Makanan untuk otak

Makanan tambahan untuk rangsangan pada otak…salah satu keyword tertinggi pencarian dalam maqalah alkiram.net…rupanya ramai  yg berminat nak tahu  makanan yg terbaik untuk otak specialy makanan untuk anak2..supaya pandai dan bijak…oklah ada sedikit info rasanya dari hmetro..saya olah sedikit mengikut imagination saya..oppss sblm terlupa baru2 ini gah sebentar cara pemakanan orang yahudikan?..oklah nanti sy kombainkan kt sini…

Benarkah ada pil makanan tambahan yang benar-benar memberi kesan positif secara langsung kepada otak? Atau adakah ia hanya strategi pemasaran untuk menarik orang membeli? Tidakkah makanan yang kita ambil setiap hari tidak mencukupi atau tidak mampu merangsang keupayaan otak?
Sebenarnya kita tidak perlu bergantung kepada pil makanan tambahan kerana makanan seimbang (mengandungi tiga hingga lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan) sudah cukup untuk membekalkan semua khasiat diperlukan badan, termasuk otak untuk berfungsi dengan baik.
Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak antioksidan, iaitu bahan penting yang sangat penting untuk merangsang aktiviti neuron dalam otak.

Neuron atau sel saraf adalah sel yang teruja oleh ‘arus elektrik’ dalam otak; bertanggungjawab memproses dan memindahkan maklumat melalui isyarat elektro kimia.

Isyarat dan maklumat ini dipindahkan dari satu neuron (sel saraf) ke neuron lain melalui ruang kecil antara sel yang dipanggil sinaps.
Neuron boleh diumpamakan seperti cabang pokok yang mempunyai banyak ranting halus (dendrit) dan ranting ini bertugas menerima isyarat.
Isyarat akan dipindahkan dengan bantuan pergerakan ion natrium dan potasium untuk sampai ke ranting lain (pada neuron atau sel saraf lain).Pergerakan ion ini akan membentuk gelombang elektrik yang membolehkan isyarat melalui sinaps untuk disampaikan ke neuron sebelahnya.
Ini sebabnya kita perlu mengambil makanan seimbang dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia bukan saja mengandungi vitamin yang bertindak sebagai antioksidan, tetapi turut membekalkan pelbagai garam galian (mineral), termasuk natrium dan potasium bagi membolehkan sel otak berfungsi secara optimum.
Pemilihan makanan sangat penting untuk memastikan seluruh badan menerima semua khasiat diperlukan, bukan hanya pada otak. Namun memang diakui makanan, terutama yang kaya dengan bahan antioksidan, boleh merangsang aktiviti neuron di samping memberi sumbangan kepada sel lain dalam badan.
Cara paling praktikal ialah mengamalkan pemakanan seimbang. Bagaimanapun, dengan gaya hidup moden yang sibuk dan kerap makan di luar (atau bergantung kepada masakan di restoran), ramai tidak dapat menerapkan konsep pemakanan seimbang dalam hidup mereka. Jika perkara ini berlarutan, akan timbul masalah kekurangan zat walaupun berlebihan makan.

Kaedah paling mudah ialah memastikan anda mengambil lebih banyak sayur dan buah; sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari.
Pelbagaikan pilihan anda dengan memasukkan sayur-sayuran yang berwarna warni dalam pemakanan harian. Ini kerana sayur-sayuran berwarna warni mengandungi banyak bahan antioksidan.
Kita beruntung negara kita kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh dibeli dengan harga murah. Antara buah dan sayur yang terbukti baik untuk otak ialah delima, buah naga merah atau putih dan peria,” katanya.
Antara pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan:

-Ungu — berry, terung, kubis merah, akar bit

- Hijau (berdaun) — sayur berdaun hijau, ulam, sawi, kangkung


-Putih (bawang) — semua jenis bawang

- Hijau (cruciferous) — kubis, brokoli, brussels sprout, pak choy

- Merah/jingga/kuning — tomato, lobak merah, keledek, labu, lada benggala merah/kuning, buah-buahan

Walaupun kebanyakan kajian mengenai makanan yang baik untuk otak merujuk kepada buah-buahan atau sayur-sayuran di luar negara, ia tidak bermakna sayur dan buah tempatan kurang berkhasiat.

