Archives for April, 2008

Panduan Membuat Kek Keju

Source http://resipinoraini.blogspot.com/

Kek keju semakin popular di negara kita kerana keenakan dan keunikan rasanya.Walaupun harganya agak mahal berbanding kek-kek yang lain, namun ia tetap jadi pilihan para penggemarnya.Kek keju yang terkenal seperti Kek Tiramisu adalah berasal dari Itali. Ia adalah hidangan pencuci mulut yang popular dan dicipta pada tahun 1960 di Treviso,Itali.”Tiramisu” bunyinya seakan-akan bahasa Jepun tetapi dalam bahasa Itali, ia bermaksud “pick me up” atau “carry me up”. Resipi asal Tiramisu menggunakan ’sponge fingers’ dan keju mascapone. Tetapi kita boleh ubahsuai resipi ini mengikut selera sendiri . Untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kek keju lebih mudah mendapatkannya dari kedai-kedai menjual bahan kek seperti Bagus Marketing, Bake With Yen dan lain-lain. Harga krim keju juga lebih murah berbanding dengan membeli dipasaraya biasa. Keju mascapone sukar didapati dan harganya mahal.Anda boleh gunakan krim keju Philadelphia bagi menggantikan keju mascapone. Krim masam pula boleh digantikan dengan yogurt.

Panduan Membuat Kek Keju

1. Gunakan keju jenis krim keju( cream cheese) untuk kebanyakan resipi kek keju. Kecuali dinyatakan dalam resipi untuk menggunakan keju jenis lain.

2. Keluarkan keju 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan bersuhu bilik. Ini memudahkan kerja memutar dan supaya ia tidak berketul.

3. Kek keju mempunyai 2 kaedah membuatnya iaitu cara membakar dan cara dinginbeku (Chilled). Baca resipi dengan teliti untuk mempastikan kaedah mana digunakan.

4. Teknik water-bath/steam bake/bain-marie digunakan semasa membakar kek keju agar ia masak dengan perlahan dan tidak hangus. Suhunya pula 160 darjah celcius. Teknik ini bermaksud meletakkan sedulang air dibawah acuan kek agar kek masak melalui haba air tersebut.

5. Gunakan tin bulat jenis ’springform’ agar mudah dibuka dari bahagian tepi. Anda juga boleh gunakan ‘loose tin’ yang boleh dibuka dari bahagian bawah. Jangan gunakan tin pembakar biasa kerana akan susah dikeluarkan.

6. Jika gunakan kaedah membakar water-bath, lapik tin dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk ke dalam kek.

7. Panaskan ketuhar kepada 160 darjah celcius selama 15 minit. Masa membakar pula adalah satu setengah jam (1 1/2 jam).

8. Kek keju enak dimakan apabila sejuk. Setelah kek sejuk ,masukkan ke dalam petiais sekurang-kurangnya 3 jam agar ia padat. Kemudian barulah dipotong ..

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Decorating with piping gel….Source By http://bakingproject.com

Piping gel is another ingredient that you can use to make interesting pictures on cakes. Most of my visitors who are in the cake business is already an expert in this technique. However, for the sake of some newbies, I?ve decided to document my project this morning using piping gel. Take note that I am also still learning, so forgive me if the end result is not that good.

Ok, first of all decide what you want to draw on the cake. You can pipe directly on the cake or like me, trace it. I take a baking sheet and trace the picture that I like.

pic1.JPG

Then I transfer the paper onto my cake. Before that I have covered the cake with fondant and leave it to dry overnight. You can also cover the cake with icing but make sure it is cool in the fridge and the icing has hardened a little.

pic2-paper-on-cake.JPG

To trace the picture, I use a toothpick and prick some holes along the pencil line. Remove the paper and you will see the dotted lines on your cake. Now, draw the outline. I use melted chocolate for this and pipe it using a paper piping bag. You need a steady hand for this.

pic3-pipe-with-chocalate.JPG
Leave that to dry.

Colour your clear piping gel. I use my gel colouring, you can also use the usual liquid colouring. This is how the clear gel looks like.

pic4-jelly.JPG

Spoon the coloured gel into the paper piping bag, snip the end and fill in the outlines.

pic5-piping-jelly.JPG

That?s all there is to it, actually. Apart from the paper piping bag, I also used a small artist brush to touch up and blend the colours together. My finished picture :

pic6-close-up.JPG

I?m using a dummy cake here, so for the finishing touch, I just tied a ribbon at the bottom of the cake.

cakefinal1.jpg
I think this is one of the easiest cake decorating technique. I?m hoping with a little more practice I can make finer piping for the outline. The important thing is the consistency - you have to make sure the icing or melt chocolate you are using is soft, if it is too thick the lines will break and you will have big bulbs. It has to be smooth and thin so you can glide easily to trace the outline. Filling in the gel is easy and I?m sure you will not encounter any problem.

Well , I hope this article has been useful. Cheerio ! :)

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Tips Nice Family

50 RANSANGAN MUDAH MENJADI ANAK ANDA BIJAK.

Sumber : http://www.mahsuri.com.my/blog/tag/geletek-bayi-anda.

babies_19.JPG Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalahrupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
babies_23.JPG

4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah ? ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ?bacalah? buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

z1ck.gif

6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ?cak cekur? dan ?labah-labah panjat perigi? dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.
8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. ?Tengok anak kucing tu? atau ?Besarkan pokok ni!? atau ? Dengar tak bunyi bomba tu?? ? untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (?mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin?.?). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles? Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

640_bebe_couche.gif

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

chil49.gif

12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata ?Mak nak buka lampu ni,? sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan ? ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda ? tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

kind_057.gif

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza ? termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me?label? barangan tersebut.

28. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi ?yang lagi satu? senyum dan melambai padanya.

30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira ? dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (?adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya??) sehinggalah ke soalan konkrit (?Pernah tak adik nampak kucing putih??)

35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya

36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar ? dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana ?Ini Ibu.? Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ?gurauan? anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49. MAIN ?TIRU-MENIRU?. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~ ^^^^^^^^^^^ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boleh jugak baca
untuk knowledge

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri.

Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering
diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Keman
pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu,
rumahtangga akan menjadi bahagia.

2. Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan
bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan
gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ?budget? anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti ?terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini?

5. Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus
memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda
tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng
ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda
masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

6. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7. Ciuman khas untuk isterimu

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia
berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di
bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi
memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau
profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ?ice-breaking?. Kemudian,
berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan
pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ?gosip? pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

10. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin
basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya???.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

jus3.jpg

SEJAK ribuan tahun lalu manusia telah menggunakan berbagai tumbuh-tumbuhan yang sekarang dikenal
sebagai sayuran maupun buah-buahan untuk dimakan dan diolah secara alami tanpa menggunakan campuran apa pun.
Buah dan sayur terasa enak, segar dimakan, selain memiliki kandungan zat gizi yang banyak seperti vitamin dan mineral. Vitamin A berfungsi mempertahankan kesihatan mata, struktur kulit, rambut, dan gigi.

pemerasjeruk.JPG

Vitamin A dapat diperoleh dari sayuran daun berwarna hijau gelap seperti
bayam, kaduk, dan buah atau sayuran berwarna kuning/oren seperti carrot, kentang, tomato, labu kuning, betik, mangga, dll. Buah dan sayur yang kaya vitamin E mampu mencegah terjadinya penyakit jantung, kancer, stroke, dan infeksi virus. Vitamin E banyak terdapat pada sayuran berdaun hijau (bayam) dan tomato. Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan, kesihatan gusi, dan mencegah terjadinya luka. Dalam buah-buahan vitamin C banyak terdapat pada jambu , limau, tomato, mangga dan durian belanda.

Dari penelitian yang telah dilakukan menunjukkan banyak buah-buahan dan sayuran selain sarat mengandung vitamin dan mineral juga mengandung zat nongizi yang ternyata manfaatnya besar bagi kesihatan. Zat nongizi yang dimaksud adalah serat, phytokimia, dan lain-lain.Dari penelitian yang telah dilakukan bahawa phytokimia dapat menetralkan racun ibat dan zat karsinogen dengan jalan menetralkan radikal bebas, menghambat enzim yang mengaktifkan karsinogen sekaligus merangsang enzim yang menetralkan zat karsinogen.

Buah-buah dan sayuran yang mengandung phytokimia di antaranya bayam, kangkung, brokoli, sawi, kacang-kacangan, tomato, betik, anggur, limau, carrot dan lain-lain.
Buah-buahan biasanya dikonsumsi segar. Sayuran diolah dengan cara dimasak dengan sedikit air (ditumis) maupun berupa masakan berkuah misalnya sup. Cara lain yang banyak dilakukan akhir-akhir ini yaitu dalam bentuk jus.

Bagi yang sibuk, membeli jus di kedai makanan dan minuman lebih praktis bila dibandingkan dengan membuatnya sendiri di rumah. Namun, bila ditelaah lebih lanjut, membuat jus tidak memerlukan keterampilan khusus kerana proses pembuatannya sangat sederhana. Kombinasi berbagai macam buah dan sayur akan menjadikan jus kelihatan menarik. Selain itu, kombinasi tersebut akan menambah khasiat jus itu sendiri. Mengkonsumsi jus lebih menguntungkan dibanding dengan menyantap buah potong.

Menyiapkan jus sendiri di rumah tidaklah sukar. Anda dapat memilih sendiri buah-buahan dan sayuran yang benar-benar masak dan segar agar vitamin, mineral, dan substansi lainnya masih dalam keadaan baik. Jangan tergoda membeli yang terlalu masak, sebab Anda tidak akan mendapat seluruh nutrisi yang seharusnya. Anda juga dapat mengcontrol sendiri dengan tepat perbandingan berat buah atau sayuran
yang dicampur. Kebersihan pun lebih terjamin, dan tentu lebih ekonomi.

healthy1_150.jpg

Jus buah-buahan atau sayuran akan tetap elok warnanya bila Anda campur dengan sedikit jeruk (lemon, limau nipis). Penambahan jeruk akan menambah khasiat jus. Untuk pemanisnya lebih baik Anda gunakan madu atau gula merah (khususnya untuk jus avokado). Agar tambah lazat Anda bolehmenyejuk bahan jus terlebih dulu di dalam peti sejuk. Namun ingat bahwa tidak semua buah dapat didinginkan. Apabila Anda mahu menyimpan buah-buahan tertentu dalam waktu yang lama maka Anda dapat membekukannya dengan cara menyimpannya secara dibungkus didalam pembeku. Umumnya buah dapat bertahan 3 bulan lamanya.Jangan lupa untuk membersihkan terlebih dahulu buah-buahan segar atau sayuran yang hendak dijus. Guna pemberus kecil untuk memastikan semua kotoran hilang. Jangan selalu mengupas buah atau sayuran yang akan dijus karena justru nutrisi ada di bagian kulit.Jus akan sangat berkhasiat bila segera diminum setelah selesai dibuat. Kerana nutrisi dalam jus berserat
menguap dengan cepat dan akan membusuk bila terkena udara segar. Minumlah jus dengan perlahan-lahan sehingga semua khasiat jus dapat diserap dengan baik. Berikut kami berikan beberapa resepi jus buah dan sayuran yang berkhasiat mencegah sekaligus menyembuhkan berbagai penyakit.

Jus Durian Belanda, Nenas, dan Betik.

Khasiat: memperlancar pencernaan, anti sembelit dan meningkatkan nafsu makan.
Bahan:
250 g Durian Belanda,
100 g nenas,
100 g betik,
2 Sudu Besar jus Limau nipis,
2 Sudu Besar madu,100 ml air ais.

Cara membuat:-

Blander Buah Durian Belanda bersama air dibuat juice, masukkan madu dan jus Limau nipis.Nenas dan betik dipotong-potong dadu kecil. Campurkan potongan nenas dan pepaya ke dalam juice Buah Durian Belanda tadi.

Jus Halia Tembikal.

