Atasi Masaalah Buang Anak

http://ismakedah.files.wordpress.com/2009/05/345970074l.jpg

USAH kecil hati atau marah jika doktor atau jururawat bertanya sama ada anda mahu mencuba kaedah perancang keluarga sehari selepas anda bersalin. Atau mereka mungkin bertanya anda mahu berapa anak, berapa tahun jarak kehamilan yang diingini atau pernahkah anda menggunakan kaedah perancang keluarga.

Anda bertuah jika ditanya soalan begini kerana ia menandakan mereka prihatin dan mahu berkongsi maklumat dengan anda. Bukan semua wanita ada peluang diajukan soalan begini kerana ramai doktor dan jururawat berasa serba salah atau tidak tahu bagaimana hendak berkongsi maklumat mengenai perancangan keluarga, bimbang menimbulkan ketidakselesaan pada pesakit.

Ramai wanita tidak dapat memberi jawapan apabila ditanya soalan mengenai saiz keluarga dan jarak kehamilan. Malah, ada yang tiada perancangan untuk diri sendiri dan keluarganya. Kebanyakannya menjawab mereka ‘reda’ jika hamil setiap tahun kerana menganggapnya rezeki.

Mengandung setiap tahun tidak salah jika wanita ‘mengejar masa’, khususnya bagi yang berkahwin lewat, tetapi sebaik-baiknya jarakkan kehamilan kerana kehamilan itu sendiri adalah tekanan besar kepada badan.

Sebenarnya soalan ini bukan bertujuan menghalang anda daripada mempunyai ramai anak, tetapi sebagai panduan untuk mengelak kehamilan yang tidak dikehendaki. Memang anak adalah anugerah yang tidak ternilai, tetapi ada juga rumah tangga berkocak apabila kehamilan berlaku ketika pasangan belum bersedia menimang cahaya mata atas pelbagai faktor.

http://3.bp.blogspot.com/_bTopfrKl1eQ/SqwhbOYAxHI/AAAAAAAAAvo/Nx4vi6CXG94/s800/bayi-13.jpg

Cuba anda hitung, dalam tahun ini saja berapa banyak berita mengenai pembuangan atau pembunuhan bayi yang anda baca? Tidak cukup dengan itu, kini muncul pula perniagaan tidak bermoral iaitu jual beli bayi dengan harga antara RM15,000 hingga RM20,000 atau lebih mengikut rupa paras dan kesihatan mereka.

Ini jual beli melalui ‘ejen’; tidak termasuk jual beli langsung antara ibu belasan tahun (mengandung luar nikah) dan pasangan yang tiada anak dengan harga antara RM3,000 hingga RM5,000 sebagai ‘wang hadiah’.

Gejala menyedihkan ini antara kesan negatif apabila satu-satu kehamilan itu tidak dirancang atau dikehendaki, kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Harlina Halizah Siraj.

“Kesan negatif yang disenaraikan di atas tidak hanya berlaku pada kehamilan luar nikah tetapi turut membabitkan pasangan berkahwin. Semua kehamilan sepatutnya dirancang, dikehendaki, disayangi dan dialu-alukan.

“Apabila isteri mengandung (tidak dirancang) terutama dalam keadaan kandungan itu tidak dikehendaki, biasanya suami menyalahkan isteri, tetapi ramai tidak sedar mereka juga bertanggungjawab dalam proses kehamilan berkenaan kerana tanpa sperma suami, kehamilan tidak akan terjadi,” katanya pada Bengkel Kesihatan Untuk Jururawat anjuran Persatuan Menopaus Malaysia (MMS).

Setiap tahun dianggarkan lebih 500,000 wanita dan gadis muda meninggal dunia ketika bersalin — kebanyakannya membabitkan kehamilan tidak dikehendaki, termasuk di kalangan remaja, sama ada di negara maju atau membangun. Di Indonesia saja, 2.3 juta wanita (30 peratus daripadanya remaja) menggugurkan anak setiap tahun.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, hampir 50 juta pengguguran anak dilakukan setiap tahun dan 20 juta daripadanya menggunakan kaedah tidak selamat dan sebahagian besarnya (90 peratus) berlaku di negara membangun.

