Ulasan Kaedah Rahsia Tarikh Lahir Manusia

Ulasan Mengenai Kaedah Mengetahui Rahsia Tarikh Lahir Manusia
Pengulas: Amiene Rev (C) 2009

Cara mengetahui rahsia tarikh lahir individu dengan menggunakan kaedah numerologi, dilaksanakan secara metafizik terhadap berbilion-bilion umat manusia untuk mengetahui skrip kehidupan seseorang.

Kaedah rahsia tarikh lahir ini dikatakan telah wujud sejak berkurun-kurun tahun lalu. Kaedah numerologi telah diasaskan oleh Pythagoras, seorang ahli Matematik sekitar 2600 tahun yang lalu.

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh. Saya ingin menyatakan sifat beberapa nombor di dalam rajah di atas.

* Pertama, nombor kod asas diwakili oleh huruf O di dalam bulatan biru. Nombor kod asas ini mewakili ciri-ciri utama individu.
* Kedua, nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T di dalam bulatan hijau. Sekiranya nombor-nombor cermin ini memiliki nilai yang sama; sebagai contoh S = 6, dan T = 6, maka individu tersebut dikatakan berpotensi besar untuk menjadi seorang individu yang amat hebat dan popular.
* Ketiga, nombor chassis atau nombor kod peribadi. Nombor chassis ini terdiri daripada I, J dan O. Nombor chassis ini juga dikatakan sebagai nombor kombinasi penentu sifat peribadi seseorang. Kedudukan nombor-nombor chassis ini telah saya warnakan dengan warna biru cair.
* Keempat, nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T. Kombinasi nombor-nombor tertentu daripada nombor circular ini juga dikatakan satu cara lagi untuk menghalusi sifat peribadi individu.

Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh individu sebelum mengira nombor chassis atau kod asas individu berdasarkan tarikh lahir mereka. Pertama AB mewakili dua digit hari lahir. Kedua DC mewakili dua bulan lahir. EF dan GH pula mewakili empat digit tarikh lahir. Pendek kata, tarikh lahir individu perlulah disusun mengikut format AB.CD.EFGH yang pada akhirnya akan bertumpu menjadi A+B+C+D+E+F+G+H untuk mengetahui nombor kod asas.

Sebelum itu, perlu diketahui di sini, bahawa sebarang nombor dua digit seperti 10, 11, 12 dan ke atas perlulah diubah menjadi nombor satu digit menerusi kaedah numerologi seperti berikut:

10 –> 1 + 0 = 1
11 –> 1 + 1 = 2
12 –> 1 + 2 = 3
19 –> 1 + 9 = 10 –> 1 + 0 = 1 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 1
20 –> 2 + 0 = 2
94 –> 9 + 4 = 13 –> 1 + 3 = 4 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 4

Sebagai contoh, saya akan ambil tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tokoh negara Malaysia ini dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan merupakan seorang tokoh yang amat dikagumi di kebanyakan negara, termasuk di negara-negara maju.

Mari kita semak cara pengiraan tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas. Mula-mula kita susun tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada 10 Julai 1925 kepada 10:07:1925 mengikut format AB:CD:EFGH, dan kita akan dapat menjalankan pengiraan seperti di bawah:

AB:CD:EFGH –> 10:07:1925

A=1, B=0, oleh itu A+B= 10 –> I=1

C=0, D=7, oleh itu C+D= 7 –> J=7

E=1, F=9, oleh itu E+F=10 –> K=1

G=2, H=5, oleh itu G+H=7 –> L=7

dan seterusnya.

Berdasarkan kiraan rahsia tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas, maka kita dapati Tun Dr. Mahathir memiliki nombor-nombor berikut:

* Nombor kod asas diwakili oleh huruf O = 7
* Nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T adalah sama iaitu masing-masing ialah 6.
* Nombor chassis atau nombor kod peribadi I.J.O Tun Dr. Mahathir ialah 1.7.7.
* Nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T bagi Tun Dr. Mahathir ialah 1,1,3,6,6,6,6,6,6,7,7,7,8,8,9 dan 9.

