VARIASI ANEKA CUCUR..EDISI RAMADHAN KAREEM…
Petua / Tips Cucur @ Jempu-Jemput :-
Petua Untuk mendapatkan cucur @ Jemput2 yg lembut,
Boleh guna air suam dalam bancuhan tepung tu,dan tambah telur sebijik.
Cengkodok rangup di luar lembut didalam
Gaul kesemua bahan2 asas membuat cucur , kemudian boleh curah air panas..
air mesti cukup panas…biar air yang baru menggelegak.. pas tu gaul.. agak2
sehingga kita boleh bulat2 kan macam nak buat kuih buah melaka. jgn terlalu
lembik. petuanya celup tgn dlam air supaya tak melekat semasa membulatkan
cekodok…
Boleh juga masukkan air suam saja, tak perlu air panas mendidih..ini supaya
cucur tidak terlalu serap minyak.Jemput2 akan serap minyak kalau dalam
bancuhan (batter ada soda bikarbonat). Kemudian goreng sampai timbul.. cicah
sambal belacan, sos atau tumis …
Boleh juga di kombinasikan dengan memasuk semua bahan, sama ada air panas,
sedikit minyak panas, baking /soda , telur etc…kira ikut citarasa
andalah..mana yg rasa sesuai…
and one more thing kita realize, cara menggoreng cucur , jemput2 antarapoint penting untuk dapatkan cucur udang yang crispy…antaranya…guna senduk bulat biasa…panaskan senduk didalam minyak gorengan dahulu,letak sket je minyak panas dalam senduk tu, masukkan adunan cucur,tenggekkan udang, then goreng dlm minyak panas sambil dilenggang2kan sket
senduk tu..tunggu cucur tanggal dari senduk dengan sendiri..InsyaAllah anda akan dapatkan cucur yang ranggup macam biasa jual di pasar malam/kedai makan..
Boleh juga guna petua ni..
Untuk CUCUR BAWANG ..boleh masukkan 2 sudu besar butter..tak perlu telur..fungsi butter sama dengan telur ayam untuk kasi lembut adunan.
If buat cekodok pisang boleh letak 1 biji telur ayam,still lembut hingga ke petang.
Untuk merangupkan cucur udang
Jika puan ingin merangup dan menambah selera cucur udang, caranya ialah masukkan empat sudu besar minyak masak untuk satu kilo tepung gandum. Ketika masak jangan kuatkan api biar sederhana dan untuk melembutkan rasa di dalamnya masukkan serbuk penaik satu sudu teh kecil dan biarkan lima minit.
# Tips di atas hasil forum..semoga manfaat untuk anda..
Resepi Aneka Cucur @ Jemput-Jemput.
CUCUR UDANG..By Noormasri
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
250 g udang kasar
30 sen tauge
40 sen daun kucai (dipotong)
3 cawan air
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
MSG secoet jika suka
minyak utk menggoreng
Cara membuat:
Bersihkan tauge, daun kucai dan udang.
Campurkan tepung dgn tauge, kucai, serbuk kunyit dan garam
Kemudian bancuh dgn air sehingga sebati
Panaskan minyak dlm kuali
Sendukkan adunan bubuh sekor udang di atasnya dan goreng hingga masak.
*Kak Noor tak suka wat cucur udang buh bahan penaik (nak kasi gelembung) sbb
nanti makan minyak…
Cucur Bawang / Bilis.
tepung gandum
bawang merah tumbuk kasar
bilis tumbuk kasar
daun sup atau saderi
cili boh sikit kasi kaler skit
garam
Air panas.
Masuk semua bahan kecuali air panas..gaul rata..masuk air panas..gaul perlahan2 sehingga sebati..kena gaul cepat2..supaya tidak berketul.
CUCUR AYAM ALA PAKISTAN (PAKORA AYAM) By Noormasri.
Bahan-bahan:
2 cawan isi ayam dicincang halus
1 labu bawang besar dicincang
2 biji cili hijau dicincang
1/2 inci halia ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu besar perahan lemon
garam secukup rasa
1 cawan tepung gram (besan)
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar daun ketumbar yg dicincang halus
air secukupnya
Minyak utk mengoreng
Cara membuatnya:
Masukkan isi ayam di dlm bekas disertai dgn bawang besar, cili hijau, garam ,air lemon dan halia serta bawang putih. Perap seketika lebih kurang 30 minit.
Didalam bekas lain masukkan tepung gram, tepung beras, minyak masak, daun
ketumbar, garam serta air secukupnya agak2 macam buat cekodok.