“Menurut laporan WHO lagi, lebih 100,000 kes kematian akibat bersalin boleh dielak jika kehamilan yang tidak dirancang dicegah melalui penggunaan pelbagai kaedah perancangan keluarga atau kontraseptif.

“Di negara kita, lebih 55 peratus kematian bersalin berlaku di kalangan wanita yang tidak pernah mengamalkan perancangan keluarga. Ramai wanita masih takut hendak menggunakan kaedah perancangan keluarga atas pelbagai alasan, khususnya bagi mendapatkan kebenaran suami.

“Berbincanglah dengan suami kerana ia untuk kebaikan bersama. Apabila suami bersikap terbuka dalam hal ini dan menyokong isteri, isteri berasa lebih yakin dan secara tidak langsung keharmonian rumah tangga terjaga.

“Memang setiap anak adalah rezeki dan anugerah Allah, tetapi biarlah ia datang dalam keluarga yang harmoni dan ibu bapa mempunyai cukup persediaan daripada segi fizikal, mental dan kewangan untuk kebaikan anak.

“Bila kandungan dirancang dan dikehendaki, ibu bapa tidak sabar-sabar menunggu kehadiran anak. Sebaliknya jika tidak dikehendaki, bayi yang bakal lahir berdepan kemungkinan dibuang, ditinggalkan, dijual atau dibunuh dengan pelbagai cara,” katanya.

Kajian Perancangan Keluarga Kebangsaan pada 2004 mendapati, hanya 50 peratus pasangan berkahwin menggunakan kaedah perancangan keluarga bagi mengelak kehamilan tidak dirancang. Penggunaan kaedah perancangan keluarga di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara lain di rantau Asean walaupun kita ada sistem rawatan yang lebih baik.

Malah lebih 50 peratus wanita berusia 18 hingga 21 tahun tidak mengetahui dan keliru mengenai kaedah perancangan keluarga yang digunakan di negara ini manakala 60 peratus wanita mengakui tidak pernah bercakap mengenainya dan mendapati sukar membincangkan isu perancangan keluarga dengan pasangan sebelum mengadakan hubungan kelamin.

Penggunaan kaedah perancangan keluarga bukan untuk terus tidak mempunyai anak, tetapi menjarakkan kehamilan. Kajian terbaru menunjukkan kehamilan perlu dirancang dan dijarakkan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum mengandung lagi, tetapi lebih baik jika kehamilan dapat ditangguhkan selama 11 bulan.

Dalam kajian dijalankan di sebuah hospital di Jerusalem, bagi kehamilan yang jaraknya kurang dari enam bulan, risiko bersalin pra matang (tidak cukup bulan), bayi meninggal ketika lahir, kecacatan bayi atau bayi tidak cukup berat adalah lebih tinggi berbanding kehamilan selepas 11 bulan bersalin.

Penyelidik sebelum ini mengaitkan jarak kehamilan yang pendek dengan kelahiran pramatang, pertumbuhan janin terencat, kematian bayi ketika lahir dan lain-lain punca kematian bayi dan ibu.

Antara teori yang menerangkan pelbagai masalah ini ialah ibu kekurangan nutrien penting ketika awal kehamilan (tempoh paling kritikal), ketidakseimbangan hormon selepas pantang dan tekanan fizikal termasuklah penyusuan bayi.

Kajian ke atas lebih 400,000 wanita Israel itu mendapati peluang bersalin tidak cukup bulan meningkat sebanyak 23 peratus bagi jarak kehamilan kurang dari enam bulan. Malah peratusan bayi yang terlalu kecil dan tidak cukup berat (kurang 1.8 kilogram) juga meningkat 15 peratus dan peningkatan 64 peratus untuk risiko bayi meninggal awal. Bagaimanapun risiko bersalin awal atau tidak cukup bulan juga tinggi (40 peratus) di kalangan wanita yang menjarakkan kehamilan melebihi lima tahun.

“Malangnya masih ramai wanita kurang jelas mengenai kaedah perancangan keluarga. Selain kurang kesedaran dan tiada usaha mendapatkan maklumat, halangan juga timbul dari pihak kakitangan perubatan sendiri; iaitu doktor dan jururawat tidak mementingkan penggunaan kontraseptif.

