Cara menghias kek dengan buttercream..dalam posting yang lepas ” Cara Membuat Aising (butterceram ) kek ” .. sue dah tulis tip-tips seperti di bawah dan juga pelbagai jenis aising buttercream yang mahu di cuba mengikut selera..Untuk pos kali ini kita tengok gambar nak menghias kek menggunakan buttercream pula yer..Bagi yang baru nak belajar ok sesangt..kalau tak mahu membazir boleh praktik mengguna whippig cream boleh tengok dalam posting Cara menghias kek whipping cream / Fresh Cream.
“Ok..untuk kek butter – Supersoft butter cake……kek tu tak perlu di belah , terus mendeco atasnya tanpa filling….. kek butter tidak naik tinggi ,cukup satu adunan sudah memenuhi acuan bulat bersaiz 9′.
Mengaising salah satu step yg paling susah berbanding hendak mendeco…..apatah lagi hedak melicinkan permukaan tepi dan diatas kek…..yg penting adalah aising perlu kena tebal supaya apabila merata, tidak terkena permukaan kek….nanti serdak kek bercampur dengan aising.Boleh juga ratakan bahagian tepi kek dulu then baru bahagian atas kek. Seeloknya pisau mengaising kek jangan diangkat angkat…..gerakkan di atas aising kiri kanan .. realitinya memang agak susah jugak…practise makes perfect….bila dah siap aising semua tu, celup pisau aising dlm air panas, lap airnya dan cepat2 sapu pisau tanpa terlalu menekan aising ke serata permukaan kek.,.satu kelebihan sbb bila kita melepa icing, icing tidak akan melekat pada pisau yg panas dan icing akan jadi lebih rata…..cuba dulu…tp utk teknik tu masa dah final touch up le…..InsyaAllah….tentu elok jadi nanti….
Spatula tidak menjadi hal samaada murah ataupun mahal….kalau yg sudah teror…guna pisau biasa pun boleh….yang penting semasa cara kita menyapu icing spatula jangan kerap diangkat….kena tolak kiri kanan sampai icing rata ikut petua, sebolehnya letak topping tu sebnyk2 di atas kek, then baru ratakan kiri kanan sampai habis….ingat mmg spatula x boleh angkat ikut suka…..sbb icing tu menarik serdak kek……..cuba lagi…..lama2 nanti biasa….
Yang menyebabkan cream berbintil2 adalah kerana memukul butter terlalu laju, putar butter/krimwell/shortening tu sampai gebu…tp hanya speed yg sederhana…..then masukkan gula icing sikit demi sikit…..sampai menjadi gebu/putih….. putar icing dalam speed yang sederhana tp biar lama tidak mengapa….cuma jangan terlaju ,nanti icing akan menjadi cair ” bubble ” dan permukaan icing tidak cantik dan tidak gebu ( smooth).
Untuk membuat bunga, tambah sedikit gula icing, supaya bunga lebih tegap…..maknanya bila dah siap putar icing tu, bahagikan icing yg diperlukan untuk membuat bunga, tambah lagi gula icing sikit demi sikit….so…tidaklah topping kek tu terlalu manis…..
Kurangkan butter sikit, kalau resipi tu agak lembik ,di syorkan lebihkan shortening/crisco sbb dia tidak mudah cair (stands well in hot weather), krimwell dan butter actually agak creamy/lembik) – add gula icing sikit2 hingga adunan kental sikit….. kalau nak bunga tu elok, guna shortening sepenuhnya – untuk dapatkan rasa butter, just add butter oil…..hasilnya icing x akan mudah lembik (takes time gak le…)….masa putar icing tu, dah half way, ambik separuh utk dapatkan thin consistency utk salut kek, lepas tu baru tambah gula lagi utk deco bunga/hiasan lain…..
Setakat ini combination krimwell ngan shortening lebih baik especially bila kita nak mendeco….. kalau deco kek dlm bilik aircond pun ok .kalau tidak, cepat lembik…. Anyway, campuan krimwell ngan shortening kira sudah ok….krimwell pun sejenis marjerin jugak (white margarine).
Apa apa pun, ikut kemahiran kita – kalau sudah cekap ok , sayang pulak kalau tidak menjadi….. combination butter ngan krimwell agak berminyak, so bunga x boleh terletak sangat.
Cara menunjukkan cara menghias kek yang asas (aising kek)
1. Kenal pasti tujuan kek tersebut (kek hari lahir, hari ibu,….)
2. Sediakan aising dan bahan-bahan lain untuk hiasan.
3. Potong selapis lapisan nipis kek.
4. Potong kek secara melintang di bahagian tengah kek.
5. Letakkan aising/ coklat/ jem di bahagian tengah kek (mengikut kesukaan)
6. Sapukan air gula (campuran air dan gula pasir) di atas kek supaya aising ‘terikat’ dengan kek.
(sapukan aising sekali rata, jangan balik-balikkan)
10. Hias bahagian atas dan tepi kek mengikut kreativiti anda. Selamat mencuba.
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber
Di mana Jua Berada..KLIK SINI !
Memang Misteri Lagi Ajaib !
DISINI









Posted in
Tags: 