Khasiat: melancarkan pencernaan dan mencegah kanser.
Bahan:-
250 g buah Tembikal.,
250 ml air, 125 ml Pati Halia,
2 Sudu Besar gula pasir,
1 oz hirisan Halia.

Cara membuat:-
Buah Tembikal , dibulat-bulat mengguna ceduk ais krim, lalu dinginkan beberapa jam dalam peti sejuk.
Campurkan air, pati halia, dan gula, lalu didihkan di atas api yang sedearhana. Campurkan semua bahan kemudian hidangkan.

Berikut resepi-resepi jus buah dan sayur yang baik bagi kesehatan:

Jus Mangga
Khasiat: ubat asma, bronkhitis, sesak nafas, dan influensa berat
Bahan:-

200 g mempelam masak
100 g air hangat
1 sdm limau nipis
2 sdm madu

Cara membuat:
Semua bahan dimasukkan ke dalam blender
Terapi: diminum 2 kali sehari sampai gejala penyakit hilang

Jus Carrot + Celery
Khasiat: menurunkan tekanan darah dan kadar gula darah

Bahan:
300 g carrot
1 genggam daun celery
2 ulas bawang putih
1 sdt garam
1sdt merica bubuk -option

Cara membuat:
Semua bahan dicampur dan dimasukkan ke dalam juicer. Diambil patinya saja tanpa serat dengan

menggunakan blander juice atau saringan.
Terapi: diminum 1 kali sehari sampai gejala penyakit hilang

Jus Kombinasi Buah
Khasiat: melancarkan pencernaan, sembelit, dan kembung perut

Bahan:
100 g betik
100 g apel
100 g nenas
2 sdm jeruk nipis
2 sdm madu
200 ml air ais

Cara membuat:
Semua bahan dimasukkan ke dalam juicer
Terapi: diminum sebelum sarapan pagi

Jus Aneka Sayur

Khasiat: menyempurnakan alergi, eksim, sakit punggung, rasa kejang jantung, dan menjaga kesehatan usus.
Bahan:-
150 g carrot
100 g bayam
100 g timun
50 g celery
3 sdm madu
1 sdm dari limau nipis
100 ml air dingin atau ais
Cara membuat:
Semua bahan dimasukkan ke dalam juicer
Terapi: diminum 1 kali sehari sesudah makan.

Orange Yogurt Drink
Bahan
250 ml yogurt asli [natural yogurt]
1 liter orange jus kotak [
ketulan ais

Cara
1. Tapiskan oren jus yang ada sach [tujuan supaya nanti nampak sach dalam gelas]
2. Masukkan yogurt dan jus dalam blender dan mesinkan supaya sebati.
3. Masukkan dalam jug dan campurkan sach yg ditapiskan.
4. Masukkan dalam gelas dan campurkan ketulan ais.
5. Hidangkan.

es-sirsak.jpg

JUS DURIAN BELANDA

Bahan-bahannya
durian belanda, isinya dikeluarkan
gula
air panas
air masak
ais ketul

Cara-caranya
1. Campurkan secukup gula dengan air panas untuk dijadikan air gula.
2. Isi durian belanda dicampurkan dengan air gula dan dilenyek-lenyek dengan sudu supaya isinya serata dengan air gula.
3. Tambah air masak dan sejukkan dalam peti sejuk.
4. Setelah sejuk boleh tuang dalam gelas dan tambah ais ketul.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Petua pengambilan Makanan

Artikel ini copy paste dikongsi bersama dari laman Blog DR. ARIFFAIZAL , untuk artikel lebih lanjut boleh klik ,

http://rawatankesihatan.blogspot.com

 

PETUA PENGAMBILAN MAKANAN

 

Tanggapan yang betul tentang makanan dan kesihatan ialah semakin kurang anda makan, maka semakin sihat tubuh badan anda. Jika anda mengalami sesuatu penyakit, jangan cari apa yang perlu dimakan untuk memulihkan penyakit, tetapi carilah apa yang anda selalu makan sebagai punca penyakit.

 

Sekarang ini telah banyak kecelaruan terhadap sesuatu nasihat dan anjuran pengambilan makanan. Jika anda berpeluang berkawan dengan mereka yang mendakwa pakar pemakanan, cuba perhatikan diri mereka, mereka sendiri tidak dapat merealisasikan teori yang diperjuangkan. Kadang kala ada di antara mereka kelihatan perutnya buncit, kadang kala ototnya lembik dan kadang kala mukanya berjerawat, ada juga yang jiwanya tertekan. Mereka juga tidak yakin dengan apa yang mereka katakan kerana apabila dihidangkan, mereka akan makan juga apa yang mereka dakwa “tidak boleh makan”. Mungkin teori yang diuji secara makmal di luar tubuh manusia (yang turut mengandungi kuasa akal dan roh) menemui teori tertentu mengenai nutrisi, tetapi mengapa dalam kes tertentu pengambilanya tidak mujarab malah mendatangkan kesan sampingan.

 

Terdapat juga teknik penyediaan makanan yang dianggap mampu menghasilkan nutrien dengan baik, tetapi sebenarnya mendatangkan mudarat seperti memerah limau di atas daging atau minum jika tercekik atau pemekatan sesuatu bahan makanan. Ada juga sesuatu makanan yang sepatutnya dimakan tetapi dilarang, dan yang sepatutnya dihindari, tetapi digalakkan. Contohnya minuman ais sepatutnya perlu diambil dengan kerap dan makan berfiber kasar seperti pisang sepatutnya dielakkan, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

 