Yang diperlukan sekarang ialah lebih banyak kajian berkaitan penyembuhan penyakit ke atas sayur dan buah tempatan supaya ia boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh penduduk negara ini.

Lebihkan pengambilan makanan penuh iaitu makanan yang tidak diproses atau ditapis, atau mengalami pemprosesan atau penapisan minimum. Contohnya sayur-sayuran, buah-buahan dan beras perang. Kurangkan makanan yang diproses seperti makanan berasaskan tepung, gula, beras putih, sosej, daging burger dan nugget.

Kurangkan juga penggunaan perisa makanan segera yang semakin banyak di pasaran. Ini termasuk perencah masakan segera, kiub ayam atau ikan bilis, monosodium glutamat (MSG) dan beraneka jenis sos kerana ia mengandungi banyak garam dan bahan awet.

Sebaliknya, gantikan perencah ini dengan rempah semula jadi seperti serbuk lada hitam, cengkih, kayu manis, bunga lawang, jintan, daun sup, daun bawang, kunyit, halia, lengkuas atau serai yang boleh menaikkan rasa masakan,” katanya.

Pil makanan tambahan

Jika sukar mengamalkan pemakanan seimbang, kekurangan zat boleh ditampung dengan mengambil pil makanan tambahan.
Untuk otak, pilih pil makanan tambahan mengandungi kumpulan vitamin B yang boleh membantu mengurangkan tekanan. Dalam keadaan kekurangan zat, pil makanan tambahan tidak lagi berfungsi sebagai pelengkap, sebaliknya menjadi menjadi rawatan untuk mengelak pelbagai masalah kesihatan jika kekurangan zat berterusan.
Bagaimanapun, pil makanan tambahan tidak perlu jika kita bersedia melakukan perubahan pemakanan ke arah lebih baik. Memang diakui, mengambil pil makanan tambahan lebih mudah berbanding mengamalkan pemakanan seimbang, berhati-hati sebelum membeli produk yang mendakwa menawarkan pelbagai manfaat kesihatan.

Kebanyakan dakwaan itu adalah strategi pemasaran. Kita perlu lihat siapa pengeluarnya, adakah ia dikeluarkan pengusaha yang mempunyai prestasi cemerlang dalam penghasilan pil makanan tambahan. Pada masa sama, pastikan kuantiti atau dos vitamin yang dibekalkan dalam setiap biji pil supaya tidak alami masalah berlebihan dos.

Bagi vitamin larut air, ia boleh dikeluarkan dari badan melalui air kencing tetapi bagi vitamin yang larut lemak, ia akan berkumpul dalam badan dan sukar disingkir.Ini penting, terutama bagi individu yang sememangnya ada masalah kesihatan.Sebaik, sebelum mengambil makanan tambahan, termasuk persediaan tradisional seperti herba, rujuk dulu kepada doktor..
Makanan yang baik saja tidak cukup untuk meningkatkan keupayaan otak (daya ingatan, tumpuan dan kepekaan) kerana minda kita perlukan rangsangan dalam bentuk mental dan fizikal. Keadaan ini sama bagi semua peringkat umur, sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.

Jangan cepat terpengaruh dengan dakwaan pengeluar produk yang mengatakan barangan mereka diperkaya asid eikosapentanoik (EPA) dan asid dokoheksanoik (DHA) khususnya untuk kanak-kanak.Memang kajian membuktikan dua asid ini boleh membantu merangsang aktiviti neuron, tetapi ia tidak menjanjikan seseorang kanak-kanak yang mengambil produk mengandungi bahan ini akan jadi pandai.

Mereka masih perlu belajar bersungguh-sungguh dengan memberi perhatian dalam kelas, mengulang kaji dan membuat latihan di rumah untuk berjaya dalam peperiksaan.Makanan saja tidak akan membuatkan seseorang menjadi pandai.

