Puasa tak lama lagi..tapi sure dah ada yang berimajinasi takpun berkira2 nak cat rumah ataupun ada yang sudah merancang nak masuk rumah baru raya nanti..tapi tak kisahlahkan masa mana pun yang penting sekali keinginan untuk mengecat rumah supaya tampil cantik saper yang tak nak kan..cuma masaalahnya nak sepadan atau nak kombain warna tu yang pening skit..dan ada juga yg tak tahu warna apakah yang sesuai untuk ruang-ruang dalam rumah kita..so, di sini saya sedikan berapa tips warna mengikut kesesuai ruang dan kombinasi warna untuk raung di dalam rumah kita..jom layannnn…mungkin ada yang tercari-cari di saat ini..
KUASA warna mampu mengubah rasa. Malah warna juga diakui mempunyai peranan besar dalam membantu membentuk sebuah kediaman. Teliti setiap kelebihan dan kekurangan warna sebelum membuat keputusan mengadunnya dalam kediaman anda kerana warna lambang peribadi diri pemilik.
Merah adalah warna yang dinamik dan melambangkan keghairahan, cinta dan semangat. Individu yang sukakan merah mempunyai keyakinan, ada gerakan hati dan semangat untuk berjaya.
Warna ini sesuai untuk digunakan pada ruang makan. Bagi mengelakkan suasana terlalu hangat dan berahi sepanjang masa, anda boleh adunkan merah dengan warna harmoni iaitu jingga dan coklat. Bagi menampakkan kelainan, gabungkan warna berahi itu dengan hijau atau warna aqua.


Hijau
Warna yang menggambarkan kesegaran, keselamatan dan kesejahteraan. Warna ini juga dapat mewujudkan suasana tenang, nyaman dan menjadi lambang ciri alam semula jadi.
Hijau sesuai untuk kamar tidur dan ruang tamu. Warna ini juga sepadan dipadukan dengan warna hijau muda (lime), kuning dan biru. Warna kontra adalah merah, coklat dan ungu.
Biru
Warna ini sesuai untuk pemilik kediaman yang cintakan ketenangan dan keselesaan dalam hidup. Jika anda pilih biru, maksudnya anda perlukan kedamaian, hidup yang harmoni dan bebas dari sebarang tekanan.
Warna ini sesuai untuk bilik tidur, kamar mandi dan bilik belajar. Untuk memberikan impak maksimum pada warna ini, gandingkan ia dengan warna aqua, violet dan hijau. Warna kontra dengan biru adalah kuning, jingga dan merah.
Kuning
Warna diraja ini menjadi lambang keseronokan dan kesucian. Ia juga menonjolkan kehangatan, inspirasi dan daya hidup. Kuning juga signifikasi dengan komunikasi, kesedaran dan cahaya.
Kuning sesuai digunakan untuk ruang dapur, ruang makan. Untuk mengadun warna serasi dengan kuning, pilih warna lime, hijau, coklat dan jingga. Manakala biru, ungu dan aqua.
Jingga adalah warna musim luruh dan rempah ratus. Warnanya yang terang menggambarkan jiwa yang riang dan muda. Warna ini sesuai untuk digunakan pada ruang tamu dan ruang makan. Gabungkan jingga bersama merah, kuning, coklat atau lime untuk gaya anggun manakala biru dan hijau gelap untuk gaya kontra.
Merah jambu
Emosi dalam karektor tersendiri. Ia juga dekat dengan hati yang sensitif. Warna ini juga melambangkan sifat penyayang dan ambil berat malah merah jambu ini juga menunjukkan kekuatan dalam personaliti diri.
Merah jambu sesuai digunakan pada kamar tidur. Ungu, biru dan kelabu warna harmoni untuk merah jambu manakala gabungan bersama hijau atau coklat mampu menyerlahkan gaya kediaman.
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber
Di mana Jua Berada..KLIK SINI !
Memang Misteri Lagi Ajaib !
DISINI













Posted in
Tags: 



