Archive for November, 2009

Cara Mandikan Bayi

Written by sofieyya on Nov 30th, 2009 | Filed under: * Tips And Tricks*

Cara mandikan bayi

Bagaimanakah cara terbaik menguruskan bayi terutama kepada yang pertama kali bergelar ibu bapa?

KEPIT telinga bayi supaya tidak dimasuki air ketika mencuci di kepala.

KEPADA pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata, terlalu banyak perkara dan persediaan yang perlu dilakukan. Bermula daripada barangan bayi, bilik, kos rawatan, makana dan sebagainya.

Sebaik si ibu selamat melahirkan anak, maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan suami isteri.

SIKAT rambut bayi untuk menanggalkan sebarang lendir.


“Kebanyakan individu yang pertama kali bergelar ibu bapa, berasa cemas dan kelam-kabut dalam menguruskan bayi. Ini termasuklah cara penyusuan, menukar lampin dan memandikan bayi.

“Jika diperhatikan, ibu lebih berasa selesa dan selamat sekiranya orang lebih dewasa yang memandikan bayi mereka. Apatah lagi, jika tali pusat bayi masih belum tanggal,” jelas Jururawat Kaunselor Penyusuan Susu Ibu, Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Norhayati Ahmad.

Tambah Norhayati, 44, yang berkhidmat selama dua dekad di pusat perubatan tersebut, antara tujuan utama membersihkan bayi adalah untuk memberi keselesaan, ketenangan dan mengelakkan g infeksi.

Proses mandian perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat. Mengapa? Ia bagi mengelakkan bayi mengalami kecederaan yang tidak diingini seperti telinga dan hidung dimasuki air atau kulit bayi melecur.

NORHAYATI AHMAD


Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia.

“Daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan.

“Jangan memandang remah tentang proses mandian bayi. Selain menggunakan air suam, ibu bapa juga disaran supaya tidak memasang kipas dan membuka tingkap. Alasannya masih sama supaya bayi tidak berasa sejuk.

“Bukan itu sahaja, waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi pula, sekitar pukul 10 pagi dan pukul 5 petang,” jelas beliau.

SEMASA mandi jangan lupa bersihkan di bahagian lipatan leher, paha dan ketiak.


Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaik-baiknya bedung bayi menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.

Langkah pertama*
Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu.

LAP badan bayi sehingga kering.


Langkah kedua*
Bersihkan kepala bayi. Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.

Ketika proses ini juga, sikat rambut bayi supaya dapat menanggalkan lendir yang melekat.

* Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan.

BERHATI-HATI ketika memakaikan baju si kecil.


Langkah ketiga
* Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.

Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung.

Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering.

JIKA tali pusat masih belum tertanggal jangan lekatkan lampin terlalu ketat.


Langkah keempat*
Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju.

* Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat.

Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.

Selesai bayi dibersihkan, disapukan bedak dan losen serta dipakaikan baju, ibu diwajibkan menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar selepas proses mandian.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/

Bookmark and Share

Macamana nak mula berniaga ?

Written by sofieyya on Nov 28th, 2009 | Filed under: Info Bisnes

Ok ini antara pengalaman peribadi kawan forumer saya, tips beliau ini saya praktikan ketika mula2 menjalani perniagaan di mesir ini….so, saya berkongsi bersama2 dengan kekawan sebagai rujukan. Catatan sebelum ini boleh dirujuk juga di sini http://alkiram.net/salam/2008/01/05/bagaimana-memulakan-perniagaan-kecil-kecilan/

Jutaan terima kasih tak terhingga mudahan buat sahabat saya itu semoga dia berjaya bersama dengan cita2 nk buka bakery satu hari nanti hendaknya..hehehe, kalau terbaca kt sini..minta dihalalkan..dan kalau sudi  nak tambah apa2 lagi sila2 yer.

Saya edit untuk kesesuai umum, mana tahu panduan dari kawan saya ini maanfaat untuk anda pula.

Ok first , nak mula perniagaan nie surelah kena ada “minat” yang mendalamkan selain tu fokus juga satu keutamaan, dan modal tu jatuh tempat seterusnya.

So, pada yang baru berjinak2 dalam bidang masak memasak  dan ingin mulakan perniagaan, mula2 tu cuba jual masakan yang kosnya tak berapa mahal,dengan sebab kewangan yang terhad jangan cuba2 nak try resipi yang pelik2 walaupun kita nampak macam best jer, simpan dulu niat tu or kita try testing untuk masakan sendiri dulu.