HURAIAN NOMBOR KOD ASAS:
Nombor kod asas ini diperolehi berdasarkan nombor chassis. Contohnya Tun Dr. Mahathir memiliki nombor-nombor kod asas 1, 7 dan 7 atau nombor chassis 1.7.7. Ini bermaksud Tun Dr. Mahathir memiliki nombor chassis berdasarkan 1 dan 7. Jika anda memiliki nombor chassis 1.2.3 maka sifat peribadi anda adalah berdasarkan nombor 1.2.3. Namun kod asas yang paling utama bagi anda adalah nombor yang mewakili huruf O. Dalam kes ini, nombor 7 mewakili ciri-ciri utama Tun Dr. Mahathir, manakala nombor 1 adalah rangkaiannya.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1

Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.

Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.

Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.

Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2

Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3

Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4

Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.

Individu Dengan Kod Asas 5

Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.

Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6

Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7

Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.

Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8

Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).

Individu dengan Kod Asas 9

Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.

NOMBOR-NOMBOR CIRCULAR

Nombor-nombor circular sebanyak 16 unit diambil daripada huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T. Nombor-nombor ini boleh dicantumkan menjadi kombinasi nombor tertentu yang membawa makna tertentu juga. Berdasarkan Dr. Azizan Osman, ada antara kombinasi-kombinasi nombor circular yang boleh membawa maksud seperti berikut:

1 2 3 @ 1 2 * bermaksud:

* Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
* Boleh bercakap dengan lancar dan pantas
* Kadangkala bercakap kosong
* Kadangkala tidak boleh mengawal mulut atau terlepas cakap/kurang pandai bergurau
* Boleh berhujah/berdebat

4 2 6 @ 2 4

* Boleh berceramah
* Suka berkongsi ilmu
* Boleh menjadi seorang motivator

8 4 3

* Mudah berasa bosan dengan satu-satu perkara
* Terlalu suka berangan-angan
* Susah untuk berjaya jika tidak fokus dalam melakukan sesuatu perkara
* Suka mencari peluang baru

5 7 3

* Mudah bergaul dengan orang atasan atau VIP
* Orang atasan mudah percaya percakapannya
* Mudah dihentam dan menghentam orang (barangkali disebabkan kelantangan bercakap)

9 1 1

* Lebih suka berdikari dalam melakukan sesuatu
* Suka bekerja sendiri dan sukar bekerjasama dengan orang lain
* Susah ada rakan kongsi kerana mudah bertentangan pendapat
* Suka buat keputusan sendiri
* Boleh menjadi orang tengah
* Mudah berjaya atas usaha sendiri
* Keras kepala
* Senang dikhianati orang lain

1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6

* Suka berfikir secara mendalam
* Tidak suka berkongsi masalah
* Mudah berasa kecewa
* Mudah dilanda tekanan emosi

4 5 6

* Sesuai menjadi akauntan
* Mudah terlibat dalam penyelewengan dan rasuah

9 9 9

* Banyak peluang dalam hidup hingga boleh mengubah diri menjadi seorang yang tamak
* Sunyi dan suka tinggal di kawasan yang banyak pokok

3 3 3 @ 8 8 8

* Mudah tertekan
* Panas baran
* Berpontensi untuk menjadi seseorang yang memiliki pengaruh dan kuasa
* Pendendam
* Degil
* Mudah berasa resah dan gelisah (perlu belajar bertenang)

4 5 9

* Lebih suka mengikut gerak hati berbanding merancang dalam usaha mendapatkan sesuatu

6 7

* Mudah berbelanja untuk orang lain

1 5 6

* Lebih sesuai kerja di luar (outstation) sekiranya inginkan keuntungan atau rezeki lebih.

1 8 9

* Suka melancong, suka bergerak dan sentiasa tertekan

8 3

* Suka aktiviti luar rumah
* Tidak suka duduk diam di dalam rumah tanpa kerja

3 3 6

* Kebocoran wang.
* Duit senang masuk, senang keluar

PENUTUP
Setelah menjalankan kajian terhadap beberapa orang responden yang terdiri daripada kenalan dan sanak-saudara yang terdekat, saya mendapati tidak semua keputusan yang diperolehi adalah betul-betul sama seperti ciri-ciri yang dinyatakan. Ilmu seperti ini boleh membantu merangsang atau memotivasikan individu tetapi tidak boleh diterima atau dipercayai seratus peratus . Sesiapa yang berminat bolehlah menguji kaedah di atas dan menyatakan ketepatan atau peratus ketepatannya di sini.

