Untuk Panduan Dan Tips Masakan/Di Dapur :-
Sekiranya anda mahu puding karamel (puding gula hangus) yang anda buat
menjadi lebih licin dan cantik, gunakan susu pekat manis F&N.
Jangan buang lebihan sambal belacan atau sambal tumis yang tidak habis.
Simpan di dalam peti sejuk dan boleh digunakan semula dalam tumisan anda
dalam banyak jenis masakan seperti kuew teow goreng, mee goreng, nasi
goreng dan sebagainya.
Kalau anda mahu stok ikan yang anda beli di pasar sentiasa segar dan
tahan lama, terus menyimpanya di dalam ruangan sejukbeku tanpa
menyiangnya terlebih dahulu.
Untuk mendapat doh roti yang naik dengan sempurna, rehatkan doh
tersebut di bawah tuala lembab dan letakannya di atas peti sejuk.
Lain tangan lain jadinya, walaupun resepi yang sama. Sebenarnya setiap
kali menumis sambal atau kari, pastikan anda menumis sehingga naik minyak
dan harum baunya kerana masakan yang berbau enak pasti enak rasanya.
Sekiranya anda membuat kek, pastikan dulang pembakar di sapu mentega
terlebih dahulu sebelum diletakkan kertas minyak di atasnya.
Kalau anda mahu biskut coklat chip yang anda buat lebih enak dari
famous amos, tukarkan penggunaan serbuk koko kepada serbuk milo dan
gunakan hanya kacang pecan.
Puding roti yang enak dan gebu bukan di buat menggunakan roti biasa
tetapi roti crossaint.
Untuk menghasilkan dadih susu yang asli, hanya gunakan susu segar
sahaja dan campurkan satu cawan gula dan satu cawan ‘coffee mate’ untuk
setiap paket dadih segera (termasuk gula yang disertakan di dalam paket itu).
Membeli dengan lebih bijak. Mayonis yang enak dengan harga yang jauh
lebih rendah adalah jenama Kimball.
Anda tidak akan tersilap, bila membeli yogurt jenama Dutch Lady kerana
anda tidak ingin mencuba jenama lain kerana yogurt jenama Dutch Lady
memang menyelerakan.
Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk
telur dan mentega.
Siapkan loyang – dialas dengan kertas roti, sapukan dengan nipis dan rata
dengan marjerin. Taburkan dengan tepung gandum.
Kacau mentega dan gula terlebih dahulu dengan mixer padakadar sederhana
hingga gula lembut dalam bekas kering dan bebas lemak.
Tambahkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil mengacau selama 3-4
minit untuk setiap butir telur.
Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat, sekitar 3-4
peringkat agar adunan tidak turun kerana berat tepung.Kacau adunan dengan gerakan searah dan ringan, dari bawah ke atas sehingga udara masuk ke dalam adunan agar kek mempunyai tekstur yang
cantik.
Panaskan oven 5 minit sebelum memasukkan kek.Bakar kek dalam oven yang sudah dipanaskan sehingga masak.
Hias kek agar nampak lebih menarik dan menyelerakan. Manfaatkan kacang-
kacang seperti almond dan sebagainya. Sebelum menghias, sejukkan kek
terlebih dahulu hingga suhunya sama dengan suhu bilik. Potong kek mengikut selera anda.
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber
Di mana Jua Berada..KLIK SINI !
Memang Misteri Lagi Ajaib !
DISINI





Posted in 