Antara teknik untuk merangsang aktiviti sel otak supaya ia menjadi lebih aktif.

-melakukan pelbagai aktiviti dan biasanya ia membabitkan rutin harian.

mencabar minda seperti teka silang kata, menyelesaikan masalah matematik mudah, bermain Sahibba, membuat kerja kreatif atau banyak membaca.

Keadaan ini amat sesuai pada pesakit strok. Apabila seseorang diserang strok (serangan otak akibat salur darah ke otak tersumbat atau pecah), ada bahagian dalam otak yang rosak dan mengakibatkan pesakit hilang satu-satu kemahiran.
Apabila mereka melakukan satu-satu perkara berulang kali, ia akan merangsang sel otak untuk berfungsi dengan lebih baik.

Apa perlu dilakukan untuk mengekal dan meningkatkan kemampuan minda?

Perkara paling asas ialah mengamalkan gaya hidup sihat, mengambil pemakanan seimbang, jangan terlebih makan atau makan pada lewat malam.Sajian terakhir mestilah sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur untuk memberi cukup masa kepada sistem pencernaan memproses makanan.Jika makan sejurus sebelum tidur, sistem pencernaan masih bekerja ketika tidur dan ini akan membuatkan badan tidak cukup rehat.

Kurangkan kopi walaupun ada kajian yang mengatakan biji kopi mengandungi antioksida yang boleh merangsang minda. Bagaimanapun, lebih baik jika tidak minum kerana biasanya orang minum kopi secara berlebihan, bukan sekadar secawan sehari.

Bahan sampingan dalam kopi seperti gula, jika diambil berlebihan, akan mendatangkan kemudaratan.

Apabila memasak, pilih kaedah sihat seperti kukus, rebus atau bakar. Elak sayur-sayuran dimasak terlalu lama kerana bahan antioksidan seperti vitamin mudah musnah oleh suhu tinggi.

Senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman adalah cara paling mudah dan murah untuk melancarkan aliran darah, sekali gus boleh memperbaiki daya tumpuan, kepekaan dan ingatan.

Makan ikut waktu dan mesti bersarapan. Sarapan adalah sumber tenaga pertama selepas badan berpuasa selama enam hingga lapan jam ketika kita tidur.Sarapan membekalkan tenaga penting yang membantu otak untuk lebih aktif. Malah, ada kajian menunjukkan individu yang bersarapan kurang terdorong memilih makanan banyak lemak ketika sajian selanjutnya (tengah hari dan malam) yang secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah berat badan berlebihan.

Antara saranan diberi pakar pemakanan meningkatkan fungsi otak ialah:


- Lebihkan pengambilan ikan  protein ikan, terutama ikan laut dalam yang mengandungi asid lemak omega 3, boleh membantu mengekalkan kemampuan minda, mengurangkan risiko dementia dan kehilangan ingatan.

- Makan kekacang dan sedikit coklat , Ia kaya dengan vitamin E (antioksidan), tetapi jangan ambil berlebihan kerana ia mengandungi banyak lemak

- Lebihkan sayur-sayuran berwarna dan buah-buahan

- Galakkan anak makan telur kuning, telur kaya dengan kolin yang membantu daya ingatan.

- Susu dan yogurt produk tenusu kaya dengan protein dan vitamin B yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan tisu otak,neurotransmiter dan enzim

- Tidur malam secukupnya (enam hingga lapan jam)

- Kerap bersenam

- Kurangkan makanan ringan

- Berhenti merokok .Kajian ke atas kakitangan kerajaan di Britain menunjukkan perokok mempunyai prestasi kerja yang kurang cemerlang berbanding individu tidak merokok.

- Meditasi untuk merehatkan badan dan menenangkan fikiran , bagi umat Islam, sembahyang dan lain-lain ibadat adalah cara terbaik untuk mententeramkan jiwa.

………………………………………………………………………….

