Bagaimana nak mencukur rambut dengan baik,cepat,selamat dan licin berkilau. Ni ada sedikit tips dari my hubby yang mencukur rambut anak semua anak2 di yang cukurkan dan potong rambut..kebetulan dia ni pandai gunting rambut..so,anak2 pun berani jerk dan mau saja kalau di suruh gunting rambut..tambahan kalau musim panas cam ni mau dibotak pun tak pe..
Ini adalah pengalaman dan tips yang dapat dikongsikan bersama atau mungkin anda juga mempunyai teknik atau tips yang lebih baik dari ini.
Persediaan:
1-Sebaiknya pakai mesin memotong rambut agar mudah.
2-Menggunakan pencukur yang tidak terlalu tajam
3-Tisu lembab atau diaper
4-Pembuih pencukur atau foam.
5-Sedikit air
Lihat gambar dibawah :
Aturan:
1-Potong rambut dengan menggunakan saiz mata mesin rambut yang berperingkat jika rambut yang panjang dan sekiranya rambut dalam seinci atau 2 inci teruskan menggunakan saiz #1 atau 1/8″ atau tanpa saiz.Mengikut keadaan rambut dan saiz mata mesin.
2-Setelah di mesin keparas tersebut,lakukan proses melumurkan foam di kepala
3-Terus mencukur dengan menggunakan mata pencukur yang dicelup kedalam sedikit air untuk melicinkan perjalanan pencukur.
4-Sapukan baki rambut tersebut dengan tisu lembab atau diaperĀ agar sisa2 baki rambut tidak melekat2 ditempat lain.
5-Sentiasa membuang rambut yang melekat di pencukur dengan mencelup kedalam air atau sapu di tisu lembat tersebut.
6-Ulangi dengan mencukur dan sapu menggunakan tisu lembab sehingga betul2 licin.
Kaedah tersebut juga selamat untuk mencukur bayi atau kanak-kanak atau orang dewasa dengan penyediaan alat-alat tersebut dengan menggunakan dengan tenang agar tiada kesan-kesan luka.Sekiranya mencukur bayi sebaiknya semasa dia tidur dan semasa penyusuan.
Gambar sebagai rujukan.
Gambar Mencukur Rambut Bayi umur 2 Bulan :
Gambar Mencukur Kanak-Kanak Umur 2 Tahun
Selamat mencuba dan semoga selamat.
Salam Isra` Dan Mikraj
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih





















Leave a comment