“Ini mungkin disebabkan kakitangan perubatan tiada maklumat terkini mengenai kontraseptif, kurang budaya perkhidmatan pelanggan (pesakit) atau mereka ada persepsi tersendiri terhadap kaedah perancangan keluarga tertentu.

“Selain itu peranan ibu dalam memaklumkan anak gadis mengenai perancangan keluarga juga penting. Jangan pandang daripada sudut negatif, bukan mahu menggalakkan anak mereka terbabit dalam seks luar perkahwinan. Beritahu anak bahawa mengikut Islam, seks hukumnya haram kecuali dengan perkahwinan dan mengapa kita hanya boleh melakukan hubungan seks selepas berkahwin.

“Tekankan pada anak bahawa mereka perlu sayang pada diri sendiri dan menahan diri daripada melakukan hubungan seks sehingga mereka berkahwin. Ramai wanita bujang tidak melakukan seks bukan kerana tiada peluang; sebenarnya mereka bijak menjaga diri supaya tidak terbelenggu dengan masalah kehamilan yang tidak dikehendaki,” katanya.

Kesan hamil tidak dirancang

> Antara kesan lain kehamilan yang tidak dikehendaki ialah:
> Pengguguran anak
> Kematian bersalin
> Menyembunyikan kehamilan
> Kurang penjagaan antenatal (ketika hamil)
> Keharmonian rumah tangga terjejas
> Penderaan pasangan dan anak (seperti kes suami memijak perut isteri yang hamil baru-baru ini)
> Anak yang lahir ditinggalkan dan tidak dipedulikan
> Pembunuhan bayi
> Penjualan bayi

Kaedah rancang keluarga

> Pil pencegah kehamilan
> Sistem intrauterine (IUS)
> Implan
> Suntikan
> Pelekat kontraseptif yang ditampal di badan
> Gelang vagina
> Kondom
> Alat dalam rahim

> Diafragma

Sumber : Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN (Hmetro)

Menurut Ust.Ateef Ahmad segala2nya adalah berpunca daripada SAKA dapatkan maklumat di sini http://rahsiahebat.biz


Bookmark and Share
Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ! KLIK SINI
Homemade Kek MIDNITE BAKER? Sedia Menerima Tempahan untuk Lokasi PERAI dan TAIPING KLIK SINI
Rahsia Pelaris Perniagaan Dengan Pakej Iklan KLIK SINI
Anda Masih Belum Hamil? Ketahui Jawapannya KLIK SINI
Beli Online Ikan Wadi, Ikan Kering dan STEVIA-Gula untuk pengidap Kencing Manis< ?
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber  

Di mana Jua Berada..KLIK SINI
Cara Menghilangkan Keputihan Yang Berkesan KLIK SINI
"Serik Dah Dan Berpuluh Tahun Berubat Gangguan Misteri, Tetap Menghantui"...
Memang Misteri Lagi Ajaib !
Rahsia Hebat Bongkar DISINI 
Resah Dengan Keputihan ! Dapatkan Ubat Terus Dari Mesir KLIK SINI

Teori Hebat Keajaiban Alkiram.Net

Petua Semput Atau Lelah Anda boleh mencuba petua ini tetapi AWAS~SEKIRANYA BERLARUTAN SILA DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DOKTOR YANG...
Cara Mengira Tarikh Jangkaan Bersalin Cara Mengira Tarikh Jangkaan Bersalin Berdasarkan tarikh jangka bersalin, hanya 5% sahaja menepati...
Persediaan Sebelum Melahirkan Anak Persediaan Melahirkan Anak Tahniah . Diucapkan Kepada anda yang sedang mengandung.Inilah masanya...
Bersalin di dalam air mengurangkan sakit Oleh NOOR FAZRINA KAMAL Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Komen to “Atasi Masaalah Buang Anak”

  1. Ahmad says:

    Assalamualaikum,

    Terima kasih di atas maklumat berkenaan perancangan keluarga. Walau bagaimanapun pd pendapat saya, selain daripada langkah2 contraceptive and family planning, ianya masih bukan 100% peratus pasti.

    Jadi cara terbaik untuk atasi masalah buang anak adalah dengn menyediakan safety net to the mothers of unwanted pregnancies. Support from the public and relevant agencies in the form of safe houses, child support etc will significantly reduce such problems

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.
[Valid RSS]
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.