Taman Dapur (Kitchen Garden)

Taman Dapur (Kitchen Garden)

Sama seperti taman herba, taman dapur atau Kitchen Garden sering menjadi pilihan utama sebagai tema di dalam rekabentuk sesuatu taman. Taman dapur merupakan taman yang mengeluarkan hasil , produktif, ditanami tumbuhan yang boleh digunakan untuk keperluan masakan. Tumbuh-tumbuhan di dalam sesebuah taman dapur ini boleh terdiri daripada gabungan spesies rempah-ratus, herba, ulam-ulaman, sayur-sayuran ataupun bunga-bungaan. Gabungan spesies ini pula diolah, diatur dengan sentuhan rekabentuk yang menarik. Kehadiran taman atau kebun dapur selalunya membantu mereka yang bertugas di dapur memperolehi sebahagian daripada keperluan atau ‘aksesori’ bahan masakan dengan mudah.  Pemilihan tema Kitchen Garden juga selalunya bertujuan untuk disesuaikan dengan halaman yang sediada berdekatan dengan ruang dapur rumah berkenaan.  Taman dapur turut mempunyai kaitan rapat dengan Taman ulaman dan Taman sayuran (Sesetengah memanggilnya sebagai vegi atau edible garden). Perbezaan yang agak ketara mungkin wujud di sebalik peratus penggunaan jenis bahan tanaman.


Membina Taman Dapur

Bergantung kepada keluasan halaman yang ada, penyusunan bahan tanaman di ruangan ini perlu disesuaikan dengan penggunaan halaman itu sendiri. Sesetengah pemilik kediaman mempunyai ruang atau halaman yang agak besar di bahagian luar dapur mereka. Halaman yang luas itu adakalanya dimanafaatkan sebagai ruangan beristirehat /santai sesama ahli keluarga atau secara sendirian bagi menikmati keindahan taman dengan gabungan hiasan bungaan dan campuran tumbuhan-tumbuhan dapur yang menarik. Taman dapur dibina terutamanya pada bahagian sempadan kediaman atau sudut-sudut ruangan yang tertentu berdekatan dengan ruang dapur rumah. Kebiasaannya ruangan ini turut disediakan beberapa kelengkapan perabot taman seperti kerusi berserta meja ringkas yang disesuaikan bahan buatannya dengan ruangan berkenaan.

Namun terdapat juga kediaman yang agak terhad halaman dapurnya. Ruangan yang terhad sebegini memadai untuk dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan dapur yang kerap digunakan untuk tujuan masakan . Penanaman boleh dilakukan di dalam pasu-pasu pelbagai bentuk (empat segi, bulat ,leper atau menegak) atau secara berbatas. Anda boleh memilih kalangan tumbuhan seperti bawang, cili, daun sup, serai, pandan, kesum serta pelbagai lagi untuk dimasukkan di dalam skim penanaman nanti. Penggunaan tanaman sayuran seperti kobis, sawi dan seumpamanya selain menjadikan taman tersebut lebih produktif juga membantu menghasilkan tekstur taman yang berbeza. Selain untuk olahan penanaman yang baik , tanaman sayuran hasil daripada taman dapur kita juga mampu membekalkan sayuran yang sihat ,segar dan terkawal mutunya untuk keluarga kita.

Alami keseronokan membina  taman dapur kita yang tersendiri! Tips membina taman dapur di sini.

Sumber :-Mylaman

Bookmark and Share
Homemade Kek MIDNITE BAKER? Sedia Menerima Tempahan untuk Lokasi PERAI dan TAIPING KLIK SINI
Rahsia Pelaris Perniagaan Dengan Pakej Iklan KLIK SINI
Anda Masih Belum Hamil? Ketahui Jawapannya KLIK SINI
Beli Online Ikan Wadi, Ikan Kering dan Gula Stevia ?
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber  

Di mana Jua Berada..KLIK SINI
Cara Menghilangkan Keputihan Yang Berkesan KLIK SINI
"Serik Dah Dan Berpuluh Tahun Berubat Gangguan Misteri, Tetap Menghantui"...
Memang Misteri Lagi Ajaib !
Rahsia Hebat Bongkar DISINI 

Teori Hebat Keajaiban Alkiram.Net

Taman Gaya Inggeris Taman Inggeris Taman Inggeris adalah satu senireka taman yang menggabungkan apa yang menarik untuk...
Susunhias Tanaman Taman Dapur Taman dapur juga perlu bergaya! Menyebut sahaja taman dapur mungkin ada di kalangan kita membayangkan...
Tips Mudah Membina Taman Dapur Membangunkan sesebuah Taman Dapur tidaklah sesukar mana. Namun untuk mengekalkannya bukanlah semudah...
Ciptaan rasa Edible Garden “Taman Kebun Dapur” Biasanya dalam pembangunan pembelajaran dalam pendidikan khas selalu melibatkan projek-projek...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.
[Valid RSS]
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.