Menata Apartment Secara Feng Shui

Tata Apartment Anda Sesuai Feng Shui

Apakah akhir-akhir ini Anda sering sakit dan bingung  tanpa sebab yang jelas? Atau tiba-tiba ruangan apartment mengecil dan kurang selera tidak setenang dulu? kemungkin saja,tetapi perlu diingat semua ini adalah berkaitan dengan penataan ruang yang kurang tepat. Menurut ilmu keselarasan angin dan air (feng shui), hal ini tak dapat dibiarkan berlarut sebaiknya segera diselesaikan.

Untuk mengatasinya, Anda boleh saja merujuk pakar feng shui. Namun, tanpa rujuk ahli feng shui,  ada beberapa hal yang boleh  Anda lakukan sendiri untuk penataan apartment Anda  secara lebih baik lagi diyakini:

(1) Energi

Energi (chi) yang baik diyakini oleh ilmu feng shui akan memberikan impak yang baik untuk sebuah ruangan. Begitu pula bila diterapkan dalam apartment. Tetapi chi positif jarang dijumpai di dalam  ruangan yang  terbatas. Energi boleh berpengaruh apabila bilik air di satukan dengan bilik tidur dan penggunaan banyak cermin di dalam ruang makan, dan sebagainya. Oleh itu, sebaiknya Anda lebih berhati-hati chi dalam apartment,  agar chi positif masuk ke dalam rumah tak  lenyap begitu saja, kerana bimbang chi negatif telah menetap sebelumnya. Ruangan yang bersih dan cerah menjadi syarat utama masuk semula chi positif.

(2) Pintu

- Sebagai asas utama untuk memasuki apartment, sebaiknya ukur  pintu yang sesuai dengan luas apartment milik Anda.

- Jangan sampai pintu susah untuk dibuka mahupun di tutup. Kerana pintu menandakan rezeki pemiliknya  tersangkut-sangkut.

- Arah membuka pintu sebaiknya di sebelah dalam ruang. Menurut feng shui, rezeki yang diterima oleh penghuni akan mengalir masuk ke dalam ruang rumah terus. Sebaliknya, arah pintu yang terbuka keluar akan membuang/memakan rezeki yang dikumpulkan.

- Berhati-hati apa saja yang terletak diluar pintu utama. Usahakan jangan ada sebarang benda menghalang pandangan mata  ketika Anda membuka pintu. Maksudnya supaya rezeki yang masuk ke rumah Anda tidak juga terhalang.

- Pintu utama sebaiknya tidak langsung tembus dengan pintu belakang. Hal ini untuk menghindari pembuangan rezeki/chi positif yang masuk. Caranya  dengan meletak almari panjang diantara keduanya. Selain sebagai pemanis ruanga, almari panjang juga berfungsi sebagai penahan rezeki atau chi yang masuk agar tidak langsung hilang begitu saja.

(3) Jendela

Selalulah membuka tingkap atau jendela ,terutama jendela yang menghubungkan apartment dengan sinaran matahari pagi. Selain memberi ruang cahaya, chi positif boleh masuk ke dalam ruangn. Anda  juga disaran  menggantungkan lonceng angin (wind chime) di jendela untuk mengundang chi positif dan menahannya di dalam ruangan.

Pencahayaan.

Biasanya ruang di apartment cenderung memiliki sudut yang gelap. Oleh itu Anda boleh berikan pencahayaan  masuk  yang cukup bukan  di sepanjang ruangan sahaja, tetapi di tangga (di luar ruangan juga perlu ). Ini kerana jika apartment tidak mendapat cahaya yang secukupnya, maka boleh menyebabkan chi diam dan lemah. Akibatnya, kesihatan penghuni  terganggu dan mudah diserang penyakit.

Warna pastel

Anda juga dapat menyemarakkan dekorasi ruangan dengan warna-warna pastel. Salah satu ruangan yang harus  mendapatkan warna iaitu bahagian dapur. Sebagai jantung rumah, dapur yang berwarna pastel ini akan memberikan energi positif di rumah. Tidak hanya di dapur sahaja, bahkan warna-warna pastel juga dapat Anda gunakan di ruangan lain dan selaraskan dengan perabot rumah Anda.

Atur perabot

Jika Anda mengalami kesukaran membuang barang-barang dan perabot yang benar-benar diperlukan dalam apartemen, sebaiknya Anda mengosongkan ruangan tersebut  dahulu. Seterusnya, Anda mulai isi ruangan dengan memasukkan yang berukuran besar dahulu seperti sofa, tempat tidur atau television. Perhatikan juga, adakah ukuran perabot sesuai dengan ruang, mengganggu orang yang melalui tempat itu atau tidak, dan apakah Anda benar-benar  memerlukannya? Jika ada beberapa perabot yang tidak diperlukan, sumbangkan atau jual sahaja. Dengan demikian ruang akan menjadi lebih luas,selesa, bersih dan memberi energi yang positif.

