
Hari ni Sofieyya publish koleksi catatan manuskrip dari TokOne yang tersimpan…semoga kita mendapat manfaat..
Kita diperintahkan redha dalam takdir yang Allah SWT redhainya dan tidak mencela pelakunya seperti musibah alam seperti cedera, sakit, kemalangan, dan kematian.
Adapun takdir yang Allah SWT mencela pelakunya dan dilarang meredainya seperti perbuatan dosa, walaupun ianya berlaku dengan kehendak Allah SWT.
Nabi bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya kejadian seseorang kamu dikumpulkan dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian dalam tempoh itu ia menjadi segumpal darah kemudian dalam tempoh itu ia menjadi segumpal daging kemudian diutuskan malaikat dan ditiup ruh padanya dan diperintah untuk menulis empat perkara iaitu rezekinya, ajalnya, amalannya, dan kedudukannya sama ada celaka (ahli neraka) atau bahagia (ahli syurga), maka demi Zat yang tiada sembahan yang berhak disembah kecuali dia sesungguhnya seseorang kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga antara dia dan syurga tinggal sehasta sahaja lagi lalu didahului dengan kitab (takdir) maka dia beramal dengan amalan ahli neraka dan memasukinya dan seseorang kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga antara dia dengan neraka jaraknya sehasta sahaja lagi lalu didahului takdir maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu memasukinya”. [al-Bukhari & Muslim].
Plan Alam kita itulah yang dinamanya takdir, ada yang muktamad, ada yang boleh berubah, contohnya jika kita miskin kalau berusaha kita boleh jadi kaya dengan usaha dan kita jangan anggap orang miskin itu tidak berusaha malah mengajar kita berfikir, bersyukur dan membantu jika kaya.
Iblis laknatullah di dalam takdirnya beliau menjadi ketua para malaikat dan akhirnya menjadi penderhaka dan pencetus kejahatan, kerana itulah plan alam asal yang tidak berubah, namun dia masih boleh mengubah takdirnya dengan bersujud di makam Saidina Nabi Adam AS.
Begitu juga dengan Dajjal yang telah diajar dengan segala ilmu dari Allah melalui binatang yang boleh berkata-kata. Sehingga tiba saat dia membuat pilihan takdirnya beliau akan menjadi seorang raja dan mati, jika dia memilih menjadi seorang yang baik , tetapi jika ia memilih menjadi jahat dia akan mengaku dirinya sebagai Tuhan dan akan mati dibunuh. Jika kita membaca kisah ini dalam buku Muhammad Isa Dawud, jadi ternyata setiap kita telah diberi pilihan sejak dari azali lagi di alam ruh untuk memilih dan mengetahui plan alam ini.
Manakala cara kita untuk mengetahui sama ada jalan yang kita pilih itu betul atau tidak ialah melalui solat istikharah dan solat hajat. Namun kita sebenarnya boleh saja membuat pilihan dalam hidup kita seharian dengan kebolehan akal fikiran menilai baik dan buruk berlandaskan Iman. Selain itu kita telah diberikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup, Plan Alam juga boleh bertambah atau berubah menerusi kesedaran daripada diri kita.
Dalam Islam, kita diasuh untuk mengerjakan solat Istikharah untuk membuat pilihan apa-apa urusan pekerjaan kita di dunia ini bagi memohon petunjuk. Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah, tunduk kepadaNya.
Ia hanyalah platform perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan keputusan yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah.
Isi terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah, itulah yang dimahukan dari istikharah.
Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan semata-mata , tetapi adalah tunduknya hati pada segala ketentuan yang Allah telah aturkan.
Selain dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjukNya dalam setiap perkara yang dilakukan.
Ada yang memahami bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi atau alamat tertentu kerana ia merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Tuannya. Solat istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan.
Sebagai contoh , dalam bab mencari jodoh, seseorang gadis didatangi seorang pemuda yang entah dari mana datangnya berjumpa dengan keluarganya, menyatakan hasrat di hati ingin memperisterikan gadis tersebut. Maka adalah menjadi tugas warisnya dan dirinya menyelidiki siapakah pemuda tersebut. Adakah baik agamanya , kedudukannya seperti yang diberitakan.
