Istilah Perbezaan Kandungan Coklat

Written by sofieyya on Dec 27th, 2009 | Filed under: Tip & Trick Recipes

Istilah Perbezaan Kandungan Coklat

Kebiasaan di dalam kelas membuat coklat sendiri ini mereka menggunakan jenama Selbourne. Sebelum hendak membeli coklat-coklat ber block nie kena tengok juga dahulu ingredients. Jenama coklat berbeza mengikut rasa dan bahan-bahan yang digunakan,jadi kekadang tidak menepati selera dan tidak menjadi bila dibuat..so, kena hati-hati.

Perbezaan antara Coklat Courveture (tulen) dan Coklat Compound (campuran) adalah “mentega koko” atau selalu di sebut “Coco Butter” . Coco butter adalah lemak yang menbezakan antara coklat tulin dengan coklat campuran.

Dari segi standard hanya coklat yang mengandungi 100% cocoa butter
sahaja boleh dianggap coklat ,coco butter dari Malaysia adalah yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan untuk digunakan dalam industri coklat makan. Coco Butter yang dihasilkan dari koko yang ditanam dekat dengan khatulistiwa adalah lebih stabil pada suhu ~30°C berbanding dengan yang jauh dari khatulistiwa. Kualiti susu yang ditambah bergantung pada jenis coklat.

Kebiasaannya coklat couverture akan mengunakan susu penuh krim tetapi coklat compound akan menggunakan kombinasi susu ,lemak sayuran dan whey (cecair yang tinggal setelah susu dijadikan keju) untuk mengawal harga.

COKLAT MANA YANG SEDAP???

Bila ditanya soalan coklat mana atau brand mana yang sedap? Sudah tentu coklat praline, iaitu coklat yang dibuat sendiri, fresh dan menepati cita rasa sendiri…tapi jika maksud soalan itu berkaitan dengan coklat asas yang digunakan untuk membuat praline, jawapannya adalah kesedapan itu bergantung kepada beberapa faktor:
Citarasa individu: jika seseorang itu suka makanan yang manis, besar kemungkinan orang ini lebih suka coklat susu dan coklat putih berbanding dengan coklat hitam seperti kebanyakan orang di Malaysia. Jika seseorang itu biasa makan coklat berjenama mahal dari luar negara besar kemungkinan orang ini akan lebih meminati coklat hitam dan coklat import seperti Callebaut dari Belgium atau Valhona dari Perancis.

Kandungan bahan: Coklat asas mengandungi hanya beberapa bahan sahaja tetapi ia boleh mempengaruhi rasa, kelikatan dan tektur sesuatu coklat yang akhirnya dikaitkan dengan istilah kesedapan coklat. Bahan-bahan itu adalah koko mass (untuk coklat hitam dan coklat susu sahaja), lemak, gula, susu (utk coklat susu & coklat putih) dan pembaur.

Koko hanya boleh ditanam pada 20° utara dan selatan khatulistiwa, dan jenis koko yang terbaik adalah dari species Criollo, tetapi peratusan coklat yang dihasilkan daripada Criollo amat rendah; kebanyakan coklat dihasilkan dari koko species Forastero. Kualiti koko bergantung kepada suhu, kelembapan, kondisi tanah (berasid atau beralkali), teknik pertanian dan yang paling penting teknik memproses biji koko… pada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut boleh baca di link wikipedia (chocolate)

Teknik memproses coklat: Salah satu langkah dalam proses membuat coklat couverture yang penting adalah process yang dipanggil conching. Pada peringkat ini semua bahan dalam coklat akan digelek seperti gambar dibawah ini selama beberapa jam (antara 3 hingga 96 jam) untuk memecahkan partikel-partikel bahan-bahan tersebut kepada saiz yang sangat kecil dan mengurangkan kandungan air dan asid dari coklat. Untuk menghasilkan coklat yang dianggap halus (smooth), saiz partikel mesti bawah dari 20 micron. Jika saiznya lebih dari 30 micron, lidah kita akan dapat mengesannya dan kita akan rasa coklat itu kasar.

Berbalik kepada soalan tadi..kerana citarasa seseorang itu berbeza, kita perlu rasa coklat-coklat yang ada dipasaran untuk tahu kita suka atau tidak, tidak hanya bertanya kepada individu sahaja kerana citarasa berbeza setiap orang ,tetapi kalau pandai membuat coklat sendiri apa jenis sekalipun kita boleh guna….imported atau local, caranya sama saja..cuma rasanya mungkin berbeza (lepas ni kena tengok hargalah pula….kadang-kadang nilah yang akan mempengaruhi faktor apabila membeli coklat)

Antara Artikal dari SUMBER:http://www.homechoc.com

Bookmark and Share


Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.