Bookmark and Share
Homemade Kek MIDNITE BAKER? Sedia Menerima Tempahan untuk Lokasi PERAI dan TAIPING KLIK SINI
Rahsia Pelaris Perniagaan Dengan Pakej Iklan KLIK SINI
Anda Masih Belum Hamil? Ketahui Jawapannya KLIK SINI
Beli Online Ikan Wadi, Ikan Kering dan Gula Stevia ?
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber  

Di mana Jua Berada..KLIK SINI
Cara Menghilangkan Keputihan Yang Berkesan KLIK SINI
"Serik Dah Dan Berpuluh Tahun Berubat Gangguan Misteri, Tetap Menghantui"...
Memang Misteri Lagi Ajaib !
Rahsia Hebat Bongkar DISINI 

Teori Hebat Keajaiban Alkiram.Net

Rahsia Tarikh Lahir Pasangan RAHSIA TARIKH LAHIR PASANGAN ANDA -Dr.Fadhilah Kamsah 1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24 Pada umumnya...
Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik. Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan...
Cara Mengira Tarikh Jangkaan Bersalin Cara Mengira Tarikh Jangkaan Bersalin Berdasarkan tarikh jangka bersalin, hanya 5% sahaja menepati...
Rahsia tarikh lahir dan Pasangan Anda Kesinambungan dari rahsia mengenai diri melalui tarikh lahir dalam posting yang lepas, ramai plak yang...
Both comments and pings are currently closed.

63 Komen to “Ulasan Kaedah Rahsia Tarikh Lahir Manusia”

  1. sofieyya says:

    untuk perhatian encik Alim..harap tk ketaq lagi noo

    tarikh tahir > 28.2.1977 (3 bulan pertama 2010 amat mencabar…sori yer lambat respon)
    no chasis >1 2 9
    no akar > 9 (lagi org no ni….)
    unsur > kayu
    kombinasi > sendiri,suara dan kejayaan..

    buat en. alim….cabaran tu biasalakan..sue pun camtu…ada masa kita rasa perit sangat tapi lepas tu da boleh tarik nafas sikitkan..ermmmm…no en.alim ni sebenarnya no yg bagus sangat..cuma en.alimg je yg belum jumpa kelebihan tu…sue huraikan untuk en.alim k..no 9 melambangkan kesempurnaan dan kejayaan sebab no ni yg terakhir dan lengkap..kekuatan no ni ialah orgnya bersemangat,cergas,kreatif,dan mahu berbakti..sikap positif yg org no 9 ni ada pandai public relation(ni mesti pandai bercakap,kalu wat MLM mesti senang org percaya ni…gurau jer..).en.alim ni mesti segak orgnya sebab suka bergaya n kemas pakaiannya.(haaa….sape yg jd wife ker awek ker kena pandai jaga badan n bergaya sikitla nampaknya)
    org tua mudah je suka ngan abg Alim ni..taktau nape..bijak orgnya..seorang yg jujur n boleh dpercayai,memahami,ada sifat kepimpinan..mungkin jadi ketua kat tempat kerja ni…memahami dan diplomasi..sape da maslah leh la minta pendapat yer abg Alim…ada gerah hati yg kuat dan berminat dlm perkara mistik…oiii..tak takut ker?(tapi hati2 jgn terlalu percaya benda tahyul nanti syirik lak jadinya)..hehehe..en.alim ni mesti suka pada hiburan dan benda yg realiti,abstrak dan bersifat seni…mungkin juga suka kegiatan lasak…orgnya romantik sebenarnya tapi sori la nak tunjuk…cian saper jd wife dia..kena fahamla ngan sikap romantik dia ni…ahak`s!!!tapi takper en.alim ni setia kak yer..
    ok…tu yg positif dlm diri awak la kan..taknak bagi en.alimni senyum lebih2…kita tengok kelemahan abg pula yer..kena sedia untuk ubah diri kalu nak berjaya…sebenarnya en.alim ni tak suka dkongkong atau dkawal…mula la nak memberontak..dan mudahla sangat nak tunjuk barannya tu…uiii..jgnla camtu…org sayagkan awak mestila nak kawal awak…untuk kebaikan juga..mungkin akan hadapi masalah kewangan kalu tak kawal sifat boros dan suka belanja tu…jgn ler beli kalu tak mampu lg dan benda tu tak penting sngt…mcm rokok tu…membazir jer..ada perasaan ego yg tinggi,dominan dlm hubungan,suka kritik org tapi bila org kritik balik en.alim sensitif pulak dah…en.alim suka ikt emosi sangat..kadang2 susah juga bila nak wat keputusan…ermmmm…rasa sunyi je dalam hati tu kadang2 yer,tapi taktau nape yer…yg tu takleh la sue nak tolong…pesanan untuk en.alim ….mulai sekarang kawal emosi tu… dan kalu boleh seimbangkan kekuatan diri dan kerohanian..insyaallah…cerah masa depan…jgn ingat dunia je..sampai lupa apa taraf kita di sisi Allah..ok…kalu de masalah leh bagitau…sue sedia bantu..insyaallah..assalamualaikum..

