Makanan ibu dalam pantang – Petua orang dulu-dulu

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
Papar profail pengguna Send private message Send e-mail

Bookmark and Share
Homemade Kek MIDNITE BAKER? Sedia Menerima Tempahan untuk Lokasi PERAI dan TAIPING KLIK SINI
Rahsia Pelaris Perniagaan Dengan Pakej Iklan KLIK SINI
Anda Masih Belum Hamil? Ketahui Jawapannya KLIK SINI
Beli Online Ikan Wadi, Ikan Kering dan Gula Stevia ?
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber  

Di mana Jua Berada..KLIK SINI
Cara Menghilangkan Keputihan Yang Berkesan KLIK SINI
"Serik Dah Dan Berpuluh Tahun Berubat Gangguan Misteri, Tetap Menghantui"...
Memang Misteri Lagi Ajaib !
Rahsia Hebat Bongkar DISINI 

Teori Hebat Keajaiban Alkiram.Net

Atasi Masaalah Buang Anak USAH kecil hati atau marah jika doktor atau jururawat bertanya sama ada anda mahu mencuba kaedah...
Punca tidak datang haid Kali ini saya akan cuba memberikan info tentang apabila haid tak datang merujuk kepada pautan sebelum...
Memudahkan proses bersalin kesakitan semasa proses kelahiran terubat apabila bayi selamat dilahirkan. - Gambar hiasan Kesakitan...
Bersalin Ketika Pengsan SOALAN: Saya berusia 37 tahun semasa melahirkan anak keenam. Sepanjang kehamilan, saya tidak mengalami...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.
[Valid RSS]
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.