Di sini saya ingin saya kongsikan beberapa petua untuk memilih atau membeli makanan laut di pasar buat sajian keluarga.
IKAN
- Warna insang yang masih merah, bukan hitam dan lembam.
- Jika ikan bersisik,sisiknya masih penuh dan tidak mudah tanggal
- Tekan pada bahagian perutnya, jika sudah lembik bermakna ikan tidak sudah lama
- Jangan tertipu dengan warna kulit ikan yang kelihatan segar terutama ikan kembung atau ikan cencaru yang peniaga yang tidak bertanggungjwab mengguna air coke untuk tujuan tersebut.
KETAM
- Jentik pada bahagian atas ketam, dengarkan bunyinya sama ada bunyi penuh atau kosong.
- Ketam biru atau ketam renjong lebih sedap daripada ketam harimau.
pilih saiz sedarhana ataupun besar supaya mudah di makan
- Pilih ketam betina. Banyak isi.Ketam betina boleh dilihat bahagian belakang bentuk segitiga.Bahgian dimana telur ketam.Ketam jantan bentuk kon,agak susah untuk dikopek.
- Bau hancing yang kuat menanda ketam tidak fresh lagi
- Tekan sikit bahagian kon/segitiga tu. Kalau lembik bermakna sudah lama.Bila di masak isinya hancur.
SOTONG
- Sotong biasa akan ada 2 warna. Satu kulit berwarna merah, satu kulit belum berwarna merah lagi.Sotong yang masih hidup dalam laut, berwarna jernih, transparent.Boleh nampak segala isi perut,seperti kaca. Ini sotong yang betul-betul segar. Bila sudah mati, isinya menjadi putih, kulit bertukar dot-dot kelabu.Bila sudah lama mati, bertukar menjadi merah.Kualiti sudah kurang. Kalau tanggal kulit bermakna makin tidak segar.
- Pilih sotong saiz sedarhana kerana ia akan kecut apabila di masak.
- Sotong yang sangat lembik beerti sudah lama
- Sotong tirus lebih sedap daripada sotong-sotong lain
UDANG
- Bagi Udang kertas, biru atupun kelabu, pilih udangnya yang kulitnya tidak berkilat kerana, udang yang berkilat adalah udang peliharaan.
- Perhatikan antara udang-udang dalam longgokan tersebut, pada kulitnya yang ketika atau ke empat terkopek sedikit akibat dikeluarkan dari jaring nelayan.Udangkan yang ditangkap laut lepas lembut dan manis rasanya.
- Elakkan daripada membeli udang yang warna kehitaman pada kepala yang wujud garisan hitam di sepanjang badannya kerana ia udang yang sudah lama. Selain nampak mudah kepalanya mudah tanggal.
KERANG
- Masih hidup
- Besarnya sedang dan semuanya hampir sama besar
- Keadaannya bersih
- Kerang tidak terbuka
Ikan gelama bukanlah merupakan ikan yang dikategorikan sedap untuk dimasak. Seperti ikan talang dan duri, gelama mempunyai isi yang tawar. Ia hanya sedap bila dibuat ikan masin. Bagi yang tidak meminati ikan masin,di turunkan petua berkenaan gelama ini. Ikan gelama disiang dan dibelah dari belakangnya. Setelah dibasuh, tabur garam dan biarkan semalaman di dalam peti ais. Selepas itu bolehlah dimasak sama ada digoreng, buat asam pedas dan sebagainya kerana rasa isi ikan sudah berubah. Selamat mencuba.
Boleh juga digunakan cara yang sama pada ikan merah @ kerisi…
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber
Di mana Jua Berada..KLIK SINI !
Memang Misteri Lagi Ajaib !
DISINI





Posted in
Tags: 