    dari team alkiram.net SUENAZ

  2. sofieyya says:

    salam…
    kesian kak shaliza ni..da lama sangat tunggu…ni sue da siapkan…harap akak puas hati..
    no chasis > 6 2 3
    no akar > 3
    unsur >api (selalu panas baran nie)
    wana> ungu ,merah dan oren

    no chasis tu gabungan wang,suara dan aktif..akak ni seorang yg ceria,peramah,imaginasi yg tinggi(kreatif),dan bersungguh-sungguh..sebab tu akak ni ada banyak kebolehan dan bijak…seorang yg sabar,memahami,boleh dipercayai,berdikari dan tidak mementingkan diri…ni sikap positif yg perlu akak kekalkan……apa yg sue boleh katakn adalah akak sebenarnya menghadapi masalah dalam membuat pilihan dan keputusan..tapi sebenarnya akak boleh menjana duit dari rumah sebab akak ni suka berada di rumah dan tak suka kerja yg ada rutin atau berjadual sebenarnya..dan masalh yg akak ada adalah akak ni kurang disiplin…contohnya akak ada kemahiran memasak tapi akak suka bertangguh nak laksanakannya…mesti fikir ada byk masa lagikan..kalu sue minta tolong akak masak kek…mesti akak iyekan tapi lambat sikitla sue nak dapatnye…hehehe…tapi di sebabkan akak ni lahir bulan 11..mmg sukar untuk menduga sikap akak…selalu berubah2..tapi seorang pemikir dan ada idea yg kreatif dan bagus…tapi akak akan berusaha sungguh bila akak nakkan sesuatu..ni mesti nak beli kereta baru ni…mesti dapat punyala…sebab akk ni serba boleh..tapi sue nak pesan jgn cakap lepas…sebab org no 3 ni dia cakap apa yg ada dlm hati dia tu dengan bersahaja je…huh…bahaya ni..hehehe..kurangkan sedikit keegoan dan sikap suka mengawal akak tu…jgn boros sangat walaupun suka sangat ngan benda mahal….selain tu..wat ler apa yg akak ingin kan…tapi kena fokus selalu ok…insyaallah berjaya….ermm..tu je la…selebihnya akak yg lebih tau..assalamualaikum..

  3. alim says:

    salam,bole minta bantuan utk ulaskan tarikh lahir saya 28/02/1977..3 bln pertama thn 2010 mencabar sungguh..