Dalam dunia perubatan klasik (allopathic medicine), apabila wujud sesuatu penyakit, mereka akan membuat kajian terhadap bahan yang terlebih atau terkurang dalam darah. Contohnya pesakit diabitis, didapati kandungan gula dalam darah berlebihan, maka dinasihatkan agar mengurangkan gula. Atau bagi pesakit yang mengalami tekanan darah rendah, mereka dinasihatkan agar mengambil bayam atau kerang. Atau jika seseorang yang mengalami kolestrol tinggi, pesakit akan dinasihatkan untuk memerah limau di atas daging yang ingin dimakan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila sesuatu penyakit terjadi, didapati pesakit mengalami kekurang sesuatu zat makanan. Tetapi ini bukanlah bermaksud pesakit perlu mengambil dengan banyak makanan yang dianggap memiliki sesuatu zat. Sepatutnya nutrient yang berkurang hendaklah disukat kadar yang kurang serta kadar yang perlu diambil. Namun begitu, pengambilan nutrient semata-mata bukanlah penyelesaian kepada kekurangan neutrean dalam badan kerana jumlah neutrean dipengaruhi oleh faktor kemampuan tubuh untuk memproses, mencerna dan menggunakan nutrient yang diambil. Selagi organ dan sistem tubuh tidak mampu memproses nutrient, pengambilannya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Organ akan terbeban, nutrient akan disimpan dalam bentuk asid lemak dan urik asid, batu karang akan terbentuk di buah pinggang dan sebagainya.

 

Lebih malang lagi bagi sesetengah makanan, walaupun terdapat sesuatu nutrient, namun dalam satu makan yang sama terdapat juga bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Contohnya walaupun susu mengandungi banyak kalsium, tetapi susu juga mengandungi banyak protein yang akan membebankan hati dan buah pinggang .

 

Post ini akan mendedahkan kajian sebenar mengenai petua pemakanan berdasarkan konsep ilmu Colour Vibration Therapy. Kajian ini bukanlah sesuatu yang kontraversi memandangkan terdapat banyak pembuktian terhadap kesan pemulihan dan pengurangan simptom sesuatu penyakit.

 

Berikut ialah ringkasan pengenai sesuatu nutrient atau makanan serta kesan pengambilannya.

PROTEIN
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Protein tinggi seperti kobis, taugeh Sakit belakang hilang Mata kabur,
Mengambil makanan daging tinggi protein yang banyak seperti daging ayam, kuning telur Badan sasa Gatal kulit, kulit sensitif, berjerawat
Protein tinggi daripada soya seperti susu soya, tauhu, tau fu fa, tempe, kicap soya asli Cergas sementara Sakit kepala, tekak loya
Protein tinggi daripada susu tinggi protein atau susu awal lembu atau susu IGGPlus Badan sasa, hilang sakit belakang, mengurangkan simtpom kencing manis Mata silau, mudah demam secara tiba-tiba, masalah berkaitan buah pinggang, prostat dan masalah kencing
Protein teroksida daripada ikan yang diproses menjadi keropok dan fish ballatau fish cake Tinggi IQ Trouma yang sukardilupakan. Prostat terganggu, masalah berkaitan kencing
Protein tepu iaitu protein yang disalut kolestrol seperti makanan yang diperah limau, keropok lekor Tinggi IQ Strok, koma, sebu atau angin, prostat terganggu, masalah berkaitan kencing
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Makanan tinggi zat seperti spirulina dan multivitamin Menghilangkan simptom kencing manis. Memberi kecergasa sementara. Mencegah jangkitan penyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik) Gangguan spiritual, kelesuan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein
VitaminC Mencegah jangkitanpenyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik) Usus berdarah, melemahkan buah pinggang akibat batu karang
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Logam berat daripada bayam, mengkudu, kerang, hati   Pelupa, tekanan darahtinggi
Logam berat atau makanan berat zat seperti herba yang dipekatkan atau kopi campuran herba   Pelupa, keliru, mudah mengantuk, tekanan darah tinggi
Logamberat daripada kulit ikan yang ciri-cirinya licin danhitam seperti ikan keli, dan semua bahagian kepala ikan (walaupun ikantersebut kulitnya kasar dan cerah)   Pelupa, keliru
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Urik asid daripada makanan berwarna kuning dan masam seperti buah yang telah lama dipetik, jeruk, cuka, makanan yang diperam.   Gout, sendi tulang, kencing manis
Urik asid daripada yis yang digunakan untuk menghasilkan roti dan donat.   Gout, perasaan tertekan
Urik asid daripada daging ayam bandar terutama bahagian kulitnya.   Gout, sendi tulang
Urik asid daripada kopi dan teh yang diambil berlebihan   Gout, sendi tulang, tekanan perasaan, kekeliruan
Minuman bergas dan minuman berjenama Nescefe   Gout, jantung, berdebar,sendi tulang, perasaan tertekan
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, perut, hati, serangga seperti belalang atau protein serangga Kekenyangan Buah pinggang lemah, masalah kencing, prostat, antibodi lemah, resdung, alergi
Kolestrol daripada minyak masak berasaskan tumbuhan seperti minyak soya, minyak kelapa sawit, minyak jagung (kecuali minyak bunga matahari, minyak kelapa dan minyak zaitun)   Jantung, mata kabur, tekanan darah tinggi
Kolestrol daripada daging lembu terutama daging berger dan diproses hingga teroksida seperti bakso   Strok, koma, tekanan darah tinggi
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Tumbuhan pengurai (atau pengguna ketiga dalam rantaianmakanan) seperti cendawan atau kulat contohn ya seperti lingzhi ataugano atau pelbagai cendawan atau kulat yang dijadikan sayur Mengurangkan aktiviti kanser, cergas sementara Kelesuan yang amat sangat kerana tenaga diserap
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Makananyang diletakkan perasa monosodiom glitumat MSG seperti makanan ringan dan makanan segera   Kesan seperti urik asid, kesan seperti protein tinggi dan kolestrol tepu
Makanan yang diletakkan perasa pedas   Usus berdarah
Makanan yang diletakkan perwarna seperti sirap dan mee kuning   Masalah buah pinggang, masalah kencing, masalah kelenjar prostat
Makanan yang diletakkan penahan seperti buah mata kucing, buah longan   Alergi, masalah penyakit kulit, kesan seperti urik asid
Makan yang dihasilkan secara kimia seperti kopi berjenama Nescafe   Gout, kesan seperti urik asid, tekana perasaan
Makanan Kesan Sementara Kesan_Sampingan
Makanan yang dibungkuskan di dalam bekas bertoksik seperti polisterin dan botol plastik air mineral   Cirit-birit, gangguan hormon terutama kelenjar pitutari
Minuman yang dibungkuskan di dalam tetra pak seperti minuman kotak tarutama susu kotak kerana bungkusan boleh ditembusi bakteria   Cirit-birit
Makanan dalam tin yang distrilkan dengan radioaktif seperti sardin, laici atau buah dalam tin   Kereputan tulang, gangguan saraf, kesan seperti urik asid
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Makanandan minuman berkoko seperti susu perasa coklat atau susu berkoko (milo, vico) kek coklat, coklat bar Cergas, melegakan tekanan perasaan Ketagihan, kelenjar tiroid terganggu, dahaga, hilang selera makan, peluh berlebihan, kehilangan banyak mineral seperti pottasiom melalui peluh, sembelit
Semua minuman kopi yang berkefen dan minuman berjenama Nescefe Cergas, tidak mengantuk Ketagihan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein, tekanan perasaan, sembelit, buasir atau masalah usus

