Sumber Gambar dr blog Maisya
Dah lama mesin mee tak beroperasi so last week cuba but pasta pulak. Memang dah lama nak try buat pasta sendiri, akhirnya berjaya juga buat. Resepinya simple saja. Maisya buat 3 adunan…suppose utk 3 person tapi banyak jugak dapat, boleh makan utk 4 org.
Spagetti by ( for one person )
Homemade Spagetti
100g tepung gandum( boleh guna tpg high protein atau tepung biasa…maisya guna tepung biasa jer)
1 biji telur(saiz sederhana)
1 sudu besar olive oil/ vegetable oil
1.Campurkan semua bahan. Ratakan telur dan minyak ke keseluruhan tepung, jadikan seperti breadcrumbs.
2.Uli adunan hingga jadik doh.
3.Rehatkan adunan sekurang-kurangnya 1 jam.
4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan leperkan dgn rolling pin dulu sebelum guna mesin mee. ( supaya mudah dan tak terlalu membebankan mesin )
5.Canai dengan menggunakan mesin dari paling tebal hingga dapat ketebalan yg dikehendaki
6.Sidai selepas dicanai( refer gambar no 1 )
7.Selepas habis semua adunan dicanai baru dilalukan pada bahagian utk potong mee. Sidai (refer gambar no 2) hingga kering. Gambar no 3 ialah spagetti yg dah disidai lebih kurang 4 jam…dah agak kering dan keras macam yg dijual tu.
8.Rebus dengan air mendidih + garam sebelum digunakan(jika terus rebus tanpa dikeringkan spagetti tu, masa merebus hanya sekejap jer…)
*boleh sidai guna rolling pin or anything…maisya guna redai oven jer….payah jugak nak menyidai tu sebab line tu rapat-rapat
…………………………………………………….o0o0………………………………………..
PASTA (FRESH) Sumber By princessharyati
First time buat ini.. lepas tengok Martha show.. kebetulan agar buat pasta.. senang rupanya dan sedap sangat.. rasa lagi lembut dari beli paket yang dah dikeringkan tu. Trylah.. memang sedap. homemade.. bahan ni sama juga utk buat speggetty, macaroni dan kulit wantan.
Pasta fresh
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
1 1/3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan air suam
Sedikit garam
Cara-cara;
Campuran semua bahan di atas, uli sehingga sebati dan lembut. Setelah siap balut dengan plastik dan letak dalam peti ais selama satu jam dan kuarkan. Ambil sedikit dan uli memanjang dan potong kecil2. Ambil pisau yg agak tebal , letak di atas adunan tadi kemudian lenyekkan. spt dlm gambar .
SIEW MAI Sumber By eda
Resepi boleh rujuk MyR by Lydia AKA Skyblue
p/s:tu gambar sblm kukus..Lepas kukus lupa nak snap..terus ngap
untuk kulitnya kalau susah nak cari boleh buat sndr..
Bhn:
1 3/4 cwn tpg
2 biji telur size C
secubit garam
-satukan tepung dan garam.kacau telur sedikit.tuangkan dlm tepung.gaul sampai jadi doh.canai nipis2 dan potong kecil
-saya guna noodle maker untuk nipiskan doh
























Leave a comment