Tips Membuka Bisnes Katering.

Berikut poin-poin penting dalam membangun bisnes katering, sekadar rujukan Anda yang berminat.
Modal
Untuk bisnes katering, modal minima adalah sekitar RM30,000 RM50,000. Sebab,bisnes inimemerlukan sedikit waktu, dan RM30.000 cukup untuk 3 bulan ke depan.Modal menentukankekuatan, tapi bukan satu jaminan untuk berhasil keuntungan.Tetapi cara pengurusan danpengeloaan itu penting,sama ada berhasil atau tidak. Untuk mencapainya dimulai dengan perancangan.
Perancangan Pemasaran
Permulaan rancangan adalah dimulai dengan pembelian reset-reset kedai, atau pasar barang yg
kita beli. Di sini perlu melakukan pengamatan teliti, merancang, meramalkan, dan mengroyalti
untung ruginya . Berapa luas peluang yang kita perolehi pada masa sekarang ini dan bagaimana
potensi untuk terus memberi keuntungan.Bisnes ini bukan hanya untuk balik modal, tapi untuk
mendapatkan keuntungan.
Apa yang harus adalah menetapkan siapa sasaran kita yang dituju, individu, badan Kerajaan,
swasta, pelajar atau yang lain Kalau individu modal tidak banyak di keluarkan, sebab boleh
dapatkan deposit dahulu,tetapi kalau badan kerajaan agak sedikit lumayan cuma kadang-kadang
kena keluarkan modal dahulu, dan ambil sedikit masa.
Kedua, teknik pemasaran. Ini adalah cara kita menjual, jadi lihat siapa target yang dituju.Dimana
kita berada ? Di sekitar kawasan mana?dengan kata lain networking yang baik,ramai kenalan.
Ketiga, adakan pelbagai promosi dan tawaran yang menarik untuk peringkat permulaan, supaya
boleh promote nama syarikat kepada pelanggan, adakan door to door, pasang iklan, atau publisiti
di blog buat sedikit artikal tentang bisnes katering anda .

Perancangan Produk
Bisnes makanan sangat sensitif terhadap rasa, kebersihan, dan harga. Oleh itu cara memasak perlu
konsisten, jangan ada rasa berbeza ,mencorak berbagai produk katering yang ditawarkan juga
perlu. Adakan bermacam-macam masakan, pakej menu kenduri yang perbagai-bagai, sama ada
secara buffet, bungkus, dessert,goodies atau apa saja mengikut kekretifan.Tujuan supaya kastemer nampak menarik dan sesuai dengan kehendak mereka.
Perancangan Kewangan
Ini bersangkutan dengan pembelian bahan asas, penyediaan pembiayaan operasi, seperti gaji
pekerja,dibayar harian, bulanan, atau mingguan perlu sangat diteliti awal. Pembiayaan untuk “over
head”, seperti elektrik, transport, telepon, dan promosi. Begitu juga pembiayaan diluar operasi
seperti ,dapur, periuk, gas, pelengkapan memasak,pinggan mangkuk,dan lain-lain.

- Buatlah makanan yang memiliki ciri khas, sehingga orang mudah mengenalnya.Sedikit sebanyak
ilmu masakan tempatan/negeri juga perlu diketahui, selain daripada masakan oriental, tradisional, Barat,
dessert, boleh juga datangkan separuh hidangan kampung dan separuh menu kenduri biasa.
- Kalau pasaran lebih luas dan berkemampuan untuk pergi lebih jauh, boleh ditambahkan lagi
modal.Kalau tidak bertahan dahulu dengan apa yang ada dan sentiasa pasang strategik yang lebih
kreatif.
- Modal lebih boleh datang pakej, termasuk sekali makanan untuk pengantin, charges untuk sewa
pinggan bagi pengantin (pinggan yang ada lilitan emas ) kemudian hiasan meja utk makan beradap
pengantin.vip, sewa konopi,video dan lain-lain
- Perkhidmatan sekadar minima,kalau kekurangan modal, seperti gunakan dahulu aset-aset yang
ada,misalnya guna ruang masak di rumah sendiri, kalau di tempat sewa itu mahal.
- Pekerja dari kalangan keluarga sendiri ,begitu juga marketing
- Boleh juga membuat kiraan mengikut talam, contoh 1 talam 4 orang, atau kiraan kepala
- Terakhir yang paling penting adalah, makanan tentulah kena sedap dan bersih, jangan lupa tepati masa.
CONTOH PAKEJ
Pakej 1
Nasi Minyak & Nasi Putih
Ayam Masak Merah
Gulai Dalca Daging
Daging MasaK Hitam / kurma daging
Jelatah
Acar Buah
Potongan Buah Oren / Puding
Air Bandung
—————-> 1 talam untuk 4 org makan Harga RM 22.00 – 25.00 (Order Extra 250 talam means utk 1000 org makan ) harga boleh dirunding kepada RM 22.00
Pakej 2
Nasi Minyak & Nasi Putih
Ayam Masak Merah
Pajeri Nenas
Daging Masak Hitam
Jelatah
Acar buah (tp buah tak berapa byk)
Buah oren / puding
Air Sirap
—————-> 1 talam untuk 4 org makan RM 20.00.00 (Order Extra 250 talam 1000 org makan ) harga boleh dirunding kepada RM 18.00
Segala tips-tips diatas bukan hanya untuk bisnes katering sahaja, apa-apa bisnes yang berkaitan
dengan pemakanan,semua di atas perlu dititik beratkan….semoga anda sukses.









Leave a Reply