Mengapa orang Yahudi cerdas?

Oleh: Dr Stephen Carr Leon.

Dalam tulisan ini dijelaskan bagaimana Orang Yahudi Israel dalam meningkatkan SDMnya, mungkin bisa menjadi motivasi. Namun yang menarik,semua kebiasaan mereka (Yahudi) yang dipaparkan di sini, hampir semuanya bersesuaian dengan ajaran Islam

Artikel Dr Stephen Carr Leon patut menjadi renungan bersama. Stephen menulis dari pengamatan langsung. Setelah berada 3 tahun di Israel karena menjalani housemanship dibeberapa rumah sakit di sana. Dirinya melihat ada beberapa hal yang menarik yang dapat ditarik sebagai bahan tesisnya, yaitu, “Mengapa Yahudi Pintar?”

Ketika tahun kedua, akhir bulan Desember 1980, Stephen sedang menghitung hari untuk pulang ke California, terlintas di benaknya, apa sebabnya Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau hasil usaha sendiri?

Maka Stephen tergerak membuat tesis untuk Phd-nya. Sekadar untuk Anda ketahui, tesis ini memakan waktu hampir delapan tahun. Karena harus mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

1. Persiapan awal melahirkan.

Marilah kita mulai dengan persiapan awal melahirkan. Di Israel, setelah mengetahui sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan bapak akan membeli buku matematika dan menyelesaikan soal bersama suami.Stephen sungguh heran karena temannya yang mengandung sering membawa buku matematika dan bertanya beberapa soal yang tak dapat diselesaikan. Kebetulan Stephen suka matematika. Stephen bertanya, “Apakah ini untuk anak kamu?” Dia menjawab, “Iya, ini untuk anak saya yang masih di kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga ia menjadi jenius.”
Hal ini membuat Stephen tertarik untuk mengikut terus perkembangannya. Kembali ke matematika tadi, tanpa merasa jenuh si calon ibu mengerjakan latihan matematika sampai genap melahirkan.

2. Cara Makan.

Hal lain yang Stephen perhatikan adalah cara makan. Sejak awal mengandung dia suka sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu. Tengah hari makanan utamanya roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang dicampur dengan badam dan berbagai jenis kacang-kacangan.
Menurut wanita Yahudi itu, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merusak perkembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

3. Ibu Hamil Yahudi berkewajiban untuk mengkonsumsi minyak ikan.

Ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung. menjadi semacam kewajiban untuk ibu yang sedang mengandung mengonsumsi pil minyak ikan..Ketika diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi. Begitu Stephen menceritakan, “Perhatian utama saya adalah menu mereka. Pada setiap undangan yang sama saya perhatikan, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet),” ungkapnya.

4. Ikan dan daging tidak bersama di meja

Biasanya kalau sudah ada ikan, tidak ada daging. Ikan dan daging tidak ada bersama di satu meja. Menurut keluarga Yahudi, campuran daging dan ikan tak bagus dimakan bersama. Salad dan kacang, harus, terutama kacang badam.

5. Memakan buah-buahan dulu sebelum yang lainnya.

Uniknya, mereka akan makan buah buahan dahulu sebelum hidangan utama. Jangan terperanjat jika Anda diundang ke rumah Yahudi Anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk. Akibatnya lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

6. Merokok adalah tabu.

Di Israel, merokok adalah tabu, apabila Anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok. Tanpa sungkan mereka akan menyuruh Anda keluar dari rumah mereka. Menyuruh Anda merokok di luar rumah mereka. Menurut ilmuwan di Universitas Israel, penelitian menunjukkan nikotin dapat merusakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen. Artinya, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh). Suatu penemuan yang dari saintis gen dan DNA Israel.

7. Cara makan anak-anak yahudi.

Perhatian Stephen selanjutnya adalah mengunjungi anak-anak Yahudi. Mereka sangat memperhatikan makanan, makanan awal adalah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Dalam pengamatan Stephen, anak-anak Yahudi sungguh cerdas.

