Archive for September, 2008

Kawasan Pemeliharaan Kambing

Written by sofieyya on Sep 30th, 2008 | Filed under: INFO

CARA
PEMELIHARAAN

5.1
Pemilihan Kawasan

Pemilihan
kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang
dipilih sepatutnya:-

  • Mempunyai
    tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan
    pemecah angin.

  • Kawasan
    tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang
    baik.

  • Jauh dari
    jalan raya yang sibuk.

5.2 Sistem
Pengurusan

Di antara
sistem pengurusan pemeliharaan kambing adalah:

5.2.1 Sistem
Berkurung (intensif)

Sistem ini
memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut.
Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu
konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini
diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau
untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi
kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan
jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih
dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan
dan pengesanan penyakit.

5.2.2 Sistem
Separuh Berkurung (Semi-intensif)

Pemeliharaan
kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari
dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di
mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk,
ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih
baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan
mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit
boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang
hari.

5.2.3 Sistem
Ragut Lepas

Sistem ragut
lepas ini boleh dijalankan jika terdapat kawasan ragutan yang luas.
Kambing-kambing ini tidak disimpan di dalam kandang tetapi dibiarkan meragut
sepanjang masa. Walaupun menternak cara begini tidak memakan belanja yang
banyak untuk membuat kandang dan sebagainya, ianya tidak digalakkan. Ini
adalah kerana kambing ini boleh merayau dan merosakkan tanaman jiran. Di
samping itu juga, pengawasan terhadap ternakan juga adalah rumit kerana tuan
empunya tidak dapat melihat ternakannya setiap masa.

RINGKASAN 5

Kawasan yang
dipilih untuk pemeliharaan kambing mestilah strategik iaitu redup (banyak
pokok-pokok besar), di kawasan yang tinggi, jauh dari jalanraya yang sibuk dan
sebagainya. Terdapat 3 cara pengurusan dalam pemeliharaan kambing iaitu sistem
berkurung, separuh berkurung dan ragut lepas.

Bookmark and Share

Tanda dan Kawalan Penyakit Ternakan Kambing

Written by sofieyya on Sep 30th, 2008 | Filed under:

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Bagi seseorang yang baru memulakan pemeliharaan kambing, penentuan penyakit tertentu adalah sangat sukar. Mengenal pasti kambing sakit atau sihat adalah lebih penting.

Pada amnya keadaan ini bolehlah dibezakan seperti panduan di bawah:

Kambing Sakit

Kambing Sihat

monyok dan kelihatan tidak bermaya kelihatan segak dan cergas
tidak mahu makan berselera makan
mengasingkan diri sentiasa berada dalam kumpulan
membuat bising
tahi tidak bulat tahi keras dan bulat
bulu kering dan meremang kulit licin dan bulu berkilat
kurus kering tidak kurus

Penyakit dan gejala-gejala yang biasa ditemui dalam pemeliharaan kambing adalah:

11.1 Penyakit Puru (Contagious Ecthyma)

Penyakit puru adalah disebabkan oleh sejenis virus. Ia biasanya menyerang anak-anak kambing yang masih menyusu dan mengakibatkan anak-anak kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan.

*          Terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut, mulut, gusi dan juga bibir.

*          Apabila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah.

*          Selain dari bahagian mulut terdapat juga di bahagian kaki terutama di celah-celah antara jari.

Pencegahan

*          Memberi ubat pelali (vaksin) semasa berumur di antara 3 minggu – 1 bulan dan sekali lagi 3 atau 4 bulan selepas suntikan pelali pertama. (Vaksin boleh diperolehi dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan).

*          Mengasingkan anak-anak kambing yang sudah kena penyakit untuk menjauhi jangkitan dari gelembung yang telah pecah.

Ubat

Membersih dan mengubat luka-luka akibat dari gelembung yang pecah dengan menggunakan iodine atau ‘gentian violet’ (ubat biru).

11.2 Kembung (tympany)

Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas (angin) di dalam perut. Keadaan ini adalah disebabkan oleh bahan-bahan yang banyak mengandungi bahan nitrogen seperti kekacang.

Tanda-tanda

i.   Mengeluarkan air liur
ii.  Perut buncit terutama di sebelah kiri
iii. Bunyi dentuman yang kuat apabila diketuk
iv. Pernafasan yang susah
v.  Keadaan gelisah, bising, mengembik dan kerap buang air kecil.

Pencegahan

*          Membetulkan pengurusan seperti mengurangkan memberi kekacang dan bahan-bahan yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi.

*          Memelihara padang ragut supaya tidak lebih dari 50% kekacang.

Rawatan

i. Memberi makan minyak kacang
ii. Minyak sayur/minyak jagung

11.3 Penyakit Paru-paru/Selsema/Sejuk (Pneumonia)

Batuk basah adalah tanda-tanda awal penyakit ini. Disebabkan serangan bakteria yang menyerang kambing, ketika ia berada dalam keadaan tenat seperti kesejukan, perudaraan yang kurang baik dan kesesakan dadanya.