Beri simbol kelahiran Anda

Untuk dekorasi ruang, Anda boleh menambah simbol-simbol dari data kelahiran Anda khususnya untuk bilik tidur. Letak simbol seperti bulan kelahiran dan elemen diri mulai dari air, kayu, api, tanah hingga logam sebagai penambah dekorasi pada ruangan tersebut. Anda dapat gunakan ba-gua (segi delapan yang menampilkan 8 arah mata angin).

Misalnya, shio bagi Anda yang lahir pada tahun  tikus , dan Anda yang lahir  bulan Ogos  sebaiknya menempatkan hiasan berbentuk kerang/ketam di ruang tamu agar kemakmuran Anda meningkat.

Cermin

Cermin adalah salah satu cara mengilusi , membantu ruang supaya nampak lebih besar dan luas.Tetapi  jumlahnya, jangan terlalu banyak kerana ianya juga boleh memberikan chi negatif untuk  satu-satu ruang  tersebut.

Elemen feng shui, secara sederhana dapat didefinisikan sebagai lima unsur alam yang sangat mempengaruhi hidup kita, dan jika diaplikasikan dengan betul, maka akan dapat menciptakan lingkungan yang sangat nyaman bagi manusia. Kelima unsur itu adalah :

* Air, bersifat mempelajari sesuatu, tenang, dingin (winter) dan menggambarkan suatu perjalanan. Dilambangkan dengan warna hitam.
* Api, bersifat energik, panas, dan berbahaya. Dilambangkan dengan warna merah.
* Kayu, berhubungan dengan kreativiti, bersifat seperti “musim semi” dan berorientasi pada “perubahan”. Dilambangkan dengan warna hijau.
* Logam, berhubungan dengan bisnes, bersifat seperti “musim gugur” dan berorientasi pada kejayaaan seseorang. Dilambangkan dengan warna putih.
* Tanah, berhubungan dengan satu sifat kesabaran, stabil dan merupakan pusat dari segala benda. Dilambangkan dengan warna kuning.

Kelima unsur di atas haruslah seimbang dalam rumah, agar tercapai suasana rumah yang nyaman untuk dihuni, kerana kelima unsur ini saling mempengaruhi dalam ruang kehidupan individu.

Feng Shui di Dalam Bilik Tidur

1. Letak rangkaian bunga di dalam kamar tidur. Bunga membawa maksud menenangkan . Energi yang keluar dari bunga merupakan energi neutral .

2. Pastikan kepala tempat tidur anda berada di sisi dinding.

3. Pastikan tidak ada block-block besar, sama ada block kayu ataupun batu di atas kepala anda jika anda sedang dalam posisi tidur.

4. Jangan tempatkan tempat tidur dengan kepala tempat tidur anda menghalang denga almari yang besar.

5. Jangan tempatkan satu permukaan yang reflektif, misalnya kaca solek, menghadap ke arah anda dalam posisi tidur. Tutup dengan kain sebelum anda tidur, jika memang tidak dapat dipindahkan.

Sumber Artikal , gambar dari ilham pemilik web hasil surfing diolah dan di edit..harap dapat kerja sama dari  pengujung yang ingin berkongsi..link website untuk tujuan ukhwah yang berpanjangan.Terima Kasih

Bookmark and Share
Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ! KLIK SINI
Homemade Kek MIDNITE BAKER? Sedia Menerima Tempahan untuk Lokasi PERAI dan TAIPING KLIK SINI
Rahsia Pelaris Perniagaan Dengan Pakej Iklan KLIK SINI
Anda Masih Belum Hamil? Ketahui Jawapannya KLIK SINI
Beli Online Ikan Wadi, Ikan Kering dan STEVIA-Gula untuk pengidap Kencing Manis< ?
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber  

Di mana Jua Berada..KLIK SINI
Cara Menghilangkan Keputihan Yang Berkesan KLIK SINI
"Serik Dah Dan Berpuluh Tahun Berubat Gangguan Misteri, Tetap Menghantui"...
Memang Misteri Lagi Ajaib !
Rahsia Hebat Bongkar DISINI 
Resah Dengan Keputihan ! Dapatkan Ubat Terus Dari Mesir KLIK SINI

Teori Hebat Keajaiban Alkiram.Net

CARA MENYATA MEJA MAKAN MENATA MEJA TANPA CELA Mau mengundang makan teman atau rekanan bisnis di rumah? Nah, etika tata...
Membongkar Khazanah Rahsia Tarikh Lahir Alam ini tidak dijadikan dalam keadaan HAMPA, KOSONG atau TIADA ERTI. Alam ini dijadikan penuh dengan...
Cara Menata Dapur Kecil Luas rumah yang ada di kawasan sempit bukanlah halangan untuk menciptakan dapur yang indah. Kecantikan...
Cara menjaga kuku Tidak ada sebuah produk yang boleh membuat kuku kuat dan sihat tanpa adanya perawatan yang anda lakukan...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.
[Valid RSS]
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.