Akhirnya Resipi Ayam Goreng KFC Terbongkar

Pengasas resipi ayam goreng KFC iaitu Colonel Harland Sanders yang dilahirkan di Kentucky pada tahun 1890. Semasa zaman kanak-kanaknya dia biasa memasak kerana ibunya sibuk bekerja setelah ayahnya yang bekerja sebagai pelombong meninggal dunia dunia ketika usianya sementah enam tahun. Manakala beliau pula anak sulong daripada lima orang adik beradik. Antara masakan yang beliau pelajari daripada ibunya ialah memasak ayam goreng. Namun untuk menjadi tauke ayam goreng bukanlah semudah dan sepantas itu. Sebaliknya Sanders sering bertukar kerja sehinggalah usianya 40 tahun. Waktu itu dia membuka stesyen minyak di Kentucky. Dalam masa yang sama dia memberi peluang orang yang singgah di situ menikmati ayam goreng yang dimasaknya sendiri. Akhirnya ramai orang menggemari keenakan rasa ayam goreng Sanders.

Kemudian dia membuka restoran ayam gorengnya sendiri bagi memenuhi permintaan orang ramai yang rindukan ayam gorengnya. Malangnya restorannya terpaksa ditutup (1952) dan Sanders kehilangan semua perniagaannya melainkan resipi menggoreng ayam yang mengadunkan 11 aneka herba dan ramuan itu. Akhirnya Sanders berjaya memfrancaiskan perniagaan ayam gorengnya dan semua itu dicapai hanya pada usianya 65 tahun. Kini KFC berada di lebih 80 buah negara dengan pendapatan tahunannya (royaltinya) melebihi USD40,000 setahun.

Termenung sejenak saya membaca kisahnya. Beberapa pengajaran yang saya perolehi di sini ialah:

1. Jangan ragu menggilap bakat yang tampak semasa zaman kanak-kanak. Ia boleh menjadi sumber pendapatan dan sumber hidup yang kekadang lumayan.
2. Jika ‘bintang’ belum menyerlah dalam sesuatu bidang, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan lakukan apa yang anda sukai kerana pintunya mungkin akan terbuka juga suatu hari nanti.
3. Jika anda suka memasak, teruslah memasak. Jika anda suka menulis, teruslah menulis. Jika anda suka komputer, teruslah menggodam komputer. Jika anda suka melukis, teruslah melukis. Jika anda suka enjin, teruslah menggodam enjin motor (bukan motor curi) dan pelajari matematik kejuruteraan. Jika anda berhenti berbuat demikian, maka momentum untuk anda memulakannya kembali menjadi lemah.
4. Mustahil kejayaan datang dalam masa sehari atau bergolek. Pasti ada harga yang perlu dibayar. Itulah ketekunan, kesabaran, disiplin dan konsisten.
5. Jangan jadikan umur sebagai batasan untuk berjaya. Kejayaan adalah sukjektif. Ia akan datang kepada mereka yang inginkannya.
6. Setiap orang berhak meraih kejayaan mengikut perspektif dan cara masing-masing.

Ayam goreng bukanlah satu cerita yang remeh- temeh tetapi apa yang hendakan diceritakan adalah satu pengalaman dan pembelajaran ketika menggoogle tentang Ayam goreng terkenal KFC ini.

Berbalik kepada kejayaannya resipinya ,sudah tentu kita andaikan resipi ini mendapat kawalan ketat didata pusatnya.Sudah tentu di simpan di dalam sebuah peti besi di ruang direktor,hanya diketahui oleh eksekutif2nya sahaja.
Tetapi itu hanya andaian remeh kita sahaja,Bahkan kawalan resipinya itu jauh lebih ketat daripada itu.

Ketika ini ,rahsia resipi hanya diketahui oleh 2 orang  eksekutif  sahaja. Mereka menyedia dan membayar pakar khas bahagian kawalan Bo Dietl untuk merancang sistem kawalan resipi tersebut.

Rahsia resipi tadi di tulis diatas secarik kertas yang dimasukkan di dalam loker rahsia di dalam sebuah ruang.Ruang tersebut hanya mempunyai satu jalan keluar masuk melalui beberapa anak tangga dan dibentengi tembok setebal 2 kali persegi (termasuk bahagian atas bawah.) Kemudian di sana terdapat CCTV yang beronline. Pada bahagian ruang depan
terdapat skuad penjaga bersenjata api yang berstanby 24 jam setiap hari.

Resipi ini dicipta dan ditulis sendiri oleh Colonel Sanders dan disimpan dalam balang rahsia dan dikunci dalam almari rahsia yang mempunyai dua kata kunci rahsia

Lebih dahsyat lagi, setengah dari resipi tersebut diadun di satu tempat lain. Kemudian setengah lagi dicampur pada lokasi lain. Kemudian digabungkan kedua-keduanya di tempat yang ke ketiga pula. Dengan demikian, untuk mengetahui keseluruhan campuran resipi tersebut,harus menembusi tiga benteng yang berbeza-beza.

