Himpunan Kek Buah V2

KEK BUAH REBUS
Bahan bahan nye:
375 gm mixfruit =1/2 biji
125 gm majerin
1 cawan gula halus
1 cawan air sejuk
1 sudu teh bahan rempah (saya tak letak. takdo stok. huhu.)
1 sudu teh bicarbonate soda
1 sudu teh baking powder
2 cawan tepong gandom
2 biji telur(pukul sket)
Cara-cara
- – butter cup + gula + buah2an campuran + soda bikarbonat dan air direbus, dan biarkan sejuk lebih kurang suam2 kuku.
- -pukul telur agak2 kuning telur pecah, masuk kan ke dalam bahan2 yg direbus tadi.
- – masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit sehingga sebati.
- – masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam dgn suhu lebih kurang 180cc.
Dan boleh dinikmati seisi keluarga.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

KEK BUAH MUDAH
Bahanya
500 grm buah campuran
1 1/2 cawan gula icing
2 cawan air
120 grm mentega
caranya
masukan 1 cawan air + buah campuran + gula – masak hingga gula hancur
angkat masukkan mentega. kacau rata – masukkan 1 cawan air biasa lagi -
kacau
sejukkan semalaman.
Adunan tepung
4 cawan tepung naik sendiri
2sudu teh rempah campuran
-aduanan tepung diayak bersamakeluarkan aduanan buah yang disimpan
semalaman. masukkan tepung dalam adunan buah campuran dan kacau
sebati – bakar selama 1 jam 30minit.
note : tak guna pun rempah campuran sebab tak ada kat umah pun
kek nie tahan lama ,simpan dlm petiais bungkus dlm aluminium foil tau
………………………………………………..
KEK BUAH MUDAH Kak Nur (Resepinet)
1 1/2 CAWAN GULA
1 CAWAN AIR SEJUK
2 BIJI TELUR
250 GM MENTEGA
2 CAWAN MIX FRUIT
2 SUDU KECIL BICARBONATE
1 SUDU KECIL CREAM OF TARTAR (maisya tak letak)
SEDIKIT GARAM
CARANYA:
1. AYAK TEPUNG DAN AMBIL SEGENGGAM DAN GAUL BERSAMA BUAH DAN LETAK TEPI.
2. AMBIL 3 SUDU GULA (DARI 1 1/2 CAWAN TU) DAN BAKAR DALAM PERIUK UNTUK JADIKAN
GULA HANGUS DAN MASUKKAN AIR DAN KACAU.
3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN SEPERTI MENTEGA, GULA, GARAM DAN MIX FRUIT KE DALAM PERIUK TU. BILA GULA DAN MENTEGA DAH CAIR, MASUKAN BICABONATE DAN CREAM OF TARTAR. KACAU-KACAU SEBAB IA AKAN MERUAP BILA KITA MASUKKAN BICABONATE TU. SUPAYA ADUNAN TAK KELUAR DARI PERIUK…GUNA PERIUK YANG TINGGI LEBIH KURANG 7 INCI.
4. KEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN SEBENTAR (AGAK-AGAK 10-15 MINIT).
5. MASUKKAN TEPUNG DAN KACAU SEBATI. PECAHKAN TELUR DALAM MANGKUK DAN KACAU-
KACAU (TAK PAYAH PUKUL SAMPAI NAIK) DAN MASUKKAN KE DALAM ADUNAN DAN KACAU
HINGGA SEBATI. KALAU ADUNAN LEMBIK SANGAT TAMBAH TEPUNG DAN KALAU TERKERAS TAMBAH AIR. ADUNAN NI TAK BOLEH CAIR….KALAU CAIR NANTI BUAH MENDAP KE BAWAH…PANDAI-PANDAI AGAK LA YE…
6. PANASKAN OVEN DULU DALAM 170 F . MASUKKAN ADUNAN DALAM ACUAN YANG DISAPU NGAN BUTTER DAN TABURKAN SEDIKIT TEPUNG DAN BAKARLAH SEHINGGA MASAK (LEBIH KURANG 1 JAM)
NOTA: KEK BUAH NI KENA BIAR 1 HARI BARU SEDAP DIMAKAN
…………………………………………….

KEK BUAH MAKCHIK SIAH
Bahan-bahannya:
4 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 cawan margerin
2 cawan air biasa
3/4 cawan buah-buahan campuran
2 sudu teh soda bikarbonat
Cara membuatnya:
1. Masukkan gula, margerin, air dan buah-buahan campuran ke dalam periuk. Biar hingga mendidih selama 2 minit dan warna bertukar agak keperangan. Kacau sebati. Sejukkan.
3. Pukul telur sehingga kembang (berbuih). masukkan bahan rebusan ke dalam telur. Gaul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul dengan senduk. Gaul sebati.
4. Panaskan oven dengan api bawah pada suhu 190 darjah celsius. Lengserkan loyang berukuran 8 inci X 8 inci dan alas dengan kertas minyak. (atau apa-apa kertas putih yang agak tebal)
5. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar kek dengan api bawah sehingga kek naik (lebih kurang 20 minit bergantung jenis oven)
6. Tukarkan kepada setting api atas dan bawah dan bakar lagi hingga kek masak sepenuhnya.
*** boleh cuba separuh adunan menggunakan loyang 4 inci X 8 inci…
Kek buah ni bukan sahaja sedap tetapi juga lembab dan gebu… Simpan kek dalam bekas bertutup di tempat sejuk dan kering untuk tahan lebih lama.

Kek Buah Sedap
Bahan:
380g susu pekat manis*
400gm mixed fruits*
250gm butter*
1 cwn air*
2 biji kuning telur
3 cwn tepung gandum (+-380gm)
1 sk baking soda (+-5g)
1/2 cwn orange juice – dari 2/3 biji orange (1 biji oren, measure for 1/2 cup)
Cara:
1. masukkan bahan * dalam peiuk, masak atas api sederhana,sambil dikacau. hingga butter & susu larut. alihkan.sejuk dalam fridge 3-4jam (wani chill for 2 jam lebih je). campurkan dengan telur kuning. kacau serata
2. ayak tepung dgn baking soda. masukkan sedikit2 dalam (1). masukkan orange juice. kacau serata mengunakan spatula.
3. panaskan oven 170degC. alas dan grease 8×8″ pan. bakar lebih kurang 1jam. jgn overcook. nanti kering. lagi lama simpan lagi sedap

KEK BUAH SEDAP
Bahan A:
250 gm butter
150 gm gula perang [browm sugar]
3 biji telur
1 s/teh esen vanila
5 s/b madu
Bahan B [ayak]
225 gm tepung superfine
5 s/b susu tepung
1 s/teh baking powder
1 s/teh soda bikarbonat
1 s/k serbuk kayu manis
Bahan C [rendamkan selama 3 atau 4 jam]
100 g buah prune [cincang]
200 gm buah campur
1 cawan oren juice
hiasan – hirisan badam tau badam cincang
Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.
3. Masukkan bahan yg diayak [bahan B] dan buah campur [bahan C] berselang seli.
4. Masukkan madu dan kacau rata.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak atau loyang aluminium pakai buang bentuk 4segi. 6. Taburkan bahan hiasan.
7. Bakar adunan kek dalam oven yg telah dipanaskan 180′C selama 1 jam.
8. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan.








