Written by sofieyya on Jul 31st, 2008 | Filed under:
INFO
Mutakhir ini ramai yang berminat tentang projek penamanan serai erk..kenapa erk~kalau kat mesir ni sekarang ni pun nak dapatkan bekalan serai pun tak susah dah sekarang ni ada kawan yang sewa tanah ngan pak arab tempatan dan tanam serai dan kangkong sejak tahun lepas bagus gak idea dia..serai pun besar2 gak baru ni beli dlm 7RM atau 10genih tahan sebulan gemuk dan segar2 jerk kalau berbanding dengan dulu nak dapatkan serai kat sini punya lah susah kekadang kena kirim kat orang msia yang nak datang sini. Kalau saya dulu sewaktu nak datang mesir pun kena bawa serai dan siap buat yang kering lagi..
Tapi kat msia ni apa yang sempat dibaca heboh tentang serai paha ayam plak..walaupun serai ni ada macam2 jenis gak..dan serai ni leh tersohor gak dalam bidang perubatan tradisional..
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=-bTJFbRmhzM]
Serai Paha Ayam
Written by sofieyya on Jul 30th, 2008 | Filed under:
INFO
Petua 1
Campurkan air limau nipis dgn satu sudu minyak masak . Seblm tido , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dgn air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yg berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dgn air biasa. Insya-Allah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 2
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dgn air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.
Petua 3
Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .
Petua 4
Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendptkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dgn dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dgn sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , blh juga dicampurkan dgn bedak sejuk atau dgn lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia blh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .
Petua 5
Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dgn sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dgn sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yg ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dgn petua lain yg tlh diberikan .