Campurkan ayam tadi kedlm adunan tepung, goreng didlm minyak yg banyak
hingga kekuningan.
Hidangkan panas-panas bersama sos.
BOM MANIS BY daun_kesum fNr
1 sudu teh yis @ mauripan
1 cwn tepung gandum
2 sudu gula
3 sudu susu pekat
sedikit garam
sedikit air
minyak utk menggoreng
Cara2 membuatnya
Campurkan yis, gula & susu dengan sedikit air … larutkan
Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung … tambah air lg agak2 cam adunan jemput2
Perap adunan dlm 1-2 jam utk dptkan hasil sarang yg cantikSebelum menggoreng masukkan sedikit garam …Goreng dgn api sederhana
Cucur Udang.zairul.fotopages.com
Ingredients:
2 cups of flour
1 egg
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1/2 tbsp salt
2 tsps tumeric powder ( serbuk kunyit )
or
2 tsps curry powder
or
1 tsp curry powder + I tsp chilli powder
warm water
1 tbsp hot oil
Prawns, washed, peeled and deveined
Chinese chives ( kucai or “nira” in japanese )
A handful of bean sprouts ( taugeh )
1 potato, diced as small as you can
How to make:
1. Mix together flour, baking powder, soda bicarbonate, salt & spices. Add egg and warm water to the dry ingredients and mix well. The consistency of the mixture shouldn’t be too thick; mixture should drop back into the bowl when scooped using a spoon.
2. Add in the chinese chives, bean sprouts and potatoes.
3. Add the hot oil into the mixture, make sure it’s evenly mixed and set aside for 10-20 minutes ( tayah pon takpe kot )
4. Heat a laddle with hot oil for a few minutes, and leave a very small amount of hot oil in the laddle. Using a different spoon, scoop the mixture and put it into the laddle and top it with prawns and then fry.
5. The frying technique: Make sure the oil is hot. Place the laddle into the hot oil and give it a few gently shakes. When the sides start to get slightly browned, use a chopstick and push out the cucur from the laddle. Fry until crispy and brown. Shaking the mixture inside the laddle is what gives the cucur that nice, crispy taste on the outside and soft in the inside. Again, you have to make sure that your oil and the laddle you’re using is hot and well-oiled.
6. Tost the excess oil, and cut into smaller pieces. Serve with chilli sauce.
CUCUR UDANG BERKENTANG BY NOORHANNAH fnR
Bahan2:
Senduk sebagai acuan
udang - jgn kecil sgt
tepung gandum
kentang - di potong dadu kecil2
bawang besar - hiris halus2 (optional)
daun kucai
sedikit serbuk kunyit
telur
air panas
sedikit garam
bawang kecik + udang kering yg di tumbuk
cili padi - (jika suka) di gunting2
*resipi ni tidak menggunakan soda atau baking powder
CARA:
Gaulkan kesemuanya, kecuali udang. Adunan biar agak cair. Masak macam
biasalah, letak udang kat atas tu. Cuma, kalau guna kentang ni, api jgn
besar sgt, sebab nanti kentang tak masak.
Udang tu saja biar dgn kepala2nya… cun sikit. Anak2 kak hannah kalau
jenis2 cekodok ni mesti ada kentang. Sebab senduk kak hannah tu agak besar
sikit, so kak hannah taklah buat penuh senduk tu.. tu psl nampak leper sikit
cucur tu. Kalau senduk tu kecil sikit, tentu cun sikit.
Kalau nak guna udang kecik2 yg dijual siap kopek tu pun boleh gak… masuk
sekali dlm adunan, dan goreng, so, udang dia bukan dia ataslah… tapi
selalu beli udang ni macam berpasir je lah…
Sos:
1. Arwah emak selalu buat camni - dia tak pernah suka cili or tomato sos
dlm botol tu:
Blender semua bahan ini dan masak didihkan:
cili merah
bawang putih
cuka / air limau
garam
gula
2. Ini style org maleh:
Sos cili + air panas = kacau2
3. Cili sos saja - takyah bancuh2
4. sambal kacang macam maklang cakap tu.
