Archive for December, 2009

Cara atasi kelembapan PC (versi 1)

Written by sofieyya on Dec 29th, 2009 | Filed under: INFO

Membuang File Yang Tidak Terpakai Dari System Windows Xp

Kebiasaannya komputer menjadi lambat mungkin kerana terdapat banyak file yang tidak terpakai dan ini akan menyebabkan hard disk anda penuh. Untuk membuang file2 yang tidak diperlukan, anda boleh membuatnya sendiri dengan menggunakan file .bat tanpa perlu mendownload perisian2 yang canggih. Cara ini tidak akan merosakkan atau membuang file2 windows anda, jadi tidak perlulah anda risau untuk menjalankan file .bat ini

Ikuti langkah berikut :

1. Bukak notepad anda dan copy kod dibawah, pastekan pada notepad

@echo off
echo loading ......
del /f /s /q %systemdrive%\*.tmp
del /f /s /q %systemdrive%\*._mp
del /f /s /q %systemdrive%\*.log
del /f /s /q %systemdrive%\*.gid
del /f /s /q %systemdrive%\*.chk
del /f /s /q %systemdrive%\*.old
del /f /s /q %systemdrive%\recycled\*.*
del /f /s /q %windir%\*.bak
del /f /s /q %windir%\prefetch\*.*
rd /s /q %windir%\temp & md %windir%\temp
del /f /q %userprofile%\cookies\*.*
del /f /q %userprofile%\recent\*.*
del /f /s /q "%userprofile%\Local Settings\Temporary Internet Files\*.*"
del /f /s /q "%userprofile%\Local Settings\Temp\*.*"
del /f /s /q "%userprofile%\recent\*.*"
echo OK!
echo. & pause

2. Savekan sebagai CleanOldFile.bat atau AnyFile.bat
3. Klik 2 kali pada file .bat tersebut dan tunggu proses pembersihan/pembuangan selesai

* Jalankan file .bat ini sekali seminggu bagi memastikan prestasi komputer anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

******KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA TERJADI KEROSAKAN LAIN DISEBABKAN PENGGUNAAN TEKNIK INI*******

Mungkin pada mulanya anda tidak berani nak mencuba kot rosak windows dan sebagainya..

Saya telah pun try..biase jer…yang mana dia delete temporary files,temp,etc etc…cuma mungkin kalau yang dlm antivirus mcm kaspersky access denied..

Kalau pakai NOD32 ok saja..kira tak perlu nak buaang satu2. ada yang test kat win 7 .ade yang acess denied la.mungkin tidak sesuai kod tersebut..apapun ini sebenarnya trick untuk windows xp jer untuk vista ngan 7 mungkin len skit caranya,sebab vista ngan 7 ade UAC…so ubah UAC ubah pling rendah….mcm win XP…

Rasanya ini dapat membantu performance yang lebih lancar sedikit…

Selamat mencuba semoga membantu..

Sumber : www.jiwang.ws

Bookmark and Share

Bahan mambuat handmade coklat

Written by sofieyya on Dec 28th, 2009 | Filed under: Tip & Trick Recipes

Bahan-bahan
untuk membuat coklat

Membeli barang-barang kegemaran anak-anak adalah cara yang paling mudah untuk memberi hadiah. Tetapi saya rasa adalah amat istimewa jika kita membuat sendiri hadiah tersebut,
kerana anak-anak akan lebih menghargainya. Di sini saya paparkan cara yang
mudah untuk membuatcoklat berbentuk beruang dan kucing yang comel yang tentu disukai oleh anak-anak.

[kelas+coklat+bear.jpg]

1. Mold ini sebenarnya ialah mold ice yang boleh dibeli di pasaraya (~RM5 saja).

2. Untuklebih menarik gunakan dua jenis coklat, contoh hitam dan
putih. Perlu diingatkan kedua-dua coklat mesti dari jenis
yang sama, samada coverture atau compound. Di sini,coklat hitam digunakan
untuk mewarnakan bow dan mata yang terdapat pada mold. Sejukkan dalam peti
sejuk sebentar sebelum mengisi coklat putih.

