NASI DAGANG
Sumber: Babybatriesyia
Bahan-bahannya
1/2 kilo beras Nasi Dagang
Sedikit halba
Sedikit hirisan halia
Sedikit hirisan bawang merah
Sedikit hirisan bawang putih
Santan Pekat (dicampur dengan sedikit garam)
Beras dibasuh dan direndam semalaman. Sebaiknya sehingga 8 jam. Jadi kalau nak kukus pagi esoknya, rendam sejak pukul 10.00 mlm gitu.
Buangkan air rendaman dan letakkan atas kukusan – kukus selama lebih kurang 30 minit. Angkat beras tadi dan masukkan ke dalam bekas. Gaulkan dengan santan (agak2 digaul rata dan lembap beras) dengan halia, bawang merah, bawang putih dan halba. Masukkan semula ke dalam kukusan dan sambung mengukus selama lebih kurang 30 minit lagi atau sehingga masak. Jika suka lebih lemak, boleh tambahkan pati santan dan gaul lagi. Boleh kukus sekali lagi. Bila dah masak, angkat dan hidangkan.
Partner utk hidangan nasi dagang mesti ada:-
1. Gulai Ikan Tongkol/Ayam/Udang
2. Acar Mentah Sayuran
3. Sambal Kelapa (ada org omit this one)
4. Telur Rebus
GULAI AYAM NASI DAGANG
Sumber: Babybatriesyia
1 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Sedikit Lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang lada kering (semua bahan ini ditumbuk halus)
Ayam dipotong kecil2
Santan pekat
Santan cair
1 sudu besar rempah kerutub
3 sudu besar rempah kari
Sedikit air asam jawa
Sedikit Lada Hijau
Sedikit Gula
Sedikit Garam
Tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi hingga wangi. Masukkan rempah kari dan rempah kerutub. Tumiskan hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan hingga ia bergaul sebati. Masukkan santan pekat dan gaul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan air asam jawa dan santan cair, garam dan gula utk perasa. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi pekat. Angkat.
UNTUK PENYEDIAAN ACAR
Timun Batang – dihiris panjang/nipis
Lobak Merah – dihiris panjang/nipis
Kedua bahan ini boleh direndam dalam air kapur utk merapuhkannya. Sekadar 30 minit, kemudian boleh ditoskan (tp kita basuh gak dan toskan)
Sedikit cuka
Gula – cuka sekadar cukup menenggelamkan gula sahaja
Sedikit garam
Sedikit lada merah – dihiris halus
Sedikit bijan – digoreng tanpa minyak
Cuka dan gula dicampur dengan garam dan dikacau hingga gula larut. Kemudian campurkan sebati dengan bahan-bahan lain…
SAMBAL KELAPA
Kelapa Parut (seeloknya yang putih)
Isi ikan
Gula Melaka
Kelapa parut digoreng (jangan sampai garing – sehingga kuning sedikit sahaja). Angkat. Ikan direbus dan diambil isinya. Semua bahan – kelapa, isi ikan, gula melaka ditumbuk hingga bergaul rata/sebati. Hidangkan.
NASI DAGANG SIMPLE
1 kg beras lembut(nasi dagang)
Santan pekat RM2.50+air(sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari)
1 sudu garam
sejemput halba
1 1/2 in halia-dihiris halus memanjang
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
Cara:
1. Bersihkan beras. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker.
2. Masukkan santan pekat + air. Gaul rata semua bahan. Masukkan garam
3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak
4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan.
GULAI IKAN NASI DAGANG
9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalam
santan pekat RM 1 + 3 cawan air(anggaran aje)
2 biji cili merah dibelah dua
2 biji tomato dipotong 4
2 biji timun dipotong ikut suka
1 keping asam keping
garam secukup rasa ( sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin)
Bahan kisar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan
Cara:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk.
Panaskan dan dikacau selalu
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
4. Masukkan tomato,usik2 kejap kuah dan angkat.
1/2 biji kelapa parut
3 ulas bawang putih dihiris
4 ulas bawang merah dihiris
4 batang serai dihiris
4 ekor ikan rebus diambil isinya saja
cara:
1. Sangai kelapa parut bersama bawang putih, bawang merah dan serai sehingga garing dan kekuningan.
menjadi kerisek
2. Blend kerisek bersama garam dan gula.Ketepikan
3. Blend isi ikan dan campurkan bersama sambal kerisek tadi. siap.
Bahan²
1/2 ekor ayam – dipotong
santan
1 1/2 sudu besar rempah gulai
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 cm lengkuas
1/2 cm kunyit
1 sudu kecil ketumbar
1″ kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
asam keping
garam secukup rasa.