go Kurangkan Herba

Sepatutnya herba diambil atas nasihat pengamal profesional yang arif mengenai herba. Herba tidak sepatutnya dijual secara terbuka di pasaran tanpa preskripsi. Herba yang disediakan dalam bentuk minuman dan makanan kesihatan tidak mendapat sebarang masalah dari segi kelulusan Kementerian Kesihatan dan tidak tertakluk di bawah Biro Kawalan Farmasutikal Kebangsaan. Oleh itu, pengeluaran herba dalam bentuk makanan atau minuman kesihatan banyak dilambakkan di pasaran.

Kawal pengambilan kopi campuran herba

Kini herba dipasarkan dalam bentuk minuman kesihatan. Contoh yang paling banyak ialah kopi herba seperti kopi tongkat ali, kopi lingzhi, kopi gano, kopi mengkudu, kopi kacip fatimah, kopi manjakani dan sebagainya yang dipasarkan dengan pelbagai nama sama ada dicampurkan pelbagai herba atau hanya sesuatu herba sahaja. Walaupun benar dakwaan terhadap terapeutik dalam sesuatu minuman tersebut, namun ia hendaklah diambil mengikut keperluan. Jarakkan tempoh masa pengambilan lebih kurang seminggu sekali dan hanya secawan sekali minum. Jika anda memiliki kemahiran menjalankan diagnosis Applied Kinesiology, sila gunakan kaedah tersebut untuk menguji sama ada anda sesuai mengambil minuman tersebut pada ketika itu atau tidak. Tetapi sekali anda tidak boleh mengambilnya, bukan bermaksud anda tidak boleh mengambilnya buat selamanya, ujilah lagi untuk waktu yang lain pula.

 

Walaupun minuman kopi yang dicampurkan dengan tongkat ali baik untuk kesihatan dan darah, tetapi pengambilan yang berlebihan terutama kesan daripada kopi yang diambil, ia akan mengakibatkan kadar urik asid tinggi hingga boleh menimbulkan simptom seperti gout, pedih perut, perasaan tertekan, kekeliruan, cepat mengantuk atau mengantuk ketika memandu.

Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia Jack

Sebenarnya daripada keseluruhan akar tongkat ali, hanya 20% daripada bahagiannya sahaja yang mempunyai bahan khas untuk kesihatan dan kekuatan lelaki. Tongkat ali akan menjadi betul-betul mujarab tanpa kesan sampingan sekiranya 20% bahagian tersebut dikenalpasti dan diekstrak untuk dijadikan ramuan perubatan tongkat ali.

 

Bahagian yang lain mempunyai bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh malah mendatangkan kesan sampingan jika diekstrak keseluruhan bahagian akar tongkat ali tersebut. Antaranya ialah bagian akar rerambut, ia mengandugi banyak logam berat seperti fenol, tanin dan polisakarida. Logam berat boleh mengganggu saraf otak di bahagian Medulla Ablongata (NW8) yang boleh menyebabkan kekeliruan.

 

Terdapat juga beberapa bahan steroid di dalam ekstrak tongkat ali seperti Tanin dan Sildenafil. Sildenafil dalam kuantiti yang sedikit akan memberikan ketenangan dan merangsang Hormon Testosteron. Sildenafil yang diambil berlebihan boleh menyebabkan suhu badan tidak terkawal, mempercepatkan gerakkan jantung. Pengambilan sildenafil berlebihan akan menyebabkan kesan seperti pening kepala seperti migrain dan mata pedih seperti hendak tersembul hingga boleh menyebabkan buta (akibat kerosakan saraf mata) dan mematikan aktiviti otak sehingga mengakibatkan maut.

Hindari pengambilan mengkudu

 

Terdapat beberapa herba yang tidak sesuai sama sekali diambil tidak kira walau apa keadan sekali pun ialah mengkudu. Walaupun ia mempunyai antipengoksidan, namun ia mempunyai logam berat yang amat tinggi. Logam berat boleh mengganggu Kelenjar Pitutary (NW2). Campurannya dengan kopi menjadikan logam berat tersebut terlampau aktif dan berasid tinggi. Antara kesan yang biasa terjadi kepada mereka yang mengamalkan meminum kopi yang dicampurkan dengan mengkudu ialah keliru [kesan urik asid yang membebankan Pankreas (NW15) yang mengganggu Medulla Ablongata (NW8)], pelupa dan hilang ingatan sementara [kesan logam berat yang mengganggu Kelenjar Pitutary (NW2)]. Dalam tempoh jangka panjang, ia akan menyebabkan tulang tidak mampu memendam urik asid dan boleh menyebabkan masalah Tulang (NW20) seperti sakit sendi.

Hindari pengambilan cendawan


Simbiosis manusia dengan tumbuhan hedaklah dalam bentuk yang saling seimbang sifatnya. Tumbuhan yang mempertenagakan ialah tumbuhan yang sifatnya memberi tenaga. Keadaan sesuatu sifat tumbuhan mempengaruhi sifat DNA dan RNA tubuh.