Di sini kita bukan bercakap tentang remeh tentang ayam gorengnya tetapi cara pihak KFC melakukan kerja-kerja pengamanan kawalan resipinya seolah-olah ada sepuluh batalyon tentara untuk merompaknya.

Sebahagian besar orang kita hanya makan ayam goreng di KFC bukan kerana ayam goreng itu paling enak di planet ini.Tetapi kerana tidak ada jenama lain yang setaraf dengannya.

Nilaian KFC sebenarnya bukan pada ayamnya,tetapi pada bagaimana cara mereka menjalankan bisnes.

Jadi Persoalan sekarang “Sanggupkah anda memasak ayam goreng yang lebih enak daripada KFC?. Mungkin banyak di antara kita yang mampu memasak ayam goreng yang lebih enak.Tetapi “Sanggupkah anda menjalankan bisnes restoran fast food yang lebih berjaya daripada KFC?” .

mak aih….sebulan kenyang ni!

Dalam satu artikel dalam jurnal yang bertajuk ‘America’s Most Wanted Recipes’ yang ditulis oleh Ron Douglas merupakan chef terkenal kat Amerika,telah menjumpai dan mengetahui rahsia asal resipi KFC. Banyak kajian  dibuat tentang resipi rahsia tersebut dan banyak ujian yang telah dijalankan. Setelah banyak mengharungi cabaran, Douglas akhirnya berjaya menjumpai resipi rahsia Colonel Sanders ni.

Tetapi baru-baru ini Douglas  menyatakan bahawa mungkin tekaan dia tersebut tidak betul, tekaan tersebut mungkin 99% tepat.

Setelah rahsia terbongkar maka, resipi KFC tidak boleh di patenkan. Kerana untuk mematenkan satu resipi bererti perlu mendaftarkan apa saja komposisinya. Hal ini bererti hak paten bakal memaksa KFC membocorkan komposisi resipinya ke public.

Tidak hanya KFC yang mengambil langkah seperti ini.Bahkan beberapa properti lain seperti resep Coca Cola, McDonald’s, Krispy Kreme, dan algoritma Google AdWords juga tidak di paten untuk menghindari kebocoran ke public.

Majority orang-orang kita berniaga tidak di hak ciptakan juga. Bukan kerana takut bocor ke public tapi memang pada dasarnya kita kurang peduli dengan yang namanya hak cipta. Menarikkan?

Oklah sebenarnya banyak Versi yang  saya temui, benarkah RAHSIA KFC SUDAH TERBONGKAR, maka fikir-fikirlah…
Kesimpulannya cara mereka mengatur strategik seolah menampakkan bagaimana hebatnya resipi mereka menggimik atau menggempak sebagai meningkatkan confidence dari hasil mereka.

Bookmark and Share
Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ! KLIK SINI
Homemade Kek MIDNITE BAKER? Sedia Menerima Tempahan untuk Lokasi PERAI dan TAIPING KLIK SINI
Rahsia Pelaris Perniagaan Dengan Pakej Iklan KLIK SINI
Anda Masih Belum Hamil? Ketahui Jawapannya KLIK SINI
Beli Online Ikan Wadi, Ikan Kering dan STEVIA-Gula untuk pengidap Kencing Manis< ?
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber  

Di mana Jua Berada..KLIK SINI
Cara Menghilangkan Keputihan Yang Berkesan KLIK SINI
"Serik Dah Dan Berpuluh Tahun Berubat Gangguan Misteri, Tetap Menghantui"...
Memang Misteri Lagi Ajaib !
Rahsia Hebat Bongkar DISINI 
Resah Dengan Keputihan ! Dapatkan Ubat Terus Dari Mesir KLIK SINI

Teori Hebat Keajaiban Alkiram.Net

Ayam goreng sos cendawan AYAM GORENG BERSOS CENDAWAN BUTANG BAHAN-BAHANNYA. 2 KETUL PAHA AYAM 7 ULAS BAWANG PUTIH- DIBLEND:-...
My Resipi Koleksi :NASI AYAM HAKKA Koleksi resipi nasi ayam seawal kemunculan blog ...tengok pic dah boleh tahu kan? oklah untuk aneka...
My Resipi NASI AYAM KELUARGA DIANA NASI AYAM KELUARGA DIANA Bahan-bahan Bahan untuk Nasi 1 kilo beras 1/2 cawan halia yang telah...
Menu Untuk Pesakit Darah Tinggi Digalakkan 1. Nasi Putih / Kanji 2. Asam Laksa Mee / Meehoon @ KueyTeow Sup / Mee Rebus@Tomyam 3....
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.
[Valid RSS]
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.