Kueh Mueh Malaysia di Mesir

Hari ini rasa nak buat analisis skit pasal kueh mueh yang biasa terdapat di restoren² Malaysia di Mesir,kebiasanya kueh mueh yang paling famous dan top di pasaran kebiasaanya donut,kueh pau dan karipap.

Majoriti pelanggan terdiri daripada pelajar Malaysia di Mesir,harga juga meningkat kalau berbanding
dari tahun² sebelum ini memandangkan kenaikan harga tepung dan minyak masak berganda² di Mesir.

So,kekadang ada sesetengah peniaga terpaksa mencari jalan dan servey di beberapa supermarket agar dapat  bahan mentah dengan harga yang murah daripada kebanyakkan kedai runcit.

Dalam pemerhatian saya di sini,hanya ada beberapa supermarket saja harga yang murah bagi sesetengah barangan keperluan harian seperti minyak,tepung,gula dan sebagainya.Kalau di kedai runcit pasti mahal.Kekadang kat sini pelik juga ada peruncit ni beli kat supermarket bukannya di pasar borong atau pengedar kerana mereka menganggap supermarket adalah “pasar borong”.

Di Supermarket pula untuk dapat harga yang murah mesti kena banyak servey dengan teliti dan pasti ada banyak jenama mungkin mengikut gred atau barang yang rejected.

Back to topik,bukan apa peniaga terpaksa servey untuk dapat harga bahan mentah murah tu agar harga kueh mueh itu tidak lah dijual dengan harga yang mahal…biasalah bila majoritinya adalah student so kena tengok kemampuannya dari segi kewangan..kalau nak jual mahal susah nak habis atau laku bukannya dipihak peniaga ingin mengaut keuntungan mendadak..tapi itulah dipihak pembeli harus sedar juga dengan keadaan sekarang..semakin lama kita hidup ni semakin tinggi kos kehidupan kita…lagipun sekarang duit senang dapat dan cepat pergi.

Imbas kembali berita pada bulan 4 lepas…

Rakyat Mesir merusuh -Tunjuk perasaan bantah kenaikan harga barang

Penunjuk perasaan membaling objek termasuk batu-batu kecil ke arah polis antirusuhan yang berkawal di sebatang jalan di bandar Mahalla, kira-kira 110 kilometer ke utara Kaherah sewaktu bantahan kenaikan harga barang, kelmarin. – Reuters

MAHALLA EL-KOBRA, Mesir – Ribuan rakyat yang marah dengan kenaikan harga barang tetapi tiada kenaikan gaji telah membakar bangunan kerajaan, mencuri di kedai-kedai dan melontar batu ke arah polis di bandar industri ini malam tadi.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan semua penunjuk perasaan.

Kira-kira 150 orang ditahan sementara 80 lagi cedera dalam protes yang diadakan di bandar yang terletak di Delta Nil ini.

Penunjuk perasaan menyerbu majlis perbandaran, memecahkan tingkap dan melarikan komputer serta dokumen lain.

Sekurang-kurangnya dua buah sekolah dibakar dan beberapa buah bank dirosakkan.

Ribuan anggota polis terpaksa dikerahkan mengawal keadaan di jalan-jalan raya di Mahalla, 120 kilometer ke utara Kaherah.

Hampir 100 orang ditahan di seluruh Mesir awal semalam ketika ribuan penduduk tidak pergi bekerja atau bersekolah kerana membantah kenaikan harga makanan dan keadaan kerja yang semakin teruk.

Seruan pertama mogok seluruh negara dibuat oleh pihak pembangkang semalam bagi memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.

Kekacauan yang berlaku dua hari sebelum pilihan raya perbandaran dan wilayah itu dikhuatiri menjejaskan proses pemilihan tersebut.

Mesir yang mendapat sokongan Amerika Syarikat turut memberi amaran kepada penduduk agar tidak menyertai mogok dan demonstrasi kerana ia tidak dibenarkan undang-undang.

– AP

Ok sedikit analisis…insyallah akan bersambung lagi…

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

1 Comment so far »

  1. by Recent URLs tagged Servey - Urlrecorder, on October 12 2008 @ 8:45 pm

     

    [...] Recent public urls tagged “servey” → Kueh Mueh Malaysia di Mesir [...]

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment:

 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*