Sofieyya konfius betoi dengan satu tepung nie..saper2 boleh tolong..apa tu itu “TEPUNG JEMAH”..? Ada yang kata Tepung Beras Pulut..apa bezanya dengan Tepung Pulut Biasa tu…masa tengah surfing ada kt blog ini jer, itu pun masih lagi dalam kekeliruan..sbb tepung yg dimaksudkan tu, tk macam tepung pulut biasa pun yang boleh di buat Onde-Onde @ Buah Melaka, dan tk silap nak buat Onde-Onde @ Tepung Gomok pun guna Tepung Pulut yg sama…Tapinya kalau ini yang dikatakan Tepung Jemah tu..tk menjadi langsung buah Melaka ku, lebih kepada tepung Beras @ Tepung Jawi di sebelah utara…so, gimana tu? tolongggggg.
Ini Pic Tepung Jemah tu..dalam bahasa siam..kalau tk silap kalau kt Malaysia, plastik dan warna yg sama dipanggil Tepung Beras..tp bila tanya tuan jual bukan tepung beras, tp tepung beras pulut..waduhhhh…peningnyaaaaa.
Bahan-bahan
Beberapa helai daun pandan
Air
Tepung beras pulut
Manisan
Kelapa parut
Sedikit garam
Cara-cara
1. Bersihkan beberapa helai daun pandan dan diblend dengan sedikit air. Perahkan.
2. Masukkan tepung beras pulut ke dalam sebuah bekas dan tambahkan air daun pandan sedikit demi sedikit, agar tak berlebih air nanti, sambil digaul dengan menggunakan tangan sehingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan.
3. Jerangkan satu periuk air sehingga mendidih.
4. Racik-racikkan manisan ke bentuk kiub dan saiz yang sesuai, untuk dimasukkan ke dalam onde-onde sebagai inti.
5. Gaul rata kelapa parut dengan sedikit garam, di dalam sebuah besen kecil.
6. Tekan kelapa parut yang sudah digaul garam itu ke dasar besen agar mampat sedikit.
7. Ambil adunan sebesar ibu jari lebih kurang, dan digentel membentuk sebiji bola kecil.
8. Leperkan bola kecil itu dan letakkan kiub manisan di tengah-tengahnya.
9. Tutup manisan dengan menggenggam adunan di tangan dan digentel bulat semula.
10. Masukkan bola onde-onde ke dalam air yang sedang mendidih.
11. Buat sehingga habis.
12. Apabila bebola onde-onde mula timbul ke permukaan air mendidih, sauk dengan penapis, goyang-goyangkan untuk mengetos airnya, dan terus diletakkan di atas mampatan kelapa parut.
13. Gerakkan besen kelapa parut ke depan dan ke belakang agar bebola onde-onde bergolek di dalamnya sehingga onde-onde disalut rata dengan kelapa parut tadi.
14. Siap untuk dihidang.
Kepek Idung
Bahan-bahan
Sama seperti bahan-bahan untuk onde-onde di atas
Cara-cara
1. Kelapa parut, manisan, garam dan daun pandan dimasak bersama-sama, sebentar, sambil mengacaunya. Matikan api dan biarkan di tepi.
2. Ikut cara-cara 1-3 di atas.
3. Ikut cara-cara 7-8, cuma tidak dimasukkan inti manisan setelah dileperkan, sebaliknya ditekan di tengah-tengah leperan itu dengan perut jari telunjuk agar membentuk lekuk.
4. Ikut cara-cara 10-12, cuma setelah disauk diletakkan ke dalam kuali kelapa dan manisan yang telah dimasak tadi.
5. Masak sebentar, sambil dikacau-kacau sehingga bergaul rata. Jangan dibiar hingga kering, kerana kueh ini dihidang dengan salutan yg basah dan sedikit berair.
6. Angkat dan hidang.
Bute Nako
Bahan-bahan
Sama seperti bahan-bahan untuk onde-onde dan kepek idung di atas cuma ditambah sedikit halba.
Cara-cara
1. Ikut cara-cara membuat onde-onde 1-2 di atas.
2. Perahkan santan secukupnya untuk membuat kuah. Tambahkan manisan, garam, halba dan daun pandan. Jerangkan sehingga mendidih.
3. Ikut cara-cara 7-8 onde-onde di atas, cuma adunan dibentuk seperti bentuk biji nangka dan tidak dimasukkan inti manisan ke dalamnya.
4. Seperti cara-cara 10-11, biji nangka dimasukkan ke dalam kuah santan yang sedang dijerang.
5. Seperti cara 12, apabila kesemua biji nangka telah timbul ke permukaan, itu menandakan ia telah siap dimasak dan bolehlah dihidangkan.
Sumber : http://jalanyangkulalui.blogspot.com/…Terima Kasih kepada tuan empunya resepi..sekurang2nya kekusutan nie terungkai ler skit. Kepada yang nak kan resipi kueh tradisional kelantan boleh ke link yg di paparkan.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih


















by sumaiyah ali, on August 12 2008 @ 6:10 pm
tepung jemah ni ialah tepung beras, kalau sebut tepung pulut tu ialah tepung beras pulut. begitulah menurut ibunda saya yang sememangnya orang kelantan original.
ok terima kasih atas info yang telah diberikan dan dikongsikan bersama di http://alkiram.net
by SmsHotCafe, on August 19 2008 @ 2:36 am
anast:Tepung Beras Pulut tu…”GLUTINOUS RICE FLOUR”…barulah pembeli x konfius…hehe..
anast “sofia..kalau tepung beras…suh owner kedai tu tulis dlm bhs inggeris…”RICE FLOUR”.”
anast “salam..yer laa mea..org2 tua memang panggil tepung beras tu..tepung Beras JEMAH..org muder2 lening..maner laa nak faham…huhu..”
mea “salam soffieya. mengenai tpg jemah tu, ia mmg tpg beras (bukan tpg pulut). kalau buat onde2 nagn tpg tu mmg konfem x jd. hehe..”
mea “sbb dulu mak pernah suruh mea g bli tpg jemah ni, mea tnya tpg jemah 2 apa? mak pun ckap laa tu tpg beras. hehe.. org tua dulu2 ckp r trang2. konfius”