 

Semua tumbuhan berbunga adalah Primary Consumer (atau juga disebut tumbuhan pengeluar) yang berperanan memproses tenaga matahari menjadi tenaga. Manakala tumbuhan tidak berbunga (daripada kumpulan kulat, lumut, alga, paku pakis) adalah tumbuhan bukan pengeluar sebaliknya pengguna secara parasit dan juga pengurai (Third Consumer / Pengguna Ketiga dalam rantaian makanan). Dalam rantaian makanan, manusia ialah pengguna kedua dan kulat serta cendawan ialah pengguna ketiga.

 

Hukum Tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh diubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Tenaga dalam rantaian makanan akan mengalir dari pengguna pertama ke pengguna kedua dan berakhir ke pengguna ketiga. Sekiranya manusia mengambil cendawan atau kulat sebagai makanan, bermaksud manusia meletakkan pengguna ketiga di dalam tubuh pengguna kedua. Dalam bahasa yang lebih mudah, tenaga daripada tubuh akan diserap oleh bahan daripada cendawan atau kulat.

 

Kulat atau cendawan yang biasa berada dalam pasaran ialah seperti Ganoderma atau lebih polular dengan nama Lingzhi. Lingzhi mengandungi bahan yang hanya terdapat di dalam batu arang iaitu Germanium. Memandangkan germanium ini berasal dari benda hidup, ia dipanggil Germanium Organic. Meletakkan germanium di dalam tubuh umpama meletakkan bahan api yang akan menggunakan tenaga di persekitarannya. Selain itu lingzhi juga mengandungi ergosterol, coumarin, manitol, fungal lysozyme, protease acid, protein yang larut dalam air, amino acid, polipeptidase, natrium, kalsium, seng, kobalt, dan mangan yang hampir kesemuanya merupakan logam berat.

 

Kesan pertama pengambilan lingzhi ialah tenaga dalam bentuk lemak dan urik asid akan diserap keluar. Pengguna akan rasa sedikit kesegaran kerana mendapat sedikit tenaga akibat pembakaran lemak serta penurunan berat badan juga akan berlaku. Sekiranya terdapat kanser atau ketumbuhan, lingzhi akan menyerap tenaga kanser sehingga kanser boleh mengecut dan pulih. Tetapi pengambilan yang berterusan tanpa pengawasan dan nasihat daripada pengamal perubatan complimentary profesional, lingzhi akan menyerap nutrien tubuh serta tenaga di dalam sel. Tetika itu, mereka yang kerap mengambil lingzhi akan kelesuan pada waktu malam atau setelah bekerja. Kemudian setiap kali mengimbil lingzhi, tubuh akan merasa cergas untuk tempoh tidak melebihi 30 minit.

 

Selain lingzhi, sayuran cendawan dan kulat juga adalah katagori yang sama iaitu pengguna ketiga yang menyerap tenaga tubuh. Cendawan dalam bentuk herba campuran kopi atau ditumis sebagai hidangan bersama nasi hendaklah dihindari.

 

Selain sifatnya yang menyerap tenaga, ia tumbuh subuh di tempat bertekanan rendah iaitu di kawasan reputan yang udaranya mengandungi ion berproton tinggi dalam kelembapan tanpa peredaran udara dan di tempat yang redup atau malap. Sifat unik ini menyamai dengan sifat gelombang jarak jauh iaitu di luar spektrum warna dan gelombang tubuh manusia (tubuh manusia antara 0 nanometer ke 800 nanometer). Hukum Keseimbangan menyatakan, keseimbangan penglihatan manusia adalah sama dengan gelombang yang terdapat dalam tubuh. Sekiranya seseorang itu sering terlihat cendawan, bermaksud gelombang dirinya amat rendah (gelombang jarak jauh) dan dirinya perpenyakit terutama penyakit saraf dan juga berkaitan dengan gangguan spiritual.

Hindari slimming menggunakan chitosan

Chitosan bertindak dengan cara menggumpalkan protein. Pada peringkat pertama, chitosan akan menggumpalkan protein yang berlebihan dalam darah dan juga disepanjang saluran penghadaman. Tetapi pada peringkat kedua, chitosan akan menggumpaklan protein yang diperlukan oleh tubuh.

Pada peringkat awal pengambilan chitosan, seseorang akan merasa banyak mengeluarkan peluh dan tubuh rasa bertenaga. Pada peringkat di mana anda tidak lagi berpeluh setelah beterusan mengambil chitosan, ketika itu chitosan telah mula menguraikan protein dan anda akan kehilangan banyak tenaga. Sekiranya tekanan darah rendah, mereka yang mengambil chitosan berlebihan akan mudah pengsan.

Sebagai panduan, bagi mereka yang menggunakan produk slimming yang bercampur dengan Chitosan, hentikan pengambilannya jika anda tidak lagi mengeluarkan peluh.

 

 

Panduan Pengambilan Herba

Herba yang terbaik ialah herba yang telah diperhaluskan dan telah dicairkan. Herba yang pekat yang direbus berulang kali hendaklah dihindari.

Herba atau produk berasaskan tumbuhan yang terbaik hendaklah diekstrak melalui cool compressed (tekanan sejuk) dan bukan melalui rebusan atau pemanasan.

Cara pengambilan herba hendaklah dengan dos yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan yang telah didiagnos oleh pengamal profesional complimentary.

Herba boleh dipertenagakan dan herba jenis ini paling cepat kemujarabannya, paling kurang kesan sampingan dan selamat di ambil dalam dos yang berlebihan (kerana tenaga daripada herba itu sendiri akan menyingkirkan dirinya sendiri jika tidak diperlukan)

Jangan ambil herba sebagai langkah pencegahan penyakit atau ketika sedang sihat, ambil ketika tahap kesihatan memerlukan sahaja.

go Kurangkan Food Supliment

Di negara maju seperti US (United States), kebanyakkan makanan tambahan seperti Vitamin C, Spirulina dan susu tinggi protein telah diharamkan (sila rujuk JAMA the Journal of the American Medical Association). Namum pengeluarannya masih diteruskan dan dilambakkan ke negara ketiga seperti Malaysia dan dijual dalam bentuk jualan jangsung. Pernah satu ketika dalam tahun 1994 syarikat susu Fernleaf mengeluarkan susu tinggi protein yang digelar “susu awal lembu”, kemudian menarik balik stok tersebut daripada pasaran pada tahun 1997. Jika makanan tersebut didakwa sebagai sumber nutrient “terhebat” di negara ini, di negara pengeluar itu sendiri iaitu Amarica, makanan seperti ini tidak dihiraukan atau mereka senyap daripada membincangkan perkara ini.

