Kawasan Pemeliharaan Kambing

CARA PEMELIHARAAN

Pemilihan Kawasan

Pemilihan

kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:-

* Mempunyaitempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan
pemecah angin.

* Kawasan
tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang
baik.

* Jauh dari
jalan raya yang sibuk.

Pengurusan

Di antara sistem pengurusan pemeliharaan kambing adalah:

Berkurung (intensif)

Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut.
Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.

Separuh Berkurung (Semi-intensif)

Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk,
ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit
boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.

Sistem Ragut Lepas l

Sistem Ragut Lepas lepas ini boleh dijalankan jika terdapat kawasan ragutan yang luas.
Kambing-kambing ini tidak disimpan di dalam kandang tetapi dibiarkan meragut
sepanjang masa. Walaupun menternak cara begini tidak memakan belanja yang
banyak untuk membuat kandang dan sebagainya, ianya tidak digalakkan. Ini
adalah kerana kambing ini boleh merayau dan merosakkan tanaman jiran. Di
samping itu juga, pengawasan terhadap ternakan juga adalah rumit kerana tuan
empunya tidak dapat melihat ternakannya setiap masa.

RINGKASAN

Kawasan yang dipilih untuk pemeliharaan kambing mestilah strategik iaitu redup (banyak
pokok-pokok besar), di kawasan yang tinggi, jauh dari jalanraya yang sibuk dan
sebagainya. Terdapat 3 cara pengurusan dalam pemeliharaan kambing iaitu sistem
berkurung, separuh berkurung dan ragut lepas.?

Bookmark and Share
Homemade Kek MIDNITE BAKER? Sedia Menerima Tempahan untuk Lokasi PERAI dan TAIPING KLIK SINI
Rahsia Pelaris Perniagaan Dengan Pakej Iklan KLIK SINI
Anda Masih Belum Hamil? Ketahui Jawapannya KLIK SINI
Beli Online Ikan Wadi, Ikan Kering dan Gula Stevia ?
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber  

Di mana Jua Berada..KLIK SINI
Cara Menghilangkan Keputihan Yang Berkesan KLIK SINI
"Serik Dah Dan Berpuluh Tahun Berubat Gangguan Misteri, Tetap Menghantui"...
Memang Misteri Lagi Ajaib !
Rahsia Hebat Bongkar DISINI 

Teori Hebat Keajaiban Alkiram.Net

Info Kambing Pemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu (7,000 - 6,000 s.m.) Kemungkinan...
Cara Bina Kandang Kambing Hari ni kita beralih pula Info Tani & Ternak ..ini  adalah permintaan bagi mereka yang ingin mengusahakan...
Info Ternakan Kambing PANDUAN PENTERNAKAN KAMBING PENDAHULUAN Pemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu...
Pokok Herba,Ulaman Hias Laman Rumah bandar boleh mempunyai taman kebun jika pandai reka bentuk landskap MENGHIAS taman bukan bermaksud...
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.
[Valid RSS]
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.