Dalam dok merayau? terbaca artikel ini jom kita kongsi2 pandangan…
KEBIASAANNYA ibu bapa akan membuka akaun simpanan di bank atau membeli skim insurans untuk kegunaan masa depan anak mereka.
Bagaimanapun, tradisi tersebut mungkin berbeza bagi sebilangan ibu bapa yang memikirkan kehidupan anak mereka kelak.
Mereka kini menggunakan bank dalam bentuk berlainan pula sebagai cara baru demi masa depan anak-anak mereka.
Simpanan yang dimaksudkan itu adalah bank perubatan untuk menyimpan sel stem atau sel tunjang daripada tali pusat bayi dengan harapan ia mampu merawat kemungkinan sebarang penyakit-penting serius yang dialami oleh anak mereka satu hari nanti.
Darah tali pusat ialah darah yang dikumpulkan daripada tali pusat dan plasenta atau uri selepas bayi dilahirkan.
Darah ini kaya dengan sel tunjang, iaitu sel khusus tubuh, unsur darah, saraf dan sel otot.
Sel tunjang telah digunakan sebagai terapi bagi lebih daripada 70 jenis penyakit termasuklah kanser, leukemia, parkinson, alzheimer dan sebagainya.
Menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh CellSafe International (CSI) Sdn. Bhd., ibu bapa berpeluang membeli polisi insurans yang berteknologi tinggi untuk anak-anak mereka.
Menurut Dr Gong Swee Kim dari CSI, dengan menyimpan sel tersebut, ibu bapa melakukan pelaburan demi memastikan lebih banyak pilihan perubatan.
?Andainya bayi-bayi mereka mempunyai penyakit leukemia atau barah pada masa hadapan, anda akan mempunyai sel stem yang sedia digunakan untuk rawatan,?? katanya.
Sel tunjang merupakan sel utama, yang mana mampu berkembang menjadi sel gantian dan para penyelidik percaya ia mampu merawat penyakit dan boleh digunakan untuk memulihkan organ-organ badan yang rosak.
Terdapat dua punca utama untuk sel tunjang iaitu sel tunjang dewasa dan embrionik.
?Sel tunjang dewasa boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak.
?Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).
Sel stem embrionik pula diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik).
Dalam pada itu, terdapat suatu perbahasan moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.
Tambahnya, darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel tunjang hemopoietik (HSC).
Kira-kira 100 milimeter boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak-kanak.
?Sel ini boleh ditemui daripada tali pusat sebaik sahaja ia dipotong dalam prosedur yang memakan masa hanya lima minit serta tidak mendatangkan bahaya ke atas kedua-dua ibu dan bayi.
?Sel itu kemudiannya berpotensi digunakan untuk memulihkan kerosakan pada organ atau tisu, walaupun kanak-kanak itu sudah membesar sebagai seorang dewasa, para doktor percaya tidak akan menyebabkan kesan penolakan dan ia juga dapat digunakan untuk menggunakan sel tersebut untuk merawat adik-beradik dalam keluarga tersebut,?? ujarnya.
Siew Kim memberitahu, sel tunjang disimpan secara sejuk beku di dalam bekas berteknologi tinggi pada suhu yang sangat sejuk, iaitu -196 darjah Celsius.
?Penyimpanan sel tunjang daripada darah tali pusat dapat menyelamatkan bayi anda, dan sel tunjangnya boleh diambil kemudiannya apabila diperlukan untuk rawatan teraputik pada masa kini dan juga masa hadapan,?? katanya.
Selain itu, saudara kandung bayi tersebut juga berkemungkinan dapat berkongsi menggunakan sel tunjang sesama sendiri.
?Ini ialah satu insurans hayat yang berkesan dari segi kos dalam menghadapi penyakit yang tidak dijangka pada seseorang kanak-kanak,?? jelasnya.
Misalnya, sel tunjang darah tali pusat boleh digunakan untuk menggantikan sel darah yang luar biasa atau yang rosak dalam rawatan leukimia, sebagai alternatif kepada pemindahan sumsum tulang.
Tambah Swee Kim, dalam pemindahan sel tunjang, sel tunjang yang telah digunakan ini boleh dipadankan secara genetik dan dengan demikian, dapat mengelakkan risiko wujudnya penolakan semasa pemindahan.
Katanya, proses pengumpulan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tidak juga berisiko kepada bayi ataupun ibunya kerana ia dilakukan hanya pada tali pusat setelah bayi dilahirkan.
Swee Kim berkata, aplikasi masa hadapan dalam teknologi sel tunjang mungkin berkembang positif.
?Penyelidik masih lagi menjalankan penyelidikan tentang sel tunjang bagi mendapatkan jawapan kepada pelbagai bentuk kanser, penyakit jantung, strok, diabetes, distrofi otot, penyakit parkinson dan alzheimer.
?Kini penyelidikan tentang sel tunjang semakin giat dijalankan dan telah terbukti bahawa sel tunjang boleh berkembang menjadi sel paru-paru, hati, otot, saraf, pankreas dan rawan,?? ujarnya.
Dalam jangka masa terdekat ini, pertumbuhan organ daripada sel tunjang mungkin dapat dilakukan.
Oleh itu, teknologi sel tunjang menawarkan kemungkinan yang tiada penghujungnya dalam jagaan kesihatan.
INFO CSI
* CellSafe International (CSI) ialah pakar perkhidmatan biotek berteknologi tinggi yang menyediakan pengawetan kriogenik sel tunjang darah tali pusat yang tidak menimbulkan kontroversi bagi bayi anda yang baru lahir.
* CSI terlibat secara aktif dalam aktiviti yang mendidik bakal ibu bapa tentang kebaikan mneyimpan sel tunjng bayi baru lahir.
* CSI diuruskan oleh sepasukan tenaga profesional yang diketuai oleh doktor perubatan (pakar darah) dan Ahli Sains Penyelidikan Pasca Doktor Falsafah (Imperial College London).
* CSI dibiayai sepenuhnya oleh kumpulan pelabur tempatan dan antarabangsa dan sedang merancang untuk meluaskan aktivitinya ke nagara China dan ASEAN termasuk Indonesia dalam masa terdekat ini.
* CSI dipantau oleh sebuah panel penasihat yang terdiri daripada ahli sains dan pakar perbuatan yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Perkhidmatan CSI
* Semua kakitangan makmalnya adalah berkelayakan dan terlatih secara profesional sebagai ahli teknologi makmal perubatan.
* Menggunakan kelengkapan dan teknologi terkini untuk memastikan bahwa kami dapat mengekalkan khidmat perbankan darah tali pusat yang berkualiti tinggi.
* Menawarkan lebih banyak pilihan produk yang hebat daripada pembekal lain termasuklah pilihan untuk menyimpan sel tunjang dalam pelbagai format.
* Dengan makmal seluas 2000 kaki persegi, CSI menyediakan bilik yang telah disahkan bersih untuk pemprosesan dan satu kawasan simpanan yang cukup lapang.
* Di Kuala Lumpur, CSI terletak di Northpoint Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur. Anda juga boleh menghubungi talian 03-22820890 atau talian pelanggan 24 jam; 1300-88-2355 atau melayari laman web CSI; www.cellsafegroup.com.
Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:
* Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.
* Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.
Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:
* Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.
* Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.
Apa pandangan kalian tentang penyataan tersebut erk..~


















Leave a comment