Cara Menyusun Tempat Duduk Dan Pemakaian Di Majlis Rasmi

Written by sofieyya on Aug 16th, 2008 | Filed under: INFO

Susunan Tempat Duduk

Prinsip-prinsip umum susunan duduk adalah seperti berikut:

1-Susunan tempat duduk hendaklah mengikut Susunan Keutamaan atau Kekananan.

2-Tetamu Kehormat duduk di tengah.Kekananan bermula dari sebelah kanannya kemudian di sebelah kiri,balik ke kanan dan seterusnya.Ini bagi menyusun bilangan ganjil.

3-Bagi bilangan yang genap, kekanan bermula dari sebelah kiri Tetamu Kehormat.

4-Jumlah Dif di atas pentas hendaklah tidak ramai dan jika boleh dihadkan kepada 3,4,5 atau 6 orang saja.Tujuannya ialah untuk memusatkan perhatian kepada Tetamu Kehormat.

5-Tuan Rumah duduk di sebelah kiri Tetamu Kehormat.

6-Isteri duduk di sebelah kiri suami.

7-Di Majlis Jamuan Makan:

Susunan tempat duduk di meja bulat hendaklah penuh dalam satu bulatan.Dalam majlis yang dihadiri oleh Raja-Raja,dua kerusi di meja-meja yang hampir ditiadakan dan ruang itu ditinggalkan kosong.

Wanita tidak duduk dihujung meja khas atau di Raja.

[SUSUNAN TEMPAT DUDUK]

SUSUNAN MEJA BULAT

3 BENTUK AUDITORIUM DUA LAPIS

1 KEKANANAN BAGI BENTUK AUDITORIUM DUA LAPIS [JEMPUTAN SEORANG]

BERSELANG

ISTERI BERSILANG [SELANG MEJA]

ISTERI BERSEBELAHAN [SELANG MEJA]

5 TETAMU KEHORMAT SETARAF DENGAN TUAN RUMAH

6 TETAMU KEHORMAT LEBIH TINGGI DARI TUAN RUMAH

1 BENTUK AUDITORIUM DUA LAPIS[JEMPUTAN DENGAN ISTERI]

SUSUNAN MEJA JAMUAN [MEJA PANJANG DAN MEJA BULAT]

SUSUNAN MEJA JAMUAN [JEMPUTAN SEORANG]

SUSUNAN MEJA JAMUAN JEMPUTAN DENGAN PASANGAN

UKURAN GARPU

UKURAN PISAU

UKURAN SUDU

SUSUNAN PERALATAN

SUSUNAN PISAU,SUDU,GARFU DI MEJA MAKAN CARA BARAT

[MAKAN TENGAHARI ATAU MAKAN MALAM]

KEMASAN DIRI LELAKI

-Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan.

-Elakkan dari corak kekotak yang besar dan tebal.Baju jaluran halus boleh diterima [Single colour pinstripe]

-Jangan memakai baju,seluar dan stokin corak jenis berjalur keseluruhannya.

-Seluar jangan terlalu labuh hingga mencecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan tergantung.Jangan memakai seluar yang ketat [drainpipe]

-Padankan stokin dengan warna seluar ataupun kasut.Elakkan memakai stokin yang longgar [jatuh ke buku lali]

-Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan berpakaian putih/ berpakaian sukan.

-Kasut hendaklah sentiasa bersih dan berkilat.

-Kasut sukat walaupun mahal,tidak ada tempat dalam urusan rasmi.

KEMASAN DIRI WANITA

-Elakkan dari berpakaian berkilau-kilau disiang hari.

-Jangan kelihatan seperti perhiasan pokok krismas.

-Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.

-Penggunaan alat solek tidak keterlaluan.

-Hindarkan daripada memakai anting-anting yang labuh,rantai tangan yang berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan.

-Jangan memakain skirt yang singkat [miniskirts] walaupun mengikut trend.Apabila anda memakai skirt labuh pakai “knee-length” stokin warna kulit dengan coursehoes.

-Warna tudung kepala hendaklah berwarna ceria bukan garang [Pastel Shades]

-Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol [frills] ataupun berbunga besar.

-Pastikan ada harmonis dalam berpakaian.

-Jangan memakai baju tidak berlengan.

-Slippers dan sandal rendah tidak digalakkan ke pejabat.

-Make-up muka hendaklah kelihatan “natural” sahaja.

-Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.

-Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan di tangan yang sama.

PAKAIAN YANG DITEGAH KE PEJABAT

-Kelihatan casual

-Warna garang dan berkilauan

-Mendedahkan aurat dan menjolok mata

-Solekan tebal

-Berstokin belang

-Kasut yang tidak terjaga [kotor / berlapuk]

-Berselipar

-Berkaca hitam [jenis berkilat] ketika dalam pejabat berkasut tanpa stokin.

-Purdah

-Make up keterlaluan.

Sumber:http://smshotcafe.com

**MOHON MAAF KERANA ILUSTRASI TIDAK DPT KELUAR KERANA KAMI KEHILANGAN DATA GAMBAR TERSEBUT.

Bookmark and Share


Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.