  4. shaliza says:

    salam sofie

    nak mintak sofie ulas potensi diri tarikh lahir 15.11.1966 huhuhu lama dah tunggu ni heheheh

  5. ida says:

    salam tarikh lahir ida 28.02.1963. apa haru saya buat untuk bahgia dalam rtangga. suami 10.5.1962.
    saya juga selalu kesempitan wang hutang keliling pinggang

    to IDA…

    salalm..sebelum tu maaf yer sebab lambat bagi ulasan…
    insyaallah kita cuba positifkan balik mana2 bahagian yg da ternegetif tu..
    ni untuk kak ida..
    no chasis>1 2 4
    no akar> 4
    unsur > kayu
    ermmmm..akak ni kiranya kombinasi sendiri,suara dan perancangan/ilmu…(bijak dan boleh berdikari sepatutnya)..tapi kita kena tumpukn pada no akar tu dulu..2 no lg tu menyokong no akar tu je..sebenarnya akak ni bijak dan ad kemahiran yg tinggi dlm sesuatu bidang..mampu wat keje sampai habis walaupun kerja tu di anggap membosankan oleh org lain… siap leh fokus lg…ni kerna tak cepat putus asa la katakn…bagus ni…teruskan..akak juga suka kpd perkara yg ada sistem dan logik..kerja yg ada rutin cam keje pejabat ker,gov ker,kilang ker..kerja yg tak ikut masa ni tak bape nak sesuai yer kak?…akak juga suka pada keadilan,persamaan dan praktikal….ermmm….juga seorang yg amat menitikberatkan kesetian sebab akak ni mudah setia orgnya…..(camtula….isteri mithali ni..)…sedkit uraian darino sokongan tu…seorang yg jujur,boleh berdikari ,sentiasa positif(ni mmg perlu ada dlm setiap org)…boleh dipercayaidan mudah memaafkan..(kan bagus kalu dpt maafkan org…rezeki pun melimpah…)tapi ni sue nak komen sikit pasal sikap negatif akak….ni boleh memberi kesan pada kehidupan jangka panjang akak kalu tak di kawal…akak ni terlampau menitikberatkan perkara2 terperinci dalam wat sesuatu…tu yg menyebabkan akak tak leh nampak gambaran keseluruhan,,,perfectionist sgt…nmpk semut kat seberang gajah kat depan da tak nampak…jgn camtu k…ni akan rugikan akak juga..seorang yg teramt degil dan keras kepala….ego pun tinggi…ni kesnya nak betulkan dan menangkan pendapt sendiri la…takleh la camtu kak…kena terim pro da kontra sesutatu perkara…kaluada idea yg bagus dari sebelah pihak lagi ape salah kita terim dan cuba..kalu susah sngt gabungkan je 2 idea tu sampai leh beri impak yg paling maksimum…kan senang…dua belah pihak pun leh senyum jer…
    selain tu sikap cemburu sesangat,iri hati,buruk sangka ngan org perlu akak ubah…tanamkan dlm minda akak tu…org lain tak sempurna sikapnya mcm aku juga tapi aku mampu jd lebih baik dari dia…bak kata tetamu undangan dlm Wanita Hari Ini(15/04/2010)..kita perlu ubah dan memperkasa minda wanit itu sendiri untuk bersaing dalam era globalisasi sekarang bukannya dari segi fizikal…akak ni ada masalah untuk menyimpan duit ker?…tapi kadang2 akak pun kedekut juga….camner tu?…takpe…AKPK leh tolong kalu bab nak bagi ilmu pengurusan wang…mereka akan bantu untuk penstrukturan semula bagi org yg ada masalah ngan pembayaran pinjaman…boleh yer rujuk dgn mereka…tapi walauapapun kak ida….kak ida leh je keluar dari semua masalah…kalu tak mampu nak cari jaln ngan manusia..apakata akak luangkan sikit masa untuk muhasabah ngan Allah…yakin dan ikhlas waktu minta tolong…(alaaa…cam ckp ngan boyfriend tu….wat la camtu..)insyaallah…ada la jln kelua yg akn Allah bagi…sebenarnya kak leh berjaya…sebab akak org yg takkan mudah mengalah..akakn akn uasahakn sehingga tercapai cita2 kak..lama pun takpe…akak leh je sabar…teruskan uasaha yer kak..

