Saya upkan semula resipi yang tersedia ada dalam himpunan saya dahulu,resipi2 ini adalah yang terbaik yang pernah di cuba oleh rakan2 forumer sekitar 2006 dahulu..selamat mencuba

KEK GULA HANGUS [eonis_balqis]
Bahan
2 cwn gula ]
2 cwn air ] di masak utk gula hangus
2 cwn gandum ]
2 s/t baking powder ] di ayak bersama
2 s/t soda bikarbonat ]
2 s/b margerin – dicairkan
6 biji telur – pukul kembang
1/2 cwn susu pekat manis..
Cara2
1. cairkan/ hanguskan gula (keperangan), then masukkan air – biarkan sejuk
2. pukul telur – kembang
3. masukkan susu pekat, margerin – putar lagi
4. masukkan gandum – putar jap.
5. then msk gula hangus – putar.
6. tapis adunan dalam loyang
7. kukus 1 jam..
Kek Gula Hangus Puan Halimah
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali… Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila
Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat – Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.
Yume lapikkan dulang dibawahnya … Alhamdulillah, tak payah test2… garenti jadik punya…
CARA PENYEDIAAN OLEH MAKLANG (Cari.com.my)
Cara masak gula hangus
step 1 – masukkan gula dlm periuk atau kuali dan panaskan dengan api kecil

step 2 – bila gula dah cair dan agak kecoklatan, then bolehlah masukkan air panas skit demi skit

step 3 – masukkan butter/marjerin ke dlm gula tadi dan biarkan butter cair….dah cair bolehlah tutup api dan ketepikan
s
sekarang, kita nak bancuh adunan plak.
step 1 – pukul telur hingga kembang

step 2 – masukkan susu pekat ke dalam telur dan pukul sebati

step 3 – curahkan kesemua adunan tadi ke dlm blender dan presssssssssss

step 4 – masukkan tepung skit demi skit dan presssss..pehtu curahkan gula hangus tadi dan press lagi..

step 5 – peramkan ikut suka hati…maklang peram 3 jam, kita boleh nampak adunan tadi mulai berubah kaler agak gelap.

step 6 – dah cukup peram, masukkan dalam loyang dan kacau skit supaya tepung tadi tak mendap dan bolehlah dibakar denmenggunakan api bawah dulu, lagi 5? nak masak guna api atas saje.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
KEK GULA HANGUS aka KEK SARANG LEBAH aka KEK SPAN ([tad2200]
Bahan A (utk gula hangus)
1 cawan gula
1 cawan air
Bahan B
1 cawan mentega
1/4 atau 1/2 tin susu pekat
Bahan C
6 biji telur
1 cawan gula
Bahan D
1 cawan tepung gandum
1 t.s soda bikarbonat
cara buat (nih cara tradisi tad buat)
1. Buat bahan A dulu
2. Bahan B tuh tad masuk lam periuk pastuh cairkan atas dapur sampai sebati
3. Bahan C tuh tad just kacau jer sampai gula hancur
4. Masukkan bahan A dan B kedalam C..
5. Baru masukkan bahan D
6. Tapis ke dalam loyang
7. Bakar 40 – 50 minit

KEK SPAN GULA HANGUS
Bahan-bahan
1 cawan gula pasir
1 cawan air (untuk gula hangus)
1 cawan tepung gandum + 1 sudu teh soda bicarbonate (diayak tiga kali)
4 biji telur ayam (MaDiHa guna gred A)
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis, tin saiz kecil
Cara membuatnya
1. Masak gula dlm periuk dengan api sederhana sehingga hangus berwarna coklat muda. Bila separuh cair tu kacau2 sentiasa guna senduk kayu. Bila gula dah larut semua.. jangan tunggu sampai jadi coklat gelap sangat kang pahit pulak kek.. perlahan2 tuangkan air sikit demi sikit sambil dikacau… tutupkan api dan tuangkan kesemua 1 cwn air tadi dan biarkan ia sejuk.
2. Telur dipukul hingga betul-betul kembang.
3. Marjerin dipukul hingga kembang di dalam bekas yang lain. (kacau guna sudu ajer ataupun guna mixer yg pukul telur tadi dan pukul kejap marjerin)
4. Masukkan marjerin ke dalam bekas berisi telur dan pukul lagi. (masa ni adunan telur akan turun sikit sebab dah tercampur dgn marjerin).
5. Panaskan oven anda.
5. Masukkan esen vanilla, susu pekat manis dan tepung. Pukul lagi hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan gula hangus. Kacau rata.
7. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilapik kertas dan dilenser marjerin.
8. Bakar hingga masak, suhu oven 175`C selama 40-50 minit atau sehingga masak
Nota: Kek ini memang cair.
MaDiHa buat 2 adunan untuk saiz loyang 4 segi 9”x9” atau 10”x 10”
……………………………….
TIPS GULA HANGUS UNTUK KEK INI
Gula digoreng tanpa air dgn api yang sederhana sehingga gula yg berketul ketul tu hancur keseluruhannya dan masukkan air panas.
Setelah air panas dimasukkan, masukkan pula butter. Kacau sekejap & sejukkan.
Kehitaman kek bergantung kepada gula hangus yg kita masak….gula dihanguskan sehingga berwarna coklat baru dimasukakan air…jangan risau tidak pahit, kek apabila masak tidak nampak gelap sangat tapi bila dah sejuk makin terserlah kehitamannya.
…………………………………
1. Masakkan gula dalam kuali – kacau sehingga gula cair … kacau sehingga betul2 gula hancur – Jgn risau x keras nyer gula tu ..Sediakan 1 cwn air panas
2.Bila gula dah cair – masukkan air panas – pakai senduk sup lagi bagus x panas naik kat tangan. – Jgn risau air gula tetap x keras
3. Terus masukkan butter kacau sampai butter cair .
Siap & ketepikan. Mula kan pulak proses membancuh tepung kek. – Jgn risau air gula tetap x keras.
………………………………………………..
KENAPA KEK INI MENJADI 2 LAPIS?
Pada pandangan dan pendapat , keadaan 2 layer ini mungkin terjadi kerana tindakbalas akibat percampuran bikaronat dan baking powder dimana ia akan menghasilkan gelembung gas antaranya co2..
Buble2 yang dihasilkn ini tidak cukup besar dan tidak cukup kuat untuk sampai ke permukaan atas kek…
Ini kerana ketebalan kek adalah melebihi kemampuan bubble tu bergerak..
maknanya, bubble lum sampai ke permukaan untuk membentuk sarang atau rongga tetapi sudah pecah di pertengahan jalan..
Wujud 2 layer sebab bahagian atas tidak terkena laluan bubble dari tindakbalas bahan kimia tadi…cuba letak dalam acuan yang cetek dan lebar,untuk hasil yang lebih baik.
Untuk resipi Halimah Anang ..boleh tahan saehingga seminggu (ni pengalaman sendiri) kek ini kalau simpan lepas sehari dua baru makan lagi sedap!
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber
Di mana Jua Berada..KLIK SINI !
Memang Misteri Lagi Ajaib !
DISINI






Posted in
Tags: 