Cara membuatnya
1. Kisar b.merah, b.putih, lengkuas, kunyit hidup, ketumbar. Campurkan denga cili yang dah diblender (ikut kepedasan masing² ler)
2. Campurkan ayam dengan bahan kisar dan renehkan diatas api (kacau sekali sekala)
3. Bila ayam dah empuk masukkan santan, gula, garam dan asam keping
4. Reneh lagi atas api sambil dikacau hingga pecah minyak.
*Rempah gulai Haniss guna cap bunga Ros , tapi kalau tak dak pakai rempah kari biasa pun boleh.
UNTUK PENYEDIAAN GULAI IKAN TONGKOL
Ikan Tongkol – direbus terlebih dahulu dengan garam, gula, asam keping dan gula melaka.
Untuk penyediaan gulai ikan, sama sahaja dengan gulai ayam. Bezanya cuma untuk ikan, perlu direbus terlebih dahulu.
NASI DAGANG KELANTAN
resepi: mamasya ( ubahsuai fr resepi fr MR)
2 cawan beras pulut merah + 2 cawan beras wangi (i xde beras wangi so campurkan 1 cwn basmathi +3/4 cwn beras pulut)
1 tin(400ml) santan pekat
4 ulas bawang putih-dimayang
2 ulas bawang merah-dimayang
1cm halia – hiris kecil2
1 sudu kecil halba
garam, gula
CARA:
1. Bersih beras dan rendam semalaman
2. Utk santan pekat guna 3/4 tin santan . Manakala santan cair ambik 1/4 tin santan dan ditambah 1/4 cawan air .
3. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar.
MASAK LEMAK LENGKUAS IKAN TONGKOL/KELANTAN
CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. – Ikan direbus bersama 4 asam keping, secawan air dan 1/2 sudu besar garam.
- Untuk gulai udang, udang tidak perlu direbus.
2. – Masukkan pes ke dalam periuk rebusan ikan serta masukkan santan. Kacau kuah tanpa henti sehingga mendidih.
- Untuk gulai udang, kuah dimasak terlebih dahulu, dan dikacau tanpa henti sehingga mendidih.
3. – Setelah kuah mendidih masukkan lada hijau dan cili padi yang tidak dipotong.
- Untuk udang, setelah kuah mendidih, masukkan udang, lada hijau dan cili padi.
4. Setelah masak boleh dihidangkan bersama Nasi Dagang/ Nasi Putih.
GULAI IKAN TENGGIRI (resepi asal Gulai Ikan Tongkol)
resepi: Sajian di Perantauan @ FP Mamasya
1 ekor ikan tongkol/mackerel sed besar – guna 4 keping ikan tenggiri /king fish steak
4 kpg asam keping – buh 1 keping jek sbb i x rebus ikan tu takut hancur
4 sm cili boh/lada kering – guna 3 sudu saja
1 biji kelapa – guna 1 pkt santan debu
3 biji cili merah/hijau -belah 2 memanjang/cili padi
2 sm gula merah
5 biji belimbing buluh (jika ada) – tak ada, ganti buah tomato
garam secukupnya,
minyak masak
2 sudu kerisik
*saya tambah 2 sudu besar rempah gulai ikan-serbuk kari ikan pun boleh
bahan2 kisar
2 sm ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
10 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia,
1 inci lengkuas,
1 inci kunyit
CARA:
1. Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. Seelok disimpan satu malam.
note: i skip this step sbb ikan tenggiri tu xle masal lama mudah hancur..
2. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air .
2. Masukkan santan,gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik, biarkan kuah agak pekat.
4. Sebelum diangkat masukkan cili merah/cili padi dan buah belimbing.

Dengan senang hatinya, kali ni nasi jadi elok, tapi mat rebus dulu beras coklat tu sampai kembang dan lembut, toskan dan campur dalam beras siam (selepas beras siam tu dikukus untuk kali kedua)….Pening ekk..tak pe, kita tengok yea…..
BAHAN-BAHANNYA ![]()
800 G beras siam, cuci dan rendam 3 jam
250 g beras coklat (brown rice), cuci dan rendam semalaman
600 ml santan*
1 camca teh garam dan sedikit gula (secukup rasa)*(*disatukan dan kacau sebati)
10 biji bawang merah, hiris halus
1 camca besar halba
2 inci halia muda, hiris halus
CARA MEMBUATNYA
- Toskan beras perang, rebus hingga menjadi nasi (kurang lebih 25 – 30 minit). Tos dan ketepikan. Toskan beras siam, kukus 15 minit atas air mendidih.
- Keluarkan beras siam dan masukkan ke dalam satu bekas besar. Gaul beras perang tadi, halba, bawang merah hiris dan halia. Kacau rata. Tuang sebahagain santan dan gaul rata.
- Kukus semula selama 20 minit. Kemudian keluarkan, dan gaul lebihan santan hingga habis. Kukus kembali hingga nasi masak elok (kurang lebih 25 minit). Hidang kan bersama gulai ikan tongkol dan acar mentah…
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber
Di mana Jua Berada..KLIK SINI !
Memang Misteri Lagi Ajaib !
DISINI












Posted in
Tags: 