Vitamin C


Semua makanan yang kita ambil seharian yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak Vitamin C. Vitamin C sukar wujud dalam keadaan yang tulen melainkan dalam bentuk yang telah teroksida. Setakat ini hanya sebuah syarikat pharmaceutical bernama Phizer sahaja yang mempunyai teknologi menyediakan Vitamin C dalam bentuk tulen.


Walaupun Vitamin C mempunyai banyak asid folik, tetapi sekiranya ia wujud dalam bentuk yang banyak dalam keadaan teroksida, ia akan membentuk urik asid. Vitamin C yang banyak dalam darah akan membentuk kristal gout yang berupa seperti kon yang tajam. Ia boleh terbentuk di tapak kaki, buah pinggang dan usus besar. Pengambilan Vitamin C beserta makanan berkalori tinggi seperti kari dan cili akan menyebabkan berak berdarah. Pengambilan Vitamin C beserta makanan berprotein tinggi seperti keropok lekor, soya dan kobis boleh menyebabkan kencing berdarah.

 


Vitamin C apabila bertembung dengan protein, Vitamin C akan meyelaputi pretein. Protein yang diselaputi protein membentuk sejenis kolestrol yang tepu dan tidak boleh dihadam. Protein jenis ini akan menyebabkan saluran kapilari yang halus tersumbat. Jika berlaku penyumbatan saluran darah di otak, ia boleh menyebabkan simptom seperti strok.


Sumber Vitamin C yang baik, tidak teroksida dan mudah bersenyawa dengan DNA dan RNA sel ialah daripada daging kambing. Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan memiliki kulit yang cerah, gebu, sihat dan cantik. Maklumat lanjut mengenai daging kambing, sila rujuk post dalam blog ini bertajuk Terapi Kambing.

 

 

Spirulina

Spirulina diperkenalkan di Malaysia dengan dakwaan bahawa ini adalah makanan tambahan angkasawan di America. Memang tidak dapat dinafikan bahaya satu ketika dahulu spirulina telah dipilih menjadi makanan tambahan untuk angkasawan. Tetapi ia telah diharamkan penggunaanya di America sejak tahun 2003.

 

Spirulina ialah makanan yang mempunyai paling banyak mineral dan nutrient di dalamnya. Hampir semua jenis protein terdapat di dalam spirulina dan mineral yang terdapat di dalamnya termasuk juga mineral berat yang boleh menjejaskan saraf gan mengganggu hormon.

 

Mereka yang mengalamalkan memakan spirulina akan mengalami masalah gangguan Kelenjar Pineal (NW1), gangguan pusat kawalan hormon iaitu Kelenjar Pitutary (NW2), sistem limpatik (NW12) serta membebankan darah (NW18). Apabila saraf terjesas, hormon terganggu, sistem limpatik dan sistem darah lemah, ia boleh mewujudkan fenomena penyakit misteri seperti halusinasi, kelesuan, atau pelbagai penyakit spiritual yang didakwa sebagai santau, saka dan sihir. Kesan gangguan terhadap sistem hormon boleh menyebabkan mereka yang mengambil spirulina mudah menjadi panas baran atau cepat marah. Pengumpulan zat atau nutrient yang terlalu tinggi, akan meyebabkan ia tersimpan sebagai asid lemak dan urik asid. Kandungan urik asid di dalam darah yang tinggi akan menyebabkan Pankreas (NW15) terbeban selain boleh menyebabkan mudah tension atau depression atau tekanan perasaan akibat gangguan daripada organ Medulla Ablongata (NW8). Antara kesan lain akibat daripada masalah urik asid ialah gout.

 

Kandungan protein salam spirulina yang tinggi akan menjadikan beberapa organ dalaman seperti Pankreas (NW15) dan Perut (NW12) mendapat tenaga yang mencukupi pada peringkat awal. Seseorang yang mengambil spirulina pada peringkat awal akan merasa cergas, otot pejal dan hilang sakit belakang. Tetapi mengambilan yang berterusan akan menyebabkan Buah Pinggang (NW13) terbeban dengan protein yang tinggi. Akhirnya mereka yang mengambil spirulina secara berterusan akan menghadapi simptom yang berkaitan dengan buah pinggang seperti beberapa masalah kencing sepeti kencing tidak lawas, tidak tahan hendak terkencing, kencing malam (ketika sedang tidur), kerap kencing tetapi sedikit air kencing yang keluar sedikit dan pada peringkat yang kronik, pengambilan spirulina serta meno makanan yang mengandungi banyak protein akan menyebabkan kencing bercampur dengan berdarah.

 

 

Susu Tinggi Protein

Susu ini dinamakan dengam pelbagai nama sama ada IGG Plus, Kolestrom, Susu Awal Lembu dan sebagainya. Ciri-ciri susu ini ialah ia mengandungi protein pada jumlah melebihi 1,500 mg bagi setiap segelas hidangan. Susu untuk makanan tambahan atlit atau ahli sukan pula adalah antara 2,000 mg hingga 10,000 mg.

 

Susu Awal Lembu ialah nama yang digunakan oleh syarikat Fernleaf ketika ia pernah dipasarkan dalam pasaran terbuka satu ketika dahulu. Susu IGG Plus atau Kolestrom banyak dijual dalam bentuk jualan langsung manakala susu makanan tambahan atlit atau ahli sukan banyak dijual di farmasi atau kedai khas untuk ahli sukan. Bezanya ialah Susu IGG atau Kolestom mengandungi protein rambang manakala susu makanan tambahan atlit mengandungi protein khusus.