    *************************************

    ni untk suami akak lak…
    tarikh lahir>10.5.1962
    no chasis> 1 5 6
    no akar>6
    unsur>besi
    buat suami akk ida..relaks2 sikit kepala tu..jgn fkir sngt masalah tu…byk2 istighfar…insyaallah ada ler jaln ye tu…jgn ambil keputusan melulu k..ok…kombinasi no dia ni sendiri,mencari arah dan wang..kombinasi yg ngam la…sebab boleh berdikari dan leh kaya kalu pandai cari jalannya..kita hurai no akar tu dulu yer…mana tau ada yg kebetulan sama…tapi pastikan hati tu terima untuk wat perubahan…hati besar tu mmgla ego taknak mengaku…cuba dengar apa hati kecil tu nak ckp…untuk kebaikan diri jugakkan!!ermmmmm…no 6…orgnya kena wat penyesuaian diri kalu nak dapatkan sesuatu…sebabnya mmg akn berhadapan dgn pelbagai perubahan tidak sependapat(mmg pun…abg ngan akk ni selalu nk menangkan diri masing2…ego msg2 tinggi..sukar nak mengalah…)tangungjawab dan situasi yg tidak menggembirakan..kalu la abg ni sesuaikan diri dgn keadaan semasa dan ada pihak yg bertolakansur…mungkin akan dpt kepuasan dan kebahagian..ermmm…sori ye kalu sue ckp camni…kalu tak betul dgn situasi skg maafkan sue yer..sebenarnya no ni mewakili kesenangan atau kekayaan..abg ni juga seorang yg produktif,pentingkan keluarga,keadilan,kesaksamaan dan kesetian..abg ni pun sebijik mcm akak juga..perfectionist…nak ketepatan,disiplin dan segalanya mengikut turutan,,,ish2..patutla…tapi marah2 pun sayang jugakakn…cik abg akak ni…charming orgnya,tidak pentingkan diri..berdikari dan romantik jugala(tu akak jela yg tau)…k…sebenar akk dan suami pasangan yg best la…tapi mungkin sekarang ni ada maslah…ok…sedikit nasihat dari sue…abg akak ni suka benda yg mahal…ni kalu nampak je kawan pakai sportrim baru…dia pun nak…kat umah tu ada jela yg dia nak tambahtukar…mungkin bagus untuk kita hadiahkan diri selepas kerja keras…tapi kalu kewangan tak stabil kita sabar dulu…benda tu lari pun…sikap yg perlu di ubah ialah…kedegilannya tu…akak pun sama yer..sikap suka mengarahnya tu..(akak lah bila dia suruh mengaku jer…wat nya lum tentu lagi…hehehehe…cam sue ler…mau org tak angin..)terlalu mahukan ketepatan dan kadang2 suka sngt wat sesuatu yg sukar diterima akal….ermmmm….rasanya tu jela yg leh sue tolong kalu nak nasihat leh ajukan….tapi kena bagi detail la….kalu tak sue pun takleh nak tolong…apa kata…akak n suami ambil satu malam…solat taubat…mana tau masalah yg Allah bagi sekarang ada sebabnya…pastu watla solat hajat…minta diberi pertolongan untuk keluar dari masalah ni…byk istighfar…bila2 masa je…dan sue nasihatkan jgn ambil tindakan yg boleh beri kesan pada keluarga dan anak2…bukan sedikit masa yg akak da lalui bersama..cuba mengalah sebab akak dan suami pun bukanla suka sgt nak gaduh2 ni kan…apakata gabungkan idea yg akk dan suami ada tu pastu tengok pro dan kontra..then laksanakan…insyaallah berjaya…tapi kena sabar jer…akak merupakan bahagian penyokong yg bagus manakala suami pula leh jadi pelaksananya…ermmm…nak bagi nasihat lebih2pun tak boleh ni….takde lesen besar lg…hehehehe….k la jumpa lagi…

  6. zulazmani says:

    Assalamualaikum, saya zulazmani bin mamat lahir pada 07-01-1981, kehidupan saya dibebani dgn banyak hutang, boleh terangkan keadaan saya berdasarkan tarikh lahir saya? sila email ke zulazmani@yahoo.com.my…kerjasama puan saya ucapkan bebanyak terima kasih. semoga Allah membalas kebaikan puan.

