BAKAL DITERBITKAN !!
Ebook Rahsia Panjang Umur
Umum kita tahu dan yakin bahawa ajal manusia di tangan Tuhan. Tapi kenapa ada yang umurnya singkat, ada pula yang panjang umur? Adakah terlepas dari faktor takdir, orang yang mendapat anugerah panjang umur boleh jadi kerana disiplin menjaga kesihatannya, bersukan, makan makanan bergizi dan kerehatan yang cukup, kebiasaan ramai yang menyebut sebagai faktor yang mempengaruhi kesihatan seseorang.
Mungkinkah panjang umur ditentukan oleh baik atau buruknya kecenderungan genetik yang kita miliki sepanjang hidup kita atau ada sebab penyakit-penyakit yang berhubungan dengan umur bervariasi, bermula dari matinya sel lebih cepat secara genetik, kerosakan akibat racun dari lingkungan, hingga plak dan serat yang menyumbat saluran-saluran di dalam tubuh atau hubungan silaturrahim sesama insan banyak negatif ? Banyak lagi persoalan yang tertanya-tanya oleh saya dan anda semua ! Menurut Zainal Ad-Din ketika dihubungi oleh www.alkiram.net yang merupakan penulis Ebook Rahsia Panjang Umur bakal diterbitkan nanti !!
Sekiranya berminat untuk dapatkan sedikit imbasan kandungan Ebook Rahsia Panjang Umur hanya tinggalkan nama dan alamat email di bawah :
Zainal Ad-Din salah seorang Ikhwan dalam Dewan Rahsia Hebat yang aktif dalam forum-forum kerohanian sebagai pemerhati tetapi lebih tertumpu kepada kajian luar yang sebenar. Beliau pernah menjadi wartawan bebas dan pemandu pelancong yang menjelajah tempat-tempat yang bersejarah dan misteri. Namun, atas kesungguhan dalam pencarian dan pengumpulan kitab-kitab kuno, beliau dapat adunkan semula dalam bentuk baru dan mudah untuk dikongsikan melalui Dewan Rahsia Hebat dengan catatan pertamanya dalam Ebook Rahsia Panjang Umur.
Apa yang pasti kita juga tertanya2 dalam diri kita apabila menyambut ulangtahun kelahiran kita PASTInya kita didoakan Semoga Anda Di Panjangkan Umur dan Dimurakan Rezeki..
Ya ! Itulah yang pasti bagi kita sebagai muslim sering meminta kepada Allah agar diperliharakan atau ditetapkan Iman,Dimurahkan Rezeki dan Dipanjangkan Umur (Allahumma Towwil Umurana). Bukan sekadar doa saja bahkan jalan usaha ke arah ketiga2 itu semestinya juga dengan jalan usaha..Rezeki juga tidak dapat bergolak kalau tanpa usaha…Iman juga tak semestinya tetap kalau tanpa usaha ke arah pemahaman yang mantap kerana tidak dapat diwarisi…Sebaliknya umur panjang juga merupakan salah satu cabangan rezeki bagi seseorang jika penjagaan tubuh badan, hubungan silaturrahim(kasih sayang) dan penjagaan persekitaran dapat dipelihara dengan baik yang pasti juga ada usaha kearah itu…bertepatan pada beberapa hadis ada menyebut :
“Sesungguhnya kebaikan menambahkan umur dan kejahatan mengurangkan umur“. Di dalam hadith yang lai pula “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Riwayat Bukhari)
Dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Anak Adam membesar dan turut membesar bersamanya dua perkara: Sayangkan harta dan inginkan panjang umurnya. (Bukhari).
Dalam satu hadis yang lain pula, manusia akan ditanya tentang umurnya: Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan.
Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik? Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.
Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Na’im). Allah ambil kira amalan terakhir kita sebelum meninggal, dalam hadith disebut “innamal a’malu bil khowatim”… Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisan (umur)nya (Hadis Riwayat Bukhari).
Manakala petikan dari Al-Quran :
Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak) [Ali-Imran 178]
Jadi jelaslah pada kita bahawa umur yang panjang untuk digunakan sepenuhnya untuk kebaikan Islam dan Iman pasti kita akan mendapat ganjaran secukupnya nanti.
Saya masih teringat ada sebuah hadis orang tua tidak masuk syurga !! kerana dalam syurga tidak ada orang tua..Abu said r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dari orang-orang yang akan masuk syurga, baik muda atau tua, akan dikembalikan sebagai orang yang berusia tiga puluh tiga tahun tidak lebih daripadanya.”
Apapun kita tunggu apakah rahsia disebalik panjang umur dari Zainal Ad-Din yang akan memecahkan persoalan2 dan panduan untuk kita…kenapa teringin panjang umur…
Wallahua`lam.
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber
Di mana Jua Berada..KLIK SINI !
Memang Misteri Lagi Ajaib !
DISINI





Posted in
Tags: 