Tanda-tanda

*          Kelihatan moyok dan mengasingkan diri
*          Lemah dan tidak terdaya
*          Menjadi kurus
*          Pernafasan cepat
*          Kadangkala terbunyi batuk dan terdapat bendalir yang keluar dari hidung seperti hingus.

Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kematian.

Pencegahan

i.   Asingkan supaya tidak berjangkit
ii.  Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembab
iii. Elakkan ia berhujan.

Rawatan

*          Ditempatkan ditempat yang kering dan bersih
*          Laporkan kepada Pegawai Perkhidmatan Haiwan yang terdeat untuk mendapatkan rawatan.

11.4 Cirit-birit (Diarrhoea)

Cirit-birit ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

i.  Cacing
ii.  Protozoa (koksidia)
iii. Kuman
iv. Salah makan.

Tanda-tanda

i.  Tahi adalah cair dan tidak berbentuk bulat seperti biasa.
ii.  Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor.
iii. Kambing akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri.
iv. Kadangkala najis berbau busuk.

Pencegahan

*          Memberi ubat cacing untuk mengurangkan beban cacing.

*          Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan tidak dijangkiti kuman merbahaya.

*          Memberi makanan yang betul. Jika hendak menukar makanan hendaklah dibuat secara beransur-ansur.

Rawatan

*          Memberi banyak air terutama yang mengandungi glukos (gula).

*          Memberi ubat yang boleh mengurangkan berak sepeerti ‘kaolin’ yang boleh mengalas kulit perut.

*          Ubat pembunuh kuman ataupun cacing.

11.5 Kurang Darah (Anaemia)

Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah didapati kurang daripada biasa.

Tanda-tanda

*          Muka pucat – bibir, gusi dan lidah yang pucat, lapisan dalam kelopak mata juga keputihan
*          Lemah
*          bulu meremang
*          Badan kurus

Rawatan dan Pencegahan

i.  Memberi makanan yang cukup dan berzat
ii.  Menambahkan zat besi
iii. Memberikan vitamin untuk selera makan
iv. Ubat cacing
v.  Pembasmian kutu.

11.6 Kancing Gigi

Penyakit ini adalah disebabkan oleh racun sejenis kuman yang boleh merosakkan saraf. Ini biasa terjadi apabila terdapat luka-luka kecil badan/kulit ternakan itu. Kemungkinan termasuk kotoran di mana kuman ini dapat membiak. Kuman inilah yang mengeluarkan racun kelak.

Tanda-tanda

*          Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tidak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras.

*          Mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepala biasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang.

*          Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang.

Pencegahan

i.  Suntikan toxoid semasa 3 bulan.
ii. Mengubat luka-luka terutama ‘puncture wound’.

Ubatan

i. Tetanus antitoxin dan toxoid
ii. Ubat pelali.

11.7 Luka-luka

Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat.

Apabila berlaku luka-luka, rawatan segera hendaklah dibuat.

Rawatan

*          Bahagian sekeliling kudis dicukur dan dicuci bersih dengan ubat kuning (iodine) supaya tiada terdapat kekotoran dan habuk.

*          Sapukan ubat ‘lorexane’ pada luka.

*          Semburkan ubat penjauh lalat seperti ‘gusanex’ ataupun ‘negasunt’.

11.8 Kurap

Kurap boleh terjadi disebabkan oleh kulat atau ektoparasit (mange).

Tanda-tanda

Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh dan kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gagal dan kerosakan akar rambut.

Rawatan

Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapu dengan iodine sementara kurap yang disebabkan oleh ‘mange’ pula dikehendaki untuk dirawat dengan ubat serangga seperti 1% larutan malathion yang membunuh parasit dewasa. Rawatan hendaklah diulangi tiap-tiap 10 – 14 hari selama 3 kali.

11.9 Buruk Kuku

Keadaan tempat yang lembab membawa penyakit ini. Ia disebabkan serangan bakteria pada kuku.

Tanda-tanda

i. Kambing kelihatan tempang
ii. Celah tapak kaki diperantaraan kukunya bengkak dan berbau
busuk.

Rawatan

Kuku yang buruk dipotong dan kaki dibasuh bersih. Kuku tersebut direndam di dalam 5% formalin atau 10% Kuprum Sulfat (CuSO4) sekali sehari selama 3 hari.

RINGKASAN 4

Kawalan penyakit perlu diutamakan dalam kumpulan ternakan yang besar jumlahnya. Kematian ternakan dalam kumpulan yang besar membawa keruhian yang ketara. Penyakit boleh dikawal dengan memastikan kebersihan kandang dan persekitaran dan juga membuat pelalian terhadap ternakan.

Bookmark and Share

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.