Bahan Membuat Handmade Coklat

Bahan-bahan
untuk membuat coklat

Membeli barang-barang kegemaran anak-anak adalah cara yang paling mudah untuk memberi hadiah. Tetapi saya rasa adalah amat istimewa jika kita membuat sendiri hadiah tersebut,
kerana anak-anak akan lebih menghargainya. Di sini saya paparkan cara yang
mudah untuk membuatcoklat berbentuk beruang dan kucing yang comel yang tentu disukai oleh anak-anak.

[kelas+coklat+bear.jpg]

1. Mold ini sebenarnya ialah mold ice yang boleh dibeli di pasaraya (~RM5 saja).

2. Untuklebih menarik gunakan dua jenis coklat, contoh hitam dan
putih. Perlu diingatkan kedua-dua coklat mesti dari jenis
yang sama, samada coverture atau compound. Di sini,coklat hitam digunakan
untuk mewarnakan bow dan mata yang terdapat pada mould. Sejukkan dalam peti
sejuk sebentar sebelum mengisi coklat putih.

3. Coklat putih bercampur sedikit kekacang cth pistachio atau badam yang dicincang,
diisi penuh ke dalam mould. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga coklat keras dan boleh
dikeluarkan dari mold


4. Coklat boleh disusun dalam bekas hadiah

5. Atau dipek satu-satu dalam bekas plastik dan dibubuh dalam beg comel

Untuk membuat coklat candy, cuma dua jenis “semi-finished” coklat asas sahaja yang sesuai iaitu coklat couverture dan compound. Kedua-dua jenis ini terdapat sebagai coklat hitam, susu dan putih. Perbezaan antara couverture dan compound ialah lemak yang digunakan. Coklat couverture mengunakan lemak dari biji koko sendiri yang dipanggil mentega koko (cocoa butter), sementara coklat compound mengunakan lemak sayur (vegetable fat). Berbagai jenama coklat couverture dan compound boleh dibeli di Malaysia (di kedai-kedai menjual bahan-bahan kuih atau dari distributor). Jenama dari Belgium ialah Callebaut, Felchlin dari Switzerland, Kondima dari German, Sicao dan Aalst dari Singapura, Selbourne dari Malaysia , dan Colatta dan Tulip dari Indonesia. Setengah jenama tu memang ada tanda halal tapi yang dari Europa kenalah tanya distributor untuk menentukan ia ada sijil Halaal atau tidak.

Lemak yang berbeza digunakan dalam coklat couverture dan compound menyebabkan cara kita membuat coklat juga berbeza. Jika mengunakan couverture, coklat yang telah di cairkan pada ~40°C perlu di”temper” pada suhu ~27 °C sebelum dimasukkan ke dalam mold coklat. Jika tidak di “temper” dengan betul, coklat akan cair sebaik saja keluar dari peti sejuk. Sebaliknya jika coklat compound digunakan, coklat perlu dicarikan >40°C dan boleh terus dimasukkan ke dalam mold. Sebenarnya jika tidak berapa mahir tentang pembuatan coklat, adalah lebih mudah mengunakan coklat compound.

…..pada anda yang duduk di Bandar Baru Bangi, anda boleh membeli coklat couverture dan compound terus dari Lembaga Koko Malaysia di Section 13

………………………………………………………………………………..

FAQs TENTANG COKLAT.

1. Apa perbezaan antara coklat couverture dan coklat compound?

Perbezaan antara coklat couverture dan compound adalah lemak yang digunakan untuk membuat

coklat tersebut. Coklat
couverture mengunakan lemak dari biji koko yang dipanggil mentega koko
(cocoa butter), sementara coklat compound mengunakan lemak sayuran e.g
dari kelapa sawit (vegetable fat)

2. Kenapa coklat couverture perlu ditemper?

Coklat
couverture perlu ditemper kerana mentega koko boleh membentuk 6 jenis
krystal bergantung bagaimana ia disejukkan setelah ia dicairkan. Untuk membentuk coklat yang

berkilat dan stabil pada suhu bilik <34°c,>mentega koko perlu membentuk krystal nombor 5

sahaja.

3. Kenapa coklat saya bila keluar dari peti sejuk berpeluh?

Coklat anda berpeluh kerana proses pemeluawapan (condensation) berlaku. Proses
ini akan berlaku pada semua benda yang bertukar tempat dari yang sejuk
(eg peti sejuk) ke tempat yang panas dan lembap (eg dapur ), wap di
udara akan tersejat atas permukaan yang sejuk.

