Tips Membuka Perniagaan Katering

Bisnes katering adalah salah satu bisnes yang permintaannya agak tinggi sejak kebelakangan ini ,malah risiko untuk kerugian  juga amat kurang, bisnes ini menawarkan keuntungan yang agak lumayan.Melakukan perancangan yang betul adalah satu keharusan pada mana-mana bisnes sekali pun.

Berikut poin-poin penting dalam membangun bisnes katering, sekadar rujukan Anda yang berminat.

Modal

Untuk bisnes katering, modal minima adalah sekitar RM30,000 RM50,000. Sebab,bisnes inimemerlukan sedikit waktu, dan RM30.000 cukup untuk 3 bulan ke depan.Modal menentukankekuatan, tapi bukan satu jaminan untuk berhasil keuntungan.Tetapi cara pengurusan danpengeloaan itu penting,sama ada berhasil atau tidak. Untuk mencapainya dimulai dengan perancangan.

Perancangan Pemasaran

Permulaan rancangan adalah dimulai dengan pembelian reset-reset kedai, atau pasar barang yg
kita beli. Di sini perlu melakukan pengamatan teliti, merancang, meramalkan, dan mengroyalti
untung ruginya . Berapa luas peluang yang kita perolehi pada masa sekarang ini dan bagaimana
potensi untuk terus memberi keuntungan.Bisnes ini bukan hanya untuk balik modal, tapi untuk
mendapatkan keuntungan.

Apa yang harus adalah menetapkan siapa sasaran kita yang dituju, individu, badan Kerajaan,
swasta, pelajar atau yang lain  Kalau individu  modal tidak banyak di keluarkan, sebab boleh
dapatkan   deposit dahulu,tetapi kalau badan kerajaan agak sedikit lumayan cuma kadang-kadang
kena keluarkan modal dahulu, dan ambil sedikit masa.

Kedua, teknik pemasaran. Ini adalah cara kita menjual, jadi lihat siapa  target yang dituju.Dimana
kita berada ? Di sekitar kawasan mana?dengan kata lain networking yang baik,ramai kenalan.

Ketiga, adakan pelbagai promosi dan tawaran yang menarik untuk peringkat permulaan, supaya
boleh promote nama syarikat kepada pelanggan, adakan door to door, pasang iklan, atau publisiti
di blog buat sedikit artikal tentang bisnes katering anda .

Perancangan Produk

Bisnes makanan sangat sensitif terhadap rasa, kebersihan, dan harga. Oleh itu cara memasak perlu
konsisten, jangan ada rasa berbeza ,mencorak berbagai produk katering yang ditawarkan juga
perlu. Adakan bermacam-macam masakan, pakej menu kenduri yang perbagai-bagai, sama ada
secara buffet, bungkus, dessert,goodies atau apa saja mengikut kekretifan.Tujuan supaya kastemer nampak menarik dan sesuai dengan kehendak mereka.

Perancangan Kewangan

Ini bersangkutan dengan pembelian bahan asas, penyediaan pembiayaan operasi, seperti gaji
pekerja,dibayar harian, bulanan, atau mingguan perlu sangat diteliti awal. Pembiayaan untuk “over
head”, seperti elektrik, transport, telepon, dan promosi. Begitu juga pembiayaan diluar operasi
seperti ,dapur, periuk, gas, pelengkapan memasak,pinggan mangkuk,dan lain-lain.

Cadangan.

- Buatlah makanan yang memiliki ciri khas, sehingga orang mudah mengenalnya.Sedikit sebanyak
ilmu  masakan tempatan/negeri juga perlu diketahui, selain daripada masakan oriental, tradisional, Barat,
dessert, boleh juga datangkan separuh hidangan kampung dan separuh menu kenduri biasa.

- Kalau pasaran lebih luas dan berkemampuan untuk pergi lebih jauh, boleh ditambahkan lagi
modal.Kalau tidak bertahan dahulu dengan apa yang ada dan sentiasa pasang strategik yang lebih
kreatif.

- Modal lebih boleh datang pakej, termasuk sekali makanan untuk pengantin, charges untuk sewa
pinggan bagi pengantin (pinggan yang ada lilitan emas ) kemudian hiasan meja utk makan beradap
pengantin.vip, sewa konopi,video dan lain-lain

- Perkhidmatan sekadar minima,kalau kekurangan modal, seperti gunakan dahulu aset-aset yang
ada,misalnya guna ruang masak di rumah sendiri, kalau di tempat sewa itu mahal.

- Pekerja dari kalangan keluarga sendiri ,begitu juga marketing

- Boleh juga membuat kiraan mengikut talam, contoh 1 talam 4 orang, atau kiraan kepala

- Terakhir yang paling penting adalah, makanan tentulah kena sedap dan bersih, jangan lupa tepati masa.