8. Rata-rata orang Yahudi menguasai 3 bahasa Arab, Hebrew dan Inggeris.

Rata rata mereka memahami tiga bahasa, Hebrew, Arab dan Inggris.

9. Dari kecil telah dilatih bermain biola dan piano.

Sejak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan biola. Ini adalah suatu kewajiban. Menurut mereka bermain musik dan memahami not dapat meningkatkan IQ. Sudah tentu bakal menjadikan anak pintar. Ini menurut saintis Yahudi, hentakan musik dapat merangsang otak.
Tak heran banyak pakar musik dari kaum Yahudi. Seterusnya di kelas 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematika berbasis perniagaan. Pelajaran IPA sangat diutamakan. Di dalam pengamatan

10. Perbandingan anak California dan Israel.

Stephen, “Perbandingan dengan anak anak di California, dalam tingkat IQ-nya
bisa saya katakan 6 tahun kebelakang!! !” katanya.Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.

11. Olah Raga.

Selain dari pelajaran tadi olahraga juga menjadi kewajiban bagi mereka. Olahraga yang
diutamakan adalah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman Yahudi-nya Stephen, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus. Disamping itu menembak bagian dari persiapan untuk membela negara.

12. Sekolah Menengah penekanan pada sains

Selanjutnya perhatian Stephen ke sekolah tinggi (menengah). Di sini murid-murid digojlok dengan pelajaran sains. Mereka didorong untuk menciptakan produk. Meski proyek mereka kadangkala kelihatannya lucu dan memboroskan, tetap diteliti dengan serius. Apa lagi kalau yang diteliti itu berupa senjata, medis dan teknik. Ide itu akan dibawa ke jenjang lebih tinggi.

13. Fakultas Ekonomi.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakultas ekonomi. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka belajar ekonomi. Diakhir tahun diuniversitas, mahasiswa diharuskan mengerjakan proyek. Mereka harus memperaktekkanya. Anda hanya akan lulus jika team Anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta!

Anda terperanjat? Itulah kenyataannya.

Kesimpulan, pada teori Stephen adalah, melahirkan anak dan keturunan yang cerdas adalah keharusan. Tentunya bukan perkara yang bisa diselesaikan semalaman. Perlu proses, melewati beberapa generasi mungkin?

14. Disini kelihatan bahwa pendidikan mereka berfokus Nalar dan fikiran mengabaikan sisi kesusilaan dan adab. Mereka berhasil Mencerdaskan IQ tetapi gagal mencerdaskan EQ.

Bookmark and Share
Homemade Kek MIDNITE BAKER? Sedia Menerima Tempahan untuk Lokasi PERAI dan TAIPING KLIK SINI
Rahsia Pelaris Perniagaan Dengan Pakej Iklan KLIK SINI
Anda Masih Belum Hamil? Ketahui Jawapannya KLIK SINI
Beli Online Ikan Wadi, Ikan Kering dan Gula Stevia ?
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber  

Di mana Jua Berada..KLIK SINI
Cara Menghilangkan Keputihan Yang Berkesan KLIK SINI
"Serik Dah Dan Berpuluh Tahun Berubat Gangguan Misteri, Tetap Menghantui"...
Memang Misteri Lagi Ajaib !
Rahsia Hebat Bongkar DISINI 

Teori Hebat Keajaiban Alkiram.Net

Cara mengetahui bacaan tekanan darah tinggi Sumber asli daripada pelajar perubatan Rusia : http://umaralfateh.wordpress.com Definisi (arterial...
Tip mudahkan kerja di dapur Tip mudahkan kerja di dapur Masukkan makanan dalam kotak, bekas kaca atau plastik telus. Menyimpan...
Khasiat Tabiat Minum Air MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat...
Rahsia Sujud… Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi. Begitu juga perlu kita sedar...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Komen to “Makanan untuk otak”

  1. nhieno says:

    ternyata sayur yang selama ini saya benci, ternyata juga bermanfaat buat otak….

