Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.
Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.
RAHSIA TARIKH LAHIR.
Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?
Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.
RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai ‘Paksi’ untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.
Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,
“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”
KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.
PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).
KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.
PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.
KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.
………………………………………………………….o0o0………………………………………………….
Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir..Mari Kita Kira..
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

















by gitara79, on March 10 2008 @ 8:24 am
this writing is interesting. thanks
thnk Q..im sharing
by uDA, on March 13 2008 @ 1:26 pm
wah menarik gak ni hehe, mcm kena jek
yup,kena camner tu..hehehe..yup lebih 90%..
by zai, on March 17 2008 @ 8:48 am
camne kite nak tau kite ni ngan pasangan kita ni serasi ke tak, sesuai bersama ke tak?
kite no.1, pasangan kite pun no.1
boleh bagitau
artikal itu adalah teori semata..semua manusia di jadikan ada serba kelebihan &kekurangan ,kekdang yg ada pasangan tu adalah hikmah untuk diri..maybe perlu sabar..dan kelebihan pd pasangan,hikmah dia adalah bersyukur…itu pendangan sy…
pernah terbaca..dlm hidup berumahtangga nie..20thn baru dikira matang..itupun klu matang..maybe bila dah ada cucu kot *^*..
by razi, on March 29 2008 @ 1:59 am
saya rasa benda ini bukannya tepat 90% tapi cuma 30% saja…kerana kebanyakkan sifat mengikut tarikh lahir tidak begitu tepat berbanding bulan…cuma tuhan yg dpt menentukannya bukannya melalui kaedah Sains Metafizik…ini dibuktikan melalui kajian kami kepada beberapa orang pelajar universiti tempatan…untuk pengatahuan kamu sesunguhnya tuhan dapat mengubah sifat-sifat seseorang dan seseorang boleh mengubah sifat2 mereka sendiri jika mereka berusaha untuk mengubah diri mereka dan usaha mereka d redhai allah..
semua manusia mempunyai pandangan memasing, ini kerna sifat semulajadi yg ada dlm diri yg telah di anugerah oleh yg maha kuasa….sy menerima kajian manusia seadanya,ilmu allah sngt luas, segalanya boleh berlaku dng kehendaknya, allah s.w.t boleh memberi kpd manusia, dng 2 ilmu , dng cara yg perlu di gali, dicari,kkdng terpk ker kita ada ilmu yg allah beri dng pemberian..
So, di situ..mereka jg perlu berusaha untuk mengubah diri mereka dan usaha mereka sudah tentu diredhai allah….
by anuar, on May 26 2008 @ 3:29 am
eerm..kite cuba test jek..jgn ler percaye sgt..
by ju, on July 7 2008 @ 2:34 pm
sy stuju pndpt d ats,
by ju, on July 7 2008 @ 2:58 pm
kta kn o islm,caya qada qadar,,, sains metafzk sbagai cabang ilmu. kita kn tau doa adalah snjata ampuh muslimin so.. doalah! pengalaman saya: ikt perkiraan no. metafizik sy, sy ni menurutnya akan berkahwin d suami org@ duda tetapi ternyata tekaan SALAH. alhamdullillah & insyalah sy akn nikah dgn sorg ustaz yg msh lg menuntut d ipt & msh bujang.sblm ini sy hmpir jg bernikah,jd no 2 pd laki org (melayu) tp sy sntiasa berdoa :- mengelak dr merampas hak org.yelah umur sy dh lanjut 30an, nk dpt org bujang payah sikit kalau x duda @hak org.lgpn sy sbagai saudara baru, mmg susah sikit nk cari jodoh sesama bangsa yg menganut islam.cuma tafsiran metafzik 2 hnya gambaran shj secara kbetulan shj & mmg benar sy cenderung berkawan dgn laki berusia termasuk duda & suami org. YG PNTNG, KITA MAMPU MENGUBAH NASIB KITA
by radiman bin muhammad rashid, on July 9 2008 @ 4:05 am
saya mempunyai tarikh lahir 15.08.1988. saya ingin tahu personaliti saya.adakah mengetahui personalti salah disisi islam?
by Saleha Abdul Wahab, on August 29 2008 @ 2:01 am
Can you give me tips on my personality if I give details of my birthday. I have been around more then half a century so I think I should know my own characteristic. No harm knowing from another angle. At least I can make comparison and know the percentage of accuracy. Thank you.
by aku, on September 5 2008 @ 8:07 am
Kita sendiri dikehendaki MENGENAL DIRI.. kenapa salah pula disisi islam?
by aku, on September 5 2008 @ 8:14 am
buku yg terbaik utk mengenal diri ialah Personality Plus by Florence Littauer. boleh cari di kedai2 buku atau ebay
lebih tepat drpd menggunakan kaedah tarikh lahir
by Cubalah kaji tentang pasangan Anda « Doktorcinta’s Blog, on November 3 2008 @ 11:39 am
[...] Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir [...]
by Zaiton, on November 13 2008 @ 3:56 pm
really interesting …
saye ade kire2 for me n my boifren. semua faktanye memang kene …
boleh kate 99& kene …
by FAKHRI, on December 19 2008 @ 2:26 am
BYK BTOL AR…SRIUZ…AKU NYE 6-ROMANTIK..DAN KEKASIH KU 8-PENYELESAIAN…SO PDN X??
by mlim, on December 22 2008 @ 8:02 am
ini adalah suatu kajian yang dilakukan ke atas sekelompok manusia, ok. Jd kebarangkalian besar sifat manusia macam yang diperkatakan td mgkin terjadi kpd diri mereka. X semestinya natijah nya sebegitu 100%. Namun begitu diri sendiri yg menentukan kondisi masing2. yg baik jadikan teladan yg buruk jdkn sempadan.
by naznia, on December 24 2008 @ 12:58 pm
bley cbe tp xleh nk cye cgt. juz 4 infomation sendiri nak percaya cgt x pyah la. juz for fun its ok. pape bagus r. perbanyakan lg. wat r lak perkiraaan tentG CINTA.
by azimah, on December 28 2008 @ 4:38 am
saya x kisah.. terpulang pada setiap individu.. setiap orang ada pandangan mreka sndiri, terpulang:-) bagi sy x salah mempercayai sesuatu yg mendatangkan kebaikan bagi dr kt.. klu x btl pun,asal yg baik kt msti cb rialisasikan.. untuk mncapai hdup yg lebih cemerlang..
asal tahu perbezaan berdasarkn syara’.. gud luck:)