CONTOH PAKEJ

Pakej 1

Nasi Minyak & Nasi Putih
Ayam Masak Merah
Gulai Dalca Daging
Daging MasaK Hitam / kurma daging
Jelatah
Acar Buah
Potongan Buah Oren / Puding
Air Bandung
—————-> 1 talam untuk 4 org makan Harga  RM 22.00 – 25.00 (Order Extra 250 talam means utk 1000 org makan ) harga boleh dirunding kepada RM 22.00

Pakej 2

Nasi Minyak & Nasi Putih
Ayam Masak Merah
Pajeri Nenas
Daging Masak Hitam
Jelatah
Acar buah (tp buah tak berapa byk)
Buah oren / puding
Air Sirap
—————-> 1 talam untuk 4 org makan  RM 20.00.00 (Order Extra 250 talam 1000 org makan ) harga boleh dirunding kepada RM 18.00
Modal permulaan diperlukan untuk membeli peralatan utama katering iaitu bekas keluli (chafing dish) untuk mengisi nasi dan lauk-pauk beserta set berkaitan, pinggan mangkuk, cawan dan gelas, sudu dan garfu, bekas air sejuk dan panas (paling kecil bekas 8 liter) dan kain alas meja. Ini adalah senarai peralatan asas yang paling utama.

Harus diambil perhatian, saya tidak mengalakkan anda membeli pinggan-mangkuk dan gelas atau cawan yang diperbuat dari kaca, kerana ia sukar untuk dikendalikan dan mudah pecah. Dapatkan peralatan yang dihasilkan dari melamine, walaupun ianya agak mahal. Banyak pilihan warna yang boleh dibuat. Tetapi banyakkan pinggan-mangkuk berwarna putih kerana ianya sesuai untuk semua keadaan dan majlis.

Namun cawan yang diperbuat dari seramik atau kaca berat (kaca bukan lutsinar) perlu ada untuk majlis seperti mesyuarat dan majlis yang berlangsung di pejabat kerajaan. Ada juga majlis seperti sambutan hari jadi dan perjumpaan khusus di sesuatu premis meminta supaya kateter menggunakan set cawan seamik atau kaca berat ini.

Ada sesetengah majlis atau acara tidak memerlukan anda menggunakan cawan / gelas kaca atau melamine dan pinggan atau piring melamine. Cukup sekadar anda membeli cawan dan pinggan yang diperbuat dari kertas atau styrofoam. Untuk selamat, anda perlu sediakan stok yang agak memadai supaya tidak kelam kabut apabila ada majlis yang perlukan peralatan pakai buang ini.

Bagi mendapatkan harga yang agak berpatutan, sila kunjungi kedai-kedai pemborong peralatan dapur, restoran dan katering yang ada di beberapa lokasi sekitar Malaysia. Kalau anda berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, boleh dapatkan peralatan katering di Pasar Chow Kit atau di kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. Anda boleh juga dapatkan di Langkawi atau di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur di Kelantan.

Segala tips-tips diatas bukan hanya untuk bisnes katering sahaja, apa-apa bisnes yang berkaitan  dengan pemakanan,semua di atas perlu dititik beratkan….semoga anda sukses.

Bookmark and Share
Homemade Kek MIDNITE BAKER? Sedia Menerima Tempahan untuk Lokasi PERAI dan TAIPING KLIK SINI
Rahsia Pelaris Perniagaan Dengan Pakej Iklan KLIK SINI
Anda Masih Belum Hamil? Ketahui Jawapannya KLIK SINI
Beli Online Ikan Wadi, Ikan Kering dan Gula Stevia ?
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber  

Di mana Jua Berada..KLIK SINI
Cara Menghilangkan Keputihan Yang Berkesan KLIK SINI
"Serik Dah Dan Berpuluh Tahun Berubat Gangguan Misteri, Tetap Menghantui"...
Memang Misteri Lagi Ajaib !
Rahsia Hebat Bongkar DISINI 

Teori Hebat Keajaiban Alkiram.Net

Mudah Menjadi Usahawan Berjaya Seringkali kita dengar ramai yang mengeluh betapa sukarnya berjaya atau bertahan lama dalam bisnes....
Cara Menyimpan Perkakasan Dapur @ Barang Katering Berhari tidak mengupdate laman ini..terasa ralat sekali..memandangkan ramai pengunjung setia menanti...
Boleh buat duit ke kat internet? Soalan tersebut adalah dikatogerikan sebagai soalan yang biasa ditanya kepada www.alkiram.net ! Jawapannya...
Alkiram.Net BersamaMu Setia bersamamu..goatback or go back....atau lelong saja di pasar awam....bukan mudah untuk mencarik...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Komen to “Tips Membuka Perniagaan Katering”

  1. Batman Action says:

    Great article, i hope can know much information About it.

  2. [...] yang sering digunakan setiap hari. Sebelum tu bagi yang nak tahu tips2 perniagaan katering boleh KLIK  [...]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.
[Valid RSS]
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.