  2. sofieyya says:

    salam rugayah..

    tidak sama sekali saya anggap di ciplak..ada beberapa perkara tidak di izinkan untuk copy..ini melibatkan masaalah serve dan hosting berbayar laman web saya..pepun saya rasa bangga bila rugayah dpt memanjangkan maklumat dan ilmu dari laman sofieyya.

  3. Rugayah says:

    saya sangat tertarik dengan tajuk makanan untuk otak dan saya telah linkkan dengan blog unit kaunseling sekolah saya untuk dijadikan panduan pada pelajar. saya tidak berniat untuk ciplak sekadar menyampaikan maklumat kepada pelajar. mudah-mudahan allah menambah rezeki tuan

  4. fatimah ghazali says:

    Assalamualaikum, saya memang suka berkenaan dengan info pemakanan..ye lah kekadang asalkan anak2 suka makan kita pun bagilah tanpa fikir elok ke tak elok untuk anak-anak..

  5. sofieyya says:

    wassalam,

    yer..dari awal lg artikel nie kluar…itu yg saya rasa..ada jg pro and con…tp ikutlah semua agama dari Allah jgk kan..memasing mahukan kehebatan… klu itu baik untuk kita tk salah pun nk ikut…gitu jg klu baik untuk mereka tk slh nk pilih, jng terus jer dngr yahudi..FULL STOP…dari apa yg saya bljar rasanya amalan pemkanan tu sama jer dlm quran dan apa yg rasulullah suruh,bkn stkat mkn,tp bersukan dan sbgainya….yg penting cara kita berfikir,seharusnya kita skrng kena terus kreatif sprt mereka klu rasul suh bljar memanah,ini bermaksud bljar fokus…maka carilah sesuatu yg terselindung untuk bljar fokus/ berpk….cuma sayangnya berapa ramai diklangan kita yg ikut mcm rasul suruh dan dlm quran kata….dan akhirnya dari barat jg kita mendapat panduan…itu jer pndpt saya.

  6. sofieyya says:

    ws,wanang sari mulianya hati awak..tkder apalah ,yg sudah di copy tu ..copy jer..cuma buat masa skrng jer sy tutup..ada berapa hal yg tk dpt dielakkan melibatkan serve dalaman…tp msih ada cara untuk copy dari sini..kena usah skitlah yer…pepun proses pembljaran jg…trima kasih sudi dptkan info dan resipi di sini…

  7. fuziah says:

    asm, actually kalau berpandukan Al Quran dan Sunnah pemakanan itulah yang harus diikuti oleh rang melayu, dan orang yahudi pun study juga alQuran, depa yang ciplak Al Quran, so kalau nak bagi kaedah pemakanan ke whatsoever, berilah contoh yang terdapat dalam alQuran dan Hadis.

  8. wanang seri says:

    slm… 1st of all, sy nk mntak maaf, sbb xtaw plak xley copy trus sbb dulu ley copy….
    then, skang sy nk mntak izin dgn empunye info, spy sy dpt kongsi skali resepi yg ade tu utk dcube.. tq…

  9. sofieyya says:

    wassalam…bestkan kira bnyk gk yg mengena tu..hehe..bagusss..jadikan satu inspirasi satu hari nanti..kalau kena dng jiwa akak yg terror memasak tidak salahnya, buat apa pun orng kata menjadi..
    sue pun dok kaji anak2 jg…hasil kombinasi kesemua anak2 rupanya pelengkap pd khidupan ini..mcm2 ada jd sekurang2nya tidaklah kita terus mengatur diorng sbb dh tahu kehendk masing….cm kena kawal apa yg harus…diiringi dng doa…
    trima kasih pd adik sue yg sedia membantu…

  10. Kmal says:

    Salam sue…kmal dap baca ulasan panjang lebar tu..he..he… 90% berbetulan..dan memang minat sgt nak buka restoren sendiri..he..he tkasih.. skrang tgh duk kaji perangai anak2 pulak.
    dan seronok baca info ttg baking ni…fondan dan gumpaste.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.
[Valid RSS]
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.