  7. iza says:

    Salam Kak Sofieyya
    Harap dapat ulas tarikh lahir anak saya (23/2/2006) dan saya(6/5/1980)..
    untuk mengkaji watak anak dan juga utk diri sendiri…
    terima kasih sangat2…

  8. sofieyya says:

    ha’a marilah dekat jer kt kaherah mesir..dtg melalui laman blog alkiram…:D , team suenaz kt sebuah negeri utara tanahair..

  9. sofieyya says:

    InsyaAllah berikan masa untuk ulasan tarikh anda yer.

  10. bahyah says:

    tq tp team duk kat mana nanti blh dtg

  11. shafiq says:

    lahir pada 07.03.1989

    bileh tolong ulaskan tarikh lahir tersebut..

  12. sue says:

    salam semua…maaf klau sue lambat ulas…agak sibuk sikit baru2 ni..ramai tul yg nak tau ttg diri ye…satu perkembangan yg bagus..kita kenal diri barulah kita kena Allah ngan lebih mendalam..sekurang2nya kita akan menghargai kewujudan kita dan siapa kita di sisi Allah..subhanallah….sepatutnya giliran org lain tapi nampak cam kak Ada perlukan bantuan sesangat..terpaksala sue tolong dahulukan untuk akak..suami akak ni mmg akak takkan faham pun..bila2 la..tapi sue leh tolong akak untuk faham serba sikit perangai dia..ni pengalaman use dengan org yg lahir pada bulan 11 ni..
    2.11.1969
    no chasis>2 2 11/2
    no akar> 11/2
    sue takleh nak hurai panjang2…sebenarnya akak dan suami kongsi no akar yg sama..sepatutnya akak leh faham je perangai dia..boleh terus rujuk detail no akakr akak tu…suami akak ni orgnya penyayang,pendamai dan merupakan rakan atau pasangan yg ideal untuk akak..kalu da masalah terus terang je..tapi akak jgn bagi dia terlalu banyak pilihan sebab dia ni ragu2 nak wat keputusan..lagi satu jgn marah2 kalu dia tak wat keje yg akak suruh..mungkin dia mengiyakan tapi tak bergerak pun nak wat sebab tu pun salah satu sikap dia juga..untuk pengetahuan akak suami akak tu orgnya penuh ngan idea yg meletup(cara fikir yg lain sikit pada org)..tapi akak takyah la puji sebab dia ni buakan jenis makan puji punya org..agak berahsia orgnya..tapi setia dan amanah..rajin pun ye..bukan jenis suka marah walaupun agak emosianal kecuali dia rasa tergugat..sememang dia ni sukar difahami..tapi akak jgn risau..cuma satu je..bila akak tengok dia diam atau keadaannya mcm memikirkan sesuatu..jgn gangu..mungkin sedang muhasabah diri atau sedang memproses maklumat untuk idea barunya..akak takyah bebel kat dia k..sebab dia ni taknak cari gaduh..nanti cian akak bebel sorang2..tapi hubby da kuar g mana2 da..hehehe..mungkin jenis pemalu atau kurang bercakap tapi mesra orgnya…(yela..org tak kenal takkan nak sembang banyak kan..)tapi hubby akak ni bila dia nak dprkan atau buat sesuatu yg mmg dia impikan dia takkan hirau da apa org nak ckp..sebab dia ni terlalu degil dan keras hati..so takyah risau kalu benda tu positif tapi kalu negetif tu lain la..cermat dan teliti orgnya sebab ada sedikit jiwa wanita dalam diri hubby akak(bukan nak tukar jantina k..)tu je la…akak ngan hubby leh wat ape je untuk masa depan bersama..insyaallah berjaya..gabungan yg cukup menarik pernah sue jumpa..teruskan usaha dan sentiasa fokus k…(hubby akak tu sayang akak cuma taknak tunjuk je)…kalu ada masalah masalah leh je bagitau..insyaallah ada penyelesaiannya… Team Alkiram.net

  13. kak ina says:

    salam sue, boleh tak huraikan tarikh lahir akak? 7nov68. tq di dahulukan

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.
[Valid RSS]
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.