Antara kesan daripada pengambilan susu tinggi protein ialah:-

Mata silau dengan cahaya (akibat hati [NW12] terjejas)

Kerap buang air kecil (akibat prostat [NW13] terjejas)

Dalam tempoh jangka panjang, pengambilan susu tinggi protein akan meningkatkan kadar urik asid dan melemah sistem immune dan seseorang itu berisiko menghidap demam dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti Denggi, taun dan selsema.

goKurangkan Protein


Protein kata dasarnya protos dalam bahasa Yunani bermaksud “Perdana”. Protein mempunyai banyak pecahan mengikut jenis ikatannya (hidrogen, karbon, nitrogen, oksogen dan terdapat juga sulfur dan fosforus). Setiap jenis ikatan protein ini berbeza berdasarkan sumber yang berbeza antaranya protein tumbuhan seperti soya, kobis dan taugeh. Protein haiwan daripada ikan, ayam dan daging. Protein yang telah membentuk kolestrol seperti minyak kelapa sawit, minyak kacang soya dan minyak jagung. Protein yang membentuk alhokol yang dijadikan minuman keras. Protein yang membentuk kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, organ dalaman haiwan seperti perut atau usus, hati dan limpa. Di dalam tubuh pula, karbohidrat yang berlebihan apabila bertemu dengan air (unsur hidrogen) akan disimpan dalam bentuk lemak protein yang menunggu masa untuk diurai (penghidogenan) menjadi protein tenaga.

Tumbuhan yang mengandungi banyak protein boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri seperti berikut:

Tidak mendapat dedahan cahaya matahari yang mencukupi.

Fizikal yang keras dan kenyal (akibat daripada pembinaan protein).

Turut mengandungi karbohidrat (rasanya agak manis dimakan mentah).

 

Kekurangan klorofil (kurang warna hijau, biasanya berwarna putih).

 

Mudah busuk atau rosak atau tidak boleh disimpan lama (disebabkan protein amat disukai oleh bakteria).

Tumbuhan yang sepatutnya dimakan oleh manusia ialah tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri pengeluar iaitu tumbuhan yang mampu memproses makan sendiri dan menukarkan cahaya matahari kepada tenaga. Tumbuhan yang boleh membuat makanan sendiri ialah tumbuhan yang terdedah daunnya terhadap pancaran cahaya matahari dan memiliki klorofil. Oleh itu tumbuhan ini sepatutnya mempunyai daun hijau. Tumbuhan yang tidak memiki klorofil akan kelihatan putih atau gelap kemerahan. Akibat tidak mampu membuat makanan sendiri, tumbuhan ini akan membina dan menyerap protein untuk menguatkan strukturnya hingga ia kelihatan keras dan kenyal. Tumbuhan ini juga boleh menghasilkan karborhidrat untuk kegunaannya sendiri.

 

Contoh tumbuhan yang mempunyai kandungan protein tinggi ialah kobis, taugeh dan soya. Selain tumbuhan, protein juga banyak di dapati dalam susu terutama susu awal lembu atau susu lembu yang diambil ketika dalam tempoh sebulan setelah lembu melahirkan anak. Kuning telur juga mengandungi banyak protein.

 

Kesemua pecahan ini akan diproses oleh Hati (NW12). Protein yang berlebihan dalam darah yang tidak digunakan sebagai tenaga akan dinyahkan oleh Buah Pinggang (NW13). Sekiranya seseorang mengambil terlalu banyak makanan berprotein, makan dah buah pinggang akan menjadi lemah terjejas fungsinya.

Di negara maju, susu tinggi protein telah diharamkan penjualannya dan kini ia dilambakkan di negara ketiga dalam bentuk jualan langsung.

 

Protein akan secara serta merta menjejaskan hati dan buah pinggang hingga menimbulkan simptom major seperti berikut:-

Melemahkan EQ.

Kekaburan mata dan mata bersilau.

Melemahkan buah pinggang dan gangguan kencing.

Pusat tenaga EQ (Emotional Quotient) terletak pada Hati (NW12). Hati berperanan memproses protein. Sekiranya terdapat protein berlebihan di dalam tubuh, hati akan terbeban. Akibatnya daya kekuatan EQ akan lemah. Kelemahan EQ menjadikan seseorang mudah lurus bendul, tidak kreatif atau telalu keras kepala. Walaupun dari segi pelajaran, mereka boleh menghafal dengan baik, tetapi kefahamnya terhadap pejaran amatlah lemah.

 

Mata amat berkait rapat dengan Hati (NW12) dalam hubungan sympathetic. Kekuatan iris mata dan kawalan tahap pembukaan dan penutupannya bergantung kepada tenaga dari Hati. Jika Hati terbeban dengan protein tinggi, mata akan menjadi silau dengan cahaya terang. Mata akan kelihatan seoalah-olah hendak terpejam kerana tidak mampu menerima cahaya yang banyak.

 

Hubungan sympathetic yang rapat antara mata dengan hati juga dapat dilihat daripada penyakit jaundis dan hepatetis. Simptom tersebut dapat dikesan daripada tanda mata kelihatan kekuningan. Selain itu, hati juga berfungsi memproses kolestrol. Kandungan kolestrol yang tinggi menyebabkan kekenyalan kanta mata berkurang. Akibatnya mata menjadi kabur atau rabun jauh atau rabun dekat.

 

Protein yang berlebihan dalam darah akan diproses untuk penyingkiran dan penyusunan nutrient di bahagian Buah Pinggang (NW13). Jika kandungan protein tinggi dalam darah.

 

Sekiranya anda dapat menghentikan

pengambilan protein yang tinggi,

maka 80% daripada penyakit anda

dapat dirawat secara semula jadi!

goAwasi Logam Berat

 

Logam ialah ialah meneral yang amat mudah bertindak balas dengan persekitaran. Salah satu kesan tindak balas ialah pengoksidan. Mineral yang teroksida digelar mineral berat.

Mineral amat diperlukan oleh sesuatu kelenjar untuk menghasilkan enzim. Kelenjar akan menyerap mineral, memproses da