Aneka Pudding

pudingistana.jpg

Pudding Istana /Pic nuralisha forum wanitamelayu.com
Kiriman: Cikgu Mi (mesra.net)
Sumber: Tukang Masak Istana

Bahan-Bahan:
1 tahil agar-agar strip (37.8gm)
4 cawan air biasa (1 drpnya air cocktail)
1 tin susu cair
6 biji telur gred A(pukul berasing)
2 cawan susu pekat(tambah ikut selera)
Kismis secukupnya
1 sudu teh vanilla
? tin buah cocktail(buah sahaja)
tambahan yang saya buat
buah anggur (hijau & merah - belah dua (seedless)
buah limau oren (ambil isinya)
ceri merah dan hijau

Cara:
1) Agar-agar dibasuh dan rendam selama 1 jam, toskan.
2) Susu pekat, susu cair dan air bersama air buah disatukan.
3) Pukul telur bersama dengan vanila sehingga berbuih sedikit
4) Lapisnya seperti berikut :
Masukkan agar strip jangan dipotong, sehingga memenuhi ruang loyang kemudian masukkan buah buah campuran tadi.
Kemudian tuangkan sedikit bahan bahan yang disatukan tadi sehingga memenutupi agar2 dan buah tadi.
5) Ulangi lapis kedua sama seperti lapisan pertama sehingga habis.
6) Lapisan atas sekali letak buah campuran.
Peringatan:Agar-agar tadi dalam
keadaan panjang(jangan
dipotong)
7) Kukus selama 2 jam. Angkat dan agar agar masih dalam keadaan cair.
8) Sejukkan agar agar dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk
Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan sebagai pencuci mulut pada bila-bila masa.
Tambahan:
Air boleh ditambah atau dikurang mengikut selera kepejalan agar-agar
masing-masing.

…………………………………………………o0o0…………………………

pudinglapisoreo1.jpg

PUDING OREO resepi roylazim /pic khayra forum wanitamelayu.com

1 peket agar? (10gm)
1000 ml susu cair
150gm gula pasir
secubit garam
sedikit pewarna ikut selera masing?
biskut Oreo - buang krim dan hancurkan

Masak agar? dengan susu, gula, garam sampai mendidih. Bahagikan ikut pewarna disukai. masukkan lapisan pertama, taburkan biskut oreo. tunggu keras sedikit, masukkan lapisan seterusnya. Lapisan terakhir tak perlu tabur biskut oreo lagi.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

2 Comments so far »

  1. by izanman (nuralisha), on June 26 2008 @ 6:10 am

     

    sofieya………thanks add pic puding delima istana sha kat sini

    thank Q sha..kongsi bersama2 saya dan pelayar lain..semestinya sha seorng tukang masak yg handal, ada resipi best2 kongsi lagi yerkk..

  2. by cikgu Mi, on September 11 2008 @ 3:26 pm

     

    dgn tidak disangka2 ketika melayari internet tadi ,saya terpandang resepi puding delima istana yg saya sertakan lebih kurang 3 tahun lalu agaknya,bukan apa sebagai guru saya tdk byk masa utk buka komputer ni,so gembira sgt2, tapi lani dok sibuk menyulam kain tudung bawal, resepi tetap resepi, ok bye..

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment:

 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*