Bila dah stabil sikit ..mula lerrrr try resepi2 yang dulu takut nak cuba..oppss sebelum tu kalau di tempat kija kita ada buat style main kutu utk mangkuk2 pyrex/ vision/cornell (cth jer ) …..masa tu ler ambil kesempatan beli..maklum ler bayar ansur2 kan…oven pun beli yang murah dulu …yg bulat tu…tapi tak boleh kawal kepanasan sebab murah kan…apa2 pun tengok atas kemampuan ler.

Promosi…

Boleh mulakan promosi dengan buat dulu kepada anak2 kita ke sekolah, dari situ kekawan dan cikgu2 sekolah salah satu faktor juga menyumbang kepada promosi or tempat kerja kita suami atau sapa2 jerlahh..mula2 memang takut /risau tak jadi ker apa..

tapi yakin slow2 cuba bergerak…saat paling tension…time kita buat cincai..elok jer menjadinya.,…time kita buat beriyer2…kdg2 kek bantat lah…keras lah…itu semua cabaran lah kan..Semua tu pengalaman…takkan selamanya kita akan gagal jer kan… tahap keyakinan akan terus bertambahtinggi…bila mendapat feedback dari para customer yang memberangsangkan……….Alhamdulillah.

Boleh juga buatkan sebarang majlis makan2 kat situ jer dah jadi promosi free…Selain tu, kalau ada kekawan buat kenduri kecil2an kan… buat lah sedikit buah tangan utk mereka…jadi secara tak langsung, terpromosi sendiri melalui mulut ke mulut…Yang penting kualiti dan rasa dia…kalau sedap…mmg akan jadi buah mulut orang..

Kalau diamanahkan oleh sebuah keluarga untuk menyediakan hidangan untuk majlis kawin (utk sedara mara sehari dua sebelum majlis, biasa kan ada majlis nikahlah, bertunanglah)..cuba2lah…bila tetamu makan, mereka siap tanya, ambil katering mana ni…nak tempah..secara automatik…dari dapat order sikit demi sikit..jadilah untuk kepuasan diri bagi yang suka memasak tadi.

[Keterangan lanjut Klik Gambar]

Cara Membeli Barang Mentah.

Cuba dapatkan serve bahan2 di berapa tempat, sebab banyak pilihan dan pihak yang berkenaan  masing2 berebut utk tarik pelanggan…or sebolehnya kalau kita yang bekesempatan pulang ke kampung cuba tengok harga kat tempat kita, selalunya bandar2 kecil selain bandar KL tu lebih jauh murahnya beli sekali harung bahan2 mentah tu jauh beza juga contoh macam bekas bulat untuk isi biskut ..kedai kat bandar kat  kpg sebiji baru RM1.00, kat Bangi sebiji RM1.60….tu belum lagi bahan2 lain..so, jimat lahkan..

Macam tepung, boleh jer beli kat carrefour, pakai tepung brand carrefour..yang penting kena usaha skit ler, kena rajin2 kan diri, goreng tanpa minyak dulu tepung tu…kemudian klu lagi rajin jemur sekejap dan ayak, baru di gunakan untuk buat biskut, biskut akan tahan lebih lama dan tidak berkulat.Selain tu rasa dia lebih sedap banding guna tepung mentah…

PELANGGAN.

Selain dari tips diatas, yang paling penting customer…first kena pastikan sasaran kita siapa mereka ?..kalau budak2 sekolah , yang kurang berkemampuan kita kena kreatifkan skit…jualan untuk mereka maybe boleh diadjustkan dari bentuk saiz..tapi “rasa” perlu dikekalkan seperti jualan biasa.

boleh kecilkan saiz biskut..contoh almond london untuk orang yang sederhana tak sama dengan size almond london kebiasaan orang jual.

Dengan bajet yang sedikit, boleh buat cookies dan balut cantik2 buat mcm gift…atau buat kek buah kukus (atau kek yang menjadi kegemaran ), then potong slice…jual se slice-slice kek …masuk dalam bekas cantik yg khas utk kek……nak beli sebiji maybe tak mampu atau kewangan terhad kan…boleh jual sepotong2

DEPOSIT

Bagi yang mula2 berbisnes ni, boleh jer ambil deposit 50%…yerlah, kita tak ada modal nak buat pusingan kan…better ambil deposit sikit sebab dengan duit tu, boleh lah beli bahan2 mentahnyakan..sekurang2nya tak perlulah keluar duit dari poket kita sendiri…Jadi tak perit sangat, bila sudah stabil boleh minta sedikit bagi pelanggan baru, bagi regular, kita buat dulu then masa serah baru bayar…ikutlah atur cara budi plak ok.

Oklah ini serba sedikit tips yang dikongsi, basicly …apa2pun yang penting , jangan putus asa, timba dulu ilmu banyak2, belajar masak itu ini…lepas ini…dah boleh start bisness…masa tu gerenti senyum hingga ke telinga..hehehe

Bookmark and Share

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.