan pelbagai penyakit.
Tetapi, setelah berlakunya kemungkaran, menegahnya tidaklah memberi apa-apa faedah… sebagaimana keadaan orang yang telah ditimpa penyakit… pada waktu sebegini, kaedah pencegahan penyakit tidaklah berguna lagi… pada ketika inilah rawatan atau pembedahan memainkan peranan yang amat penting…
Dari sinilah perlu kita ketahui bahawa ulama’ membahagikan kepada dua bahagian;
1) Bahagian Pertama
Peranan mereka hanyalah setakat menegah, menasihati memberi peringatan, keterangan dan kefahaman… seperti khatib, pendakwah… mereka tidak dapat mengubah kemungkaran… mereka tidak mampu melampaui peranan mereka.
2) Bahagian Kedua
Mereka-mereka yang mampu mengubati, menyucikan hati-hati… mereka inilah yang telah dibukakan oleh Allah dengan madad, limpahan rohani dari sisi-Nya… mereka-mereka inilah pewaris-pewaris para nabi.
Firman Allah:
“Kamu” adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh dengan kebaikan, kamu menegah kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah.”
Bagaimana untuk menguasai hati atau diri keseluruhannya pastinya dengan cas-cas positif , pengamalan Selawat kepada Baginda Rasulullah SAW sekurang2nya 100x sehari.Insyallah akan terbuka rahsianya..Cara paling berkesan boleh dapati dalam Ebook Pemusnah SAKA.
Semoga perkongsian ini bermanfaat Olahan dari Ust.Ateef Ahmad Dari Dewan Rahsia Hebat
Semoga di bulan Sya`ban ini kita dapat menghayati rahmat Rasulullah kepada Umatnya dengan Islam Tercinta..
Memetik kata2 seorang Al-Arif Billah : Kuasailah Dirimu Nescaya Kamu Boleh Menguasai Dunia !
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber
Di mana Jua Berada..KLIK SINI !
Memang Misteri Lagi Ajaib !
DISINI





Posted in
Tags: 




Syukran..semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari SAW dan anugerah ilahi dari Allah SWT
Alhamdulillah semoga bermanfaat hendaknya..