Ada email bertanyakan tentang “Kereta MPV”..wah bab kereta pun ada yerk….tapi kereta ini bersilih ganti tukar dan model/patern terbaru..price pun..sendiri mau ingat jugakan..apapun oklah untuk sedikit info untuk yang bertanya.
Ini bukan artikal ASAL saya yer..Saja jer saya simpan untuk panduan saya sendiri…kalau ada sebarang tambahan INFO boleh di warkan di ruang comment..Terima Kasih.
Berdasarkan kepada pengamatan , kategori MPV di bahagikan kepada:-


a) Full size MPV
1. Toyota Estima – Harga baru anggaran RM325k
2. Honda Odyssey – Harga baru anggaran RM236k
3. Naza Ria – Harga baru anggaran RM99k


b) Sub MPV
1. Toyota Innova – Harga baru anggaran RM102k
2. Toyota Unser – Harga baru anggaran RM93k (ada lagi keluar model ni?)
3. Nissan Grand Livina – Harga baru anggaran RM97k
4. Naza Citra – Harga baru anggaran RM84k (rasa diganti oleh Rondo)
5. Mitsubishi Grandis – Harga baru anggaran RM163k
6. Honda Stream – Harga baru anggaran RM150k
7. Toyota Wish – Harga baru anggaran RM157k
………………………………………….
Toyota Avanza 1.5S (A) RM 77,100.00
Toyota Rush 1.5G (A) RM 88,888.00
Toyota Rush 1.5S (A) RM 94,888.00
Nissan G Livina 1.6L (A) RM 88,600.00
Suzuki APV 1.6GLX (A) CBU RM 76,872.60
Kia Citra II Rondo EXS (A) RM 88,888.00
Proton Exora 1.6 (A) RM 74,500.00 *

Aku bukan prejudis kepada mana-mana keluaran dan model akan tetapi pada tahun 2002, aku telah membeli batch ke 3 Naza Ria 2.5GLS. (Siapa yang dapat 1st batch untung, sebab interior warna krim dan CBU, dengar ada 500 unit sahaja).
Harga minyak ketika itu adalah RM1.32 dan setiap kali isi penuh anggaran RM90. Boleh mencapai sekitar 400km di bandar dan sekitar 500km untuk perjalanan jarak jauh. Sebulan minyak di dalam RM400. Untuk perkiraan amik RM600 sebab kemudian minyak naik secara berperingkat kepada RM1.92 pada tahun 2006
Alhamdulillah kereta tidak pernah meragam/rosak dan hanya menjalankan servis biasa di dalam masa 3 bulan sekali dan setiap servis anggaran RM350 di pusat servis bertauliah. Major servis kena 2 kali dan anggaran sekitar RM1,350.
Kereta tersebut sudahpun dijual tahun lepas dan bacaan meter mencecah 108,000km.
Jumlah keseluruhan anggaran perbelanjaan (tidak termasuk faedah bank)
a) Harga RM 99,000.00
b) Road Tax RM 5,340.00 (RM890 x 6)
c) Insurance RM 10,200.00 (RM1,700 x 6; ini purata, malas nak kira NCB pelbagai)
d) Servis RM 8,400.00 (RM350 x 4 kali setahun x 6 tahun)
e) Major servis RM 2,700.00 (RM1,350 x 2)
f) Minyak RM 43,200.00 (RM600 x 12 bulan x 6 tahun)
g) Tayar RM 1,600.00 (RM400 x 4biji)
——————–
RM170,400.00
———————
Jikalau ikut kos keseluruhan pemakaian, masih lagi murah berbanding dengan full size MPV yang lain. Aku tak nafikan semua kenderaan di atas adalah baik dan jikalau ada kemampuan dan rezeki, aku sendiri ingin memilikinya.
Akan tetapi, kemampuan hanya terbatas kepada kenderaan tersebut sahaja.
Aku berhasrat nak beli lagi MPV sebagai kenderaan kedua seperti sebelum ini. Ingat nak amik Naza Ria SE, tetapi di pasaran dunia, KIA sudah keluarkan model Sodena (Carnival replacement).
Ada tengok Hyundai Starex (RM135k), boleh tahan juga. Ada pro dan kontra juga model ni.
Harap murah ler rezeki, boleh ada kemampuan untuk guna buatan Jepun.
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber
Di mana Jua Berada..KLIK SINI !
Memang Misteri Lagi Ajaib !
DISINI




Posted in
Tags: 