Maka perlu bagi warisnya atau diupah seseorang untuk pergi ke kawasan perumahan pemuda tersebut, bertanyakan jiran-jirannya, tentang akhlaknya, agamanya, pekerjaannya, sikapnya. Setelah selesai semua penyelidikan, maka perkara seterusnya, terserahlah pada gadis tersebut.
Di sinilah peri pentingnya istikharah, dalam menentukan bahawa keputusan yang diambil tidak berdasarkan kegopohan bahkan dari ketenangan hati.
Contoh kedua , apabila sedang dalam pertimbangan mencari sebuah rumah. Maka setelah segala usaha dibuat, diselidiki dan dibuat perbincangan, maka solat istikharah dilakukan, agar segala keputusan yang hadir benar-benar dari ketenangan hati.
Perbincangan , penelitian yang hadir serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu satu cara seseorang itu memohon istikharah dari Allah.
Apa yang penting dalam Istikharah adalah kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir dikatakan lemah dan tidak tahu perkara akan datang belaku dengan tepat.
Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan.
Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadanya.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah :
‘Oleh itu, ingatkan kamu kepadaKU (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKU) supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU) (152)
Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar (153)
Mahfum Hadis: Dari Jabir RA., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Penulis mengibaratkan semasa kita di alam roh, tatkala roh dimasukkan ke dalam jasad iaitu semasa aku ‘menerima CD plan alam individu’ aku terima dengan rela..kerana aku memberikannya kepada diriku, sendiri maka tentulah aku ‘redha’ dan ‘ikhlas’ dan tidak kisah watak apa saja sama ada ‘pemimpin’atau ‘miskin’ atau ‘kaya’ dan sebagainya. Ianya dari aku untuk aku kepada aku.
Manakala cara kita untuk mengetahui sama ada jalan yang kita pilih itu betul atau tidak ialah melalui istikharah. Namun kita sebenarnya boleh saja membuat pilihan dalam hidup kita seharian dengan kebolehan akal fikiran menilai baik dan buruk berlandaskan Iman. Selain itu kita telah diberikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup, Plan Alam juga boleh bertambah atau berubah menerusi kesedaran dari kita sendiri.
Mengikut pandangan ulama` Qada’ terbahagi kepada dua iaitu Qada’ Mubram dan Mu’allaq
Qada Mubram adalah taqdir yang pasti, taqdir dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak akan berubah secara mutlak( Taqdir yang tidak dapat kita ubah dengan berdoa atau dengan berusaha yang sudah ditetapkan misalnya kematian,warna kulit dan sebagainya )
Manakala takdir yang kedua adalah Qada’ Mu’allaq yang tertulis di luh mahfuz. Takdir ini boleh berubah dari semasa ke semasa.Contoh kalau seseorang ditakdirkan hidup sehingga berumur 80 tahun tapi semasa hayatnya dia banyak menghisap rokok, kena penyakit pneumonia meninggal masa umur 40 tahun, dalam keadaan ini, usaha adalah utama disertai doa yang baik – Insya Allah doa dapat mengubah takdir
Catatan: Sedutan dari Manuskrip TokOne (Perlukah Hidup Bertuhan?) www.alkiram.net/portal
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber
Di mana Jua Berada..KLIK SINI !
Memang Misteri Lagi Ajaib !
DISINI




Posted in
Tags: 





Salam ustaz..saya amat tersentuh dengan artikel ini..banyak yang saya pelajari dari site alkiram..site seorang ustaz/zah yang relex dan spoting sekali…sayangnya amat terhad kerana di alam maya saja..berkeinginan untuk bertemu dan belajar di depan mata..ikhlas betul cara ustaz(maaf klu salah yer) walaupun server pun berbayar..tidak berkira beri khidmat kepada masyarakat utk bangunkan minda…
jarang sekali laman web sebegini..teruskan usaha…InsyaAllah saya akan sumbangkan sedikit untuk laman ini (usta rahsiakan mail saya) ..harap orang lain pun berbuat demikian…