SELAMAT MENCUBA
CEKODOK KENTANG + IKAN BILIS BY NORHANNAH fNr
Tepung gandum
kentang - potong dadu - banyak2 lagi syok
ikan bilis kopek (biasa beli yg dah siap… )
bawang besar - hiris halus2 - banyak pun sodap
daun kucai
cili padi gunting2 (optional)
telur
air panas
garam
CARA MEMASAK:
Bancuh dan ramas semua sekali… goreng comei2… kak hannah suka garing2, tapi suami tak suka pulak…
Cekodok ni kalau masak, api biasa je lah, tak payah nak slow2kan cam masak cucur udang tu, kentang dia senang masak. Kalau kak hannah buat, mmg bahan2
dia tu sengaja bubuh banyak2.. mewah gitu… maklumlah makan sendiri…
rumah kak hannah, kalau hari2 minum petang ngan cekodok ni pun laju je… tak muak2… berbanding kuih2 manis lain…
Kuah Kacang Ibu Mertuaku By Mkalang FNR
BAHAN
kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasar
daging yg dipotong kecik2
bwg kecik - ditumbuk
udang kering }
belacan } digoreng tanpa minyak dan kisar@tumbuk pakai lesung..hihihi..
cili kering }
jintan manis }
jintan putih }
ketumbar}
air asam jawa
gula merah/pasir
asam keping
santan
serai - dititik
*kalo tak pedas, masukkan cili kering kisar skit…
Cara sama macam buat kuah kacang.Mesti semua dah tau buat kuah camner kan..
bahan nyer:
cili kering ( potong buang biji rendam kasi lembut ngan air panas) sebaik
nyer rebus cili nie.
cuka , gula , garam.
tepung jagung
cili kering yg dah rebud tu tos air dan jgn ambik biji2 nyer. Buh ler dlm
blender. buh air sikit takat leh blender jgn byk sgt nanti sos cair. buh
cuka gula dan garam. pepandai ler tambah gula kalau cili tu jenis pedas
giler.
blender ler lumat.
pas tu tuang masuk dlm periuk dan didih kan kejap. rasa ler cukup masam
manis nyer kalau tak tambah ler apa2 yg patut. kalau nak tambah kepekatan
sos bancuh sikit tepung jagung ngan air (dlm 1 sudu kecik tepung jagung +1/2
cawan air) dan bubuh dlm cili tu. kacau rata. biar renih seketika.
leh buat byk2 pas tu simpan jer dlm peti sejuk.
KUIH BOM PISANG BY wesite Alaf21…pic by Noormasri
BAHAN2
600 g pisang ranum
1 biji telur
120 ml susu segar/santan
60-70 g gula pasir
210-230 g tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
sed garam
minyak utk menggoreng
Lecek pisang kemudian masukkan telur, susu dan gula. Ayak tepung, soda dan garam ke dalam adunan. Kacau rata. Adunan hendaklah agak keras; jika lembik,
bentuknya tidak akan bulat. Biar adunan selama 2 jam kemudian barulah
dibentukkan bulat dan digoreng di dalam minyak yg panas hingga keemasan.
Toskan minyaknya.
Nota:
Sukatan tepung bergantung pada kelembapan pisang kerana pisang yg terlalu
ranum memerlukan tepung yg lebih.
ROJAK MAMAK BY wesite Alaf21.
Bahan Cucur (Rangup):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi
doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili.
Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa
membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga
keperangan. Hiris sebelum digunakan.
Bahan Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris
Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
Cara membuatnya:
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama
1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata.
Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan
sampingan dan kuah.
…………………………………………………………………………………….
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
























by zainudin othman, on September 2 2008 @ 4:35 am
saya suka cucur udang tapi belum pernah cuba buat sendiri. diluar rangup tapi didalam lembut. saya dan isteri akan cuba beberapa resipi cucur udang yang di paparkan. sos nya pula memang saya suka sos homemade : cili, bawang putih, garam gula cuka ….. sos nya ajer dah buat air liur meleleh…..
sofieyya:
Ok en.zainudin semoga berjaya..dapatkan cucur udang kesukaan family anda..kalau menjadi jgn lupa berkongsi sama yerk…klu tk jd jng marah kt saya plak..hehehe..
by maznah, on September 9 2008 @ 11:38 pm
selalu buat cucur jugak tapi kenapa keras, selapas goreng, walaupun taruh, telur atau bancuh dengan air suam.
by Lala, on October 8 2008 @ 8:50 am
Saya dah cuba resipi cekodok kentang + ikan bilis Hannah, memang best. Oleh kerana di kedai takde daun kucai, daun bawang pun jadi bahan gantian. Mmmm… seluruh ahli keluarga menggemarinya.
Terima Kasih Semua. Kalau ada resipi simple untuk makan malam yang tidak berasaskan nasi, share-share lah..