Tip2 Frosting / Topping Kek
Tip2 Frosting/Topping Kek
TIPS FROSTING/TOPPING UNTUK KEK.
Carrot cake, sesuai hiasan dengan CREAM CHEESE. FRESH CREAM.ni sesuai untuk hiasan fruit flan, blueberry, black forest, mousse, fresh fruit cake dan yang seangkatan dengannya.
kalau kek yang berat macam butter cake, coklat cake, carrot cake, kek pisang, tak sesuai guna FRESH CREAM.
kalau BUTTER CREAM pulak, tak sesuai digandingkan dengan black cherry, blueberry atau buah-buahan.
BUTTER CREAM yang biasa buat besday kek tu. biasa kek BUTTER CREAM murah. yang kecik boleh dapat dalam RM10.
FRESH CREAM guna untuk buat continental cake macam black forest, blueberry, kiwi, fruit flan dsb.
BUTTER CREAM sesuai untuk buat decoration kek yang berat atau yang ringan. tapi FRESH CREAM sesuai untuk kek yang ringan & gebu.
kalau guna BUTTER CREAM, tak boleh digandingkan dengan blueberry filling atau sebarang buah. tak sesuai langsung. tetapi sebaliknya kalau guna FRESH CREAM yang mana boleh dihias dengan kiwi, mango mousse, strawberry, peach dsb.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
FRESH CREAM/WHIPPING CREAM
Sesuai untuk kek sponge. Hiasan menggunakan fresh cream adalah untuk continental cake. Combination yang sesuai, blueberry filling, mousse, hot fill (kiwi, chocolate, raspberry, mango, black cherry, pitted cherry, peach, pelbagai jenis buah-buahan, etc.). Contoh kek; Black Forest, Blueberry Cake, Mousse Cake, Cheese Cake, Fruit Flan, etc.
BUTTER CREAM
Sesuai untuk pelbagai jenis kek jenis rich atau sponge. Tidak sesuai langsung dikombinasikan dengan pelbagai jenis buah-buahan dan juga filling. Combination yang sesuai adalah chocolate & piping jelly. Contoh kek; Butter Cake & Sponge Cake.
CREAM CHEESE
Sesuai untuk topping Carrot Cake ,Chocolate Cake, Velvet cake, Any cupcake & Cheese Cake.
FRUIT FLAN
Gunakan fresh cream. Hiasan yang sesuai adalah buah-buahan jenis lembut seperti peach, kiwi, mango, grape, strawberry. Gandingan yang sesuai untuk hiasan dikeliling kek adalah hiasan coklat, croquant, cornflakes & kepingan badam bakar. Chocolate rice sama sekali tidak sesuai.
*Hasil Rujukan saya dari forum cari.com…mohom kemaafan sekiranya ada sebarang kesilapan dari posting di atas.












