Cara Membuat Jeruk Buah
Jeruk Mangga…Gambar dan sumber dari Blog
- Buah mangga muda dibelah dua atau empat atau enam pun boleh gak.
- Rendam semalaman dalam air kapur (kapur sireh, jangan kapur kasut lak)
- Esoknya, basuh mangga bersih-bersih. Perapkan dengan air garam semalaman pulak. Garam biar banyak ye.
- Esosnya, tapiskan mangga, buang air garam tu. Jangan basuh dah.
- Masak air gula . Biarkan air gula sejuk. Masukkan mangga dalam bekas/balang/ botol, siramkan air gula. biar semalamam. (Air gula tu biar le pekat sikit..)
- Lepas tu rasa lah…sah sedapppp…
Sumber dari Pelawat Website Sofieyya, ismail ismacomy@yahoo.com ..
Kali ini saya nak bagi tips atau kongsi MAKAN MEMPELAM.
Kita biasa makan pelan atau ?buah pauh? bagi orang Kelantan dengan begitu sahaja,terutama pelam siam yang nampak menarik dan mengiurkan,tapi kalau masam tak makan dan dibuang dan menyumpah sipenjual penipu kata manis.Kita mungkin terasa ganjil orang Kedah makan dengan pulut.Mahukah anda mengubah sikit cara makan sptmana saya lakukan,asyik dok makan lagu tu saja,kekadang nak jugak berubah cara.Cara makan orang Kelantan lah katakan? Cara saya mesti memberi kelainan terhadap citarasa mempelam kerana ianya dicampur dengan 11 bahan ramuan yang tidak memudaratkan perut.Anda juga boleh mencuba ramuan ini untuk menguji ketahanan perut anda,ha ha ha.
Caranya adalah: Jeng Jeng Jeng Betul ke Aku ni!! Cara buat tak pakai nombor!!
Mempelam yang sudah masak dibuang kulit seperti biasa,tak kira pelam siam ke,pelam tempatan yang kecik-kecik tu.Tak kira ianya manis atau masam,dihiris semuat mulut,jangan besar sangat,jangan kecil sangat.Masukkan dalam mangkuk sepadan isi mempelam dan tambahlah sepuluh ramuan ke dalam hirisan isi mempelam tadi hanya sedikit saja atau secukup rasa.Anda akan dapati pelam manis bertambah lazat dan yang masam BOLEH dimakan.
11 ramuan itu adalah:
1 ) Sedikit garam,
2) gula
3) cuka,
4) cili bo atau sos cili,
5) tomato sos,
6) perencah keropok,
7) petis atau otak udang.
Sedikit belacan.
9) air jeruk pelam,
10) hirisan manisan dan
11) secubit sodium bicarbonate.
Anda boleh tolak mana-mana bahan yang difikirkan anda tak boleh makan, contoh belacan.Untuk menambahnya saya rasa tidak ada lagi,kerana itu sudah cukup untuk membuat anda terasa ?melayang? masa memakannya.
Dalam mangkuk besar tadi,makan ramai2 seperti orang Al-Arqam makan suatu ketika dulu,guna garfu,atau boleh saja guna mangkuk asing-asing.Kalau tak habis boleh disimpan dalam peti sejuk berhari-hari,kalau mempelam habis,?kuahnya? dari 11 ramuan tadi boleh disimpan beberapa hari dalam peti ais dan menambah isi pelam lagi untuk dimakan lagi..
Selamat mencuba?
Terima Kasih Tuan Ismail, di atas pengkongsian resepi makan mempelam nie..senang2 boleh cuba yer.











Leave a Reply