4. Adakah coklat akan cair jika dibawa dalam kereta atau dipos?

Coklat couverture yang telah ditemper dengan betul tidak akan cair jika ia berada pada suhu

<34°c. Jika
anda bawa coklat dalam kereta yang berhawa dingin, coklat tidak akan
cair, tetapi jika anda tinggalkan coklat dalam kereta ditengah panas,
cairlah coklat jika suhu kereta itu >34°C

5. Untuk membuat coklat marble, bolehkah mengunakan coklat dari jenis yang berbeza (compound

dan couverture)?

Tidak boleh. Untuk membuat marble coklat perlu mengunakan coklat dari
jenis yang sama – eg couverture putih dan couverture hitam

6. Apakah faktor yang mempengaruhi tarikh luput (shelf-life) coklat?

Tarikh luput coklat bergantung pada jenis coklat (6 bulan hingga 1
tahun), dan keadaan penyimpanan. Untuk tahan lama perlu disimpan pada
suhu ~20°C -26°C( utk couverture), tempat yang kering dan jauh dari
barang yang berbau. Untuk coklat praline tarikh luput bergantung pada
jenis inti yang digunakan, eg inti ganache (2 minggu hingga sebulan)
dan keadaan penyimpanan.

Sumber artikal dari Mas des Fortaine,beliau juga ada mambuka kelas untuk membuat coklat sendiri anda boleh lawati di laman website beliau.

SUMBER:http://www.homechoc.com

Buat Coklat Sendiri Untuk Anak

clip_image001.jpg

Kerana sekarang harga coklat semakin mahal , apa kata kita cuba belajar membuat coklat sendiri.

Caranya: -

Coklat compound (banyak dijual di kedai) dilcairkankan kemudian dituang dalam acuan coklat.

Masukkan coklat sehingga memenuhi dinding-dinding acuan, sehingga dapat membentuk satu lubang. Lubang yang terbentuk dapat diberi filling apa saja, biasanya inti jem blackcurrant atau dari coklat dengan warna yang berbeza yang sudah dicampur dengan sedikit butter dan krim cair. Setelah diisi, tutup lagi dengan coklat dan bekukan. Siap untuk dinikmati.

Cara di atas agak renyah. Boleh mencuba yang agak lebih mudah ,coklat yang sudah dilcairkan dicampur dengan biskuit yang sudah dipatah-patah secukupnya, kemudian di tuang ke dalam cupcakes kecil-kecil. Untuk nampak lebih cantik, hias dengan coklat yang beza warna atau ditaburi coklat rice. Biskuit juga boleh diganti dengan apa2 kekacang, almond, sebagainya yang sudah dicincang kasar. Hmmm.. Yummy

Bookmark and Share
Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ! KLIK SINI
Homemade Kek MIDNITE BAKER? Sedia Menerima Tempahan untuk Lokasi PERAI dan TAIPING KLIK SINI
Rahsia Pelaris Perniagaan Dengan Pakej Iklan KLIK SINI
Anda Masih Belum Hamil? Ketahui Jawapannya KLIK SINI
Beli Online Ikan Wadi, Ikan Kering dan STEVIA-Gula untuk pengidap Kencing Manis< ?
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber  

Di mana Jua Berada..KLIK SINI
Cara Menghilangkan Keputihan Yang Berkesan KLIK SINI
"Serik Dah Dan Berpuluh Tahun Berubat Gangguan Misteri, Tetap Menghantui"...
Memang Misteri Lagi Ajaib !
Rahsia Hebat Bongkar DISINI 
Resah Dengan Keputihan ! Dapatkan Ubat Terus Dari Mesir KLIK SINI

Teori Hebat Keajaiban Alkiram.Net

Biskut Hirisan Badam Biskut Hirisan Badam Krispies-gadis_aries Bahan-bahan: 250 gram hirisan badam 100 gram coklat crispies 250...
Kek Black Forest Kek Black Forest memang menjadi kesukaan ramai orang. Kek yang disaluti krim segar ini sangat enak dimakan...
Istilah Perbezaan Kandungan Coklat Istilah Perbezaan Kandungan Coklat Kebiasaan di dalam kelas membuat coklat sendiri ini mereka...
KEK COKLAT KUKUS BEBOP KEK COKLAT KUKUS BEBOP Bahan-Bahan 375 gm BUTTER 2 CAWAN GULA HALUS 1 TIN SUSU CAIR 1...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.
[Valid RSS]
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.