3. Coklat putih bercampur sedikit kekacang cth pistachio atau badam yang dicincang,
diisi penuh ke dalam mould. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga coklat keras dan boleh
dikeluarkan dari mold


4. Coklat boleh disusun dalam bekas hadiah

5. Atau dipek satu-satu dalam bekas plastik dan dibubuh dalam beg comel

Selamat mencuba!

………………………………………………………………………………..

FAQs TENTANG COKLAT.

1. Apa perbezaan antara coklat couverture dan coklat compound?

Perbezaan antara coklat couverture dan compound adalah lemak yang digunakan untuk membuat

coklat tersebut. Coklat
couverture mengunakan lemak dari biji koko yang dipanggil mentega koko
(cocoa butter), sementara coklat compound mengunakan lemak sayuran e.g
dari kelapa sawit (vegetable fat)

2. Kenapa coklat couverture perlu ditemper?

Coklat
couverture perlu ditemper kerana mentega koko boleh membentuk 6 jenis
krystal bergantung bagaimana ia disejukkan setelah ia dicairkan. Untuk membentuk coklat yang

berkilat dan stabil pada suhu bilik <34°c,>mentega koko perlu membentuk krystal nombor 5

sahaja.

3. Kenapa coklat saya bila keluar dari peti sejuk berpeluh?

Coklat anda berpeluh kerana proses pemeluawapan (condensation) berlaku. Proses
ini akan berlaku pada semua benda yang bertukar tempat dari yang sejuk
(eg peti sejuk) ke tempat yang panas dan lembap (eg dapur ), wap di
udara akan tersejat atas permukaan yang sejuk.

4. Adakah coklat akan cair jika dibawa dalam kereta atau dipos?

Coklat couverture yang telah ditemper dengan betul tidak akan cair jika ia berada pada suhu

<34°c. Jika
anda bawa coklat dalam kereta yang berhawa dingin, coklat tidak akan
cair, tetapi jika anda tinggalkan coklat dalam kereta ditengah panas,
cairlah coklat jika suhu kereta itu >34°C

5. Untuk membuat coklat marble, bolehkah mengunakan coklat dari jenis yang berbeza (compound

dan couverture)?

Tidak boleh. Untuk membuat marble coklat perlu mengunakan coklat dari
jenis yang sama – eg couverture putih dan couverture hitam

6. Apakah faktor yang mempengaruhi tarikh luput (shelf-life) coklat?

Tarikh luput coklat bergantung pada jenis coklat (6 bulan hingga 1
tahun), dan keadaan penyimpanan. Untuk tahan lama perlu disimpan pada
suhu ~20°C -26°C( utk couverture), tempat yang kering dan jauh dari
barang yang berbau. Untuk coklat praline tarikh luput bergantung pada
jenis inti yang digunakan, eg inti ganache (2 minggu hingga sebulan)
dan keadaan penyimpanan.

Sumber artikal dari Mas des Fortaine,beliau juga ada mambuka kelas untuk membuat coklat sendiri anda boleh lawati di laman website beliau.

SUMBER:http://www.homechoc.com

Buat Coklat Sendiri Untuk Anak

clip_image001.jpg

Kerana sekarang harga coklat semakin mahal , apa kata kita cuba belajar membuat coklat sendiri.

Caranya: -

Coklat compound (banyak dijual di kedai) dilcairkankan kemudian dituang dalam acuan coklat.

Masukkan coklat sehingga memenuhi dinding-dinding acuan, sehingga dapat membentuk satu lubang. Lubang yang terbentuk dapat diberi filling apa saja, biasanya inti jem blackcurrant atau dari coklat dengan warna yang berbeza yang sudah dicampur dengan sedikit butter dan krim cair. Setelah diisi, tutup lagi dengan coklat dan bekukan. Siap untuk dinikmati.

Cara di atas agak renyah. Boleh mencuba yang agak lebih mudah ,coklat yang sudah dilcairkan dicampur dengan biskuit yang sudah dipatah-patah secukupnya, kemudian di tuang ke dalam cupcakes kecil-kecil. Untuk nampak lebih cantik, hias dengan coklat yang beza warna atau ditaburi coklat rice. Biskuit juga boleh diganti dengan apa2 kekacang, almond, sebagainya yang sudah dicincang kasar. Hmmm.. Yummy

Bookmark and Share

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.